Pelajar Cemerlang Tanpa Kerakyatan Akhirnya Terima Status Warganegara



PUTRAJAYA, 28 Mac — Pelajar cemerlang tanpa kerakyatan, Roisah Abdullah, akhirnya berstatus warganegara Malaysia setelah beberapa kali membuat permohonan sejak tahun 2013.

Gadis itu yang bakal menyambut ulang tahun ke-22 bulan depan hadir bersama ibu angkatnya, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Zuraida Kamaruddin, di Kementerian Dalam Negeri (KDN) di sini hari ini bagi mengambil surat kelulusan sebagai warganegara itu.

Loading...
Roisah yang kelihatan ceria menzahirkan keterujaannya untuk mendapatkan kemudahan yang dinikmati warganegara Malaysia yang lain antaranya perkhidmatan kesihatan, membuka akaun bank dan mendapatkan lesen memandu.

“Saya hendak mendapatkan kad LRT (pas perjalanan Rapid KL) dahulu,” katanya kepada pemberita apabila ditanya mengenai perkara pertama yang ingin dilakukannya setelah mendapat kad pengenalan.

Pelajar terbaik Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) Sekolah Menengah Kebangsaan (Perempuan) Kapar, Klang dengan keputusan 3A, 1B itu sebelum ini dilaporkan menghadapi kesukaran untuk melanjutkan pelajaran berikutan tiada dokumen pengenalan diri.


“Masalah mula timbul semasa di sekolah menengah sebab banyak urusan memerlukan kad pengenalan,” kata Roisah, sambil menambah levi sebanyak RM240 juga perlu dibayar setiap tahun kepada Jabatan Pendidikan Negeri untuk memasuki sekolah kerajaan bagi bukan warganegara.

Gadis itu dilaporkan dilahirkan oleh seorang wanita warga asing di sebuah klinik di Klang, manakala bapanya yang merupakan warganegara Malaysia tidak diketahui identitinya.

Roisah dibesarkan oleh sebuah keluarga angkat namun ibu angkatnya meninggal dunia pada tahun 2014 dan beliau kemudiannya tinggal bersama saudara keluarga angkat tersebut.

Susulan laporan tersebut, Roisah mendapat tawaran melanjutkan pelajaran di peringkat Sarjana Muda dalam bidang perakaunan di Universiti Tun Abdul Razak (UniRazak) pada tahun lepas.

Sementara itu, Zuraida yang juga Anggota Parlimen Ampang berkata beliau terpanggil untuk membantu Roisah dengan mendaftar sebagai ibu angkat pelajar itu setelah isu tersebut dibawa ke pengetahuannya oleh beberapa badan bukan kerajaan (NGO) pada Mei tahun lepas.

“Saya mendapati kes ini tulen dan dia dinafikan kewarganegaraan, justeru jika dengan  menjadi ibu angkat dapat membantunya, saya bersedia.

“Kemudian saya mendapatkan perintah mahkamah untuk menjadi ibu angkat, dan begitulah kisah bagaimana ianya bermula,” kata beliau.

Ditanya sama ada Roisah tinggal bersamanya, Zuraida berkata ketika ini pelajar tersebut tinggal berdekatan dengan UniRazak bagi memudahkannya berulang alik untuk menghadiri kuliah.

Dalam pada itu, Zuraida berkata kerajaan mengambil berat isu individu tanpa kerakyatan di seluruh negara dan sedang melaksanakan langkah yang perlu bagi menyelesaikan isu itu. — Bernama

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.malaysianupdate.com/2019/03/pelajar-cemerlang-tanpa-kerakyatan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Spm Kerajaan Terengganu Tawar Biasiswa Kepada Empat Pelajar Cemerlang

Spm Kerajaan Terengganu Tawar Biasiswa Kepada Empat Pelajar Cemerlang

papar berkaitan - pada 14/3/2019 - jumlah : 693 hits
KUALA TERENGGANU Kerajaan negeri menawarkan penajaan biasiswa kepada empat pelajar cemerlang Terengganu yang mendapat semua A dalam Sijil Pelajaran Malaysia 2018 yang diumumkan serentak seluruh negara hari ini Pelajar cemerlang tersebut Muh...
Dasar Kerajaan Tidak Iktiraf Pemilikan Status Dua Warganegara

Dasar Kerajaan Tidak Iktiraf Pemilikan Status Dua Warganegara

papar berkaitan - pada 23/3/2019 - jumlah : 243 hits
KUALA LUMPUR Kementerian Dalam Negeri menegaskan kerajaan tidak mengiktiraf pemilikan individu yang mempunyai lebih daripada satu kewarganegaraan dan seseorang warganegara Malaysia boleh dilucutkan status kewarganegaraan seperti yang diperu...
Pelajar Cemerlang Spm Maut Selepas Ambil Keputusan

