Pelanggan Didakwa Berhutang Akaun Dibekukan Akibat Kesilapan Bank


 
CIMB berkata, ‘kesilapan pemprosesan’ menyebabkan sebilangan kecil pelanggan menerima kredit pendua dalam akaun mereka.GEORGE TOWN: Kesilapan CIMB Malaysia mengakibatkan lebih 200 pelanggan didapati “berhutang” dengan deposit bertukar kepada baki debit dan akaun mereka dibekukan.
Pelanggan yang tidak berpuas hati telah membuat laporan kepada polis dan Bank Negara, malah ada yang mendapatkan nasihat undang-undang untuk memfailkan saman, menurut kumpulan sembang melibatkan kira-kira 2,700 pelanggan yang terjejas.
Nadia, dari Alor Setar, berkata, baki semasa sebanyak RM9,035 dalam akaun simpanannya digantikan dengan baki debit RM48,409 (ditunjukkan dalam kurungan, menandakan nilai negatif).
Beliau kemudian diberitahu masalah itu disebabkan oleh “kredit pendua yang silap” tahun lepas dan diminta menjelaskan jumlah itu secara ansuran.

Mangsa lain turut berkata, mereka menerima mesej teks akan ditawarkan pelan ansuran untuk menyelesaikan “hutang”.
CIMB berkata, hanya sebilangan kecil pelanggannya terjejas dan ia sedang menghubungi mereka untuk menyelesaikan isu ini.
Tinjauan di kumpulan sembang itu mendapati kira-kira 40% daripada mereka diminta membayar balik jumlah bawah RM500,000, manakala 40% lagi diminta membayar balik antara RM5,000 dan RM150,000.
Tinjauan lain menunjukkan bahawa dua pertiga daripada responden menggunakan akaun mereka untuk “pindahan bank dan komisen” dan 27% sebahagian besarnya untuk perdagangan dan pembrokeran.
Nadia, 33, berkata, abangnya diminta membayar balik RM18,000 secara ansuran.
“Bagi akaun saya pula, bank berkata ia tidak lagi akan dibekukan jika saya menjelaskan RM42,000. Saya minta wang simpanan saya dipulangkan segera tetapi pihak bank tidak memberi jawapan yang berterus terang,” katanya.
Seorang lagi pelanggan bank, Nur Amira Zulhisham, 24, seorang pekerja pusat berpantang berkata, beliau mula menyedari sesuatu tidak kena pada akaun banknya Selasa lepas apabila menerima mesej memintanya membayar balik RM12,983.
Katanya, beliau hanya mempunyai simpanan kira-kira RM3,000 ketika itu. Sebagai langkah berjaga-jaga, beliau cuba memindahkan sebanyak yang boleh ke dalam akaun lain, tetapi hanya dapat memindahkan RM1,500 disebabkan had transaksi.
Jumlah itu katanya, cukup-cukup untuk membayar sewa dan membeli keperluan rumah dan bayinya yang berusia dua bulan.
Nur Amira berkata, akaun simpanannya dibekukan pada keesokan harinya. Ibu bapanya, yang bekerja sebagai pemandu teksi dan penjual nasi lemak, diminta membayar sejumlah RM100,000.
“Kami tidak pernah membuat sebarang pinjaman dengan CIMB,” katanya.
Seorang lagi pemegang akaun CIMB, Zahida Dalila berkata, beliau mungkin terpaksa menjual harta bendanya untuk membeli barangan runcit.
Seorang pentadbir kumpulan sembang itu yang tidak mahu dinamakan berkata, separuh daripada kumpulan pelanggan yang terjejas diberitahu akaun mereka akan dipulihkan pada 2 Feb, manakala yang lain akan ditawarkan “pelan ansuran”.
Dalam jawapan kepada pertanyaan FMT, CIMB Bank berkata, ia merekodkan “kesilapan pemprosesan” yang menyebabkan sebilangan kecil pelanggan menerima kredit pendua dalam akaun mereka.
“Kami sedang menghubungi pelanggan-pelanggan ini untuk memastikan penyelesaian yang adil dan terurus,” katanya selain menambah bahawa pelanggan yang terjejas boleh menghubungi talian penting untuk perbincangan lanjut.
FMT telah menghubungi Bank Negara untuk mendapatkan komen. - FMT


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com/2022/01/pelanggan-didakwa-berhutang-akaun.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
100 Pelanggan Bank Desak Akaun Mereka Dikembalikan Berita Harian 05 02 2022

100 Pelanggan Bank Desak Akaun Mereka Dikembalikan Berita Harian 05 02 2022

papar berkaitan - pada 7/2/2022 - jumlah : 172 hits
KUALA LUMPUR Kira kira 100 pemegang akaun yang berdaftar dengan sebuah bank tempatan semalam meminta akaun mereka yang dibekukan bank berkenaan sejak seminggu lalu dikembalikan Jurucakap kumpulan itu Mohd Aimullah Mohd Zain 26 menyifatkan p...
Kecoh Duit Pelanggan Bank Hilang Dalam Tiga Bank

Kecoh Duit Pelanggan Bank Hilang Dalam Tiga Bank

papar berkaitan - pada 29/1/2022 - jumlah : 215 hits
Oleh ZAREEN HUMAIRAH SEJAHAN TANGKAP layar menunjukkan beberapa individu mengadu nasib tidak dapat membuat transaksi serta wang simpanan gagal dikeluarkan menerusi mesin pengeluaran wang automatik PETALING JAYA Orang ramai mulai cemas selep...
Akaun Dibeku Bank Cimb Caj Tanpa Sebab Munasabah Ppim 05 02 2022

