Pelaksanaan Zon Bebas Kenderaan Di Banda Hilir Terburu Buru


 




Tujuan Pelaksanaan Zon Bebas Kenderaan di Banda Hilir Kerajaan Negeri Melaka melanjutkan tempoh penutupan jalan bersempena dengan Zon Bebas Kenderaan di Banda Hilir, kepada tiga hari bermula hari ini, berbanding setiap Sabtu sebelum ini.


Exco Kanan Perumahan, Kerajaan Tempatan, Saliran, Perubahan Iklim dan Pengurusan Bencana negeri Datuk Rais Yasin berkata jalan yang terlibat akan ditutup selama 54 jam bermula 6 petang setiap Jumaat hingga 12 tengah malam Ahad.


Pelaksanaan penutupan dan perubahan jalan itu bermula dari Persimpangan Jalan Laksamana dengan Jalan Banda Kaba (di antara Bangunan Public Bank Banda Hilir dengan Bangunan Madonna) melalui Jalan Banda Kaba, Lorong Chan Koon Cheng dan Jalan Chan Koon Cheng sehingga Hotel Equatorial.


Rais berkata beliau yakin semua pihak termasuk Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) akan sedaya upaya memastikan lanjutan penutupan jalan ini memberi manfaat kepada rakyat.


"Saya tekankan sekali lagi bahawa usaha ini bukan untuk menzalimi mana-mana pihak, tetapi ia hanya untuk manfaat masyarakat bagi jangka masa panjang.


"Langkah ini juga selaras dengan hasrat kerajaan negeri untuk memastikan bandar Melaka sebagai bandar rendah karbon," katanya.




Kawasan Parkir Zon Bebas Kenderaan di Banda Hilir Sebanyak 13 tapak parkir kenderaan telah disediakan sepanjang pelaksanaan Zon Bebas Kenderaan selama 54 jam bermula petang Jumaat hingga 12 tengah malam pada Ahad.



Ketua Polis Daerah Melaka Tengah Asisten Komisioner Christopher Patit memaklumkan, 13 lokasi itu ialah di parkir Medan Samudera, parkir Plaza Mahkota, parkir Dataran Pahlawan (MBMB dan ‘basement’), parkir hadapan Hospital Mahkota, parkir Hotel Casa Del Rio dan parkir sepanjang jalan lampu isyarat Mahkota.


Selain itu, ia turut membabitkan parkir Padang Nyiru, parkir Tabung Haji, parkir hadapan Hotel Yellow Mansion, parkir sepanjang Jalan Gereja, parkir sepanjang Jalan Chan Koon Cheng dan parkir di sepanjang jalan Jonker Street (Jalan Hang Jebat).


Susulan penutupan itu, jelas beliau, terdapat dua laluan kontra telah dibuka iaitu bermula dari simpang Bangunan Madrasah Nurul Ehsan Banda Kaba hingga ke Jalan Bukit Cina (Simpang Puteri Hang Li Po).



“Manakala lokasi ‘No Right Turn’ berlaku di Simpang Jalan Melati, Banda Hilir,” katanya dalam satu kenyataan.

Terbaru ditutup bermula 6 petang Jumaat hingga 12  malam Ahad




Reaksi Rakyat Pelaksanaan Zon Bebas Kenderaan di Banda Hilir 
Jejas Kehadiran PelancongKira-kira 100 peniaga di Medan Samudera, Banda Hilir di sini meminta kerajaan negeri mempertimbangkan penutupan jalan Zon Bebas Kenderaan daripada 54 jam kepada hanya 18 jam.
Timbalan Pengerusi Persatuan Penjaja Peniaga Pengusaha Kecil Melayu Melaka (PPPPKMNM) Cawangan Melaka Bandar, Abdul Rahim Embi berkata, penutupan jalan selama tiga hari bermula petang Jumaat itu menjejaskan kehadiran pengunjung terutama pelancong ke medan berkenaan.
Menurutnya, apabila jalan ditutup, pelancong yang menaiki bas, kereta dan motosikal tidak datang ke kawasan itu.

