Pelarasan Kadar Tarif Elektrik Tnb 2025


Subsidi Elektrik 2025 – 85% Pengguna Domestik Di Semenanjung Tidak Terjejas Dengan Pelarasan Tarif Elektrik Sehingga Jun 2025!
Sebanyak 85 peratus atau tujuh juta pengguna domestik di Semenanjung Malaysia tidak akan terjejas dengan pelarasan tarif elektrik bagi tempoh 1 Januari hingga 30 Jun 2025. Hal ini demikian kerana, pelarasan tarif tersebut tidak berubah daripada yang telah ditetapkan pada tahun lepas sehingga Julai 2025.
Pada 20 Disember 2024 yang lepas TNB telah mengeluarkan kenyataan di semua laman media mereka bahawa, kadar rebat dan surcaj mekanisme Pelepasan Kos Tidak Berimbang (ICPT) kekal tidak berubah untuk pengguna domestik dan pengguna bukan domestik.
Untuk mengetahui lebih lagi berkenaan isu kadar tarif elektrik ini, pastikan anda terus bersama kami sehingga ke penghujung artikel.
Kadar Tarif Elektrik 2025 Kadar tarif elektrik bagi tahun 2025 daripada bulan Januari sehingga Jun, telah diumumkan tidak berubah. Perkara ini telah dimaklumkan oleh TNB di laman Facebook mereka yang menyatakan kadar rebat dan surcaj mekanisme Pelepasan Kos Tidak Berimbang (ICPT) kekal tidak berubah untuk pengguna domestik dan pengguna bukan domestik.
Bagi pengguna yang ingin menganggarkan kos bil elektrik bulanan pada masa akan datang, anda boleh menggunakan kalkulator tarif elektrik yang boleh didapati di laman sesawang MyElectricityBills.
Cadangan Penyelaran Bagi Julai 2025 – 2027 Seperti yang dinyatakan di bahagian sebelum ini, pengekalan tarif elektrik hanya berlaku dari bulan Januari 2025 sehingga Jun 2025. Bagi bulan Julai sehingga hujung tahun 2025, kadar tarif mungkin mengalami peningkatan.
Perkara ini dinyatakan sendiri oleh Tenaga Nasional Berhad (TNB) yang telah mencadangkan pelaksanaan jadual tarif elektrik baharu dengan kadar asas 45.62 sen sekilowatt-jam (kWj) untuk Semenanjung Malaysia bermula 1 Julai 2025 hingga tahun 2027.
Kenaikan kadar tarif baharu ini nenpunyai peningkatan dari kadar yang telah ditetapkan semasa Tempoh Kawal Selia 3 (RP3) antara 2022 dan 2024 yang hanya bernila39.95 sen/kWj sahaja. Namun begitu, menurut pihak TNB, sebarang perbezaan kos dari Januari hingga Jun 2025 akan dibiayai melalui Kumpulan Wang Industri Elektrik (KWIE), dengan struktur tarif semasa kekal hingga 30 Jun 2025.
Pelaksanaan RP4 di bawah rangka kerja Kawal Selia Berasaskan Insentif (IBR) dari Januari 2025 hingga Disember 2027 dijangka memberi manfaat ekonomi dan menyokong peralihan tenaga negara. Perbelanjaan modal yang dibenarkan bagi RP4 adalah RM42.821 bilion, sementara perbelanjaan operasi dibenarkan adalah RM20.782 bilion. TNB berkomitmen untuk memastikan bekalan elektrik yang boleh dipercayai dan meningkatkan tahap perkhidmatan pelanggan.
Subsidi Elektrik 2025 Subsidi elektrik bagi tahun 2025 telah diumumkan kekal oleh Perdana Menteri Malaysia, dalam belanjawan 2025 yang lepas. Kerajaan mengumumkan peruntukan RM2.38 bilion untuk subsidi elektrik kepada pengguna di Semenanjung bagi tempoh Januari hingga Jun 2025. Ini termasuk pengekalan kadar rebat dan surcaj tarif elektrik tanpa kenaikan, sebagai usaha untuk melindungi kesejahteraan rakyat.
Kementerian Peralihan Tenaga (PETRA) percaya pendekatan subsidi bersasar ini akan membolehkan peruntukan disalurkan kepada bantuan lain seperti infrastruktur dan pendidikan. Kadar purata tarif asas elektrik untuk Tenaga Nasional Berhad (TNB) akan ditetapkan di bawah kerangka Kawal Selia Berasaskan Insentif (IBR) dari 2025 hingga 2027.
Kerajaan juga akan menyediakan Program Rebat Elektrik RM40 untuk pengguna miskin tegar dengan peruntukan RM55 juta. Langkah-langkah ini diharapkan dapat memastikan kestabilan harga barangan, menyokong pelaburan, dan merancakkan ekonomi negara.
Baca juga:
myTNB: Cara Semakan Bil Elektrik TNB Online (Harian & Bulanan) Lirik Lagu Rasmi Malaysia Madani (Bunkface) & Video MV

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://ecentral.my/pelarasan-tarif-elektrik-2025/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=pelarasan-tarif-elektrik-2025

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kerajaan Tak Benarkan Kenaikan Tarif Elektrik Yang Jejaskan Orang Ramai Pm

