Pelancaran Perfume Terbaharu Army In You Pengorbanan Dan Perjuangan Mk K Clique X De Xandra


 
Bila  nama selebriti ini disebut, aku gerenti peminat lagu-lagu Indie mengenalinya. MK K-Clique.  Bukanlah aku nak bergosip dalam artikel ini.   Tetapi kisah pengorbanannya, yang besar sebagai seorang anak serta perjuangan yang dibawakan olehnya mampu dijadikan teladan bagi anak-anak muda pada masa kini.
 
 
majlis pelancaran De'Xandra X MK

 
 

 
Selebriti yang berasal dari negeri di bawah Bayu, Sabah.  Mungkin ada yang masih tidak tahu dengan nama sebenarnya iaitu Muhammad Hairi Amin Hamdan.  Seorang jejaka yang tidak kedekut dengan senyuman setiap kali berjumpa dengan para  peminatnya. Melihatkan kejayaannya sekarang, ada terselit kisah sedihnya sewaktu hidup susah sebelum bergelar selebriti.
 
Tanpa perjuangan yang jelas, hidup tidak akan berubah
 
    Beliau juga tidak terlepas dalam ujian kehidupan yang dilaluinya, yang penuh berliku. Beliau pernah bekerja sebagai penarik kereta bersama rakan-rakannya sewaktu berada di kampung halamannya, di Tawau Sabah. Kerana memikirkan perjalanan hidupnya begitu, beliau nekad untuk berhijrah ke Ibu Kota demi mengubah nasib hidupnya serta keluarganya. Bagi beliau, dia lah ketua keluarga nya juga menjadi harapan ibu serta adik beradiknya.
 
    Jika difikirkan kembali, memang tidak sanggup untuk meninggalkan keluarganya demi keluar mencari rezeki di Semenanjung. Disebabkan mereka yang menjadi tunjang utamanya, beliau sanggup berkorban. Pemergian beliau ke Semenanjung telah mendapat restu dan reda seorang ibu, akhirnya beliau berjaya sehingga menjadi Selebriti pilihan syarikat perfume terkemuka di Malaysia iaitu De'Xandra.
 

Pengorbanan hidup setiap individu berbeza. Begitu juga dalam kehidupan MK K-Clique. Yang tahan dengan cabaran, akan kekal bertahan. Yang tidak pernah ­ sesekali berjuang dalam kehidupan, pastinya tiada motivasi dalam kehidupan. Siapa yang tidak tahan dengan cabaran hidup, pasti mudah menyerah begitu sahaja tanpa berusaha meneruskan perjuangan hidup.
 
 
De'Xandra Perfume Berkolaborasi dengan   MK K-Clique
 
    Sabtu bersamaan 15 Oktober 2022, majlis pelancaran De'Xandra Perfume berkolaborasi bersama MK K-Clique yang diadakan di Suria Mall, Sabah. Kempen kali ini 'Army In You', diangkat bersempena dengan pengorbanan dan perjuangan MK K-Clique dalam kehidupannya. Turut diceritakan kisahnya dalam lagu 'Mimpi' yang diterbitkan pada tahun 2019. Kini, MK tidak bermimpi lagi dengan menjadi selebriti pilihan De'Xandra.
 
 
Majlis Pelancaran Perfume Terbaharu, 'Army In You'
 
    Majlis pelancaran perfume terbaharunya 'Army In You', seperti dalam mimpi. Apa tidaknya bagaikan menghadiri konsert secara terbuka MK K-Clique. Peminat di Sabah boleh mendekati beliau dengan bergambar, dan turut juga melakukan sesi video sewaktu sedang mendendangkan lagunya. Selain itu, peminat juga boleh mendapatkan tandatangan secara ekslusif melalui posternya.
 
    Sebelum pelancaran, 2 orang Emcee sempatlah menemu bual Founder De'Xandra iaitu Puan Ernayanie Nur Binti Julaimi dan MK K-Clique selaku selebriti 'Army In You'.
 
    'Army In You' diinspirasikan mengenai sifat yang ada pada seorang tentera. Yang sanggup berkorban dan berjuang demi negara. Dikatakan juga, sifat tentera yang bermotivasi tinggi dalam mencapai sasaran iaitu musuh. Sebelum menghadapi musuh, mereka akan menyusun terlebih dahulu startegi untuk membenamkan musuhnya. Berkat perjuangan dan sepakat, musuh dapat ditumpaskan dengan mudah.
 
    Begitu juga MK K-Clique dalam perjuangan hidupnya dan juga De'Xandra yang telah berada dipasaran dunia selama 7 tahun dalam industri minyak wangi, merentasi pasaran luar negara iaitu China, Hong Kong, Cambodia, Brunei Darul Salam. Pengorbanannya berbalas, apabila De'Xandra berjaya dinobatkan sebagai pemegang terbesar pasaran minyak wangi antarabangsa.  Juga berjaya mengalahkan jenama perfume terkemuka di Asia Tenggara.
 
