Pelajar Cemerlang Terpaksa Berhenti Belajar Kini Disambung Semula Dengan Tajaan Penuh Mara


KUALA LUMPUR – Kisah menyayat hati seorang anak muda, Aiman Afiq, mendapat perhatian selepas beliau terpaksa berhenti pengajian kerana kesempitan hidup, sebelum akhirnya ditawarkan semula peluang untuk menyambung pelajaran dengan pembiayaan penuh MARA.
Perkongsian itu dimuat naik oleh Pengerusi MARA, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki di Facebook rasminya, yang menceritakan pertemuan beliau bersama Aiman di pejabatnya baru-baru ini.
Menurut Dr Asyraf, Aiman yang juga bekas pelajar cemerlang MRSM Transkrian dengan 9A dalam SPM serta menerima Anugerah Emas, pernah menamatkan pengajian Asasi Sains dengan CGPA 3.7. Namun, kerana faktor kemiskinan keluarga, Aiman terpaksa berhenti ketika di semester pertama universiti untuk bekerja di kilang dengan pendapatan sekitar RM2,000 sebulan.
“Saya terpaksa berhenti sebab semua permohonan bantuan ditolak. Jadi saya mula kerja kilang untuk tampung kehidupan keluarga dan langsaikan hutang kawan-kawan,” kata Aiman ketika berkongsi kisahnya.
Difahamkan, hutang tersebut dibuat ketika beliau mengikuti pengajian asasi dahulu, bagi menampung perbelanjaan makan harian.
Dapat Tawaran Segera UniKL-BMI
Tersentuh dengan kisah itu, Dr Asyraf segera menghubungi pihak MARA bagi membantu Aiman. Hasilnya, UniKL British Malaysian Institute (BMI) menawarkan tempat pengajian dalam Ijazah Kejuruteraan Elektrik dengan pendaftaran segera pada Ahad ini, 5 Oktober 2025.
Aiman akan menerima pembiayaan penuh termasuk wang saku bulanan RM800 serta kemudahan asrama percuma.
“Saya memujuk Aiman untuk sambung belajar kerana hanya ilmu boleh mengubah kehidupannya dan keluarga. Moga tiada lagi pelajar cemerlang tercicir hanya kerana faktor kemiskinan,” kata Dr Asyraf.
Sokongan Warganet
Perkongsian tersebut mengundang rasa sebak dan bangga dalam kalangan netizen yang membanjiri ruangan komen.
Seorang pengguna menulis:
“Alhamdulillah, hang masuk UniKL BMI mai cari abg dekat Pokcik Gadget Batu 8… insyaAllah abg bantu hang. Ramai ja adik-adik BMI abg kenai, sampai dah grad, menikah, ada anak pun.”
Komen lain pula berbunyi:
“Good luck Aiman. Moga terus berjaya dunia akhirat. Sambut amanah Daddy MARA tu Aiman, sempurnakan hasrat ayah bonda.”
Ada juga yang menitipkan rasa syukur:
“Sebak sungguh tengok video ni. Dia sanggup kerja dulu nak bayar hutang. Tahniah adik, anda buktikan anda insan yang sangat baik.”
Ramai turut mengucapkan terima kasih kepada MARA dan Dr Asyraf atas keprihatinan mereka.
Kisah Aiman menjadi bukti bahawa kesungguhan dan pengorbanan demi ilmu tidak akan pernah sia-sia. Selagi ada pihak yang cakna dan masyarakat yang prihatin, anak-anak muda berpotensi besar tidak seharusnya tercicir hanya kerana kesempitan hidup. – The Malaysian Update
The post Pelajar Cemerlang Terpaksa Berhenti Belajar, Kini Disambung Semula Dengan Tajaan Penuh MARA appeared first on The Malaysian Update.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.malaysianupdate.my/2025/09/30/pelajar-cemerlang-terpaksa-berhenti-belajar-kini-disambung-semula-dengan-tajaan-penuh-mara/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Sebab Sebenar Pelajar China Pilih Datang Belajar Di Malaysia

Sebab Sebenar Pelajar China Pilih Datang Belajar Di Malaysia

papar berkaitan - pada 18/9/2025 - jumlah : 1091 hits
Sebab Sebenar Pelajar China Pilih Datang Belajar Di Malaysia Sejak beberapa tahun kebelakangan ini Malaysia semakin menjadi pilihan utama pelajar antarabangsa dari China Malah sejak 2019 lagi China telah muncul sebagai penyumbang terbesar p...
Pelajar Cemerlang Lemas Di Air Terjun

Pelajar Cemerlang Lemas Di Air Terjun

papar berkaitan - pada 17/9/2025 - jumlah : 1552 hits
Pelajar cemerlang lemas di air terjun Muhamad Hanif Anaqi Muhammad Khaled yang ditemui lemas ketika mandi di air terjun Lata Mengkuang bersama rakannya Foto NSTP ihsan Bomba SIK Seorang remaja lelaki ditemukan lemas ketika mandi bersama ena...
Talian Penghantaran 275kv Klps Sgld Berjaya Disambung Semula

