Pelajar Seronok Nak Datang Sekolah Pengetua Cantikkan Sekolah Demi Pelajar


Mencantikan atau mengindahkan sesebuah tempat bukanlah perkara mudah, malah memerlukan ketelitian dan ketekunan agar setiap yang dilakukan tidaklah umpama mencurahkan garam ke laut, bahkan membuahkan hasil yang diiginkan.

Itulah inisiatif yang diambil pengetua di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tunku Mahmood Iskandar, Batu Pahat, Johor yang memanfaatkan 100 hari selepas hari pertama beliau memulakan tugas sejak Oktober tahun lalu.
Daripada pemandangan biasa yang menjadi kelaziman di banyak sekolah awam, kini banyak ruang utama di sekolah itu berubah seolah-olah seperti berada di gedung pameran gaya hidup dan perabot mewah.
Jarang sekali atau belum pernah ada sekolah awam lain, yang mengetengahkan gaya moden dan elegan seperti pendekatan Pengetua Sekolah, Datin Zamhirah Osman.
Zamhirah berkata, usaha itu dilakukan selepas seminggu menganalisis dan memantau persekitaran sekolah berkenaan.
“Saya jatuh hati dan mendapati persekitaran sekolah mempunyai banyak khazanah berharga. Sekolah ini ditubuhkan pada 1965, ia juga cukup istimewa sebab banyak yang klasik, selain warga dan pelajar yang baik hati.
“Selain itu, sasaran saya apabila pelajar masuk ke sekolah pada 20 Januari, semua aktiviti pembangunan selesai dan guru-guru boleh fokus kepada pengajaran dan pembelajaran sahaja,” katanya kepada Astro AWANI baru-baru ini.

Antara koleksi barangan klasik yang terdapat di SMK Tunku Mahmood Iskandar.

Zamhirah menambah, transformasi tersebut juga dilakukan bagi mewujudkan persekitaran yang selesa dan menggalakkan pelajar meluangkan lebih masa di sekolah untuk mengulang kaji pelajaran serta melakukan aktiviti berfaedah.
“Secara puratanya, ada 17 transformasi yang dilakukan antaranya Iskandar Digital Area (IDEA), Iskandar Lacafe, Iskandar Relax Study Area (iREXSA), Sanggar Pustaka Ismail, Iskandar Bistro, serta bilik-bilik lain.
“Sekarang, hanya pelajar Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2020 yang datang ke sekolah, bilangan yang hadir ke sekolah juga meningkat serta mencatatkan kehadiran paling tinggi melebihi 98 peratus bagi sekolah-sekolah di Batu Pahat sejak 20 Januari sehingga hari ini,” katanya.
Sementara itu, Zamhirah berkata, usaha itu juga hasil kerjasama daripada pelbagai pihak yang menyumbangkan tenaga serta sokongan kewangan.

Gaya moden dan elegen antara pendekatan digunakan Datin Zamhirah Osman.

Keadaan bilik Iskandar Digital Area (IDEA) sebelum dan selepas mengalami transformasi.

Ruang yang boleh digunakan pelajar untuk mengulangkaji pelajaran dan melakukan aktiviti.

Ruang di bawah tangga dimanfaatkan menjadi tempat rehat dan pusat pembacaan.
“Semua ini tidak berhasil tanpa adanya dana daripada Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG), koperasi sekolah, kewangan kerajaan, alumni dan beberapa individu lain yang menyumbang.
“Pihak koperasi juga mempunyai kekuatan kewangan kukuh dan setiap kewangan perlu digunakan untuk pembangunan pelajar, dari situlah bermulanya transformasi ini,” jelasnya.
Menurutnya lagi, dana keseluruhan proses transformasi itu juga mencecah sekitar RM80,000.
Antara inisiatif lain yang dilakukan selain mencantikkan persekitaran sekolah, jelas beliau, adalah dengan memberi kupon bagi menghargai pelajar hadir ke sekolah, solat hajat dan kelas tambahan sehingga jam 5.30 petang bagi pelajar-pelajar SPM.
“Saya dan kakitangan sekolah juga dalam fasa kedua dan ketiga membangunkan sekolah ini dan berharap pelajar menghargai apa yang telah dilakukan demi keselesaan mereka serta saya mendoakan agar pelajar-pelajar yang menduduki SPM tahun ini dapat melakukannya dengan tenang, sekali gus memperoleh keputusan cemerlang,” katanya lagi.
Kredit: ASTRO AWANI
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
The post “Pelajar Seronok Nak Datang Sekolah” Pengetua Cantikkan Sekolah Demi Pelajar appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/pelajar-seronok-nak-datang-sekolah-pengetua-cantikkan-sekolah-demi-pelajar/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Anak Dah Tak Sekolah Isteri Jadi Guru Pengetua Dato Fazley Pilih Belajar Di Rumah

Anak Dah Tak Sekolah Isteri Jadi Guru Pengetua Dato Fazley Pilih Belajar Di Rumah

papar berkaitan - pada 13/3/2021 - jumlah : 304 hits
Cabaran mendidik dan membesarkan anak anak memerlukan komitmen yang tinggi daripada kedua dua ibu bapa Lagi lagi dalam keadaan sekarang ini yang masing masing nak pastikan kejayaan anak berada pada landasan betul dan ilmu diperoleh itu bole...
Hiburan Isteri Kini Pengetua Serta Guru Anak Fazley Yaakob Berhentikan Anak Anak Sekolah