 

Spray perfume MK Collection De'Xandra, tanda perasmian

 
 
 
    Part yang aku paling suka adalah sewaktu pelancaran bermula. Sesuai sangat dengan TAGLINE mereka tu: melekat, memikat dan teringat. 3 orang terpenting iaitu Founder De'Xandra, CEO De'Xandra serta MK K-Clique. Masa mereka semburkan perfume MK Set ke udara, aku rasa nak je  berlari kearah mereka tu menyelit. Nak rasai sendiri kesegaran perfume. Orang cakap ambil 'aura' mereka yang menyemburnya, mana lah tahu terkena sipi aura positif pun takpe. 
 
MK SET Edition terdapat dalam 3 pilihan pakej semasa hari pelancaran. Iaitu Pakej Sapu Rata, Pakej Mimpi, dan Merais.
 
 
Pakej Sapu Rata by De'Xandra
 
Perfume for Him, emerald Green adalah bauan perfume khas untuk lelaki yang sentiasa berjuang dan berkorban hidupnya demi insan tersayang. Aku percaya, bauan ini mampu menjadikan seorang lelaki bersemangat untuk menghadapi pelbagai cabaran hidup. Antara item yang terdapat dalam MK Set Collection :
 
De'Xandra Perfume For Him 35mlDe'Xandra Perfume 15mlLanyard Limited Edition MKDe'Xandra Air Freshener Car atau pewangi keretaT-shirt Jersey Premium by Debrog Limited Edition by MKShopping Bag by Label Sendiri  
 
Pakej MIMPI by De'Xandra
 
Kali ini, anda tidak bermimpi. Kerana set MIMPI anda boleh bawa pulang pada harga RM 199, dari harga asalnya ialah RM 249.
 
Pakej MIMPI
 
1.     De'Xandra Perfume For Him 35ml
2.     De'Xandra Perfume 15ml
3.     Lanyard Limited Edition MK
4.     De'Xandra Air Freshener Car atau pewangi kereta
5.     T-shirt Jersey Premium by Debrog Limited Edition by MK
6.     Losyen
 
Pakej Merais
 
Terdapat 2 botol perfume MK Set Collection iaitu Perfume for Him dan Perfume for Her. Dapatkan pada harga RM 150.
 
 
Aktiviti selama 2 hari di Suria, Mall Sabah
 
Bukan tu jer, paling aku suka tentang majlis pelancaran perfume De'Xandra ialah pemilihan hosnya iaitu Badrul Haziq dan CEO De'Xandra, Encik Safwan Bin Ismail. Aku suka cara  mereka berdua handle sesi cabutan bertuah , bukan nak cakap mereka ni ' suara handsome' yer. Suara yang lantang dan jelas, paling penting ber'energy'. Aku yang tunggu situ, setia menanti pengumuman pemenang sehingga ke penghujung majlis. Mana lah tahu, antara 5,000 penyertaan tu mungkin rezeki aku terselit. Ha.. tapi memang serius aku cakap. Bagus pengurusan De'Xandra, tepat hosnya untuk mencabut undi. Sebutan setiap perkataan pun jelas.
 
Berbalik kepada tadi, hanya 30 pemenang bertuah sahaja diumumkan secara langsung dalam page De'Xandra HQ. Sewaktu nama pemenang diumumkan, aku rasa macam menghadiri majlis anugerah berprestij pula dah. Berdebar-debar, cuma tiada rezeki untuk aku menang.
 
Selama 2 hari event berlangsung, pengunjung juga boleh dapatkan sample perfume di bahagian booth tersebut secara PERCUMA. Selain itu juga, aktiviti lain turut disediakan selain sesi bergambar bersama MK K-Clique, sesi temubual, ada game 'Wheel of fortune', dan Lucky Draw.
 
 


 
MK K-Clique menyemai rasa cinta dan kasih buat penduduk di Sabah
 
Buat julung kalinya, MK K-Clique memberikan 5,000 unit perfume Ekslusif secara PERCUMA kepada para peminatnya. Aku ni ha, terharu sangat bila dia umum macam tu. Patut lah, rupanya beliau ni pemurah orangnya. Cukup pakej betul, selain menjadi anak soleh tak lupa keluarga walaupun berjaya.
 
De'Xandra mencari Reseller di Sabah
 
Oleh sebab, perfume De'Xandra mendapat permintaan tinggi di Sabah. De’Xandra membuka peluang secara besar-besaran bagi penduduk di Sabah menjana pendapatan dengan produk nya. Justeru itu, penduduk Sabah juga boleh dapatkan secara terus melalui  Reseller yang terdekat sahaja secara COD. Produk yang mudah dijual serta keuntungan tinggi, turut menyediakan platform istimewa buat Reseller. 
 
 
Sesi temubual antara MK-K-Clique dan Founder De'Xandra Ernayanie Nur

 
 
Menurut pandanganku sendiri, apa yang dapat disimpulkan adalah De'Xandra  satu brand yang stabil dalam perniagaan. Aku suka strategi yang dimainkan dalam perniagaannya, tambahan lagi mereka mempunyai guru yang hebat iaitu 'Sifu Jamal'. Jadi, siapa lagi yang  berminat untuk membuat pendapatan secara tetap, boleh mendaftar sebagai Reseller De'Xandra. Pergi ke media sosial mereka.  
 

