Pelancongan Melaka Musnah Angkara Pkpb Lembah Klang


 Oleh MUHAMMAD AIMY AHMAD
Muhammad Jailani Khamis MELAKA: Pelan pelancongan Melaka yang dirangka oleh kerajaan negeri bagi meningkatkan semula pertumbuhan sektor itu ‘musnah’ gara-gara pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Lembah Klang.
Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Warisan dan Kebudayaan negeri, Datuk Muhammad Jailani Khamis berkata, pelbagai mekanisme telah dilakukan seperti merendahkan harga, pakej-pakej menarik, meningkatkan kualiti dan pembersihan berkala.
Namun, kesemua usaha itu kini dilihat tergendala termasuk sasaran menarik kehadiran 5.6 juta pelancong menjelang hujung tahun ini.
“Saya tak tahu macam mana lagi nak buat kerana kita sudah buat macam-macam cara, apabila PKPB dilaksanakan di Lembah Klang pelancong hujung minggu dari tiga negeri ini tidak dapat datang jadi perkara begini banyak merosakkan Melaka.
“Semasa gelombang pertama dahulu kerajaan negeri masih ada rizab yang baik jadi kita tidak terlalu terkesan teruk dan berharap tidak berlaku gelombang seterusnya tetapi akhirnya ia berlaku juga,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas majlis perasmian Pejabat Penggerak Komuniti Negara (PKN) oleh Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datin Zuraida Kamaruddin di Taman Klebang Utama, di sini hari ini. 
Mengulas lanjut, ujar Muhammad Jailani, pihaknya menaruh harapan agar PKPB tersebut tidak disambung lagi selepas ini atau melonggarkan prosedur operasi standard (SOP) sedia ada bagi membolehkan pelancong datang ke Melaka.
Sementara itu, mengulas mengenai Bajet negeri Melaka dan Persekutuan 2021 yang akan dibentangkan kelak, beliau berharap fokus kepada sektor pelancongan yang kini terjejas teruk sepanjang tempoh pandemik Covid-19 diberi perhatian sewajarnya.
Ujar Muhammad Jailani, antara yang diharapkan pihaknya adalah kewujudan rizab pelancongan yang dapat membantu sektor berkenaan jika berlakunya sebarang musibah yang tidak dijangka pada masa depan.
Jelasnya, dengan adanya rizab tersebut, ia dapat disalurkan kepada pemain industri pelancongan yang terkesan, sekali gus dapat mengelak sektor tersebut daripada lumpuh sepenuhnya.
“Apabila berlakunya Covid-19, kita mula sedar betapa pentingnya rizab untuk pelancongan. Jadi saya sangat berharap bajet Persekutuan dan negeri dapat memikirkan satu jumlah rizab untuk industri pelancongan sekiranya berlaku musibah seperti ini. 
“Jadi jika adanya rizab tersebut, kita hanya akan gunakan apabila perlu sahaja supaya kita dapat bertahan dalam tempoh sukar, sekali gus dapat mengelakkan pembuangan pekerja,” katanya. -UTUSAN ONLINE


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2020/10/pelancongan-melaka-musnah-angkara-pkpb.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Sampai Bilakah Warga Lembah Klang Terus Berdepan Masalah Air Norshida

Sampai Bilakah Warga Lembah Klang Terus Berdepan Masalah Air Norshida

papar berkaitan - pada 23/10/2020 - jumlah : 293 hits
UMNO ONLINEKUALA LUMPUR Wanita UMNO hari ini mempersoalkan sampai bilakah masalah air melanda warga Lembah klang yang hingga kini berterusan dan sampai bilakah titik noktah kepada penyelesaian masalah terbabit akan menjelma Ketua Penerangan...
Nak Cari Kek Minimalis Korea Trendy Sekitar Lembah Klang Cuba Terjah Sini

Nak Cari Kek Minimalis Korea Trendy Sekitar Lembah Klang Cuba Terjah Sini

papar berkaitan - pada 3/11/2020 - jumlah : 724 hits
Trending kek minimalis semakin mendapat tempat di hati peminat kek minimalis terutama kek minimalis Korea yang sedang hangat diperkatakan sekarang ini Bukan apa bentuk kek yang ringkas baik dari segi warna kek mahupun corak kek ianya member...
Gangguan Air Di 686 Kawasan Lembah Klang Malam Ini Akibat Paip Bocor

