Pelantikan Bod Ppn Ppk Rampas Demokrasi Pemilihan
Mohd Zaini Samsu Hadi
Muhammad Sanusi Md. Nor KUALA LUMPUR – Pelantikan Ahli Lembaga Pengarah Pertubuhan Peladang Negeri (PPN) dan Pertubuhan Peladang kawasan (PPK) daripada kuota menteri didakwa telah merampas ruang pemilihan secara demokrasi seperti sebelum ini.
Ketua pembangkang Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah, Muhammad Sanusi Md. Nor berkata, PPN dan PPK sebelum ini menjadi tempat orang dari pelbagai parti dan aktivis peladang melondehkan warna politik mereka.
Katanya, matlamat utama di posisi itu ialah menguruskan kebajikan semua peladang dan petani.
“Kuota lantikan menteri itu dipenuhi oleh pimpinan politik sebuah parti yang menerajui Kementerian Pertanian. Mereka bukan petani, bukan pesawah tetapi aktivis politik parti pemerintah.
“Untuk apa mereka berada dalam PPN dan PPK jika NAFAS (Pertubuhan Peladang Kebangsaan) boleh kehilangan kerja?” soal beliau menerusi kenyataan hari ini.
Muhammad Sanusi berkata, apa yang berlaku itu meransang kemarahan dan bantahan ekoran lebih ramai lantikan menteri berbanding pemilihan sesama ahli hingga mengundang rasa jengkel dan meluat.
Malah, keadaan itu juga ujarnya telah menjadi tegang tidak tentu pasal sehingga fokus asal pertubuhan peladang di semua peringkat terganggu.
“Periuk nasi NAFAS pun diheret ke proses tender terbuka selari dengan dasar kerajaan baru tanpa mereka sedari akibatnya.
“Bukankah itu berpunca daripada mereka sendiri. Kalau bukan lembab dan bengap, apakah yang lebih sesuai? Merekalah yang mensesakkan NAFAS,” katanya.
Tambah beliau, NAFAS tidak wajar diheret ke kancah politik, ia harus segar dan lancar dengan peranan dan tanggungjawabnya.
“Isu-isu sewa hotel di Tanjung Piai, kronisme, lobi, mahal, lambat, tidak dengar arahan, KSU, PM, surat, bla bla bla… Menteri Pertanian dan pemimpin PAN lah harus menjawabnya. Ia bukan isu NAFAS, itu isu perut!” ujarnya. – MalaysiaGazette
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://dialograkyat.blogspot.com/2019/11/pelantikan-bod-ppn-ppk-rampas-demokrasi.html