Pelajar Cemerlang Spm Maut Selepas Ambil Keputusan

papar berkaitan - pada 16/3/2019 - jumlah : 603 hits
Astro Awani Foto Muhammad Hakimie di telefon bimbit seperti ditunjukkan oleh salah seorang rakannya Astro AWANI PENDANG Seorang pelajar Sekolah Menengah Sains Kubang Pasu yang memperoleh keputusan cemerlang 6A dalam Sijil Pelajaran Malaysia...
Maszlee Mudahkan Laluan Adik Manaf Pelajar Cemerlang Spm 2018 Untuk Sambung Belajar

Maszlee Mudahkan Laluan Adik Manaf Pelajar Cemerlang Spm 2018 Untuk Sambung Belajar

papar berkaitan - pada 3/4/2019 - jumlah : 358 hits
ISU SEMASA Kisah adik Abdul Manaf Abdul Aziz yang mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan SPM telah mendapat perhatian segera dari Dr Maszlee Malik Kisah itu pada mulanya dilaporkan Berita Harian Adik Manaf beroleh 10A dalam SPM 2018...
Terima Hadiah Top Commentator Blog Suria Amanda

Terima Hadiah Top Commentator Blog Suria Amanda

papar berkaitan - pada 26/3/2019 - jumlah : 350 hits
Assalamualaikum semua harini mama tengah seronok sebab mama Terima Hadiah Top Commentator Blog Suria Amanda Ini Lah hadiahnya cantiknya buku Ni siap ada magnetic strap Dan color dia pula mang favourite mama Sesuai pula bila dipadankan denga...
Ipd Putrajaya Terima 10 Laporan Penipuan Dalam Talian Sebulan

Ipd Putrajaya Terima 10 Laporan Penipuan Dalam Talian Sebulan

papar berkaitan - pada 26/3/2019 - jumlah : 663 hits
Mangsa diperdaya dengan panggilan palsu yang mendakwa dari bank PUTRAJAYA Ibu Pejabat Polis Daerah Putrajaya secara purata menerima 10 laporan polis setiap bulan berhubung kes penipuan dalam talian dengan sebahagian besar mangsa merupakan g...
Caleg Pdip Temukan Banyak Warga Di Jaktim Belum Terima Kjp Plus Klj

Caleg Pdip Temukan Banyak Warga Di Jaktim Belum Terima Kjp Plus Klj

papar berkaitan - pada 25/3/2019 - jumlah : 322 hits
Sebelumnya Kepala Suku Dinas Sosial Jakarta Selatan Ahmad Dumyani mengakui terjadi sejumlah kendala di lapangan terkait para lansia yang ingin mengantongi KLJ
Ph Perlu Terima Teguran Nurul Izzah Kata Wan Azizah

Ph Perlu Terima Teguran Nurul Izzah Kata Wan Azizah

papar berkaitan - pada 27/3/2019 - jumlah : 394 hits
March 26 2019 11 14 PMWan Azizah berkata perdana menteri bersetuju dengan kekecewaan Nurul Izzah KUALA LUMPUR Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata kerajaan Pakatan Harapan perlu menerima teguran Nurul Izzah Anwar dengan baik bagi meningkatkan p...
Terima Kasih Menteri Mp Bn Puji Zuraida

Terima Kasih Menteri Mp Bn Puji Zuraida

papar berkaitan - pada 27/3/2019 - jumlah : 357 hits
Terima kasih menteri MP BN puji Zuraida PARLIMEN Ia selepas Zuraida menjawab soalan mereka berhubung projek rumah mampu milik di kawasan masing masing
Minyak Petrol Ron95 Pada Harga Rm1 99 Seliter Apa Anda Perlu Tahu

Pembawa Dulang Anzalna Paling Tua Tapi Nampak Paling Muda

Peminat Teruja Dengar Betty Rahmad Cover Lagu Amira Othman Irfan Haris Video

Cara Mudah Hack Facebook

Pengalaman Pelancong Malaysia Di Vietnam Tular Dedah Taktik Peniaga Buah Cuba Tipu Timbangan

Resepi Kentang Putar Dan Sos Gravy

Hiburan Zizi Kirana Tak Pasti Bila Pulang Ke Tanah Air Akui Tiada Jawapan Dah Lupa Saya Ini Seorang Penyanyi

Tukar Mykad Percuma Jpn


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Inisiatif Aksi Inovasi Bersama China Asean Untuk Penerapan Model Ai Di Bidang Meteorologi Diluncurkan

Unit Trust Malaysia Price How Much You Need To Start Investing

10 000 000 Dan Alhamdulillah

Sambal Sardin Dan Kelebihan Istighfar

Exam Psra 2025 Tips Strategi Bersama Ustaz Azahari Sulaiman Guru Cemerlang Selangor

Temmax69 28 25 Pgslot 69 100 Top 42 By Kam Tm69 Life