Pelayaran Kd Lekiu Op Benteng Penuh Debaran


Oleh Muhammad Afiff Md Adnan
GEORGE TOWN, 6 JULAI: Banyak perkara berlegar-legar dalam minda saya sepanjang perjalanan enam jam, bermula dari Wisma Bernama menuju Pier Swettenham (juga dikenali sebagai Port Swettenham) di George Town, Pulau Pinang.
Tugasan yang diberikan kepada saya adalah untuk menyertai Op Benteng Kapal DiRaja (KD) Lekiu yang akan melakukan rondaan mengawal perairan Selat Melaka Utara pada 5 Jun. Misi ini bertujuan mengekang kemasukan pendatang tanpa izin (PATI) dan mencegah unsur jenayah rentas sempadan ketika satu dunia dilanda wabak Covid-19.
Sebelum bertolak ke George Town pada 4 Jun, saya sudah membayangkan bagaimana agaknya keadaan kapal yang belayar di laut luas dan apakah kami akan menempuh laut bergelora. Hati yang sedikit cemas bagaimanapun lebih teruja memikirkan tidak semua orang dapat menaiki kapal Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang sudah tentunya serba hebat dan canggih!
Selain Bernama TV dan Bernama Wires (4 orang), dua orang dari TV3 dan 4 orang dari RTM) turut berpeluang menimba pengalaman berharga ini.
Kami menginap di pusat latihan bagi anggota-anggota Pasukan Simpanan Sukarela Tentera Laut Diraja Malaysia (PSSTLDM) di KD Sri Pinang, Gelugor, Pulau Pinang. Sebelum bergerak ke pusat latihan itu, kami diberi arahan perlu bangun di awal pagi keesokannya untuk menaiki KD Lekiu yang berlabuh di Pangkalan TLDM, Lumut, Perak.
Rondaan yang dilakukan KD Lekiu ini adalah sebahagian daripada pelaksanaan Op Benteng (bermula 12 Mei 2020) yang turut digembleng bersama Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) di bawah Pasukan Petugas Kebangsaan (NTF).
Kehebatan KD Lekiu
Bagi memastikan saya tidak terlajak tidur, penggera telefon bimbit sudah siap diaktifkan untuk bangun pukul 6 pagi. Kami menaiki van untuk ke Pier Swettenham yang terletak kira-kira tujuh kilometer dari KD Sri Pinang.
Sebaik tiba di lokasi, saya terpaku tatkala mata terpandang kapal frigat KD Lekiu. Saya pernah melihat gambar kapal ini dalam majalah berunsur ketenteraan “Perajurit” milik bapa saudara saya di kampung, kira-kira dua tahun lalu.
Anggota TLDM sedang membuat persiapan sebelum melaksanakan Op Benteng dengan khidmat KD Lekiu semasa melaksanakan Op Benteng di sekitar perairan Selat Melaka Utara pada 5 Jun 2020. Foto BERNAMATidaklah saya menjangka kini saya betul-betul berdiri di hadapannya. “Hebat sungguh kapal ini, “ bisik hati saya. KD Lekiu difahamkan mempunyai ketinggian 3.6 meter, lebar 12.8 meter dan panjang, 106 meter.
Berikutan wabak Covid-19, TLDM turut mengamalkan tatacara operasi piawai (SOP) iaitu pengambilan suhu selain mengisi butiran nama sebelum kami dibenarkan menaiki kapal frigat itu.
Melangkah menaiki kapal, kelihatan anak-anak kapal sedang menaikkan panji-panji, simbolik penghormatan memulakan tugas selain mempersiapkan KD Lekiu bagi tujuan pelayaran ke Pangkalan TLDM Lumut, Perak yang mengambil masa kira-kira enam jam.
Menjalankan tugas di atas sebuah kapal dikelilingi lautan luas terbentang untuk satu-satu tempoh yang panjang bukannya perkara mudah berbanding melaksanakan rutin berkenaan di daratan.
Adakalanya laut bergelora tidak mengira detik. Sudah tentunya keadaan serta suasana sebegini memerlukan kekuatan fizikal, mental dan emosi yang kental.
Kami yang hanya berada beberapa jam pun sudah boleh merasakan debarannya, malah ada rakan media yang berasa mual walaupun air laut tenang.
Semuanya ini sudah sebati dalam diri 169 orang kru KD Lekiu yang diketuai Pegawai Memerintah Kapal Diraja (KD) Lekiu sendiri, Kapten Shaiful Nizam Abdul Manan.
Penulis difahamkan, KD Lekiu dilengkapi dengan sistem persenjataan tiga dimensi iaitu anti-udara, permukaan dan bawah air dan mampu mencapai kelajuan 28 knot.
Kapal frigat ini dibina di Glasgow, Scotland dan memasuki inventori TLDM pada Disember 1994.
Pegawai pemerintah sertai pelayaran KD Lekiu
Satu pengalaman yang pasti terpahat di memori apabila Kapten Shaiful Nizam turut serta dalam pelayaran ini.
