Pelawak Tolong Cari Idea Yang Lebih Bijak


DUNIA hiburan negara yang mula diisi dengan rancangan serta program berbentuk komedi sudah tidak asing bagi penonton tempatan, malah sejak kebelakangan ini stesen televisyen semakin meriah menyiarkan program-program seumpama ini.

Semestinya program-program seumpama ini menjadi pilihan penonton untuk menghilangkan ‘stress’ mereka selepas mengharungi kehidupan seharian yang memenatkan.

Pepatah Inggeris, laughter is the best medicine mungkin menjadi sandaran oleh pihak te­levisyen untuk terus menerbitkan lebih banyak program berbentuk komedi.
Tidak cukup dengan itu, corong-corong radio turut ter­kena tempias program komedi.

Jika disorot kembali program televisyen ini, kita seakan-akan belum menemui satu bentuk lawak jenaka yang mendidik.

Tidak keterlaluan jika dikatakan lawak di Malaysia hanya untuk membuat penonton tertawa berdekah-dekah sampai terkeluar air mata, namun isi komedi sangat kosong.

Sekiranya kita perasan, tiap hari semakin ramai artis yang dahulunya membawa watak serius cuba untuk menjadi pelawak. Lawak yang dibuat-buat memang kelihatan tersangat teruk.

Pelawak yang lahir ketika ini bukan sahaja popular dan menjadi kegilaan penonton, tetapi mereka turut mendapat permintaan tinggi daripada pihak stesen te­levisyen.

Sedikit demi sedikit berlaku perubahan apabila mereka mula diangkat menjadi pengacara dan penyampai radio untuk tujuan gelak tawa dan hiburan sehingga penyampai radio serta pengacara sebenar terus disisih.

Hakikatnya, tanpa kita sedar, lawak di Malaysia banyak yang melanggar hukum kemanusiaan dengan menjadikan fizikal seseorang sebagai modal gurauan.

Malah, ada pelawak yang jenis ‘mulut lepas’ turut menjadikan penonton atau sesiapa sahaja sebagai bahan lawak dengan niat untuk mencipta kemeriahan.

Tanpa memikirkan hati dan perasaan orang, gelak tawa terbahak-bahak menjadi ukuran kejayaan lawak. Bagi pelawak yang bergelar pengacara, mungkin ia satu kebiasaan. Bimbang dikatakan bosan, inti ‘membahan’ adalah satu kemestian.

Cukup berbeza jika hendak dibandingkan dengan dua pelawak tersohor dari Indonesia, Sule dan Andre. Walaupun mereka juga dipilih menjadi pengacara dalam program televisyen yang gah, cara mereka cukup berbeza, dan tidak jadikan ‘body shaming’, sebagai modal.

Namun, penonton tetap ketawa. Malah, Rowan Atkitson yang pernah mengacarakan program Laughing Matters tidak menggunakan cara membahan sebagai punca lawaknya.

Pakar psikologi, Alex Borgella dalam tulisannya bertajuk Science deconstructs humor: What makes some things funny berkata, banyak perkara yang membuat sesuatu lawak itu benar-benar menjadi dan mampu mencipta elemen kejutan.

“Gelak tawa itu akan hadir dengan sendiri sekiranya pelawak boleh menghasilkan satu lawak yang tidak dijangka oleh penonton. Pelawak yang bijak mampu mencari elemen kejutan ini tanpa membahan.

“Kepakaran lain yang ada pada pelawak adalah mencari idea yang tidak dibuat-buat untuk melahirkan rasa lucu,” katanya.

Tulisan ini bukan untuk meng­agungkan pelawak luar negara, tetapi untuk dijadikan panduan kepada pelawak kita yang menjadi role model kepada anak bangsa yang sedang menghadapi dunia digital tanpa sempadan. - kosmo

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://tungkaranhati.blogspot.com/2021/06/pelawak-tolong-cari-idea-yang-lebih.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Cara Mohon Jadi Guru Lebih 18000 Kekosongan Untuk Diisi

Cara Mohon Jadi Guru Lebih 18000 Kekosongan Untuk Diisi

papar berkaitan - pada 21/6/2021 - jumlah : 372 hits
Lebih 18 000 jawatan guru bakal dibuka Kepada yang mencari kerja dan berminat jangan lepaskan peluang ni Menteri Kanan Pendidikan Datuk Dr Radzi Jidin dah maklumkan semalam Kementerian Pendidikan akan mengambil sebanyak 18 702 pegawai perkh...
Apabila Pbt Merasakan Babi Lebih Berharga Dari Manusia

Apabila Pbt Merasakan Babi Lebih Berharga Dari Manusia

papar berkaitan - pada 21/6/2021 - jumlah : 320 hits
Berpuluh tahun hidu bau najis babiKEPALA BATAS Cukup cukuplah Sudah berpuluh tahun kami sengsara kerana terpaksa menghidu bau busuk akibat najis babi di sini Mengapa perlu dicadangkan pula untuk mewartakan Kampung Selamat sebagai kawasan pe...
Kpm Perlu Bantu Lebih 1 000 Pengusaha Kantin Sekolah Terjejas

