Pelajar Cemerlang Unisza Miliki Syarikat Runner Bernilai Rm1juta


KUALA TERENGGANU, 14 Dis (Bernama) — Di saat mahawiswa lain runsing memikirkan pekerjaan selepas tamat pengajian, Muhammad Ziyad Mohd Yazid pula sudah memiliki sebuah syarikat, GetMove Sdn. Bhd, yang bernilai RM1 juta.
Meminati dunia peniagaan, pelajar berumur 23 tahun daripada Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) itu melangkah jauh ke hadapan berbanding mahasiswa biasa dengan menjalankan perniagaan menguruskan perkhidmatan penghantaran barang atau ‘runner’ yang dijenamakan sebagai ‘GetRunner’, melalui syarikatnya itu.
Pelajar tahun akhir Fakulti Sains Sosial Gunaan itu berkata syarikat yang diasaskan bersama dua lagi rakan iaitu Khairul Ikhwan Zulkefly, 27, dan Wan Muhammad Amirul Amin, 22,  pada tahun lepas, diilhamkan daripada pengalamannya bergelar ‘runner’ sejak tahun pertama di universiti.
“Pada waktu itu ramai rakan tidak mempunyai kenderaan, jadi saya yang mempunyai kenderaan ini menolong mereka menyelesaikan pelbagai urusan seperti membeli makanan dan menghantar barang. Dari situ saya terfikir yang potensi dalam bidang ‘runner’ ini sangat besar. Jadi saya pun serius mengatur langkah untuk membuka syarikat ini.
“GetRunner merupakan sebuah platform menghubungkan para ‘runner’ dengan pelanggan yang memerlukan pelbagai jenis perkhidmatan, termasuk penghantaran makanan dan barang, pembayaran bil serta penghantaran ‘surprise’. Mereka hanya perlu daftar dalam website kami. Kami akan cari ‘runner’ untuk mereka,” katanya ketika ditemui.
Kini syarikat tersebut menyediakan perkhidmatan di tujuh daerah di Terengganu dan di Kulim, Kedah serta Kota Bharu, Kelantan dengan mempunyai 107 ‘runner’.
Antara matlamat utama Muhammad Ziyad mengasaskan perniagaan seumpama ini adalah membantu masyarakat termasuk pelajar dan golongan isi rumah berpendapatan rendah (B40) untuk menjana pendapatan secara fleksibel dan mudah.
Anak muda berasal dari Shah Alam, Selangor ini menganggap dirinya bertuah kerana memperoleh geran hasil menyertai pertandingan keusahawanan dan ia dijadikan modal untuk membuka syarikat tersebut.
“Selain menerima pelaburan daripada beberapa individu, saya juga bertuah kerana memperoleh geran sebanyak RM20,000 daripada program Khazanah Nasional Entrepreneurship Outreach pada 2018 dan RM20,00 daripada program Teraju Superb Higher Education League pada 2017. Hasil kemenangan ini saya pertaruhkan untuk membuka syarikat,” katanya.
Katanya selain membangunkan aplikasi GetRunner bagi telefon pintar pada Februari 2020, beliau dan rakan-rakan menyasarkan untuk meluaskan perkhidmatan di setiap satu daerah pada setiap bulan bermula tahun depan.
Walaupun sibuk menguruskan perniagaannya, Muhammad Ziyad tidak pernah mengabaikan pelajaran dan sentiasa cemerlang dalam peperiksaan sehingga menerima Anugerah Dekan setiap semester.
Selain itu, beliau juga diberikan Anugerah Tokoh Siswa Kebangsaan 2018 atas sumbangan dan penglibatan aktif dalam pelbagai kelab dan persatuan termasuk mengasaskan Kelab Keusahawanan UniSZA pada tahun pertama pengajiannya.
Ditanya mengenai rahsia kejayaan dalam bidang akademik, Muhammad Ziyad berkata beliau memberikan tumpuan 100 peratus di dalam kelas dan menyelesaikan setiap tugasan yang diberi dengan bersungguh-sungguh.
Sumber: BERNAMA
The post Pelajar Cemerlang UNISZA Miliki Syarikat ‘Runner’ Bernilai RM1Juta appeared first on Siakap Keli.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siakapkeli.my/2019/12/14/pelajar-cemerlang-unisza-miliki-syarikat-runner-bernilai-rm1juta/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Baru 23 Tahun Dah Berjaya Pelajar Miliki Syarikat Runner Harga Rm1juta

Baru 23 Tahun Dah Berjaya Pelajar Miliki Syarikat Runner Harga Rm1juta

papar berkaitan - pada 14/12/2019 - jumlah : 533 hits
Sekiranya mahasiswa lain risau tentang pekerjaan sebaik tamat belajar Muhammad Ziyad Mohd Yazid pula sudah memiliki sebuah syarikat GetMove Sdn Bhd yang bernilai RM1 juta Pelajar berumur 23 tahun itu menjalankan perniagaan menguruskan perkh...
Tsmc Kini Syarikat Paling Bernilai Di Rantau Asia Dengan Modal Pasaran Setinggi 262 75 Bilion

