Pelajar Ingin Berkahwin Namun Ekonomi Masih Lemah



Soalan:
Apa petua untuk lelaki yang sedang sibuk belajar tetapi pada masa yang sama suka dengan seorang perempuan. Kalau nak kahwin, kekuatan ekonomi masih lagi lemah.

Jawapan:
Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan daripada Abdullah bin Mas’ud R.A, Nabi SAW bersabda:

يَا مَعْشَرَ الشَّبَابِ مَنِ اسْتَطَاعَ مِنْكُمُ الْبَاءَةَ فَلْيَتَزَوَّجْ فَإِنَّهُ أَغَضُّ لِلْبَصَرِ وَأَحْصَنُ لِلْفَرْجِ وَمَنْ لَمْ يَسْتَطِعْ فَعَلَيْهِ بِالصَّوْمِ فَإِنَّهُ لَهُ وِجَاءٌ
“Wahai para pemuda! Sesiapa di antara kamu telah mampu (pembiayaan) berkahwin, maka bernikahlah. Kerana nikah itu dapat menundukkan mata dan memelihara faraj (kelamin). Dan sesiapa yang belum mampu, maka hendaklah berpuasa kerana puasa itu dapat menjadi perisai baginya (dalam membendung syahwat).” [Riwayat al-Bukhari (5065) dan Muslim (3466)]

Imam Nawawi menjelaskan: “Adapun pengertian al-ba’ah (الْبَاءَةَ) sendiri adalah jimak (hubungan intim), inilah makna al-ba’ah (الْبَاءَةَ) pada bahasa. Namun yang dimaksudkan adalah mampu untuk berjimak disertai dengan kemampuan memberi nafkah terlebih dahulu. Sesiapa yang tidak mampu berjimak lantaran belum mampu dari segi nafkah, maka hendaklah dia rajin berpuasa untuk mengekang syahwatnya yang menggelora. Gejolak maninya dapat ditahan dengan rajin berpuasa sunat seperti itu. Itulah maksud hadis yang dikemukakan di atas. Hadis tersebut ditujukan kepada para pemuda yang syahwatnya sudah menggelora namun belum mampu untuk memberi nafkah.” (Lihat Syarh al-Nawawi ‘ala Sahih Muslim, 9/154)

Imam al-San’ani pula menyebut: “Para ulama’ berselisih pendapat pada maksud al-Ba’ah (الباءة). Pendapat yang paling sahih (qaul al-asah), maksud al-Ba’ah ialah jimak atau mampu bersetubuh. Maka hadis tersebut dibaca dengan: Barangsiapa yang mampu daripada kalangan kamu bersetubuh kerana kemampuannya untuk menanggung perkahwinan, maka berkahwinlah. Sesiapa yang tidak mampu bersetubuh kerana lemah untuk menanggung perkahwinan, maka dia hendaklah berpuasa untuk mengekang syahwatnya.” (Lihat Subul al-Salam Syarh Bulugh al-Maram oleh al-San’ani, 2/159)

Dalam kitab Taudhih al-Ahkam menyebut: “Al-Ba'ah (الْبَاءَة) pada bahasa bermaksud jimak (bersetubuh). Akan tetapi maksud di sini ialah kemampuan untuk menanggung segala keperluan perkahwinan merangkumi mahar dan nafkah. Dan maksudnya: Sesiapa yang telah mampu dari kalangan kamu dengan memiliki kesemuanya itu, maka berkahwinlah.” (Lihat Taudhih al-Ahkam min Bulugh al-Maram, hlm. 214)

Hadis di atas juga menunjukkan bahawa yang belum mampu menikah dianjurkan menyibukkan diri dengan berpuasa. Ini kerana ia dapat melemahkan syahwat dan mempersempit jalan masuk syaitan dan perkara tersebut merupakan di antara sebab iffah (menjaga diri) dan menundukkan pandangan. (Lihat Majmu’ Fatawa, 3/329)

Walaubagaimanapun, bagi mereka yang sudah mempunyai kemampuan sama ada secara fizikal atau ekonomi, maka hendaklah segera bernikah. Ini kerana terdapat padanya banyak faedah dan kebaikan. Disebut dalam kitab Syarh Bulugh al-Maram: “Ramai dari kalangan ulama’ yang menyebut bahawa seseorang yang sudah mampu (secara fizikal dan ekonomi) untuk berkahwin, maka wajib baginya untuk berkahwin. Ini kerana pada dasarnya, perintah tersebut (فَلْيَتَزَوَّجْ) menunjukkan kewajiban, dan di dalam pernikahan itu terdapat maslahat yang agung.” (Lihat Syarh Bulugh al-Maram, 3/179)

Kesimpulan

Dalam kes pelajar ini, saya titipkan beberapa nasihat:

1. Sekiranya mampu mengekang kehendak seumpama ini, maka cubalah kerana disebut oleh pujangga arab:

ذُبِحَ العِلْمُ عَلَى أَفْخَاذِ النِّسَاءِ
“Ilmu disembelih di celah-celah peha wanita.”