Hiburan Isteri Kini Pengetua Serta Guru Anak Fazley Yaakob Berhentikan Anak Anak Sekolah

papar berkaitan - pada 13/3/2021 - jumlah : 416 hits
Dalam situasi pandemik yang membimbangkan chef selebriti Dato Fazley Yaakob dan isteri memilih untuk mengajar sendiri anak anak di rumah Difahamkan ketiga tiga anak lelakinya sudah diberhentikan sekolah sejak Perintah Kawalan Pergerakan Jan...
Comellah Awak Ni Buat Drama Nak Bawa Bucuk Ke Sekolah Ibu Terpaksa Relakan

Comellah Awak Ni Buat Drama Nak Bawa Bucuk Ke Sekolah Ibu Terpaksa Relakan

papar berkaitan - pada 5/3/2021 - jumlah : 477 hits
Setiap anak lain lain ragamnya Sementara anak anak nak membesar pasti akan ada pelbagai gelagat yang mencuit hati Semua ini akan menjadi kenangan untuk ibu bapa dan anak itu sendiri apabila mereka dah besar Sekitar usia anak 0 hingga 7 tahu...
Macam Mana Nak Jadi Blogger Sepenuh Masa

Macam Mana Nak Jadi Blogger Sepenuh Masa

papar berkaitan - pada 3/3/2021 - jumlah : 270 hits
AssalamualaikumBismillahHai semua hari ini aku nak kongsi sedikit berkenaan kerjaya sebagai blogger sepenuh masa ini Ada beberapa pembaca yang bertanya apakah persediaan aku sebelum aku decide mahu jadi blogger sepenuh masa Jadi aku cerita ...
Pas Terus Menyepi Entah Bila Nak Berhimpun Di Padang Merbok

Pas Terus Menyepi Entah Bila Nak Berhimpun Di Padang Merbok

papar berkaitan - pada 4/3/2021 - jumlah : 283 hits
FAIZ FADZILKeputusan Mahkaman Persekutuan bahawa kesalahan liwat di bawah seksyen 28 Enakmen Jenayah Syariah 1995 tidak sah kerana bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan Ini boleh memberi kesan dan signifikan besar bahawa Enakmen Hudud ...
Usdcad Menguji Sokongan Trendline Menaik Lantunan Akan Datang

Usdcad Menguji Sokongan Trendline Menaik Lantunan Akan Datang

papar berkaitan - pada 23/3/2021 - jumlah : 151 hits
Ujian harga dan bertindak balas di atas sokongan garis trend menaik Kemungkinan kenaikan di atas sokongan pertama di 1 25075 menuju rintangan pertama di 1 25734 mungkin Indikator teknikal menunjukkan ruang untuk kenaikan seterusnya Cadangan...
Biar Betol Pu Riz Tak Dijemput Teman Lelaki Athisha Pun Datang Tapi Kelibat Tunang Neelofa Pu Riz Tak Nampak Pun

Biar Betol Pu Riz Tak Dijemput Teman Lelaki Athisha Pun Datang Tapi Kelibat Tunang Neelofa Pu Riz Tak Nampak Pun

papar berkaitan - pada 21/3/2021 - jumlah : 500 hits
Umum mengetahui Noor Nabila telah selamat melangsungkan perkahwinan dengan Engku Emran semalam Majlis yang dihadiri oleh ahli keluarga terdekat dan kenalan rapat pasangan tersebut dilihat cukup indah sekali Namun begitu timbul pula persoala...
Video Rasuah Kau Degil Nak Kena Mak Cakap Jangan Ambil

Video Rasuah Kau Degil Nak Kena Mak Cakap Jangan Ambil

papar berkaitan - pada 4/3/2021 - jumlah : 233 hits
Jangan lukakan hati ibu anda dengan terlibat kegiatan rasuah begitu pesanan mesej kempen antirasuah yang dilancarkan Sinar Harian Kempen dalam talian berjudul Mak kata jangan digerakkan Pasukan RasuahBusters memaparkan tiga video dalam baha...
Salahuddin Ayub Dakwa Ph Tiada Komitmen Bersama Umno Pada Pru 15 Akan Datang

Salahuddin Ayub Dakwa Ph Tiada Komitmen Bersama Umno Pada Pru 15 Akan Datang

papar berkaitan - pada 19/3/2021 - jumlah : 449 hits
PETALING JAYA Timbalan Presiden Amanah Salahuddin Ayub berkata Pakatan Harapan buat masa ini belum ada sebarang komitmen untuk bersama UMNO pada Pilihan Raya Umum akan datang Beliau berkata demikian selepas ditanya sama ada PH ada membincan...
Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Kawal Alergik Bila Alahan

Indah Delvia Tacilak Di Nan Rami Chord

7 Tanda Kerusakan Otak Yang Kerap Dianggap Remeh

Lelaki Berusia 19 Tahun Mengaku Bersalah Rakam Video Rakan Sekerjanya Seorang Wanita Di Dalam Tandas

5 Rahasia Mata Sehat Yang Direkomendasikan Pakar Mata

Raih Gigi Putih Alami Dengan 7 Bahan Sederhana Ini


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Seronoknya Kalau Ada Kebun Durian Sendiri

Rajab Keutamaan Amalan Tanggal Berapa 2025

Masya Allah Ribuan Tentera As Masuk Islam Ini Kunci Hamas

Diy Kitchen Storage Ideas Clever Kitchen Organization Storage Solutions

Mossad S Bungled Operation In Malaysia

Tiada Pemandu Kedua Jpj Saman 25 Bas Ekspres Dan Persiaran