Pelajar Pulang Dari Uk Dikesan Dijangkiti Subvarian Delta Ay 4 2


AGENDA DAILY
Imbasan berwarna elektron mikrograf menunjukkan sel apoptosis (biru) yang dijangkiti virus Covid-19 (kuning). - Gambar Institut alergi dan jangkitan penyakit Amerika Syarikat
Jangkitan Covid-19 melibatkan subvarian Delta AY.4.2 sudah dikesan masuk ke dalam negara hasil saringan ke atas pelajar Malaysia pulang dari United Kingdom (UK) baru-baru ini.
Perkara itu didedahkan Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah yang berkata dua kesan dikesan semasa tiba di pintu masuk antarabangsa (PMA) Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 2 Oktober lalu dan ujian calitan RT-PCR yang dijalani mereka adalah negatif bagi sampel pertama.
“Bagaimanapun, ujian bagi keputusan berkenaan positif apabila diuji pada sampel kedua yang diambil pada 7 Oktober lalu ketika tempoh kuarantin dilaksanakan.
“Sampel berkenaan kemudian menjalani penjujukan genom penuh di Institut Biologi Molekul Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (UMBI) di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan laporan keputusan itu dikeluarkan pada 30 Oktober lalu,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Dr Noor Hisham berkata, varian AY.4 adalah satu daripada lineage Delta yang mana pada masa ini terdapat lebih 75 jenis lineage berasal dari Delta.
“Satu daripada ‘sublineage’ AY.4 adalah Varian AY.4.2 yang juga dikenali sebagai “Delta Plus.” Varian AY.4.2 ini mempunyai dua mutasi tambahan pada protein spike iaitu Y145H dan A222V.
“Sehingga akhir bulan lalu, variant AY.4.2 adalah 10 peratus daripada jumlah penjujukan genom penuh yang dijalankan di UK. Agensi Keselamatan Kesihatan UK pada 20 Oktober lalu menetapkan AY.4.2 sebagai Variant Under Investigation (VUI),” katanya lagi.
Dr Noor Hisham berkata, vaksin yang digunakan sekarang masih berkesan terhadap varian ini dan langkah seperti kuarantin, pengujian dan sebagainya yang dijalankan dapat membantu mengurangkan risiko penularan varian ini di Malaysia terutama di PMA.
“KKM akan terus memantau dengan teliti dari semasa ke semasa bagi mengesan kewujudan subvarian Delta dalam komuniti,” katanya.
Sementara itu, Dr Noor Hisham berkata, kajian berterusan yang dijalankan beberapa pihak berjaya mengenal pasti 90 kes baharu yang mempunyai varian membimbangkan (VOC) Delta (B.1.617.2).
Beliau berkata, 44 kes yang mempunyai varian Delta itu dikesan Institut Kajian Perubatan (IMR), manakala 46 kes lagi oleh UMBI-UKM.
“Ini menjadikan jumlah kumulatif kes dijangkiti virus SARS-CoV-2 dikategorikan sebagai VOC dan Variant of Interest (VOI) adalah sebanyak 3,782 kes.
“Daripada jumlah dikesan itu, 3,762 kes adalah VOC, manakala 20 kes adalah VOI. Secara keseluruhan, sehingga kini, bagi VOC terdapat sebanyak 3,522 kes varian Delta; Beta (226 kes) dan Alpha (14).
“Bagi kes VOI, terdapat 13 kes daripada Theta, Kappa (empat) dan Eta (tiga),” katanya.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://dialograkyat.blogspot.com/2021/11/pelajar-pulang-dari-uk-dikesan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
2 Kes Pertama Covid 19 Varian Delta Plus Dikesan Dari 2 Pelajar Malaysia Pulang Dari Uk

2 Kes Pertama Covid 19 Varian Delta Plus Dikesan Dari 2 Pelajar Malaysia Pulang Dari Uk

papar berkaitan - pada 7/11/2021 - jumlah : 280 hits
2 kes pertama Covid 19 varian Delta Plus dikesan dari 2 pelajar Malaysia pulang dari UKKementerian Kesihatan Malaysia hari ini mengesahkan penemuan dua kes pertama Covid 19 subvarian Delta AY 4 2 di negara ini melibatkan pelajar Malaysia ya...
Tips Sebelum Pulang Berhari Raya

Tips Sebelum Pulang Berhari Raya

papar berkaitan - pada 11/11/2021 - jumlah : 315 hits
Tak berapa lama lagi Syawal akan menerjah Tetapi bagaimanakah dengan Ramadhan Seperti yang kita bincangkan sbeelumnya Ramadhan adalah bulan untuk ditangisi apabila ia pergi meninggalkan kita Maka Syawal adalah bulan untuk merai kemenangan k...
Sirih Pulang Ke Ganggang