Tiada Parking Yang Disediakan“Saya baru balik dari Melaka. Datang dari Perak pergi Melaka nak melancong, sekali semua jalan ditutup dan tiada parkir. Banyakkan nak pergi melancong tetapi tidak dibenarkan masuk kawasan pelancongan, rugi satu hari kerana tidak tahu jalan di situ. Akhirnya masuk bilik hotel, tidur. Buang masa, buang tenaga dan buang duit,” tulisnya

Tiada Hebahan Media
Tidak mahu insiden itu berulang, individu terbabit mencadangkan pihak bertanggungjawab membuat hebahan melalui media sosial sekiranya terdapat kawasan pelancongan di negeri itu yang ditutup. 

Kesimpulan Zon Bebas Kenderaan di Banda Hilir
Untuk saya pelaksanaan Zon Bebas Kenderaan di Banda Hilir adalah sesuatu yang bagus dan saya setuju tetapi terburu-buru.

Zon Bebas Kenderaan ini pada dasarnya memang cukup bagus kerana suasana melancong akan terasa kelainan tanpa kenderaan serta telinga mendengar haruk piruk hon kereta atau motor.

Anda akan rasa tenang sambil melancong sambil berlari-lari di kawasan yang luas tanpa kenderaan . Ini satu pengalaman yang menarik tetapi sekali lagi saya  katakan tiada perancangan yang teliti.

Pertama ialah hebahan media berkenaan perkara ini tidak dilakukan secara menyeluruh. Ramai yang tidak tahu akan penutupan jalan ini serta parkir alternatif yang harus digunakan.

Walau pun hebahan media dilakukan dan parkir tambahan disediakan namun ramai tidak tahu terutama pelancong luar.

Saya sebagai orang Melaka pun pening kepala nak memandu di Melaka kalau hari pecutiaan sebab jammed dan ditambah lagi penutupan jalan ini. Lagi pening kepala. 

Hari ini saya sangkut  jammed di Melaka lebih satu jam padahal tempat yang kami nak pergi ini dekat sahaja. Nasib baik saya anak jati Melaka, tahu juga selok-selok tikus yang harus digunakan. Kalau pelancong luar, kasihan.

Jumlah parkir apa yang saya lihat tidak mencukupi. Semasa saya memandu berdekatan di Little India dan saya lihat banyak kereta sedang mencari parkir. Ada yang parking belakang Public Bank tetapi panjang ler kereta tunggu giliran.

Adakah kajian jumlah parkir telah dikira sebaiknya atau hanya melepaskan batuk ditangga. 

Dan seterusnya ialah anda terpaksa berjalan kaki untuk ke zon bebas Kenderaan. Jauh beb.. kalau orang tua rasanya larat tak berjalan?

Adakah kita sedaiakan Shuttle bas untuk mengambil pelancong-pelancong ini yang parkir jauh ini? Saya rasa tak releven dengan memaksa pelancong berjalan beramai-ramai ke bangunan merah jika mereka terpaksa parking jauh disebabkan parkir berdekatan penuh.

NAMUN seperti yang dikatakan Rais ini adalah satu eksperimen yang sedang dilakukan oleh kerajaan negeri Melaka dan apabila sesuatu pembaharuan dilakukan sudah tentu akan ujud pro dan kontra. Tapi diharap janganlah terlalu lama nak ambil penambahanbaikan serta aduan oleh rakyat dalam perkemaskan pelaksanaan Zon Bebas Kenderaan di Banda Hilir.



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://hanifidrus.blogspot.com/2023/12/pelaksanaan-zon-bebas-kenderaan-di.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Warga Kota Banda Aceh Dilarang Rayakan Malam Tahun Baru

Warga Kota Banda Aceh Dilarang Rayakan Malam Tahun Baru

papar berkaitan - pada 23/12/2023 - jumlah : 163 hits
Perayaan malam tahun baru bertentangan dengan syariat Islam dan mengganggu ketertiban
Kenderaan Dihempap Pokok 2 Maut Tumbang

Kenderaan Dihempap Pokok 2 Maut Tumbang

papar berkaitan - pada 20/12/2023 - jumlah : 125 hits
FMT ReportersDua maut dalam kejadian pokok tumbang di Jalan Kampung Lembah Jaya Utara Ampang petang tadi PETALING JAYA Dua lelaki maut selepas kenderaan dinaiki mereka dihempap pokok tumbang di Jalan Kampung Lembah Jaya Utara Ampang hari in...
Dengan Beberapa Ratus Usdt Sahaja Anda Mampu Memiliki Kenderaan Idaman

