Pelajar Hidap Hidrosefalus Buta Sebelah Mata


 Oleh NOR AINNA HAMZAH

REMBAU: Seorang ibu tidak menyangka anaknya yang selalu menutup mata kiri ketika menonton televisyen merupakan petanda anaknya menghidap penyakit hidrosefalus.
Siti Nor Asiah Abu Hassan, 43, berkata, anak ketiganya itu, Nur Amalin Najwa Kamaruzaman, 14, dikesan mengidap penyakit berkenaan pada Januari tahun lalu selepas terjatuh di dalam tandas dan mengadu tiba-tiba tidak dapat melihat selepas terjatuh.
Menurut ibu tunggal berkenaan, dia mula berasa tidak sedap hati dan membawa anaknya ke Klinik Kesihatan Rembau sebelum anaknya dirujuk kepada pakar perubatan di Hospital Tuanku Ja’afar (HTJ) di Seremban.
“Masa itu doktor pakar memberi tahu anak saya mengidap penyakit hidrosefalus iaitu cecair di dalam kepala menekan fungsi saraf sehingga mampu menyebabkan kedua-dua mata anak saya buta sekiranya lambat diberikan rawatan.
“Saya yang bimbang dengan risiko anak kehilangan sepenuhnya penglihatannya meminta untuk memasukkan anak ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) bagi rawatan segera walaupun pada masa berkenaan, saya tidak mempunyai simpanan yang mencukupi bagi tujuan pembedahan mengeluarkan cecair dari kepala anak saya itu,” katanya.
Dia ketika ditemui pemberita sempena Program Sumbangan Pertubuhan Kebajikan Asnaf Setia Kasih Negeri Sembilan (Perkasaih N9) di Desa Rimbunan Kaseh Rembau, dekat sini, semalam.
Siti Nor Asiah berkata, bayaran pembedahan berkenaan ditanggung separuh oleh Jabatan Kerja Sosial Perubatan PPUM, dana sumbangan dan pinjaman sebanyak RM700 dan bakinya dilangsaikan oleh Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun.
“Mata kiri anak saya kini tidak dapat melihat dan anak kini bergantung sepenuhnya kepada penglihatan mata kanan,” katanya.
Menurut ibu kepada lima anak berusia lima hingga 17 tahun itu, dia kini tidak dapat bekerja dan bergantung sepenuhnya kepada bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sebanyak RM400 sebulan dan juga daripada pihak Baitulmal sebanyak RM250.
“Sebelum ini saya bekerja di ladang di penempatan ini namun, projek berkenaan tidak diteruskan dan kehilangan sumber pendapatan.
“Saya bimbang untuk tinggalkan anak seorang di rumah dan pergi bekerja kerana doktor menasihatkan untuk memantau keadaan anak yang kini terdapat tumor di saraf tunjungnya pula dan berisiko untuk dibuat pembedahan. Anak sering mengadu sakit dalam perut, mata tak selesa, kepala sakit dan sebab itu saya bimbang untuk tinggalkan di rumah,” katanya.
Bagaimanapun menurutnya, dia kini bimbang rumah yang didudukinya itu sudah memiliki tunggakan bayaran sewa yang agak lama iaitu dari Oktober tahun lepas.
Sehubungan itu, individu yang ingin menghulurkan bantuan boleh menyalurkannya menerusi akaun Maybank bernombor akaun 106098383266 di atas nama Siti Nor Asiah Abu Hassan.- UTUSAN ONLINE


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2020/12/pelajar-hidap-hidrosefalus-buta-sebelah.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Hiburan Sebelah Mata Terkena Jangkitan Penyanyi Sarah Suhairi Jalani Pembedahan Mata

Hiburan Sebelah Mata Terkena Jangkitan Penyanyi Sarah Suhairi Jalani Pembedahan Mata

papar berkaitan - pada 2/1/2021 - jumlah : 331 hits
Bekas juara program nyanyian Big Stage 2018 Sarah Suhairi dilaporkan telah mengalami jangkitan mata dan kini berada dalam keadaan stabil Penyanyi yang berusia 20 tahun itu baru baru ini ada memuat naik video boomerang di laman Instagramnnya...
Individu Terawal Temui Covid 19 Buta Mata Kanan Gara Gara Doktor Silap Diagnos

Individu Terawal Temui Covid 19 Buta Mata Kanan Gara Gara Doktor Silap Diagnos

papar berkaitan - pada 3/1/2021 - jumlah : 253 hits
CHINA Doktor perubatan yang telah membongkarkan kewujudan virus Parti Komunis China atau virus PKC kini menjadi buta setelah mendapat rawatan yang salah di sebuah hospital Ai Fen antara individu terawal yang menemui virus PKC MirrormediaPa
Sekelip Mata Berubah Usia 11 Bulan Kepala Danish Senget Sebelah Kanan Rupanya Ada Ketumbuhan

Sekelip Mata Berubah Usia 11 Bulan Kepala Danish Senget Sebelah Kanan Rupanya Ada Ketumbuhan

papar berkaitan - pada 1/1/2021 - jumlah : 439 hits
Hati ibu mana yang tak risau saat dapat tahu anak yang dilahirkan sihat dan normal tiba tiba disahkan mempunyai ketumbuhan dalam kepala sehingga perlu menjalani pembedahan segera Menurut ibu adik Muhammad Danish Raykarl Noor Baizura Mohd Sh...
Pelan Perdagangan Pasangan Mata Wang Eur Usd Pada 24 Disember Pasaran Akan Ditutup Esok