Okay, baiklah. Artikel pun dah ke penghujung. Boleh lah aku tutup muzik video yang aku mainkan di channel Youtube MK K-Clique, supaya 'feel' tu sampai untuk aku menulis. Betul-betul melekat, memikat seterusnya terpikat! 
 
 
 

Beli terus di sini :  https://dexandra.com/set-mk/
 
Page : De'Xandra HQ 
 
  Instagram : De'Xandra_HQ
 
 
 
 



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.ehbelogaku.com/2022/10/Pelancaran-Pengorbanan-Hidup-DeXandra-MK-KCLIQUE.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Drama I Love You Sayang Lakonan Mk K Clique Ezzanie Jasny

Drama I Love You Sayang Lakonan Mk K Clique Ezzanie Jasny

papar berkaitan - pada 8/10/2022 - jumlah : 500 hits
Tonton drama bersiri I Love You Sayang adaptasi dari novel I Love You Stupid tulisan Allahyarhamha Melur Jelita akan menemui penonton di TV3 Drama 40 episod hasil nukilan skrip Siti Jasmina Ibrahim dan diarahkan oleh Eyra Rahman JUDUL I Lov...
De Xandra Lancar Haruman Baru Koleksi Mk Kolaborasi Bersama Mk K Clique

De Xandra Lancar Haruman Baru Koleksi Mk Kolaborasi Bersama Mk K Clique

papar berkaitan - pada 17/10/2022 - jumlah : 181 hits
De Xandra Melancarkan Haruman Baru Kolaborasi Bersama MK K Clique dengan slogan ARMY IN YOU Wow mesti korang tertunggu tunggu siapa pilihan selebriti De Xandra kali ini kan akhirnya De Xandra memilih MK K Clique sebagai selebriti pilihan un...
6 Simple Online Dating Safety Tips You Should Know Today

6 Simple Online Dating Safety Tips You Should Know Today

papar berkaitan - pada 6/10/2022 - jumlah : 166 hits
6 Simple Online Dating Safety Tips You Should Know TodayOnline dating apps and websites are among the top avenues for finding a romantic partner in many parts of the globe Malaysia is slowly yet steadily catching up While most Malaysian men...
The Benefits Of A Smart Home Is It Possible To Save Money If You Have An Automated House

The Benefits Of A Smart Home Is It Possible To Save Money If You Have An Automated House

papar berkaitan - pada 6/10/2022 - jumlah : 246 hits
Photo by Dan LeFebvre on Unsplash With the increasing digitalization around the world appliances are getting smarter From cameras and door locks to speakers and lighting almost all household devices have become automated The interaction The...
17 Spooktastic Halloween Garland Designs You Will Want

17 Spooktastic Halloween Garland Designs You Will Want

papar berkaitan - pada 6/10/2022 - jumlah : 189 hits
Is it getting obvious that we re way too excited for Halloween Well we are it s not something you can just hide or something you should hide I mean Halloween is a fun time for everyone The post appeared first on
Could Effective Heating Save You Money

Could Effective Heating Save You Money

papar berkaitan - pada 6/10/2022 - jumlah : 285 hits
The colder weather is drawing in faster than we could have imagined It does not feel that long ago since many of us were sweltering
18 Fantastic Diy Farmhouse D Cor Ideas You Ll Want To Craft

18 Fantastic Diy Farmhouse D Cor Ideas You Ll Want To Craft

papar berkaitan - pada 7/10/2022 - jumlah : 226 hits
There is nothing as rewarding as making your own home d cor But why is it so addicting It is economical sure but that s not the biggest reason why you would choose to make your own The post appeared first on
Peraduan Jordan Can T Smile Without You Hanya Kongsikan Senyuman Berpeluang Menang Wang Tunai

Peraduan Jordan Can T Smile Without You Hanya Kongsikan Senyuman Berpeluang Menang Wang Tunai

papar berkaitan - pada 6/10/2022 - jumlah : 138 hits
KAJIAN OLEH PENJAGAAN GIGI JORDAN MALAYSIA MENDEDAHKAN YANG MASA BERKUALITI BERSAMA KANAK KANAK AKAN MEMBUAT MEREKA SENTIASA TERSENYUMPeraduan Jordan Can t Smile Without You Hanya Kongsikan Senyuman BERPELUANG MENANG WANG TUNAI Bagi menggal...
So You Want To Work Remotely A Guide

So You Want To Work Remotely A Guide

papar berkaitan - pada 8/10/2022 - jumlah : 254 hits
By BY NORA WALSH from NYT Travel https ift tt os9RSNU
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Hazama Hattan Black Hitam Manis Chord

Top Stock Traders In The World And Key Lessons From Their Success

Resipi Kuetiau Basah Seafood Yang Sedap Untuk Sarapan Atau Makan Malam

Tips Rumah Kekal Wangi

Senarai Kursus Tvet Institusi Tvet Di Malaysia

Pizza Parang Melaka Makanan Viral Yang Wajib Anda Cuba