Pecahkan Kkd Untuk Mudahkan Pelaksanaan Ekonomi Digital




Pemecahan Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) sebelum ini kepada dua entiti baharu bukan akibat berlaku kelemahan dalam KKD namun bagi mempercekapkan pelaksanaan ekonomi digital.
Hal itu dinyatakan oleh Menteri Komunikasi (KK), Fahmi Fadzil kepada pemberita selepas majlis R.E.N.E.W: Reuse, Educate, Nurture, and Empower with Waste di Dataran Sri Angkasa Jaya, Taman Bukit Angkasa, Kuala Lumpur pagi tadi.
Menurut beliau, tuduhan mengatakan dirinya lemah menguruskan KKD adalah tidak berasas kerana daripada 12 agensi di bawah kementerian itu, beliau masih diberi tanggungjawab menjaga 8 daripadanya di bawah kementerian baharu.
“Ada pihak tuduh Fahmi gagal laksanakan tugas sebagai Menteri KKD maka dipecahkan dan diselamatkan nyawa politik saya.
“Ini tidak betul. Kalau kita lihat agihan agensi pada waktu ini daripada 11 atau 12 agensi di bawah KKD yang kekal dengan KK adalah 8 agensi, manakala satu agensi luar dimasukan menjadikan 9 agensi, termasuk J-KOM.
“Tetapi sebenarnya, dalam perbincangan saya dengan pasukan Perdana Menteri, saya jelaskan berdasarkan pengalaman saya kendalikan KKD dalam setahun, ada beberapa aspek dalam ekonomi digital yang merentasi 4 kementerian. Misalnya dari segi start up itu dengan MOSTI, scale up wujudkan kilang bawah MDEC, pelaburan diusahakan oleh MIDA bawah MITI, dan kemudian pelaburan MyDigital Corp di bawah Kementerian Ekonomi.
“Jadi bila kita bincang dengan pihak industri, ada menyatakan kegusaran bila ada 4 kementerian berbeza usahakan isu sama.
“Maka saya sampaikan pandangan mengapa tidak dikumpulkan semua agensi ini, diletakkan di bawah satu agensi khusus, kerana bila kita teliti dokumen Pelan Induk Perindustrian menyatakan ekonomi digital ini merupakan tiang seri utama pertumbuhan eknomi negara (pada waktu ini dan masa hadapan),” katanya.
Beliau juga menjelaskan Menteri Digital, Gobind Singh Deo dalam mesyuarat Majlis Ekonomi Digital dan IR 4.0 pada Jumaat lalu bersetuju kepada keperluan untuk diselaraskan bukan hanya melalui majlis, tetapi dalam Kementerian Digital agensi yang terlibat.
Tambah Fahmi, ekonomi digital terlalu penting pada tahun tahun mendatang kerana dijangkakan sumbangan sektor itu kepada KDNK menjelang 2025 mencecah 25.5% iaitu satu per empat Keluaran Dalam Negara Kasar negara.
Oleh itu, katanya, perlu ada satu kementerian khas untuk menangani isu ekonomi digital dan tidak boleh ditangani secara bersama dengan komunikasi.
Namun, walau apa pun pendapat pengkritik, tegas Jurucakap Kerajaan Perpaduan itu, Kerajaan Perpaduan tetap masih mempunyai saiz kabinet yang lebih kecil berbanding PM sebelum ini seperti Muhyiddin Yassin atau Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
“Yang penting jumlah menteri dan timbalan di bawah PMX jauh lebih rendah berbanding dengan kerajaan terdahulu dan masih tidak dilantik duta bertaraf menteri ke mana mana zon di luar negara.
“Seperti dahulu, elaun berpuluh ribu tetapi tak ada hasil. Perkara ini (kabiet baharu) lebih baik daripada dahulu,” katanya lagi.
The post Pecahkan KKD untuk mudahkan pelaksanaan ekonomi digital first appeared on Suara Pakatan Daily.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://suarapakatandaily.com/archives/36934?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=pecahkan-kkd-untuk-mudahkan-pelaksanaan-ekonomi-digital

