Pelaksanaan Ppn Sejajar Rmke 12 Bajet 2022 Muhyiddin


Oleh Zanariah Abd Mutalib Pengerusi Majlis Pemulihan Negara (MPN), Tan Sri Muhyiddin Yassin. KUALA LUMPUR: Pelan Pemulihan Negara (PPN) akan dilaksanakan sejajar dengan Rancangan Malaysia Ke-12 (RMKe-12) dan Bajet 2022, bagi memastikan negara tidak mengambil masa yang terlalu lama untuk pulih daripada krisis COVID-19.
Pengerusi Majlis Pemulihan Negara (MPN), Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata melalui pendekatan seluruh masyarakat, kerajaan dan sektor swasta perlu memainkan peranan masing-masing supaya supaya sektor ekonomi dan sosial, serta sektor lain dapat terus dibuka dan mencapai sasaran dalam tempoh yang ditetapkan.
"Kita perlu lihat semuanya dalam satu perspektif yang sama kerana kita mahu melihat proses pemulihan ini dapat dicapai dalam satu jangka masa yang tidak terlalu lama.
"Seperti RMKe-12, tahun depan sudah jadi tahun kedua bagi rancangan ini dan dalam apa juga perancangan, pastinya sudah mengambil kira apa bentuk sokongan daripada kerajaan dan swasta supaya sektor ekonomi, swasta dan lain-lain dapat terus dibuka.
"Begitu juga dalam Bajet 2022, yang pastinya juga akan mengambil kira apakah bentuk sokongan dari segi fiskal, bukan fiskal dan kewangan untuk semua sektor, sama ada kerajaan dan swasta, supaya dapat merancakkan lagi pertumbuhan ekonomi dan sosial," katanya ketika ditemubual dalam sebuah program di stesen televisyen tempatan, malam tadi.
Mengulas lanjut, bekas Perdana Menteri itu berkata, peranan sektor swasta amat penting bagi menjayakan PPN, terutama selepas kerajaan menyediakan sokongan dan bantuan yang diperlukan.
"Jika kita mahu pulihkan sektor perhotelan, kerajaan boleh pertimbangkan bantuan dari segi pembiayaan, perbankan dan insentif, tetapi sektor swasta perlu memainkan peranan seperti mencari pekerja yang terlatih, menyediakan kelengkapan dan layanan.
"Jika mahu kembali kepada keadaan dahulu seperti ketika ekonomi kita berjalan rancak, langkah ini perlu diambil," katanya.
Mengulas persediaan memasuki fasa endemik COVID-19, Muhyiddin berpandangan, Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Jawatankuasa Khas COVID-19 perlu meneliti dan memastikan prosedur operasi standard (SOP) yang dilaksanakan selama ini, tidak sama dengan yang akan dilaksanakan kelak, termasuk dipermudahkan.
"Ini bagi memastikan ia tidak menjadi halangan yang menyebabkan kita lambat untuk pulih.
"Saya sudah maklumkan kepada menteri yang terbabit supaya apabila kita buka sesuatu sektor itu, pemain sektor itu tidak melihat masih ada kekangan dan kesulitan," katanya.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://dialograkyat.blogspot.com/2021/09/pelaksanaan-ppn-sejajar-rmke-12-bajet.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Bajet 2022 Perlu Kembalikan Gst

Bajet 2022 Perlu Kembalikan Gst

papar berkaitan - pada 9/9/2021 - jumlah : 236 hits
Kutip semula bayaran cukai tertangguh daripada PBT kerajaan negeri BANGI Kerajaan baharu bakal menjadi tumpuan pelbagai pihak termasuk rakyat yang pastinya menantikan kejutan dan manfaat dalam intipati pembentangan Bajet 2022 dijangka pada ...
Ph Temui Kementerian Kewangan Bentang Cadangan Bajet 2022

Ph Temui Kementerian Kewangan Bentang Cadangan Bajet 2022

papar berkaitan - pada 25/9/2021 - jumlah : 344 hits
Pakatan Harapan mengemukakan cadangan Belanjawan 2022 dalam pertemuan pertama pemimpin gabungan itu dengan Kerajaan Perikatan Nasional 2 0 Menurut Jawatankuasa Ekonomi PH perbincangan mengenai Belanjawan 2022 merupakan salah satu syarat dig...
2022 To Be Year Of Recovery Muhyiddin