Kpm Perlu Bantu Lebih 1 000 Pengusaha Kantin Sekolah Terjejas

papar berkaitan - pada 20/6/2021 - jumlah : 262 hits
Kecualikan sewa premis lanjutkan kontrak untuk tempoh 2 tahun BANGI Lebih 1 000 pengusaha kantin sekolah di seluruh negara terjejas ekoran penutupan sesi persekolahan akibat wabak pandemik COVID 19 Ini kerana sektor persekolahan akan terus ...
12 Pasangan Artis Ini Putuskan Hijrah Bersama Saling Mendukung Demi Pribadi Yang Lebih Baik

12 Pasangan Artis Ini Putuskan Hijrah Bersama Saling Mendukung Demi Pribadi Yang Lebih Baik

papar berkaitan - pada 20/6/2021 - jumlah : 297 hits
Meski tak mudah pasangan ini memilih untuk menjalaninya bersama sama Semoga istiqomah ya
Cara Beli Nama Domain Lebih Murah

Cara Beli Nama Domain Lebih Murah

papar berkaitan - pada 21/6/2021 - jumlah : 423 hits
Hari ni saya nak share tutorial tukar nama blogspot com kepada com Antara provider yang biasa kita dengar ialah dari laman GoDaddy yang merupakan antara pendaftar utama untuk domain Nama domain ialah nama laman web atau blog korang Contoh m...
Pas Gagal Sepenuhnya Martabatkan Islam Selepas Lebih Setahun Rampas Kuasa

Pas Gagal Sepenuhnya Martabatkan Islam Selepas Lebih Setahun Rampas Kuasa

papar berkaitan - pada 22/6/2021 - jumlah : 310 hits
MUAMMAR QADDAFIKegagalan Pas melaksanakan apa yang disebut dilaung berulang kali sebelum menjadi kerajaan cuba dijustifikasikan dengan mengatakan bahawa Pas hanya parti kecil dalam kerajaan Perikatan Nasional dan hanya memiliki tiga menteri...
Susahnya Anak Nak Ikut Cakap Ini 7 Tanda Anak Anda Perlu Lebih Disiplin Dan Pantauan

Susahnya Anak Nak Ikut Cakap Ini 7 Tanda Anak Anda Perlu Lebih Disiplin Dan Pantauan

papar berkaitan - pada 22/6/2021 - jumlah : 221 hits
Ibu bapa sudah akan mencuba yang terbaik dalam mendidik anak disiplin terutama apabila mereka melakukan sesuatu kesalahan Kita tidak boleh membiarkan anak tanpa didikan disiplin yang sempurna kerana lambat laun ia akan berbalik semula kepad...
Diy Buat Lilin Sendiri Lebih Menjimatkan Apabila Eletrik Tiba Tiba Terpadam

Diy Buat Lilin Sendiri Lebih Menjimatkan Apabila Eletrik Tiba Tiba Terpadam

papar berkaitan - pada 22/6/2021 - jumlah : 828 hits
Assalamualaikum Hi Semua Teringat Nadhie masa kecik kecik dulu rajin rumah tiada eletrik Lagi lagi bila kena tengah malam Mengagau kitorang satu beradik pergi selongkar kabinet cari lilin Lepastu satu beradik main dengan bayang bayang dekat...
Ethereum Meneruskan Penurunan Sekurang Kurangnya Mencari Pergerakan Lebih Rendah Ke Arah 1 700

Ethereum Meneruskan Penurunan Sekurang Kurangnya Mencari Pergerakan Lebih Rendah Ke Arah 1 700

papar berkaitan - pada 22/6/2021 - jumlah : 255 hits
Dalam catatan sebelumnya kami menyatakan corak segitiga yang didagangkan Ethereum Harga ditembusi dan di bawah corak segitiga memberi kami isyarat penurunan harga Harga melonjak ke arah sempadan segitiga yang lebih rendah untuk ujian belaka...
Sin Chew Daily Apologises For Jalur Gemilang Error

Bagaimana Usahawan Wanita Di Malaysia Mencapai Kejayaan

Pro Madani Cytro Gets Ticked Off For Over Eagerly Portraying Pmx As A Forgiving Compassionate Soul

Thai Woman Nabbed At Klia With Rm1 05m Cocaine Stash Hidden In Handicraft Bag

Ron95 Subsidy Khalid Tells Anwar To Take A Page From Najib S Slogan

Insurance With No Medical Exam Simplified Coverage For Peace Of Mind

Loud And Rowdy Stg Tracker Scrambles The Yamaha Xv920r

Perlis Cuti Peristiwa Sempena Sambutan Jubli Perak


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Kembara Ke Wilayah Yunnan Dan Wilayah Jiangsu Di China

Keluarga Dah Sayang Sophia Albarakbah Bakal Kahwin Jejaka Dikenali Sejak Usia 14 Tahun

The Mystery Of The Missing Moon Another Newspaper S Error With The Malaysian Flag

Jalur Gemilang Silap Polis Tahan Ketua Editor Timbalan Ketua Penyunting Sin Chew

Ibu Syed Saddiq Sebak Lihat Perjuangan Anak Harap Golongan Muda Tak Takut Bersuara Demi Kebenaran

Telefon Pintar Acer Kembali Dengan Super Zx Dan Super Zx Pro