Terasa aura pertemuan dengan orang kuat KD Lekiu ini. Beliau bertanggungjawab memberi arahan di mana kapal ini akan belayar, di mana pemintasan bot-bot PATI akan dibuat termasuk mengarahkan pergerakan helikopter tempur Super Lynx MK100.
Program pada pagi itu didahului dengan taklimat untuk pengamal media di Wisma Pegawai mengenai peranan KD Lekiu dalam Op Benteng sebelum kami dibenarkan masuk ke Pusat Informasi Tempur atau Combat Information Center (CIC) KD Lekiu.
Tepat pukul 10 pagi, 5 Jun, KD Lekiu mula belayar (dari Swettenham Pier, Georgetown, Pulau Pinang) ketika pengamal media di bawa ke dalam CIC. Pusat ini difahamkan berfungsi sebagai pusat taktikal di mana informasi serta proses “arahan dan kawalan” dilaksana semasa operasi atau peperangan.
Keadaan dalam CIC sedikit gelap dengan dipenuhi pelbagai mesin serta komputer yang memaparkan pelbagai maklumat mengenai keadaan laut, bot di sekitar KD Lekiu yang sedang belayar dan pelbagai lagi.
Super Lynx MK100
Dalam pelayaran ini, pengamal media turut diberi peluang menaiki sebuah daripada enam buah helikopter tempur Super Lynx MK100 daripada Skuadron 501 TLDM. Helikopter ini digunakan sebagai ‘mata-mata’ dalam meninjau atau memintas kehadiran bot-bot PATI di luar radius 70 nautika kawasan capaian KD Lekiu.
Penulis bagaimanapun tidak berpeluang menaiki helikopter itu yang dikendalikan oleh Komander Hairol Isma Ibrahim bagi memberi ruang kepada jurufoto Bernama, Muhammad Azlim Mansor merakam gambar gerak kerja Super Lynx untuk tatapan orang awam.
Para anggota TLDM giat memantau keadaan semasa melaksanakan Op Benteng di sekitar perairan Selat Melaka Utara pada 5 Jun 2020. Foto BERNAMASesuai dengan tugas itu, helikopter tempur Super Lynx kerap diatur gerak ke sekitar perairan Selat Melaka Utara. Ia juga menjadi kebanggaan TLDM selepas pernah cemerlang merekodkan penerbangan 10,000 jam sifar kemalangan biarpun terlibat dengan pelbagai tugas, operasi dan misi sebelum ini.
CB90 membelok 110 darjah
Selain Super Lynx, KD Lekiu turut mempunyai aset lain digunakan bagi tujuan pemintasan bot PATI dikenali sebagai bot tempur CB90.
Kali ini, penulis tidak mahu melepaskan peluang menaiki antara aset kerahan KD Lekiu yang mampu bergerak pada kelajuan 45 knot di atas laut. Di samping empat anggota bot tempur ini, saya disertai dua orang kru RTM dan dua orang kru Bernama TV.
Bayangkan, bot CB90 ini boleh dihentikan secara mengejut walaupun ketika sedang bergerak laju serta membuat membuat lencongan kira-kira 110 darjah yang pastinya memberi perasaan seakan mahu terhumban ke laut ketika berada di dalamnya!
Lencongan berkenaan bukanlah dibuat suka-suka kerana penulis difahamkan itulah keistimewaan yang boleh dilakukan CB90 dalam merapati serta memintas mana-mana bot disyaki dinaiki PATI.
Di tugasan lain, CB90 juga dikerah untuk mengiringi mana-mana kapal milik TLDM dalam situasi tertentu.
CB90 ini bukan seperi bot lain kerana ia difahamkan menggunakan sistem water jet yang mampu bergerak dengan pantas dan senyap. Ini menjadikan CB90 antara aset terpenting TLDM terutama dalam menjalankan pelbagai tugasan termasuk terlibat dalam Op Benteng ini.
Op benteng
Kolaborasi TLDM dan pelbagai agensi penguatkuasa memberi impak positif dalam membendung pencerobohan PATI dan mengekang jenayah rentas sempadan sepanjang Perintah Kawalan Pegerakan (PKP).
Bagi penulis, penugasan mereka berjaya memberi tekanan kepada kumpulan PATI demi melindungi keselamatan perairan dan kedaulatan negara ini.
Op Benteng diaktifkan di bawah Pasukan Petugas Kebangsaan (NTF) dengan ATM diberi mandat untuk menyelaras operasi kawalan persempadan negara bersama-sama agensi penguatkuasaan dan keselamatan yang lain iaitu Polis Diraja Malaysia (PDRM), Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) dan Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA).
Operasi yang meliputi seluruh sempadan daratan dan perairan Malaysia ini adalah untuk mengawal ketat sempadan negara sebagai usaha kerajaan untuk mengekang jenayah rentas sempadan. Ia juga untuk menyekat penularan wabak pendamik Covid-19 yang berkemungkinan dibawa masuk oleh PATI.
– BERNAMA