Sirih Pulang Ke Ganggang

papar berkaitan - pada 11/11/2021 - jumlah : 332 hits
Assalamualaikum dan salam sejahtera Lama dah rasanya tak update blog kesayangan nie satu masa dulu blog ni lah tempat meluahkan perasaan caci maki semua keluar tak pandang kiri kanan dah hati muda remaja kalu dah membuak apa ade dpn mata se...
Pulang Leila S Chudori

Pulang Leila S Chudori

papar berkaitan - pada 11/11/2021 - jumlah : 293 hits
1 Buku 1 2016 2 Perjuangan cinta air mata kehidupan dan pengorbanan 3 Sesuatu yang pergi suatu masa antara cepat dan lambat pasti akan kembali menemui jalan pulang 4 Novel ini saya beli di kedai buku Gerak Budaya di Pulau Pinang sewaktu dal...
Farid Diperkenan Pulang Gelaran

Farid Diperkenan Pulang Gelaran

papar berkaitan - pada 11/11/2021 - jumlah : 130 hits
FARID KAMIL dan Aaron Aziz dikurniakan DIMP yang membawa gelaran Datuk pada 16 Disember lalu KUANTAN Pemangku Raja Pahang Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah menerima baik sekiranya Blog ini memberikan perkongsian tentang isu semasa berita da...
Angkasawan Spacex Terpaksa Guna Diapers Sewaktu Pulang Ke Bumi Selepas Tandas Kapsul Rosak

Angkasawan Spacex Terpaksa Guna Diapers Sewaktu Pulang Ke Bumi Selepas Tandas Kapsul Rosak

papar berkaitan - pada 8/11/2021 - jumlah : 238 hits
Washington Tidak semua pengembaraan angkasa lepas menyeronokkan dan buktinya angkasawan SpaceX yang meninggalkan Stesen Angkasa Antarabangsa pada Ahad terpaksa memakai diapers atau lampin pakai buang sewaktu perjalanan pulang ke bumi kerana...
Dah Dua Tahun Tak Pulang Tular Lelaki Balik Kampung Terus Bina Rumah Besar Untuk Ibu Bapa

Dah Dua Tahun Tak Pulang Tular Lelaki Balik Kampung Terus Bina Rumah Besar Untuk Ibu Bapa

papar berkaitan - pada 9/11/2021 - jumlah : 394 hits
Merantau jauh dari keluarga bukan satu perjalanan yang mudah tetapi ia perlu diteruskan jua demi mencari rezeki yang halal Lama kelamaan usaha gigih yang dilakukan pasti akan membuahkan hasil
Sesekali Pulang Ya Kita Deal

Sesekali Pulang Ya Kita Deal

papar berkaitan - pada 12/11/2021 - jumlah : 173 hits
Kamu pergi setelah bertahun menetap di sini Kamu melangkah jua tanpa tinggalkan sesuatu untuk dikenangi Bukan tak ada terlalu banyak Hingga aku lupa mana satu sebenarnya yang paling berharga Read More
Suami Hilang Pulang Selepas 6 Bulan

Suami Hilang Pulang Selepas 6 Bulan

papar berkaitan - pada 12/11/2021 - jumlah : 349 hits
Soalan Dalam drama Menanti Februari si suami telah hilang selama 6 bulan di laut Si isteri berkahwin dengan lelaki lain dalam tempoh tersebut Pada satu hari suami yang hilang muncul kembali dan mengetahui isterinya telah berkahwin dengan le...
Cuktech Perluas Barisan Produk Di Malaysia Dengan Pelancaran Tiga Produk Kuasa Inovatif

The Trucks Haven T Changed What I Learned From Growing Up In Army Quarters

Investors Affected By Unauthorised Trades Won T Incur Losses Says Bursa

Six Highways 25 Main Roads In Klang Valley To Be Closed For Asean Summit

Kawasan Terbaik Di Malaysia Dengan Internet Boleh Dipercayai Untuk Pedagang

The Quartet Songzhuang Z Museum By Team Bldg Weaving Culture Into Architecture

Kalau Ada Dua Tempat Timbalan Presiden Pkr Dua Dua Saya Sokong Anwar Puji Calon Layak

Empowering Digital Teams With Sap Business Training In Malaysia


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Ketakutan

Makan Seafood Sepuas Hati Di Cafe Bld Renaissance Johor Bahru

Stay Zenith Hotel Cameron Highlands

Aktiviti Perjumpaan Ppim Bersama Timbalan Pengarah Kanan Jabatan Perancangan Bandar Dbkl Ppim 19 05 2025

Drama Hospital Loveline

Beli Putu Bambu World Di Senawang