Pelacuran Ibu Tunggal Melalui Aplikasi Michat Dikesan Di Kelantan



KOTA BHARU – Polis Kelantan berjaya membongkar kegiatan sindiket pelacuran melibatkan lima wanita warga tempatan dipercayai golongan ibu tunggal melalui aplikasi MiChat yang dijalankan di dua buah rumah di Kubang Kerian di sini semalam.
Serbuan di rumah berkenaan dijalankan oleh Jabatan Siasatan Jenayah, Cawangan D7 Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kelantan menerusi Ops Noda bermula pukul 3 hingga 5 petang semalam.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Shafien Mamat berkata, dalam operasi itu, polis berjaya menahan sembilan lelaki tempatan, seorang lelaki warga Myanmar dan lima wanita tempatan berusia 22 hingga 60 tahun yang dipercayai terlibat dengan aktiviti pelacuran.
Katanya, siasatan mendapati, salah seorang daripada lelaki tempatan itu dipercayai terlibat dengan urusan aktiviti pelacuran yang berperanan mengurus dan mendapatkan pelanggan melalui aplikasi MiChat.
“Sindiket ini menggunakan nama saluran ‘Adik Sayang Abang Sayang’ melalui aplikasi MiChat. Mereka juga beroperasi 24 jam sehari untuk menerima pelanggan.
“Pelanggan juga dipercayai membayar sebanyak RM250 hingga RM300 untuk mendapatkan perkhidmatan pelacur daripada golongan ibu tunggal. Selain itu, orang tengah yang menguruskan kegiatan itu pula menerima upah sebanyak RM100 untuk seorang pelacur,” katanya ketika dihubungi Kosmo! hari ini.
Menurut Shafien, dalam operasi itu, polis merampas barang kes yang digunakan untuk aktiviti pelacuran iaitu satu buku log yang mengandungi catatan sewaan bilik, tujuh keping kondom dan lapan unit telefon pintar.
Katanya, polis turut merampas satu kunci bilik, sebotol minyak urut, dua keping kondom yang sudah digunakan dan wang tunai berjumlah RM 1,917.
“Siasatan mendapati, sindiket itu dipercayai terlibat dengan kegiatan pelacuran menggunakan aplikasi MiChat yang berpangkalan di rumah itu sejak tiga bulan lalu.
“Berdasarkan maklumat yang diterima, pelacur akan datang ke rumah itu selepas orang tengah menguruskan urusan dengan pelanggan. Selain itu, pelanggan juga perlu membayar RM30 untuk menyewa sebuah bilik bagi aktiviti persundalan itu,” katanya.
Menurut Shafien, semua suspek direman selama tujuh hari bermula hari ini hingga Selasa depan untuk disiasat mengikut Seksyen 372A Kanun Keseksaan kerana hidup hasil daripada atau perdagangkan persundalan dan Seksyen 372B Kanun Keseksaan kerana mencari langganan bagi maksud persundalan.
Tambahnya, orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan aktiviti pelacuran di Kelantan boleh hubungi Hotline Polis Kontinjen Kelantan di talian 09-745 0999.-K!ONLINE

The post Pelacuran ibu tunggal melalui aplikasi MiChat dikesan di Kelantan appeared first on MYKMU.NET.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2021/02/24/pelacuran-ibu-tunggal-melalui-aplikasi-michat-dikesan-di-kelantan/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=pelacuran-ibu-tunggal-melalui-aplikasi-michat-dikesan

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Cara Pendaftaran Vaksinasi Covid19 Melalui Aplikasi Mysejahtera

Cara Pendaftaran Vaksinasi Covid19 Melalui Aplikasi Mysejahtera

papar berkaitan - pada 2/3/2021 - jumlah : 320 hits
Setahun lebih dah kita mengharungi hari demi hari dengan pelbagai ujian dalam penularan pendamik Covid19 ini Ramai yang kehilangan sumber pendapatan tekanan demi tekanan kehidupan terpisah lama dengan insan insan yang tersayang amal ibadah ...
Selama Pandemi Perkara Didaftarkan Melalui Aplikasi E Court Meningkat 295 Persen

Selama Pandemi Perkara Didaftarkan Melalui Aplikasi E Court Meningkat 295 Persen

papar berkaitan - pada 17/2/2021 - jumlah : 205 hits
Pandemi Covid 19 membuat sistem peradilan di Indonesia beralih ke sistem peradilan elektronik Ketua Mahkamah Agung Muhammad Syarifuddin menyebutkan jumlah perkara di tingkat pertama yang didaftarkan melalui aplikasi e Court meningkat 295 pe...
Butiran Imunisasi Melalui Aplikasi Mysejahtera Diperlihatkan