Ia memberi maksud hendaklah menahan daripada perkahwinan demi menumpukan sepenuh masa dan tenaga untuk menuntut ilmu. Inilah resepi kejayaan tokoh-tokoh yang hebat pada zaman dahulu dan kini.

2. Cuba tingkatkan himmah untuk mencapai kejayaan yang cemerlang terlebih dahulu. Perkara ini akan membawa kepada kemanisan hidup di usia tua.

3. Jauhi rakan-rakan yang banyak berbual berkenaan dengan perkahwinan kerana menfaat ketika belajar adalah kurang ketika itu.

4. Pilihlah rakan-rakan yang menumpukan sepenuh perhatian dalam berusaha memahat kejayaan yang gemilang.

5. Sibukkan diri dengan buku, assignment, muzakarah dan kajian-kajian agar kejayaan dan kecemerlangan dapat dicapai.

6. Bacalah kisah para ulama’ yang menekuni ilmu dan kadang-kadang mereka tidak sempat mengecapi perkahwinan kerana cinta dan tamaknya mereka kepada ilmu. Antara buku tersebut ialah yang menceritakan berkenaan ulama' yang tidak berkahwin kerana sibuk dengan ilmu yang dikaryakan oleh Syeikh Abdul Fattah Abu Ghuddah.

Saya menutup perbincangan ini dengan menukilkan kenyataan yang menyebut: Antara racun yang paling bahaya bagi penuntut ilmu ialah apabila hilangnya semangat dan datangnya pula semangat dunia yang terbuka. Ini amat banyak memberi kesan kepada pelajar yang akhirnya mereka gagal dalam memperolehi ilmu. Antara contoh-contohnya ialah:

Apabila sudah nampak mata pencarian hidup.Apabila sudah merasa lazat untuk menerima gaji dan sedikit habuan.Apabila sudah mabuk cinta dan mahu kahwin.Apabila terpengaruh dengan kawan-kawan yang tidak bersemangat.Apabila sentiasa mahu kesenangan dan berehat yang panjang.
Inilah racun yang berbahaya sebagai virus dalam kamus pelajar yang akhirnya membuatkannya meninggalkan cita-cita dan semangatnya. (Lihat Tinta Nasihat untuk Penuntut Ilmu, hlm. 142)

Kami menutup dengan berdoa agar kita memperolehi ilmu bermanfaat:

اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ عِلْمًا نَافِعًا ، وَرِزْقًا طَيِّبًا ، وَعَمَلاً مُتَقَبَّلاً
“Ya Allah, aku memohon kepada-Mu ilmu yang bermanfaat, rezeki yang baik dan amalan yang diterima.” [Riwayat Ibn Majah (925)]

Semoga Allah SWT kurniakan kepada kita kegigihan, kesungguhan dan kesabaran dalam menekuni ilmu seterusnya berkhidmat menyebarkannya kepada segenap lapisan masyarakat. Amin.

+ Ustaz Dr. Zulkifli Mohamad Al Bakri | Mufti Wilayah Persekutuan
+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media
Sumber: Oh! Media

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.terengganu11.com/2019/03/pelajar-ingin-berkahwin-namun-ekonomi.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Jika Jadi Presiden Prabowo Ingin Ciptakan Banyak Orang Kaya Agar Ekonomi Maju

Jika Jadi Presiden Prabowo Ingin Ciptakan Banyak Orang Kaya Agar Ekonomi Maju

papar berkaitan - pada 22/3/2019 - jumlah : 235 hits
Jika memenangkan Pilpres Prabowo berjanji memberikan kemudahan bagi para pengusaha dalam negeri Dengan adanya kemudahan tersebut diharapkan perekonomian Indonesia segera pulih dari keterpurukan dan menciptakan banyak orang kaya
Menko Darmin Sebut Perang Dagang Masih Jadi Tantangan Ekonomi Global