Kerajaan Tak Benarkan Kenaikan Tarif Elektrik Yang Jejaskan Orang Ramai Pm

papar berkaitan - pada 28/12/2024 - jumlah : 186 hits
Kerajaan tidak membenarkan kenaikan tarif elektrik yang menjejaskan orang ramai dan meminta Tenaga Nasional Berhad untuk memberikan penjelasan berhubung perkara itu Perdana Menteri Dato 8217 Seri Anwar Ibrahim berkata beliau telah menghubun...
Tarif Elektrik Naik Bermula Julai Ini

Tarif Elektrik Naik Bermula Julai Ini

papar berkaitan - pada 27/12/2024 - jumlah : 149 hits
BernamaKUALA LUMPUR Jadual tarif baharu dengan tarif asas 45 62 sen sekilowatt jam bagi Semenanjung Malaysia di bawah Tempoh Kawal Selia 4 dicadang dilaksanakan mulai 1 Julai 2025 kata Tenaga Nasional Bhd Di bawah Tempoh Kawal Selia 3 antar...
Kenaikan Tarif Elektrik Di Semenanjung Belum Diputuskan Menteri Tenaga

Kenaikan Tarif Elektrik Di Semenanjung Belum Diputuskan Menteri Tenaga

papar berkaitan - pada 28/12/2024 - jumlah : 87 hits
Tiada keputusan dibuat mengenai kenaikan tarif elektrik di Semenanjung Malaysia kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof Beliau yang juga Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air berkata Kementerian Peralihan Tenaga dan ...
Kos Haji 2025 Kadar Bayaran Untuk B40 M40 T20 Rayuan

Kos Haji 2025 Kadar Bayaran Untuk B40 M40 T20 Rayuan

papar berkaitan - pada 16/12/2024 - jumlah : 208 hits
KUALA LUMPUR 16 DISEMBER 2024 Lembaga Tabung Haji akan meneruskan Bantuan Kewangan Haji secara bersasar bagi musim 1446H 2025M kepada bakal jemaah haji Muassasah yang pertama kali menunaikan ibadat haji Bantuan Kewangan Haji pada musim haji...
Tnb Proposes Higher Base Tariff For Peninsular Malaysia From July 2025

Tnb Proposes Higher Base Tariff For Peninsular Malaysia From July 2025

papar berkaitan - pada 27/12/2024 - jumlah : 499 hits
Tenaga Nasional Bhd said any difference in tariffs from January to June 2025 will be covered through the Electricity Industry Fund PETALING JAYA Tenaga Nasional Bhd has proposed a new tariff schedule with a base tariff of 45 62 sen per kilo...
Economists Praise Shift To Boosting Income Purchasing Power In 2025 Budget

Economists Praise Shift To Boosting Income Purchasing Power In 2025 Budget

papar berkaitan - pada 24/12/2024 - jumlah : 144 hits
Economist Abu Sufian Yaacob said a higher income would see people spend more which would spur the economy PETALING JAYA Economists have praised the government s focus on initiatives to help the people boost their income and purchasing power...
Semak Bantuan Barang Dapur 2025

Semak Bantuan Barang Dapur 2025

papar berkaitan - pada 24/12/2024 - jumlah : 544 hits
SEMAK BANTUAN BARANG DAPUR 2025 SEMAK BANTUAN BARANG DAPUR 2025 SEMAK STATUS LAYAK ATAU TIDAKDisebabkan kos sara hidup sukar dikawal Kerajaan juga akan mengagihkan Bantuan Dapur selain bantuan tunai Bantuan Dapur akan disediakan sepanjang t...
Update Youtube 2025 Semua Video Dengan Judul Thumbnail Clickbait Dihapus

Update Youtube 2025 Semua Video Dengan Judul Thumbnail Clickbait Dihapus

papar berkaitan - pada 24/12/2024 - jumlah : 171 hits
BloggerBorneo com Belakangan ini YouTube kembali memperketat aturan Artikel pertama kali tampil pada
Lelaki Didakwa Bunuh Ibu Mentua

Tebatan Banjir Rm 7 Bilion Batal

Relationship 4 Horsemen Overcoming The Four Horsemen

Persediaan Persekolahan

Hari Ke 29 Rezeki Datang

Skill Issue Memes The Power Of Skill Based Memes

See The Chances Of Winning In Every Gacor123 Online Slot Bet

Ayu Raudhah Reda Pemergian Anak Bongsu Dia Adalah Pinjaman Allah


echo '';
Info Dan Sinopsis Filem Perayaan Mati Rasa 2025 Adaptasi Lirik Lagu Berjudul Sama Kini Di Pawagam Malaysia

Info Dan Sinopsis Filem Sumala 2024 Adaptasi Kisah Nyata Dari Kabupaten Semarang Kini Di Platform Online Netflix Malaysia

Ramalan Peserta Gegar Vaganza 2025 2026 Musim 12 GV12

Keputusan Markah Konsert Akhir Final Gegar Vaganza 2024 2025 GV 11 Juara Pemenang Finalis

Senarai Lagu Tugasan Konsert Akhir Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Minggu 12


Kelalaian Dan Runtuhnya Martabat Guru

Tutorial Menggunakan Google Docs Untuk Tingkatan Dasar

Kerajaan Razak Baginda Diperintah Bayar Rm9 Juta Kepada Keluarga Altantuya

Guru Tikam Murid 8 Tahun Hingga Maut Di Korea Selatan

Certot Pelaris

Openai Batalkan Model Ai O3 Demi Peluncuran Generasi Baru Yang Bersatu