Talian Penghantaran 275kv Klps Sgld Berjaya Disambung Semula

papar berkaitan - pada 18/9/2025 - jumlah : 343 hits
Talian Penghantaran 275kV KLPS SGLD Berjaya Disambung Semula Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor menzahirkan penghargaan kepada seluruh pasukan teknikal dan staf Sabah Electricity Sdn Bhd yang bertungkus lumus tanpa mengenal penat le...
Kisah Adik Alif Hidup Sendirian Sejak 17 Tahun Kini Terima Tawaran Belajar Ke Upsi

Kisah Adik Alif Hidup Sendirian Sejak 17 Tahun Kini Terima Tawaran Belajar Ke Upsi

papar berkaitan - pada 26/9/2025 - jumlah : 893 hits
KOTA BHARU Dalam kesibukan masyarakat mengejar kehidupan harian masih ada kisah menyentuh hati yang wajar dijadikan teladan Begitulah kisah seorang remaja tabah bernama Adik Alif yang menjadi perhatian warganet selepas perkongsian tular di ...
Anak Erra Fazira Amp Engku Emran Antara Pelajar Malaysia Cemerlang Igcse

Anak Erra Fazira Amp Engku Emran Antara Pelajar Malaysia Cemerlang Igcse

papar berkaitan - pada 21/9/2025 - jumlah : 1797 hits
Anak kepada selebriti terkenal Erra Fazira dan bekas suami Engku Emran iaitu Engku Aleesya sekali lagi mencuri perhatian apabila menyerlah sebagai contoh pelajar genius dengan memperoleh 7A dalam semua subjek IGCSE yang didudukinya Anak Err...
Tetapan Semula Kata Laluan Maybank2u Kini Hanya Melalui Aplikasi Mae

Tetapan Semula Kata Laluan Maybank2u Kini Hanya Melalui Aplikasi Mae

papar berkaitan - pada 18/9/2025 - jumlah : 1054 hits
Maybank memaklumkan bahawa tetapan semula kata laluan Maybank2u hanya boleh dilakukan melalui aplikasi MAE berkuat kuasa 18 September 2025 Menurut Maybank perubahan ini hanya melibatkan pengguna Individu dan Pemilik Tunggal sahaja manakala ...
Selepas Macron Kini Erdogan Pula Terkandas Gara Gara Konvoi Trump

Selepas Macron Kini Erdogan Pula Terkandas Gara Gara Konvoi Trump

papar berkaitan - pada 25/9/2025 - jumlah : 1974 hits
NEW YORK Presiden Turki Recep Tayyip Erdo an menjadi pemimpin dunia terbaharu yang berdepan detik memalukan apabila terpaksa menunggu di jalanan Manhattan selepas polis menutup laluan bagi memberi ruang kepada konvoi kenderaan rasmi Preside...
Hiburan Semua Restoran Kafe Ikea Malaysia Kini Sah Terima Pensijilan Halal Jakim

Hiburan Semua Restoran Kafe Ikea Malaysia Kini Sah Terima Pensijilan Halal Jakim

papar berkaitan - pada 25/9/2025 - jumlah : 956 hits
IKEA Malaysia mengesahkan bahawa semua rangkaian restoran kafe dan bistro mereka di seluruh negara kini mendapat pengiktirafan halal secara rasmi daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia Pensijilan ini mengukuhkan lagi keyakinan pelanggan t...
Dagangan Kripto Kini Jadi Pertandingan Ala E Sukan Di Korea Selatan

Dagangan Kripto Kini Jadi Pertandingan Ala E Sukan Di Korea Selatan

papar berkaitan - pada 25/9/2025 - jumlah : 561 hits
Satu acara unik di Korea Selatan menarik perhatian ramai apabila dagangan kripto dipersembahkan dalam bentuk pertandingan ala e sukan Acara sampingan ini berlangsung sempena Korea Blockchain Week dan menampilkan peserta yang bersaing dalam ...
Wild Boar Goes Viral For Crashing Into A Wedding Feast Haram Or A Statement For More Sustainability

Can Now Private Entity Mahb Guarantee No More Aerotrain Breakdowns After Having Clocked The 20th Mark

Safety Wins The Behind The Scenes Standards Keeping Moab Tours Secure

Sarawak Jalin Kerjasama Dengan Korea Selatan Bangun Cip Ai Dan Semikonduktor

Melaka Remaja Perempuan Ditikam Ketika Menunggang Motosikal

Ideas Mongolian Beef Ramen Recipe Easy

Ahmad Jais Untuk Bungamu Lirik

Dr Reshma Nair Prakash Mrs Universe 2025 3rd Runner Up Dari Malaysia Simbol Kekuatan Dan Kecantikan Wanita Asia


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Gaza Selepas Gencatan Senjata Antara Harapan Dan Kehancuran

Koleksi 200 Soalan Ujian Psikometrik Pegawai Penguat Kuasa Gred Kp9

Dunia Sekarang Ramai Yang Sakit Dalam Diam

Irresistible Beef Jerky Recipe With Prague Powder

Andaian Pru Parlimen Perlis

Kaedah Perancang Keluarga Kkm Pilihan Saya