Butiran Imunisasi Melalui Aplikasi Mysejahtera Diperlihatkan

papar berkaitan - pada 24/2/2021 - jumlah : 245 hits
Seperti yang sedia maklum program imunisasi COVID 19 telahpun bermula hari ini dengan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dua individu pertama di Malaysia yang mener...
Sempena Tahun Baru Cina Ebit Lew Hadiah Myvi Kepada Ibu Tunggal Cina

Sempena Tahun Baru Cina Ebit Lew Hadiah Myvi Kepada Ibu Tunggal Cina

papar berkaitan - pada 12/2/2021 - jumlah : 261 hits
Sempena Tahun Baru Cina kali ini pendakwah Ebit Lew telah menghadiahkan sebuah kereta Myvi kepada seorang ibu tunggal Koh Kim Keok di Kota Bharu Selain Myvi beliau juga menghadiahkan Tab serta sedikit duit belanja dan akan bayarkan sewa rum...
Akhirnya Terdedah Ingatkan Di Kelantan Tiada Aktiviti Pelacuran

Akhirnya Terdedah Ingatkan Di Kelantan Tiada Aktiviti Pelacuran

papar berkaitan - pada 24/2/2021 - jumlah : 270 hits
February 24 2021 Lima wanita tempatan ditahan di sebuah banglo di Kubang Kerian di sini dipercayai terbabit aktiviti pelacuran menggunakan aplikasi MiChat Mereka yang berusia 20 an hingga 60 tahun itu ditahan pada 3 45 petang semalam sempen...
Polis Kelantan Serbu Sarang Pelacuran Di Kota Bharu

Polis Kelantan Serbu Sarang Pelacuran Di Kota Bharu

papar berkaitan - pada 24/2/2021 - jumlah : 293 hits
Polis Kelantan berjaya menahan 15 individu termasuk lima wanita disyaki terlibat dalam akvitivi pelacuran dalam satu serbuan operasi noda di Kota Bharu semalam Ketua Polis Kelantan DCP Shafien Mamat berkata serbuan sepasukan pegawai dan ang...
Bersinergi Untuk Inklusi Keuangan Pinjaman Dan Produk Investasi Pegadaian Kini Bisa Diakses Melalui Aplikasi Linkaja

Bersinergi Untuk Inklusi Keuangan Pinjaman Dan Produk Investasi Pegadaian Kini Bisa Diakses Melalui Aplikasi Linkaja

papar berkaitan - pada 25/2/2021 - jumlah : 310 hits
Kerja sama sinergis ini dilakukan agar masyarakat dapat menikmati layanan keuangan formal dengan aman mudah dan nyaman
Mahasiswa Malaysia Cari Sugar Daddy Melalui Sugarbook Menteri Kpt Tak Buat Kerja

Mahasiswa Malaysia Cari Sugar Daddy Melalui Sugarbook Menteri Kpt Tak Buat Kerja

papar berkaitan - pada 13/2/2021 - jumlah : 302 hits
February 13 2021 Majlis Perundingan Pelajar Kebangsaan memandang serius terhadap peningkatan statistik penggunaan aplikasi media sosial tidak bermoral dalam kalangan mahasiswa yang semakin membimbangkan Presiden MPPK Muhammad Amir Asyraf Mo...
Term Limit Culture Emerging With Veteran Dap Trio S Exit Says Analyst

Who Else Nazri Backs Anwar For Second Term As Pm

Sprm Reman 4 Pegawai Ismail Sabri Kes Keluarga Malaysia

Punca Nahas Maut Isteri Tentera Menurut Polis

Macc Arrests Ismail Sabri S Officers

Sambut Raya Dengan Gaya Di Melawati Mall

Siti Kasim Schools Living Under Coconut Shell Muslim Preachers I Owe It To Kafir Britain For Who I M Today

25 Orang Penting Yang Wajib Diketahui


echo '';
Senarai Keputusan Pemenang Calon Top 5 Kategori Persembahan Penyampai Trofi Undian Tarikh Tiket Gempak Most Wanted Awards 2024 2025 Live Di Astro Ria Sooka

10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria


Kenapa Kita Diuji Hikmah Ujian Dalam Surah Al Ankabut Ayat 2 3

Gula Punca Kulit Cepat Tua Betul Ke

Pea Puffer Fish Facts Carinotetraodon Travancoricus Az Animals

It S My Life I M Taking It Back

Advertise Up To 200 Million Emails

Burung Jatuhkan Tangan Manusia Di Halaman Sekolah