Dengan Beberapa Ratus Usdt Sahaja Anda Mampu Memiliki Kenderaan Idaman

papar berkaitan - pada 23/12/2023 - jumlah : 264 hits
PANDUAN 1 MEMBUAT PILIHANa Rujuk Jadual Pelaburan di bawah yang sesuai dengan anda b Sila cetak panduan pelaburan berkenaan c Isikan dan tandakan dokumen yang diperlukan PANDUAN 2 MENDAFTAR SEBAGAI PELABUR ARBI GRIDa Pilih salah satu dari L...
Kasus Penyelundupan Di Banda Aceh Barang Bawaan Etnis Rohingya Digeledah

Kasus Penyelundupan Di Banda Aceh Barang Bawaan Etnis Rohingya Digeledah

papar berkaitan - pada 21/12/2023 - jumlah : 139 hits
Saat penggeledahan ditemukan 15 unit ponsel dan smartphone Para pemiliknya rata rata pengungsi perempuan
Pemilu Damai Harga Mati Tni Polri Di Rokan Hilir Siap Bersinergi

Pemilu Damai Harga Mati Tni Polri Di Rokan Hilir Siap Bersinergi

papar berkaitan - pada 6/1/2024 - jumlah : 126 hits
Kapolres Rohil AKBP Andrian menegaskan kalau TNI dan Polri tidak memiliki hak pilih
Safawi Rasid Buru Kebangkitan Di Qatar Tunggu Peluang Beraksi

Safawi Rasid Buru Kebangkitan Di Qatar Tunggu Peluang Beraksi

papar berkaitan - pada 30/12/2023 - jumlah : 168 hits
Pemain sayap negara Safawi Rasid bersedia memberi yang terbaik demi membantu Malaysia dalam Piala Asia 2023 di Qatar Musim ini menyaksikan Safawi hanya merekodkan tiga penampilan bersama Johor Darul Ta 8217 zim FC selepas pulang dari
Video Polis Buru Pemandu Iriz Biru Berhenti Mengejut Di Mrr2

Video Polis Buru Pemandu Iriz Biru Berhenti Mengejut Di Mrr2

papar berkaitan - pada 7/1/2024 - jumlah : 150 hits
Kesian driver Lamborghini biru ni Dia lupa orang dah ada dashcam Tapi dia happy katanya Satu dunia dah nampak spoiler lawa dia tu Misi tercapai Syabas Esok cilok depan kepala treler kat Port Klang tau Kami nak tengok siapa menang pic twitte...
Utamakan Keselamatan Anak Dalam Kenderaan Ambil Tahu Tentang Ece R129

Utamakan Keselamatan Anak Dalam Kenderaan Ambil Tahu Tentang Ece R129

papar berkaitan - pada 4/1/2024 - jumlah : 141 hits
Banyak mama papa yang dah tahu tentang kepentingan penggunaan car seat dalam kenderaan Pelbagai kempen dan aktiviti yang dijalankan bagi memberi pendedahan tentang keselamatan anak ketika travel Ketika mencari car seat terbaik dan paling pe...
How To Plan A Stress Free Family Vacation

Rajab Keutamaan Amalan Tanggal Berapa 2025

Bendung Elemen Politik Perkauman Elak Permusuhan Keganasan

Masya Allah Ribuan Tentera As Masuk Islam Ini Kunci Hamas

Tutup Pintu Belakang Buang Pintu Depan

Resepi Ayam Cili Padi Bersantan Pedas Lemak Padu Gila

Djakarta Warehouse Project Festival Musik Elektronik Terbesar Di Asia Tenggara

Silent Night All Is Calm But A Genocide Is Taking Place Now


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Wanita Milik Kaiden Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Mengalahkan Kami Yang Non Muslim Marion Caunter Dikritik Netizen Gara Gara Sambut Perayaan Krismas

Posting Di Ig Raih Perhatian Assistant Cik Epal Dibelasah Jofliam Aku Jumpa Kau Pecah Muka Kau

Kepulangan

Unlocking Financial Knowledge With Coach Saif At Belajarsaham Com My

Merry Christmas And Happy New Year

Retreat Hujung Tahun Di Kampung Cheq Homestay