Pelan Perdagangan Pasangan Mata Wang Eur Usd Pada 24 Disember Pasaran Akan Ditutup Esok

papar berkaitan - pada 24/12/2020 - jumlah : 293 hits
Sekali lagi kes global COVID 19 meningkat mencecah 683 000 semalam tetapi berada di bawah puncak yang direkodkan yang entah bagaimana ini merupakan zpetanda baik Di Amerika Syarikat kes baru berjumlah 232 000 sementara kes kematian mencecah...
Pasaran Menghampiri Sambutan Hari Krismas Dalam Situasi Panik Yang Ringan Gambaran Keseluruhan Untuk Mata Wang Usd Cad

Pasaran Menghampiri Sambutan Hari Krismas Dalam Situasi Panik Yang Ringan Gambaran Keseluruhan Untuk Mata Wang Usd Cad

papar berkaitan - pada 24/12/2020 - jumlah : 238 hits
Volatiliti pasaran menurun ekoran sambutan Hari Krismas yang semakin hampir Ini kerana rundingan Brexit masih belum selesai yang mana pengaruhnya semakin pudar Sebaliknya proses memperkenalkan pakej rangsangan AS yang baru akan menambahkan ...
Anak Selalu Dengan Gajet Ada Risiko Rabun Guna Formula Yang Doktor Saran Elak Mata Rosak Sebab Gajet

Anak Selalu Dengan Gajet Ada Risiko Rabun Guna Formula Yang Doktor Saran Elak Mata Rosak Sebab Gajet

papar berkaitan - pada 25/12/2020 - jumlah : 355 hits
Hari ini gajet sudah menjadi keperluan kepada setiap lapisan umur walaupun ramai yang tahu gajet tidak baik untuk diberikan kepada si kecil namun masalah ini seakan tiada jalan penyelesaiannya Memang tidak digalakkan sama sekali memberikan ...
Tuhan Pinjamkan Saya Tangan Kanan Untuk 55 Tahun Tapi Bila Tuhan Nak Ambik Semula Sekelip Mata Je

Tuhan Pinjamkan Saya Tangan Kanan Untuk 55 Tahun Tapi Bila Tuhan Nak Ambik Semula Sekelip Mata Je

papar berkaitan - pada 24/12/2020 - jumlah : 265 hits
Tuhan pinjamkan saya tangan kanan untuk 55 tahun tetapi bila Tuhan nak ambil semula hanya sekelip mata Itulah kata kata Mohd Sis bin Latif yang dil ngg4r semasa bekerja menyelengara lebuhraya Pasir Gudang tempoh hari Setiausaha Kerajaan Joh...
Huawei Matebook 14 Dengan Paparan Skrin Lebih Luas Lindungi Mata Anda

Huawei Matebook 14 Dengan Paparan Skrin Lebih Luas Lindungi Mata Anda

papar berkaitan - pada 24/12/2020 - jumlah : 313 hits
If you re seeing this message that means JavaScript has been disabled on your browser please enable JS to make this app work this is a dummy content
Kamera Utama Xiaomi Mi 10t 5g Pula Sekadar Menerima Skor Dxomark Sebanyak 98 Mata

Kamera Utama Xiaomi Mi 10t 5g Pula Sekadar Menerima Skor Dxomark Sebanyak 98 Mata

papar berkaitan - pada 23/12/2020 - jumlah : 224 hits
Selain berkongsi mengenai keupayaan kamera pada Xiaomi Mi 10T Pro 5G DxoMark turut mengemaskini laporan di laman web rasmi mereka dengan prestasi untuk Xiaomi Mi 10T 5G Sedia maklum Xiaomi Mi 10T 5G dibekalkan tri kamera dengan sensor utama...
Fire Destroys House And Seven Vehicles In Hulu Besut

Vegan And Gluten Free Acv Gummies Without The Junk And With All The Benefits

Kenduri Kahwin Anak Saudara Di Teras Jernang Selangor

Day Trip Ke Pantai Teluk Cempedak Dan Menara 118 Kuantan Pahang

Mca Should Reflect On Where Its Two Seats Are Akmal Shoots Back

Chegubard Mohon Maaf Di Mahkamah Kerana Memfitnah Anak Syarikat Mbi

Pas Open To Reunion With Umno If Latter S Leadership Changes

Syarikat Rakam Gambar Pekerja Mengular Dalam Tandas


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Akhir Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Minggu 12

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 11 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Separuh Akhir

5 Undang Undang Aneh Berkait Bendera Kebangsaan di Seluruh Dunia

Benarkah Kajian Sains Membolehkan Gigi Manusia Tumbuh Selepas Hilang

4 Puncak Tertinggi Negara Dunia Yang Paling Ketot Saiznya


Singgah Makan Petang Di Senda Loka Restoran Kafe Wangsa Melawati

Menu Terbaru Di Marrybrown Sempena Tahun Baru Cina

Bufet Ramadan 2025 Nostalgia Ramadan Di Komune Living Bangsar South

London Wales 20 28 Januari 2025 Day 1

Worm Hunt Lunar Arena

John Tamahawk The Culinary Visionary Behind Singapore S Premier Tomahawk Steakhouse