Free IPTV @5tr0kk +500 Channel


Tonton TV online secara percuma dari handfon atau android box anda!


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://ohsemput.blogspot.com/2020/07/pelayaran-kd-lekiu-op-benteng-penuh.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
6061 Tak Wajar Caj Penuh Harian Metro 29 06 2020

6061 Tak Wajar Caj Penuh Harian Metro 29 06 2020

papar berkaitan - pada 29/6/2020 - jumlah : 489 hits
SYARIKAT katering tidak boleh mengenakan caj penuh untuk perkhidmatan separuh atau kurang daripada itu susulan keputusan kerajaan menetapkan hanya 250 individu dibenarkan menghadiri majlis perkahwinan Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam ...
Hard Disk Selalu Penuh Tapi Tak Tahu Kenapa

Hard Disk Selalu Penuh Tapi Tak Tahu Kenapa

papar berkaitan - pada 29/6/2020 - jumlah : 193 hits
1 Kadang kadang bila kita dah lama guna PC atau notebook walaupun kita rasa kita tak banyak save atau download file tapi hard disk kita selalu penuh makin lama makin sikit space yang tinggal 2 Lepas tu bila kita clear recycle bin dan buat d...
Tangkapan Gepeng Di Palembang Selama Pandemi Bikin Penampungan Penuh

Tangkapan Gepeng Di Palembang Selama Pandemi Bikin Penampungan Penuh

papar berkaitan - pada 1/7/2020 - jumlah : 157 hits
Menurut dia mayoritas gepeng di jalanan adalah pemain lama dan sebagian kecil gepeng baru yang memanfaatkan situasi Mereka menyebar di 14 titik dari arah Bandara Sultan Mahmud Badaruddin II hingga Jakabaring Palembang
Sekolah Mula Operasi Penuh 15 Julai Ini

Sekolah Mula Operasi Penuh 15 Julai Ini

papar berkaitan - pada 1/7/2020 - jumlah : 838 hits
Sesi persekolahan akan kembali dibuka sepenuhnya namun dilaksanakan secara berperingkat bermula 15 Julai ini Menteri Pendidikan Dr Mohd Radzi Md Jidin pada sidang media khas hari ini memaklumkan sesi persekolahan bagi pelajar Tingkatan 1 hi...
Kpm Kenal Pasti Tiga Model Pengoperasian Pembukaan Penuh Sekolah

Kpm Kenal Pasti Tiga Model Pengoperasian Pembukaan Penuh Sekolah

papar berkaitan - pada 1/7/2020 - jumlah : 407 hits
Menteri Kanan Pendidikan Dr Radzi Md Jidin menerusi sidang media hari ini memaklumkan bahawa Kementerian Pendidikan Malaysia telah mengenalpasti model satu sesi dua sesi dan penggiliran bagi pengoperasian pembukaan penuh sekolah KPM kenal p...
Nak Beli 3 Barang Je Alih Alih Penuh Troli Tak Kisah Berhabis Janji Isteri Anak Bahagia

