Pelacur Nomad Dapat Permintaan Tinggi Di Kota Bharu


Menjalankan aktiviti pelacuran secara berpindah-randah dari satu lokasi ke lokasi lain, kegiatan sekumpulan pelacur yang tiba di Kota Bharu, Isnin lalu terbongkar dalam satu serbuan pihak polis, malam tadi.

Ia susulan serbuan sepasukan pegawai dan anggota Bahagian Anti Maksiat, Perjudian dan Kongsi Gelap (D7) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan di hadapan lif tingkat satu sebuah apartmen yang terletak di Bandar Kota Bharu.

Dalam operasi itu, seorang penuntut jurusan Ijazah Sarjana Muda Sumber Manusia di sebuat institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) berusia 24 tahun yang bertindak sebagai 'bapa ayam' ditahan bersama tiga wanita berusia 27, 36 dan 40 tahun.

Keempat-empat mereka merupakan warga tempatan yang berasal dari Kuala Lumpur, Pulau Pinang, Melaka dan Sarawak.

Ketika ditahan suspek lelaki mengaku mengiklankan perkhidmatan seks melalui aplikasi WeChat dan menjadi orang tengah antara pelanggan dan pelacur yang dijaganya.

Dia menjelaskan, setiap kali perkhidmatan seks wanita berkenaan akan menerima bayaran antara RM250 hingga RM300 dan bapa ayam itu akan menerima komisyen sebanyak 30 peratus untuk setiap pelanggan yang diterima.

Selain itu, pemuda tersebut menerima wang RM50 sehari bagi upah menjaga mereka serta perbelanjaan makan-minum.

Suspek lelaki itu memberitahu, dia mula mengenali wanita berusia 36 tahun itu awal tahun ini sebelum ditawarkan kerja sebagai 'bapa ayam' bermula pada bulan Julai lalu.

Menurutnya, sepanjang tempoh itu dia meraih pendapatan sekitar RM4,000 daripada wanita berkenaan yang bergerak dari sebuah negeri ke negeri lain di negara ini mengikut permintaan yang diterima daripada pelanggan.

Seorang pelacur yang berusia 40 tahun ketika ditanya mengenai kegiatan itu berkata, perkhidmatannya mendapat permintaan tinggi selama berada di Kota Bharu.

"Kami sudah beberapa kali ke negeri ini selain bergerak ke negeri-negeri lain mengikut permintaan.

"Di sini permintaan agak tinggi, saya boleh dapat sekitar lima orang pelanggan setiap hari, " katanya.

Tawar seks melalui WeChat

Sementara itu, Pegawai Turus D7 Kelantan, Asisten Superintendan Mat Zol Ismail berkata, empat suspek tersebut tiba di Kota Bharu sejak Isnin lalu dan menyewa di apartmen sewa tersebut yang dijadikan lokasi menjalankan kegiatan tidak bermoral itu.

"Lelaki ini bertindak sebagai bapa ayam yang menguruskan pelanggan-pelanggan. Bersamanya kita merampas sebuah telefon bimbit jenama Iphone 5, segugus kunci apartmen sewa serta satu beg mengandungi wang tunai bernilai RM1,900.

"Daripada tiga wanita itu pula kita merampas peralatan untuk hubungan seks iaitu 44 kondom, minyak pelincir, tiga telefon bimbit serta wang tunai RM2,925 dipercayai wang hasil pelacuran," katanya ketika ditemui selepas operasi berkenaan.

Mat Zol berkata, modus operandi yang digunakan kumpulan ini ialah dengan menawarkan perkhidmatan seks melalui aplikasi WeChat di rumah-rumah tumpangan di sekitar Kota Bharu.

"Siasatan juga mendedahkan tiga wanita ini menjalankan aktiviti pelacuran secara persendirian atau freelance. Mereka akan bergerak dari satu negeri ke negeri yang lain bergantung kepada permintaan.

"Mereka akan meminta wang RM300 bagi sekali perkhidmatan. Selepas tawar-menawar melalui WeChat, pelanggan yang bersetuju perlu membayar deposit dahulu sebelum diberikan lokasi pertemuan untuk hubungan seks," katanya.

Tambah beliau, kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 12 Akta Anti Pemerdagangan Orang dan Anti Penyeludupan Migrain (ATIPSOM) 2007.



