Malaysia Bersedia Bagi Pemulihan Ekonomi Menjelang 2021


Bernama

Sejajar dengan pembukaan ekonomi negara yang menyaksikan hampir 70 peratus tenaga kerja mula bekerja melibatkan beberapa sektor ekonomi, Malaysia berada pada kapasiti yang bersedia bagi pemulihan ekonomi menjelang 2021, kata Menteri Kewangan Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz.
“Kita perlu bangun semula untuk mencatatkan keluaran dalam negara kasar (KDNK) yang positif, berbanding KDNK negatif yang dijangka dicatatkan pada tahun ini, iaitu selaras dengan pertumbuhan ekonomi dunia,” katanya dalam wawancara eksklusif bersama Bernama bagi dokumentari Malaysia Bersatu Lawan Covid-19 yang disiarkan menerusi Bernama TV.
Tengku Zafrul berkata, Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) meramalkan ekonomi global bakal mencatatkan “penguncupan” ataupun pertumbuhan negatif sebanyak tiga peratus berikutan penularan pandemik Covid-19, dan sepertimana negara-negara lain, ekonomi Malaysia turut terjejas.
Menurutnya, dalam usaha memerangi kejatuhan ekonomi akibat pandemik tersebut, kerajaan telah mengambil pendekatan 6R iaitu resolve, resilience, restart, recovery, revitalise dan reform.
Beliau berkata, 1R-Resolve ataupun ketegasan merujuk kepada Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang diumumkan kerajaan pada 18 Mac, ketika graf COVID-19 negara mencatatkan jumlah kes baharu yang tinggi dan memerlukan langkah-langkah pencegahan untuk meratakan lengkung.
Manakala 2R –Resilience (ketahanan) merujuk kepada pakej rangsangan ekonomi ataupun Pakej Prihatin yang diumumkan kerajaan, memfokuskan kepada rakyat yang terjejas termasuklah perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dan PKS mikro.
“3R-Restart adalah langkah pembukaan semula ekonomi atau penjanaan semula ekonomi negara secara berperingkat dan 4R-Recovery adalah fasa pemulihan yang sedang dilalui negara.
“Kita sedang merangka pelan pemulihan ekonomi jangka pendek yang akan diumumkan pada awal bulan Jun ini,” katanya.
Bagi fasa kelima 5R-Revitalise, Tengku Zafrul berkata ia akan diumumkan pada bulan Oktober ataupun November tahun ini dengan fokusnya adalah kepada jangka masa sederhana dan yang terakhir sekali 6R-Reform merupakan pelan jangka masa panjang dan memfokuskan kepada Rancangan Malaysia Kedua Belas (RMKe-12) yang bakal di umumkan pada Januari 2021.
Menurutnya, bagi merancakkan ekonomi negara, kerajaan telah mengumumkan geran khas prihatin yang mana lebih 649,000 PKS mikro telah membuat permohonan mulai 1 Mei sehingga 15 Mei.
“Kita dalam proses untuk mempertimbangkan permohonan tersebut. Setiap permohonan yang berjaya akan menerima RM3,000 daripada kerajaan. Geran ini bertujuan membantu aliran tunai PKS mikro dan mereka tidak perlu membayar semula geran tersebut.
“Kita tidak boleh berasa puas hati selagi tidak ada vaksin, kita perlu mematuhi Standard Prosedur (SOP) yang di tetapkan kerajaan. Saya yakin bahawa new normal (normal baharu) ini boleh berfungsi dengan baik,” katanya.
Tengku Zafrul sebelum ini berkata bahawa normal baharu ini mungkin menjadi kelaziman yang berkekalan.- Bernama




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2020/05/malaysia-bersedia-bagi-pemulihan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Menjana Semula Pemulihan Ekonomi Syahir Sulaiman

Menjana Semula Pemulihan Ekonomi Syahir Sulaiman

papar berkaitan - pada 4/6/2020 - jumlah : 309 hits
Syahir Sulaiman4 Jun 2020Sekali ombak menghempas sekali pantai berubah Itulah realiti yang melanda negara setelah berdepan dengan gelombang COVID 19 Ombaknya sudah reda tetapi kesannya sangat ketara Suka mahupun tidak kelaziman baharu ataup...
3 Petang Ini Pm Akan Umum Pelan Pemulihan Ekonomi

3 Petang Ini Pm Akan Umum Pelan Pemulihan Ekonomi

papar berkaitan - pada 5/6/2020 - jumlah : 326 hits
KUALA LUMPUR Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dijadual mengumumkan Pelan Pemulihan Ekonomi Jangka Pendek pada jam 3 petang ini Astro AWANI akan membawakan pelbagai perbincangan dan analisis berhubung pelan berkenaan sepanjang hari i...
Intipati Perutusan Khas Pm Mengenai Pelan Pemulihan Ekonomi Jangka Pendek