Nak Beli 3 Barang Je Alih Alih Penuh Troli Tak Kisah Berhabis Janji Isteri Anak Bahagia

papar berkaitan - pada 27/6/2020 - jumlah : 383 hits
Dalam rumah tangga perlulah saling bertolak ansur dan membantu antara suami dan isteri Salah satu cara lain untuk memancing rezeki adalah dengan berbelanja untuk isteri dan anak anak Biasanya isteri yang bahagia bila suaminya tak kedekut Un...
Tiada Perbincangan Naikkan Had Umur Pengeluaran Penuh Kwsp Kekal Pada 55 Tahun

Tiada Perbincangan Naikkan Had Umur Pengeluaran Penuh Kwsp Kekal Pada 55 Tahun

papar berkaitan - pada 27/6/2020 - jumlah : 260 hits
Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Kumpulan Wang Simpanan Pekerja mengenai kenaikkan had umur untuk pengeluaran penuh yang sedang menjadi bualan ramai di media sosial Pengesahan ini susulan ada laporan berita yang menyatakan cadanga...
Ios14 Panggilan Telefon Dan Siri Kini Tidak Menganggu Penggunaan Iphone Tidak Lagi Mengaktifkan Paparan Skrin Penuh

Ios14 Panggilan Telefon Dan Siri Kini Tidak Menganggu Penggunaan Iphone Tidak Lagi Mengaktifkan Paparan Skrin Penuh

papar berkaitan - pada 23/6/2020 - jumlah : 256 hits
Sehingga kini apabila anda menerima panggilan telefon di iPhone atau mengaktifkan Siri atau menerima panggilan FaceTime ia akan mengambil paparan penuh skrin 8211 sekaligus menganggu pengalaman penggunaan iPhone seperti ketika melayari web ...
Spesifikasi Penuh Mi Tv Stick Tertiris Hadir Dengan 2 Variasi Sokongan 4k Harga Serendah Sekitar Rm209

Spesifikasi Penuh Mi Tv Stick Tertiris Hadir Dengan 2 Variasi Sokongan 4k Harga Serendah Sekitar Rm209

papar berkaitan - pada 22/6/2020 - jumlah : 178 hits
Mi TV Stick dilihat akan dilancarkan tidak lama lagi Ia adalah variasi baharu kotak set Android TV dari Xiaomi bagi menggantikan Mi Box S yang sudah bertahun hadir di pasaran tanpa sebarang pengganti Nama Mi TV Stick ini jelas sekali member...
High Court Fixes 3 Additional Trial Dates To Complete 1mdb Case

Sabah Peroleh Rm580 Juta Hasil Jualan Minyak Mentah

Norjuma Didakwa Lima Pertuduhan Mencederakan Tiga Individu Lakukan Khianat

Since Mic Pointless Pn Confident Of Marginalised Indian Votes

The Evolution Of Adult Entertainment

Berjalan Bersama Pengguna Inovasi Pengalaman Interaktif Zuhyx

Ministers Hit Out At Us Academic S Safety Claim

Menambat Selera Rakyat Malaysia Dengan Kebaikan Berasaskan Tumbuhanterbaharu Dari Nestl



5 Trend Bodoh Netizen Yang Nampaknya Semakin Menjadi Jadi

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Puaka Cuti Semester Slot Lestary TV3

Biodata Rozana Rozek TV Youtuber Resipi

8 Istilah Jerman Yang Kita Rakyat Malaysia Kerap Gunakan

Biodata Aizat Saha Pelakon Drama Berepisod Racun Rihanna TV3 Personaliti TikTok


United States President Joe Biden Signs A Rule To Ban Tiktok In The United States Here S The Reason

Lunch Di Restoran Saffani Ipoh Perak

Mentafsir Pilihan Raya Kecil Kkb

Sarapan Apom Manis Bubur Campur Di Padang Speedy Teluk Intan

Apakah Berhijab Harus Dari Hati

Cerita Hari Jumaat