Gangguan Air Di 686 Kawasan Lembah Klang Malam Ini Akibat Paip Bocor

papar berkaitan - pada 18/10/2020 - jumlah : 441 hits
Sebanyak 686 kawasan di Petaling Gombak Klang Shah Alam Kuala Lumpur dan Hulu Selangor mengalami gangguan bekalan air tidak berjadual bermula 9 malam ini berikutan henti tugas separa Loji Rawatan Air Sungai Selangor Fasa 1 Air Selangor Sdn ...
Profesor Saran Gunakan Air Laut Untuk Selesaikan Masalah Bekalan Air Di Lembah Klang

Profesor Saran Gunakan Air Laut Untuk Selesaikan Masalah Bekalan Air Di Lembah Klang

papar berkaitan - pada 22/10/2020 - jumlah : 397 hits
Profesor saran gunakan air laut untuk selesaikan masalah bekalan air di Lembah KlangKekerapan berlakunya gangguan bekalan air di Selangor sudah semestinya membuatkan ramai pengguna merunggut biarpun adakalanya masalah gangguan itu datang da...
889 Kes Hari Ini Pkpb Di Sabah Dilanjutkan Sehingga 9 Nov

889 Kes Hari Ini Pkpb Di Sabah Dilanjutkan Sehingga 9 Nov

papar berkaitan - pada 25/10/2020 - jumlah : 407 hits
Perintah kawalan pergerakan bersyarat di Sabah akan dilanjutkan untuk 14 hari lagi iaitu sehingga 9 November ini Keputusan itu dibuat atas permintaan kerajaan negeri dan Majlis Keselamatan Negara menurut Menteri Kanan Ismail Sabri Yaakob Ke...
Pkpd Asrama Tropicana Tamat Esok Tertakluk Pkpb Menteri

Pkpd Asrama Tropicana Tamat Esok Tertakluk Pkpb Menteri

papar berkaitan - pada 25/10/2020 - jumlah : 351 hits
SHAH ALAM 24 OKT Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan yang dikenakan di Asrama Pekerja Tropicana Petaling Jaya tidak dilanjutkan dan berakhir mengikut tempohnya esok Menteri Kanan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata sehingga 23 Okto...
Pkpb Sabah Dilanjut Sehingga 9 Nov Saringan Bersasar Diteruskan

Pkpb Sabah Dilanjut Sehingga 9 Nov Saringan Bersasar Diteruskan

papar berkaitan - pada 25/10/2020 - jumlah : 364 hits
KUALA LUMPUR 24 OKT Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat di seluruh Sabah yang dijadual berakhir 26 Oktober ini dilanjutkan selama 14 hari lagi sehingga 9 November Menteri Kanan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata perkara berkenaan dipu...
Pkpb Di Sabah Dilanjutkan Hingga 9 November

Pkpb Di Sabah Dilanjutkan Hingga 9 November

papar berkaitan - pada 24/10/2020 - jumlah : 358 hits
KUALA LUMPUR Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat di Sabah yang akan berakhir pada 26 Oktober ini dilanjutkan sehingga 9 November depan Menteri Kanan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata keputusan itu susulan angka kes po
Lanjutan Pkpb Di Selangor Dan Wilayah Persekutuan Bergantung Penilaian Kkm

Lanjutan Pkpb Di Selangor Dan Wilayah Persekutuan Bergantung Penilaian Kkm

papar berkaitan - pada 24/10/2020 - jumlah : 409 hits
KUALA LUMPUR Keputusan sama ada Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat di Selangor Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur Putrajaya dan Labuan akan dibuat selepas penilaian dan analisa ancaman penularan COVID 19 oleh Kementerian Kesihatan Malaysia
Is The Expanded Sst Much Ado About Nothing

Samsung S Aye Train Turns Kl Mrt Into A Giant Game

Belimbing Besi Bintang Tropika Dengan Potensi Besar

Hanya Gambar Berbicara

Muhyiddin What Are Guarantees For Malaysia In Ambalat Deal

Unmasking Paedophiles When Silence And Secrecy Becomes The Greatest Crime

Tinggi Potassium Dalam Air Kencing

Workers At Glove Mould Producer Back At Work After Successful Talks


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Pencuci Mulut

Woi Kau Bun H Saya Punya Adik Suasana Tegang Di Mahkamah Ahli Keluarga Mangsa Cuba Hampiri Suspek

13 Jam Yang Mendebarkan Hta Cipta Sejarah Lepas Berjaya Pisahkan Bayi Kembar Siam

4 Kakitangan Majalah Turki Leman Ditahan Atas Dakwaan Menghina Nabi Muhammad S A W

Nak Tanya Bekas Ketua Polis Negeri Sarawak Apa Manfaat Vape Ni Ye

Malaysian Travellers In 2025 Smart Digital Intentional