Pelajar Cemerlang Tidak Sempat Sambung Pengajian Di Universiti Al Azhar Mesir


 Oleh NORLIA RAMLI
GAMBAR kenangan Muhammad Munzir Abdul Razak (kanan) ketika mengambil sijil akademiknya di Sekolah Menengah Agama Yayasan Khairiah, Kupang, Baling baru-baru ini. BALING: Hasrat remaja untuk menyambung pengajian di Universiti Al-Azhar, Mesir pada hujung bulan ini tidak kesampaian apabila maut dalam kemalangan di Simpang Empat Charok Nau, Jalan Baru Baling-Kupang di sini hari ini.
Dalam kejadian kira-kira pukul 11.49 pagi itu, mangsa, Muhammad Munzir Abdul Razak, 19, yang merupakan bekas pelajar tahfiz Sekolah Menengah Agama Yayasan Khairiah, Kupang di sini meninggal dunia di lokasi kemalangan akibat kecederaan parah.
Allahyarham Muhammad Munzir pernah menerima anugerah Pelajar Terbaik Sekolah-Sekolah Agama Negeri Kedah pada tahun lalu.
Ketua Polis Daerah Baling, Superintenden Shamsudin Mamat berkata, mangsa beralamat di Taman Pekatra Indah, Simpang Empat, Pulau Pinang.
“Hasil siasatan mendapati kemalangan berlaku apabila kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Toyota Unser dipandu lelaki berusia 49 tahun dalam perjalanan dari arah pekan Baling ke Kupang.
“Sebaik tiba di tempat kejadian, mangsa yang menunggang motosikal jenis Yamaha Lagenda dikatakan keluar dari simpang di sebelah kiri jalan dari Taman Harmoni secara mengejut,” katanya di sini hari ini.
Tambahnya, kejadian menyebabkan MPV itu terlanggar bahagian hadapan sebelah kanan motosikal menyebabkannya mangsa tercampak ke laluan bertentangan. 
“Mangsa mengalami kecederaan parah dan telah disahkan meninggal dunia di tempat kejadian sebelum dihantar ke Unit Forensik Hospital Kulim untuk dibedah siasat,” katanya.
Tambahnya, kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Sementara itu, bapa mangsa, Abdul Razak Saleh, 53, berkata, segala persiapan untuk anaknya berangkat ke Mesir pada hujung bulan ini telah disediakan.
“Arwah amat teruja untuk menyambung pengajiannya di Mesir dan segala persiapan telah dilakukan, cuma menunggu tarikh sahaja untuk berangkat pada hujung bulan ini.
“Semalam arwah ke Baling dan menumpang bermalam di rumah kawan baiknya kerana dia akan melakukan ujian menunggang motosikal dan telah lulus pagi tadi,” katanya.
Jenazah Allahyarham Muhammad Munzir dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Padang Lalang, Simpang Empat, Tasek, Pulau Pinang. -UTUSAN ONLINE


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://dialograkyat.blogspot.com/2021/11/pelajar-cemerlang-tidak-sempat-sambung.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pelajar Universiti Lim Kok Wing Ugut Bakar Pm Hidup Hidup

Pelajar Universiti Lim Kok Wing Ugut Bakar Pm Hidup Hidup

papar berkaitan - pada 12/11/2021 - jumlah : 284 hits
Kerana marahkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib berhubung isu sekolah Tahfiz yang terbakar baru baru ini seorang pemilik akaun Facebook telah mengeluarkan satu komen jelik dengan mengugut untuk membakar PM Najib hidup hidup Menurut rakan p...
Prnmelaka2021 Carian Di Laman Rasmi Universiti Al Azhar Tiada Nama Calon Pas

Prnmelaka2021 Carian Di Laman Rasmi Universiti Al Azhar Tiada Nama Calon Pas

papar berkaitan - pada 11/11/2021 - jumlah : 210 hits
Oleh Megat Terawih Calon PAS yang bertanding di Pilihanraya Negeri Melaka nampaknya mengambil keputusan untuk tidak menjawab isu menipu sijil akademik Kenapa nak malu kalau silap maka minta maaflah dari hidup dilabel sebagai menipu Ramai ca...
Pengajian Jelang Pernikahan Berlangsung Haru Ria Ricis Ungkap Peran Besar Oki Setiana Dewi

