Pelamin Kahwin Simple Tapi Cantik
Cuti sekolah penggal kedua baru ini, kami menyantuni majlis perkahwinan saudara mara yang berada di Kulim Kedah, Baling Kedah dan juga di Batu Pahat Johor. Selain, seronok berjumpa saudara mara semasa majlis perkahwinan. Kami juga seronok bergambar di atas pelamin pengantin. Suka tengok pelamin kahwin zaman sekarang, simple tapi cantik !
Maksud Pelamin
Pelamin bermaksud tempat khusus di mana pengantin duduk atau berdiri dalam upacara perkahwinan. Pelamin sering dihias dengan cantik untuk mencipta suasana yang indah dan istimewa. Pelamin juga dihiasi dengan bunga-bungaan, kain-kain berwarna-warni dan elemen dekorasi yang lain
Pelamin Kahwin Simple Tapi Cantik
Pelamin Kahwin Simple Tapi Cantik ini mummy maksudkan warnanya tak overshadow pengantin dan tak mempunyai terlalu banyak warna pada pelamin. Jom tengok gambar kami di pelamin pengantin baru-baru ini.
Contents
Pelamin Kahwin di Dewan
Pilihan warna pelamin untuk dewan bergantung pada tema perkahwinan, warna dan citarasa pengantin.
Berikut adalah beberapa pilihan warna pelamin yang sesuai yang biasanya digunakan dalam perkahwinan:
Merah: Merah adalah warna yang sangat popular dalam budaya Melayu sebagai simbol untung dan kebahagiaan.
Emas: Emas adalah warna yang melambangkan kemewahan dan keagungan. Pelamin dengan warna emas sering digunakan pada masa kini.
Putih: Putih adalah warna yang melambangkan kesucian dan kebersihan. Pelamin putih sering digunakan untuk nampak lebih cantik, terang dan luas.
Kuning: Warna kuning sering dikaitkan dengan keceriaan dan kebahagiaan. Ia boleh digunakan sebagai warna utama atau sebagai warna kedua dalam pelamin.
Biru: Biru adalah warna yang melambangkan ketenangan dan kestabilan. Pelamin biru memberikan sentuhan yang tenang dan sejuk.
Hijau: Hijau adalah warna yang melambangkan kesegaran dan kehidupan. Pelamin hijau boleh menjadi pilihan yang menarik terutama untuk tema perkahwinan alam semula jadi.
Ungu: Ungu adalah warna yang melambangkan kemewahan dan keindahan. Pelamin ungu boleh memberikan tampilan yang eksklusif.
Pemilihan warna pelamin haruslah dipertimbangkan bersama dengan tema perkahwinan, dekorasi keseluruhan, dan citarasa pengantin. Juga, perlu memastikan warna pelamin sesuai dengan suasana dewan dan memberikan tampilan yang menarik bagi pengantin dan tetamu.
Pelamin Kahwin di Rumah
Pelamin di dalam rumah, biasanya disiapkan di dalam rumah pengantin. Ruang lebih kecil dari dewan.
Jenis pelamin pengantin untuk rumah boleh berbeza-beza bergantung kepada tema dan bajet pengantin.
Berikut adalah beberapa jenis pelamin pengantin yang biasa digunakan dalam majlis perkahwinan di rumah:
Pelamin Tradisional: Pelamin pengantin tradisional Melayu atau mengikut adat sering menggabungkan elemen-elemen tradisional seperti hiasan bunga, kain berwarna-warni dan hiasan klasik dan tradisional. Pelamin ini mencerminkan kebudayaan Melayu
Minimalis: Pelamin minimalis sering digunakan untuk majlis perkahwinan yang lebih sederhana. Simple tapi menarik untuk pengantin dua sejoli
Modern: Pelamin pengantin moden cenderung kepada gaya yang lebih ringkas dan elegan. Ia mungkin menggabungkan elemen-elemen seperti kaca, cahaya dan deko yang modern
Alam Semula Jadi: Pelamin alam semula jadi mungkin menggunakan elemen-elemen seperti kayu, daun, dan bunga segar untuk mencipta tampilan yang organik dan semulajadi
Tema: Pengantin juga boleh memilih tema tertentu untuk pelamin mereka, seperti tema vintage, tema pantai atau tema musim bunga, dan menghias pelamin mengikut tema tersebut
Buat bakal pengantin, tak perlu risau bab pelamin. Kebiasaanya, wedding planner sekarang dah siap-siapkan tema dan pelamin yang cantik untuk dipilih
Hanya sediakan wangnya sahaja. Hehehe
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.azlindaalin.com/2023/09/pelamin-kahwin-simple-tapi-cantik.html