Menko Darmin Sebut Perang Dagang Masih Jadi Tantangan Ekonomi Global

papar berkaitan - pada 22/3/2019 - jumlah : 255 hits
Menteri Koordinator Bidang Perekonomian Darmin Nasution mengatakan perang dagang masih akan menjadi tantangan ekonomi global selanjutnya setelah sentimen dari kenaikan suku bunga Bank Sentral AS mulai mereda
Aud Kukuh Ditengah Tengah Ekonomi Eropah Yang Lemah

Aud Kukuh Ditengah Tengah Ekonomi Eropah Yang Lemah

papar berkaitan - pada 29/3/2019 - jumlah : 413 hits
Dagangan mata wang EUR telah bergelut untuk memperoleh dan mengekalkan momentum yang diperolehi daripada AUD sejak harga melonjak dari kawasan 1 6750 pada awal tahun 2019 Mata wang Australia berjaya mengekalkan keuntungannya berbanding euro...
Lebih Seminggu Haziq Meninggal Dunia Namun Hidung Bibir Masih Merah Ibu Saudara

Lebih Seminggu Haziq Meninggal Dunia Namun Hidung Bibir Masih Merah Ibu Saudara

papar berkaitan - pada 24/3/2019 - jumlah : 337 hits
Meskipun lebih seminggu arwah Mohd Haziq Mohd Tarmizi 17 disahkan terkorban ekoran serangan pengganas di dua Masjid di Christchurch New Zealand namun jenazah masih dalam keadaan tersenyum dan umpama tidur Ibu saudaranya Zarina Shuib 53 berk...
Dia Menangis Saya Masuk Islam Berlainan Agama Tapi Syurga Masih Di Bawah Tapak Kaki Ibu

Dia Menangis Saya Masuk Islam Berlainan Agama Tapi Syurga Masih Di Bawah Tapak Kaki Ibu

papar berkaitan - pada 29/3/2019 - jumlah : 402 hits
Bukan mudah untuk seseorang itu untuk mengubah pegangan atau kepercayaan agama yang telah lama dianutinya seperti penyanyi Mark Adam yang dulu bukanlah seorang Islam namun telah menanam cinta terhadap agama suci ini Perkenalannya dengan ist...
Posisi Sekjen Masih Lowong Ketua Kpk Duga Karena Jumlah Gaji

Posisi Sekjen Masih Lowong Ketua Kpk Duga Karena Jumlah Gaji

papar berkaitan - pada 29/3/2019 - jumlah : 184 hits
Ketua Komisi Pemberantasan Korupsi Agus Rahardjo menyebut pihaknya masih membuka lowongan untuk posisi Sekretaris Jenderal KPK Hingga kini posisi tersebut masih kosong sejak ditinggal Raden Bimo Gunung Abdul Kadir pada April 2018 lalu
Usia Masih 24 Tahun Pemuda Ini Raih Gelar Doktor Termuda Its

Usia Masih 24 Tahun Pemuda Ini Raih Gelar Doktor Termuda Its

papar berkaitan - pada 29/3/2019 - jumlah : 314 hits
Kelulusan Rendra serupa dengan prestasi Grandprix Thomryes Marth Kadja mahasiswa Institut Teknologi Bandung yang juga menjadi doktor termuda di usia 24 tahun pada 2017 silam
Sabah Cops Man Beating Employee In Viral Video Was In 2019

Featured In Rent Com How To Connect With Your Inner Child Through Decor

Put Aside Egos And Resolve Rice Crisis Mat Sabu Syed Hussin Told

Bufet Ramadan 2025 Di Le Meridien Petaling Jaya

How A Parent S Affection Shapes A Child S Happiness For Life

Surat Al Isra Ayat 1 Arti Dan Tafsir Ayat Isra Mi Raj

Tarikh Pembayaran Emolumen Bulanan Bagi Tahun 2025

Himpunan Srbr Amaran Kepada Pemuda Pas Bersatu


echo '';
4 Tanda Ketagihan Yang Jelas Pada Wajah Seorang Penagih Syabu Ice

Biodata Putra Abdullah Atlet Muay Thai Boxing Malaysia Seangkatan Johan Ghazali Jojo Team Jordan Boy

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Akad Yang Terlindung Slot Samarinda TV3


Rumc Your Gateway To A World Class Medical Degree In Malaysia

Surat Al Baqarah Ayat 284 286 Arti Perkata Dan Hukum Tajwid

Arief Ujian Rindu Chord

Luqman Podolski Tiba Tiba Chord

Court Fines Senior Citizen Rm1 600 For Slapping Puspakom Staff

Two Unidentified Soy Sauce Factories Closed Netizens Demand Their Identity Among Other Issues