Pelakon Ekstra Tak Dapat Makan Kecuali Iu Kontroversi Buli Di Set When Life Gives You Tangerines Tular
Pendedahan viral daripada pelakon tambahan dan staf produksi drama Netflix, “When Life Gives You Tangerines” telah tular di platform X. Dakwaan-dakwaan ini merangkumi kerosakan pada prop dan kereta sewaan, serta layanan buruk terhadap pelakon tambahan.

Artikel Berkaitan
Kalahkan 'The Glory' & 'Squid Game', 'When Life Gives You Tangerines' Cipta Rekod Bersejarah Buat Netflix!
Siri asli Netflix “When Life Gives You Tangerines” kini terpalit dengan kontroversi berikutan dakwaan staf produksi melakukan kekasaran kuasa (gabjil) di lokasi penggambaran.
Pada 28 Mei, satu kiriman tular di platform dalam talian mendedahkan insiden ‘buli’ yang serius berlaku di set penggambaran “When Life Gives You Tangerines”.
Penulis kiriman tersebut mendakwa,
WLGYT memang terkenal dalam kalangan pelakon tambahan sebagai jadual yang semua orang cuba elak, mereka malah memaksa para pelakon mencukur rambut secara paksa.

Penulis turut menyatakan bahawa:
Walaupun ia adalah produksi Netflix, langsung tiada sokongan asas disediakan. Pasukan produksi terlalu berkira untuk membelanjakan duit kepada sesiapa yang bukan pelakon utama, dan hanya fokus untuk jimat kos sebanyak mungkin.
Kiriman itu juga mendedahkan bahawa mereka membiarkan pelakon warga emas tanpa sebarang perhatian semasa musim sejuk, malah makanan pun hanya dihantar ke restoran biasa.
Nantikan maklumat lanjut.
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.
The post “Pelakon Ekstra Tak Dapat Makan Kecuali IU” – Kontroversi ‘Buli’ Di Set ‘When Life Gives You Tangerines’ Tular first appeared on KimchiDaily.my.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://kimchidaily.my/pelakon-ekstra-tak-dapat-makan-kecuali-iu-kontroversi-buli-di-set-when-life-gives-you-tangerines-tular/