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://bloglist-malaysia.blogspot.com/2018/12/pelacur-nomad-dapat-permintaan-tinggi.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kenangan Sejarah Stesen Bas Kota Bharu

Kenangan Sejarah Stesen Bas Kota Bharu

papar berkaitan - pada 29/11/2018 - jumlah : 2085 hits
Tempat jatuh lagi dikenang inikan pula tempat melepak dan bertemu kekasih Setiap tempat tumpuan tentu sekali menjadi ingatan kepada mereka yang pernah ada peristiwa dan kenangan di situ Di Kota Bharu Kelantan satu tempat yang menjadi lokasi...
Restoran Western Kota Bharu Kelantan Kb Burger Bakar

Restoran Western Kota Bharu Kelantan Kb Burger Bakar

papar berkaitan - pada 5/12/2018 - jumlah : 1222 hits
Kelantan adalah sebuah negeri yang terkenal dengan pelbagai makanan tempatan dan dibawa masuk dari Siam maklumlah bersebelahan Juga mempunyai 8 buah daerah salah satu daedah yang yang membangun adalah kawasan Kota Bharu lokasi ini boleh dik...
Penawar Ajaib Dari Kota Bharu

Penawar Ajaib Dari Kota Bharu

papar berkaitan - pada 6/12/2018 - jumlah : 465 hits
Ramai yang mungkin tidak sedar risiko kesihatan yang mereka ada Terutamanya bila ianya berkaitan soal serangan jantung strok asthma dan kolesterol Memang jadi igauan ngeri kepada mereka yang pernah melaluinya Namun rupanya terdapat penawar ...
Bertambah Nasi Dengan Hidangan Patin Original Special Dari Temerloh Di Kota Bharu Kelantan

Bertambah Nasi Dengan Hidangan Patin Original Special Dari Temerloh Di Kota Bharu Kelantan

papar berkaitan - pada 24/11/2018 - jumlah : 498 hits
Assalamualaikum hi korang Eh cuti hujung tahun ni pergi mana Dah ada destinasi perlancongan belum Haaa kalau belum meh la jenjalan ke bumi Cik Siti Wan Kembang ni tengok tengok bumi Kelantan yang ada pelbagai macam makanan yang sedap and be...
Nasi Ala Kak Wok Di Mpa Cafe Kptm Kota Bharu

Nasi Ala Kak Wok Di Mpa Cafe Kptm Kota Bharu

papar berkaitan - pada 28/11/2018 - jumlah : 883 hits
Nasi Ala Kak Wok di MPA Cafe KPTM Kota Bharu Kalau orang Kelantan Nasi Kak Wok ni dah menjadi menu kebiasaan mereka untuk makanan pagi atau tengah hari So kebanyakkan orang dari luar Kelantan pasti tertanya tanya sedap sangat ke Nasi Kak Wo...
Bogor Resmi Jadi Kota Tanpa Kantong Plastik

Bogor Resmi Jadi Kota Tanpa Kantong Plastik

papar berkaitan - pada 3/12/2018 - jumlah : 263 hits
Larangan penggunaan kantong plastik pada ritel modern maupun pusat perbelanjaan tertuang dalam Peraturan Wali Kota Nomor 61 Tahun 2018 tentang Pengurangan Penggunaan Kantong Plastik
Festival Kora Kora 2018 Angkat Potensi Bahari Kota Seribu Benteng

Festival Kora Kora 2018 Angkat Potensi Bahari Kota Seribu Benteng

papar berkaitan - pada 3/12/2018 - jumlah : 254 hits
Warna warni layar yang terkembang menambah kebesaran bahari Kota Seribu Benteng Terlebih acara ini dilakukan di Landmark Kota Ternate yang ciamik Karena berlatar belakang laut dan Pulau Tidore
Restoran Ikan Bakar Di Skc Plaza Tuaran Kota Kinabalu

Restoran Ikan Bakar Di Skc Plaza Tuaran Kota Kinabalu

papar berkaitan - pada 3/12/2018 - jumlah : 799 hits
Restoran Ikan Bakar Di SKC Plaza Tuaran Kota KinabaluAsalamualaikum Salam Sejahtera Semua Apa khabar semoga sihat dan ceria selalu ya Yang rasa tak sihat untuk tidak melarat ambil lah langkah ke hospital berdekatan inshaAllah kena usaha kes...
Ka Joglosemarkerto Menghubungkan Kota Sekitar Jateng Dan Diy Ini Tarifnya

Ka Joglosemarkerto Menghubungkan Kota Sekitar Jateng Dan Diy Ini Tarifnya

papar berkaitan - pada 1/12/2018 - jumlah : 272 hits
Kereta api Joglosemarkerto dengan 9 rangkaian resmi diluncurkan oleh PT Kereta Api Indonesia dari Stasiun Solo Balapan Sabtu tepat pukul 6 00 WIB Dua kereta eksekutif dengan kapasitas 100 tempat duduk dan 7 kereta ekonomi dengan kapasitas 5...
Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Resepi Udang Khamped Padu Mudah Sedap Dan Confirm Licin Pinggan

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Skill Up Steam Curator

Dua Sahabat Makan Ikan Mentah Minum Air Laut Sepanjang Hanyut

Godox Perkenalkan Lampu Led Knowled Ms60r Bi Yang Sangat Fleksibel

Adi Putra Alami Jangkitan Kuman Di Paru Paru Kini Dalam Keadaan Baik