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pmx Dan Majlis Ekonomi Digital

Pmx Dan Majlis Ekonomi Digital

papar berkaitan - pada 15/12/2023 - jumlah : 251 hits
Hari ini saya telah mempengerusikan mesyuarat Majlis Ekonomi Digital dan Revolusi Perindustrian Keempat Negara yang ke 2 bagi tahun 2023 Ia juga dihadiri Menteri menteri Pengerusi Kluster dan inisiatif ekonomi digital serta ahli lantikan ya...
Apa Itu Hilirisasi Digital

Apa Itu Hilirisasi Digital

papar berkaitan - pada 26/12/2023 - jumlah : 210 hits
Debat Cawapres 2024 memunculkan istilah hilirisasi digital Apa itu hilirisasi digital Ini istilah baru dan tidak dikenal dalam literasi digital ataupun referensi tentang dunia digital Para pakar menyebutkan mungkin yang dimaksud adalah digi...
Digital Id How Does It Work

Digital Id How Does It Work

papar berkaitan - pada 26/12/2023 - jumlah : 168 hits
Experts say digital IDs provide a secure and quick way to prove a person s identity even if the person cannot provide paper documents to prove the claim PETALING JAYA During the tabling of the 2024 budget in October Prime Minister Anwar Ibr...
Hilirisasi Digital Kunci Penting Peningkatan Bisnis Dari Sisi Efisiensi Kinerja

Hilirisasi Digital Kunci Penting Peningkatan Bisnis Dari Sisi Efisiensi Kinerja

papar berkaitan - pada 25/12/2023 - jumlah : 188 hits
Hilirisasi digital adalah proses transformasi bisnis yang memanfaatkan teknologi digital untuk meningkatkan kinerja efisiensi dan daya saing di sektor hilir Sedangkan sektor hilir adalah sektor yang berhubungan dengan distribusi pemasaran d...
Jokowi Tekan Aturan Percepatan Transformasi Digital Begini Isinya

Jokowi Tekan Aturan Percepatan Transformasi Digital Begini Isinya

papar berkaitan - pada 21/12/2023 - jumlah : 161 hits
Pertimbangan penerbitan perpres itu untuk mendorong terwujudnya pelayanan publik berkualitas dan terpercaya
Dasar Ekonomi Baru Perlu Ditamatkan Kata Mca

Dasar Ekonomi Baru Perlu Ditamatkan Kata Mca

papar berkaitan - pada 9/12/2023 - jumlah : 252 hits
Dasar Ekonomi Baru perlu ditamatkan kata MCA ARVE Error src mismatch provider youtube url https youtu be DBd85HXRRGE src in org https www youtube com embed DBd85HXRRGE wmode transparent rel 0 feature oembed src in mod https www youtube com ...
Siapa Mencemarkan Kerajaan Madani Dalam Dbkl

Bertha Benz Cipta Sistem Brek Kenderaan

Resepi Spicy Salted Egg Cornflakes

Hilux Vios Main Langgar Orang Tepi Jalan Di Jalan Klang Lama

3 Cara Memaksa Penipu Online Mengembalikan Uang Anda

Belajar Trading Bagi Pemula Gratis Bergaransi Sampai Bisa Di Pontianak

Strategi Ampuh Mengatasi Ketakutan Untuk Tindakan Proaktif

Bendang


echo '';
Kenapa Sistem Pemarkahan Sukan Tenis Pelik dan Aneh

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Jadikan Aku Bidadari Slot Akasia TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 11 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Separuh Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

10 Drama Melayu Terbaru TV3 2024 2025 Best Mesti Tonton Juga Tersedia Online


Funny18 Funny18 Top 62 By Xavier Funny18 Xyz 23 67

188betth Cc 28 68 Website 188betth Top 73 By Dominic

Pelaburan Emas Bank Islam Biga I

E Procurement Enhances Transparency In Public Funds Usage Says Azam

Crocodile Menace Intensifies As Sabah Rescue Team Battle Floods

Why Not Indian Cm In Penang Mipp Leader Asks