Akaun Dibeku Bank Cimb Caj Tanpa Sebab Munasabah Ppim 05 02 2022

papar berkaitan - pada 6/2/2022 - jumlah : 261 hits
Tindakan pihak bank membekukan akaun pelanggan tanpa alasan munasabah mendapat perhatian Persatuan Pengguna Islam Malaysia Dalam satu sidang media hari ini Ketua Aktivis PPIM Nadzim Johan berkata pihaknya mahu bank yang terlibat khususnya C...
Akaun Pelanggan Dibeku Kerana Cimb Tersilap Kredit Kata Bnm

Akaun Pelanggan Dibeku Kerana Cimb Tersilap Kredit Kata Bnm

papar berkaitan - pada 4/2/2022 - jumlah : 158 hits
February 4 2022BNM juga mengarahkan CIMB tidak mengenakan beban kewangan tidak dijangka kepada pelanggan yang tidak menyedari kesilapan itu GEORGE TOWN Bank Negara Malaysia berkata kesilapan dilakukan bank tempatan baru baru ini yang menyeb...
Pengguna Cimb Dakwa Akaun Bank Ada Masalah Terpaksa Bayar Hutang Tak Wujud Lebih Rm28k

Pengguna Cimb Dakwa Akaun Bank Ada Masalah Terpaksa Bayar Hutang Tak Wujud Lebih Rm28k

papar berkaitan - pada 1/2/2022 - jumlah : 274 hits
Pengguna CIMB Dakwa Akaun Bank Ada Masalah Terpaksa Bayar Hutang Tak Wujud Lebih RM28K Menurut NST CIMB memaklumkan terdapat masalah pemprosesan pada sistem perbankan mereka sehingga menyebabkan beberapa akaun pengguna dibekukan BY JANUARY ...
166 Desa Di Pandeglang Rusak Akibat Gempa Pemerintah Prioritaskan Perbaikan Sekolah

166 Desa Di Pandeglang Rusak Akibat Gempa Pemerintah Prioritaskan Perbaikan Sekolah

papar berkaitan - pada 18/1/2022 - jumlah : 133 hits
Hal tersebut disampaikan Muhadjir usai menggelar rapat percepatan penanganan bencana alam gempa bumi Pandeglang dalam telekonference secara virtual Selasa
Kena Tebuk Masuk Tiub Dalam Paru Paru Untuk Buang Nanah Akibat Berkongsi Vape Terpaksa Masuk Wad Hampir Sebulan

Kena Tebuk Masuk Tiub Dalam Paru Paru Untuk Buang Nanah Akibat Berkongsi Vape Terpaksa Masuk Wad Hampir Sebulan

papar berkaitan - pada 19/1/2022 - jumlah : 312 hits
Walaupun sudah banyak teguran dan perkongsian tentang kesan buruk dari penggunaan vape yang dikatakan boleh membantu menghentikan tabiat merokok masih ramai yang enggan peduli malah bertindak memperlekehkan pihak atau individu yang mahu mem...
Rentasan 1053 Cubaan Kkm Rahsiakan Data Kematian Akibat Suntikan Dos P

Rentasan 1053 Cubaan Kkm Rahsiakan Data Kematian Akibat Suntikan Dos P

papar berkaitan - pada 20/1/2022 - jumlah : 144 hits
MENARIK DALAM RENTASAN 10531 KENAPA KP SPRM TAKUT PSC 2 PAS SEMAKIN KUCHALANA 3 DOS KETIGA BENTENG BALA ATAU NIAGA 4 PEMUDA AMANAH SEKOLAHKAN PM
Model Jelita Pandu Kereta Suami Pemain Bolasepak Meninggal Dunia Akibat Langgar Lori Video

Model Jelita Pandu Kereta Suami Pemain Bolasepak Meninggal Dunia Akibat Langgar Lori Video

papar berkaitan - pada 18/1/2022 - jumlah : 208 hits
Model Jelita Pandu Kereta Suami Pemain Bolasepak Meninggal Dunia Akibat Langgar Lori VIDEO SEORANG wanita maut dalam kemalangan jalan raya yang berlaku di Odessa Ukraine Bekas model itu Viktoria Danchenko 27 sedang memandu kereta jenis Merc...
Let S Not Return To The Old Ways Of Tight Media Control

Air Terjun Tujuh Puteri Bukit Sri Permata

Bank Islam Berwajah Baru Melalui Aplikasi Dan Web

Company Director Scammed Of Over Rm1mil By Inspector Harun

O G Firm Right To Dismiss Worker For Refusing Covid 19 Jab Says Industrial Court

How To Survive Thanksgiving Travel

Kyrkoherden Och Draken En F Rh Xande Saga Om Mod Och V Nskap Fr N Antika Spanien

Dayang Nurfaizah Mencintai Cinta Chord


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3

Biodata Terkini Reshmonu Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Hey Waley

Gegar Vaganza 2024 GV 11 Hadiah Tiket Peserta Juri Format Pemarkahan Dan Segala Info Tonton Live Di Astro Ria Dan Sooka

6 Janji Donald Trump Kalau Dia Naik Jadi Presiden Semula


The American Society Of Cinematographers Over And Above The Frame Casin

Hoya Pro1 Uv Filter

Orang Tua Sekarang Membunuh Anaknya Secara Halus

Apabila Wanita Tertinggi Dan Paling Pendek Bertemu

Seorang Sahaja Zul Ariffin Tersasul Doa Minta 4 Isteri

Isu Artis Mangsa Buli Syafiq Yusof Gesa Produksi Main Peranan Perlu Wujudkan Suasana Friendly