2022 To Be Year Of Recovery Muhyiddin

papar berkaitan - pada 10/9/2021 - jumlah : 307 hits
National Recovery Council chairperson Muhyiddin Yassin is cautiously optimistic that with the whole of nation approach 2022 will be the year of Malaysia s recovery in line with general expectations He said the economic initiatives undertake...
Ph Kemukakan Cadangan Bajet 2022 Harap Kerajaan Pertimbangkan

Ph Kemukakan Cadangan Bajet 2022 Harap Kerajaan Pertimbangkan

papar berkaitan - pada 26/9/2021 - jumlah : 270 hits
Oleh MALAYSIA DATELINE September 25 2021Susulan MoU Transformasi dan Kestabilan Politik ditandatangani antara parti Pakatan Harapan dan Kerajaan pada 13 hb September lalu Jawatankuasa Ekonomi Pakatan Harapan akan memulakan perbincangan cada...
Bajet 2022 Perlu Fokus 7 Perkara Termasuk Bantuan Subsidi Gaji

Bajet 2022 Perlu Fokus 7 Perkara Termasuk Bantuan Subsidi Gaji

papar berkaitan - pada 27/9/2021 - jumlah : 288 hits
MTEM kerjasama dengan beberapa pihak supaya idea dipertimbangkan BANGI Tujuh perkara utama ke arah perubahan ekonomi menerusi tindakan jangka pendek dan panjang perlu diberi perhatian dalam Rancangan Malaysia Ke 12 dan Bajet 2022 Felo Kanan...
Mpn Ada Kuasa Penuh Laksana Dasar Muhyiddin

Mpn Ada Kuasa Penuh Laksana Dasar Muhyiddin

papar berkaitan - pada 22/9/2021 - jumlah : 234 hits
MPN ada kuasa penuh laksana dasar Muhyiddin Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob memberi kuasa penuh kepada Majlis Pemulihan Negara untuk terus melaksanakan setiap dasarnya dalam usaha memulihkan negara susulan penularan Covid 19 Pengerusi M...
Kalau Terus Berebut Kuasa Rakyat Akan Marah Muhyiddin

Kalau Terus Berebut Kuasa Rakyat Akan Marah Muhyiddin

papar berkaitan - pada 22/9/2021 - jumlah : 250 hits
AGENDA DAILY Datuk Seri tiga serangkai Anwar Ibrahim Ahmad Zahid Hamidi dan Najib Razak Walaupun mempunyai pilihan untuk terus bermain politik apabila diserang lawan tetapi Tan Sri Muhyiddin Yassin mengambil pendekatan jalan terbaik demi ra...
Besar Pengorbanan Muhyiddin Hingga Jawatan Pm Dilepaskan Tajuddin

Besar Pengorbanan Muhyiddin Hingga Jawatan Pm Dilepaskan Tajuddin

papar berkaitan - pada 20/9/2021 - jumlah : 419 hits
agendaily com20 9 2021Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman Pengorbanan Tan Sri Muhyiddin Yassin adalah besar sehingga sanggup melepaskan jawatannya dan kemudiaannya menyokong calon Perdana Menteri dari parti UMNO kata Ahli Majlis Tertinggi UMNO...
Semakan Sara 2026 Kadar Bantuan Tarikh Bayaran

Hiburan Makcik Blower Dengan Makcik Gayong Bergaduh Polis Sahkan Terima Laporan

Beramallah Dengan Surah Al Insyirah

Anggota Polis Antara Didakwa Terlibat Pemerdagangan Orang

Iphone 17 Pro Vs Xiaomi 17 Pro Persamaan Perbezaan Siapa Patut Beli

Budi 95 Lesen Sg Subsidi Ron95 Untuk Pemegang Lesen Singapura

Easy Ground Beef Curry Recipe Indian

Khalifah Owh Ila Namanya Chord


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Ubah Ciptaan Allah Iqbal Zulkefli Serius Mahu Buat Pembedahan Hidung Cari Pakar Terbaik Dunia

Pm Anwar Dijemput Presiden Mesir Kunjungan Trump Ke Malaysia Amat Penting

Ibu Anak Dipercayai Dibunuh Dalam Keadaan Mengerikan

Masters Of The World 2025 Lelaki Sejati Rai Daya Tahan Kepimpinan Nilai Diri

Bateri Dibawa Dalam Kabin Tiba Tiba Terbakar Penerbangan Terpaksa Dilencongkan

Mata Kerap Kering Dan Pedih Ini Mungkin Tanda Awal Sindrom Sjogren