Tsmc Kini Syarikat Paling Bernilai Di Rantau Asia Dengan Modal Pasaran Setinggi 262 75 Bilion

papar berkaitan - pada 3/12/2019 - jumlah : 308 hits
Taiwan Semiconductor Manufacturing Company ataupun lebih dikenali sebagai TSMC baru baru ini telah dinobatkan sebagai syarikat paling bernilai di rantau Asia dengan modal pasaran sebesar 262 75 bilion Modal pasaran TSMC dilaporkan meningkat...
Top In Country Top In World Viral Lima Pelajar Malaysia Raih Keputusan Cemerlang Dalam Exam Susah Dunia

Top In Country Top In World Viral Lima Pelajar Malaysia Raih Keputusan Cemerlang Dalam Exam Susah Dunia

papar berkaitan - pada 10/12/2019 - jumlah : 565 hits
Pencapaian yang cukup membanggakan apabila lima pelajar daripada Kolej MARA Seremban telah mencapai kejayaan dalam peperiksaan Cambridge International AS Level Ucapan sekalung tahniah kepada kelima lima pelajar tersebut di atas kejayaan men...
Kini Pelajar Boleh Miliki Matebook 13 Dan Pelbagai Peranti Huawei Dengan Skim Bayaran Ansuran

Kini Pelajar Boleh Miliki Matebook 13 Dan Pelbagai Peranti Huawei Dengan Skim Bayaran Ansuran

papar berkaitan - pada 19/12/2019 - jumlah : 439 hits
Pelajar universiti dan teknologi memang tak dapat dipisahkan Kalau tanya pasal smartphone dekat generasi celik IT ni confirm mereka boleh bercerita dengan panjang lebar Di universiti boleh dikatakan kebanyakan pelajar guna banyak jenis pera...
Sarapan Pagi Rahsia Menjadi Pelajar Cemerlang

Sarapan Pagi Rahsia Menjadi Pelajar Cemerlang

papar berkaitan - pada 11/12/2019 - jumlah : 470 hits
Rahsia Menjadi Pelajar Cemerlang Jadikan Sarapan Pagi Satu Kewajipan Anda pernah dengar tak ungkapan yang berbunyi have breakfast like a king lunch like a prince and dinner like a poor Ia menunjukkan kepentingan sarapan pagi dalam mempengar...
Per 2020 Jualan Online Wajib Miliki Izin Usaha

Per 2020 Jualan Online Wajib Miliki Izin Usaha

papar berkaitan - pada 5/12/2019 - jumlah : 425 hits
Di Peraturan Pemerintah Nomor 80 Tahun 2019 Pasal 1 ayat dijelaskan bahwa yang dimaksud dengan Perdagangan Melalui Sistem Elektronik adalah Perdagangan yang transaksinya dilakukan melalui serangkaian perangkat dan prosedur elektronik Menuru...
Kenapa Gamer Wajib Miliki Huawei Mate 30 Pro

Kenapa Gamer Wajib Miliki Huawei Mate 30 Pro

papar berkaitan - pada 8/12/2019 - jumlah : 459 hits
BAGI anda peminat tegar permainan video pasti anda mencari dan memerlukan sesuatu peranti yang menepati citarasa anda Paparan skrin yang lebih luas bunyi yang lebih menarik sambungan internet tanpa batasan dan tiada gangguan ketika bermain ...
Apple Kini Miliki Perniagaan Modem Telefon Pintar Intel

Apple Kini Miliki Perniagaan Modem Telefon Pintar Intel

papar berkaitan - pada 3/12/2019 - jumlah : 558 hits
https ift tt eA8V8J Intel dan Apple telah mengumumkan transaksi perniagaan dimana Apple akan mengambil alih perniagaan modem milik Intel Kini lanjutan daripadanya selepas melalui pelbagai fasa transaksi berkenaan selesai sepenuhnya dan pern...
Ultimate Recipe For Beef Cheeks In Pressure Cooker

Hiburan Move On Lah Tak Akan Berkawan Dah Tular Video Bekas Suami Makan Bersama Pelakon Wanita Puteri Zarith Bersuara

Hari Terbuka Tvet Yrms Ilkbs 2025 Memperkasa Belia Melalui Kemahiran Dan Peluang

Pesta Rona Kata Di Bank Negara Malaysia Museum And Art Gallery

Cuktech Perkenal Keperluan Pengecasan Pintar Untuk Setiap Peranti Moden

Score Massive Savings On Your Tech Wishlist Because The Huawei 11 11 Grand Sale Is Here

Situs Pkv Games Menyediakan Pengalaman Bermain Yang Tak Terlupakan

Kerajaan Diseru Untuk Menaikkan Gaji Penterjemah Mahkamah Bagi Mengatasi Kekurangan Mereka


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Kejayaan Arsitektur Dan Warisan Budaya Di Paw Singa Sigiriya

Senarai Pemain Skuad Harimau Malaysia Untuk Pertandingan Terkini

Belum Terlewat Untuk Fam Kembali Ke Pangkal Jalan

From Romans Learn Shipbuilding From Malays To Flying Malays Top 10 Mockeries Levelled At Prof Sambal Belacan

Maritim Malaysia Aktifkan Operasi Carilamat Mangsa Bot Karam Di Perairan Langkawi

4 Hari Test Drive Hyundai Tucson Hybrid Ini Perkara Luar Biasa Berlaku Kat Aku