Intipati Perutusan Khas Pm Mengenai Pelan Pemulihan Ekonomi Jangka Pendek

papar berkaitan - pada 5/6/2020 - jumlah : 430 hits
Lebih banyak sektor akan dibuka jika SOP PKPB terus dipatuhi Langkah kerajaan dan disiplin rakyat berjaya bendung 80 peratus kes COVID 19 pulih sepenuhnya Ekonomi Malaysia dijangka menguncup suku kedua tahun ini Pemulihan ekonomi yang lebih...
Pelan Pemulihan Ekonomi Tumpu Tiga Matlamat

Pelan Pemulihan Ekonomi Tumpu Tiga Matlamat

papar berkaitan - pada 3/6/2020 - jumlah : 292 hits
PUTRAJAYA Pelan Pemulihan Ekonomi Jangka Pendek yang akan diumumkan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak lama lagi akan memberi tumpuan kepada tiga matlamat utama dalam memperkasakan ekonomi negara Menteri Kewangan Tengku Datuk Se...
Pm Muhyiddin Yassin Bakal Umum Pelan Pemulihan Ekonomi Jangka Pendek Bulan Ini

Pm Muhyiddin Yassin Bakal Umum Pelan Pemulihan Ekonomi Jangka Pendek Bulan Ini

papar berkaitan - pada 2/6/2020 - jumlah : 367 hits
Pelan Pemulihan Ekonomi Jangka Pendek bagi tempoh Jun hingga Disember 2020 akan dilancarkan oleh Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin pada bulan ini kata Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz Beliau berkata pelan tersebut...
Kpk Dinilai Sudah Cium Potensi Korupsi Program Pemulihan Ekonomi Nasional

Kpk Dinilai Sudah Cium Potensi Korupsi Program Pemulihan Ekonomi Nasional

papar berkaitan - pada 21/5/2020 - jumlah : 247 hits
Komisi Pemberantasan Korupsi menyoroti program Pemulihan Ekonomi Nasional yang rentan dikorupsi
Bumn Pangan Dan Pupuk Jadi Kunci Pemulihan Ekonomi Di Tengah Pandemi Covid 19

Bumn Pangan Dan Pupuk Jadi Kunci Pemulihan Ekonomi Di Tengah Pandemi Covid 19

papar berkaitan - pada 25/5/2020 - jumlah : 283 hits
Jika pangan terganggu dengan cepat menular ke masalah sosial ekonomi keamanan dan politik
Gbp Usd Laporan Cot 2 Jun Pedagang Utama Mencari Alasan Untuk Membeli Pound 2021 Boleh Menjadi Tahun Pemulihan Bagi

Gbp Usd Laporan Cot 2 Jun Pedagang Utama Mencari Alasan Untuk Membeli Pound 2021 Boleh Menjadi Tahun Pemulihan Bagi

papar berkaitan - pada 2/6/2020 - jumlah : 405 hits
GBP USD 1H Selamat sejahtera pedagang Menurut carta setiap jam pasangan pound dolar meneruskan pertumbuhan bahkan melakukan penutupan di koridor arah aliran menaik Oleh itu mood menaik di kalangan pedagang jelas kekal pada masa ini Satu sat...
Ekonomi As Separuh Mati Malaysia Kebal Mustahil

Ekonomi As Separuh Mati Malaysia Kebal Mustahil

papar berkaitan - pada 17/5/2020 - jumlah : 264 hits
Kredit Zus Din 1 Bayangkan Ekonomi Amerika sebuah dan ekonomi terbesar di dunia pun bergelut utk kembali pulih 2 Pengangguran mencapai 14 hingga 20 nak buka ekonomi tapi bimbg jangkitan COVID 19 akan SPIKE semula Setakat ini hanya 30 negeri...
Ali Baba And The Filthy Rich Thieves

Drama Epok

About 25k Throng Dataran For Turun Anwar Rally

Peserta Wanita Himpunan Turun Anwar Alami Sesak Nafas Dikejarkan Ke Hospital

Bring Me Your Concerns In Parliament Not Just On Streets Says Anwar

Final Piala Aff U 23 2025 Indonesia Vs Vietnam Tiket Mulai Rp 200 Ribu

Aeon Mall Active Beat 3 0 Peluang Jumpa Lagenda Manchester United Edwin Van Der Sar

Soto Hj Patoni Peranakan Place Cbtl


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Kenduri Kahwin

Wanita Tidak Berbaju Berkeliaran Di Sebatang Jalan Raya Di Jontien

The Rise Of Virtual Influencers Redefining Fame In The Digital Age

Aplikasi Web Yang Makan Bateri Telefon Korang Tanpa Sedar

Trak Bantuan Mula Memasuki Gaza Melalui Laluan Rafah

Infak Tempahan Seri Muka Durian Tupah Kedah