Pengajian Jelang Pernikahan Berlangsung Haru Ria Ricis Ungkap Peran Besar Oki Setiana Dewi

papar berkaitan - pada 7/11/2021 - jumlah : 307 hits
Rencanya akad akan digelar pada 12 November Ricis pun meminta restu ke ibunda dan sang kakak
Semester Akhir Pengajian

Semester Akhir Pengajian

papar berkaitan - pada 12/11/2021 - jumlah : 143 hits
Assalammualaikum dan salam sejahtera Alhamdulillah masih lagi bernafas di muka bumi Allah ini Hmm terasa kekok sebenarnya setelah sekian lama tidak menaip dan membiarkan blog aku terkontang kanting tanpa hala tuju hari nie baru berpeluang n...
Erma Fatima Sambung Lock In Season Kedua

Erma Fatima Sambung Lock In Season Kedua

papar berkaitan - pada 11/11/2021 - jumlah : 541 hits
Erma Fatima sambung Lock In season kedua Erma Fatima sambung Lock In season kedua Erma Fatima menyambung drama pendek dalam talian Lock In musim kedua selepas sembilan episod lalu mendapat sambutan Sekalipun warga seni diminta menghentikan ...
Kbs Rancang Tubuh Universiti Sukan Negara

Kbs Rancang Tubuh Universiti Sukan Negara

papar berkaitan - pada 18/11/2021 - jumlah : 221 hits
Oleh Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu KUALA LUMPUR Kementerian Belia dan Sukan bercadang menubuhkan Universiti Sukan Negara pada masa akan datang kata Menterinya Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu Beliau berkata langkah itu ...
Kajian Dipengaruhi Anwaribrahim Universiti Malaya Perlu Jawab Dakwaan Zaidibrahim

Kajian Dipengaruhi Anwaribrahim Universiti Malaya Perlu Jawab Dakwaan Zaidibrahim

papar berkaitan - pada 18/11/2021 - jumlah : 278 hits
Universiti Malaya perlu tampil menjawab apakah benar dakwaan Datuk Zaid Ibrahim bahawa kajian umum ke atas politik Malaysia oleh sebuah pusat pengajiannya dipengaruhi oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim Dakwaan ini sangat serius kerana ia boleh m...
Majlis Istiadat Konvokesyen Ke 75 Universiti Teknologi Mara

Majlis Istiadat Konvokesyen Ke 75 Universiti Teknologi Mara

papar berkaitan - pada 12/11/2021 - jumlah : 238 hits
Lelabi Malas nak celoteh tengok je dalam gambar nie sudah heheClick Sini untuk tabung LabiLabi
Blog Manis Strawberi Datang Memberi Kejutan Hari Ini

Netizen Persoal Kenapa Nedim Nazri Masih Belum Padam Foto Free Hair Nora Danish Dia Dah Berhijab Kan

Mickey Ayo Beri Petunjuk Bersedia Mendirikan Rumah Tangga Netizen Kaitkan Dengan Nora Danish 8 September

Ucapan Muhyiddin Diganggu Suasana Himpunan Bersatu Bertukar Kecoh

Meet The Aprilia Rsv4 X Gp A 90 000 Motogp Race Replica

The Trauma Code Heroes On Call Kdrama

Resepi Air Lai Chi Kang Buah Luo Han Guo Kering Manis Semula Jadi Menyegarkan

Pakar Patologi Inkues Zara Buat Repot Polis Kerana Diancam Warganet


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Juara Pertandingan Dekorasi Ruang Merdeka 2025

Cara Kaifiyat Solat Sunat Gerhana Bulan

Kisah Tukang Kayu 40 Hari Di Alam Kubur Antara Cerita Dan Hakikat

Marjinal Negri Ngeri Chord

Solat Sunat Gerhana Bulan Panduan Jakim Jabatan Mufti

Pelawak Terkenal Indonesia Sule Dilaporkan Sakit