Pelaburan Peluang Pendapatan Berlipat Kali Ganda
Pastinya kita pernah terfikir bagaimana untuk tambah pendapatan sampingan disamping gaji yang tidak seberapa untuk menampung kos sara hidup yang semakin tinggi, lebih-lebih lagi di zaman covid ini. Bercakap mengenai pelaburan, semestinya kita mengharapkan keuntungan dari pelaburan kita itu. Pepatah " Jangan Bekerja Untuk Duit tetapi Biarkan Duit Bekerja Untuk Anda" merupakan kata-kata hikmah yang kita boleh gunakan untuk meneruskan pelaburan ini
Di Malaysia pelbagai instrumen pelaburan yang boleh kita laburkan atau leburkan modal yang kita ada hahaha. Maka di zaman kesukaran ini maka timbullah pelbagai skim cepat kayap dan meragukan yang membolehkan duit anda bakal dileburkan olah scammer-scammer yang sangat bijak dalam memanipulasi fikiran anda
Perkara pertama yang menjadi rujukan dalam pelaburan di Malaysia adalah dengan menyemak laman web Bank Negara Malaysia atau membuat semakan di Google syarikat tersebut dan jangan membabi-buta menyerahkan duit yang susah payah kita kumpulkan kepada scammer
Ok seterusnya, kita kenal pasti risiko yang ada bagi setiap instrumen pelaburan yang kita masuk. Satu perkara yang kita kena fahami dalam pelaburan ini adalah keuntungan tinggi datang bersama risiko yang tinggi (High Risk, High Return), manakala keuntungan rendah, datang bersama risiko yang rendah (Low Risk, Low Return). Boleh lihat lukisan dibawah ini untuk pemahaman yang lebih lanjut
Semakin tinggi kadar untung, semakin tinggi risiko yang perlu kita tanggung. Mungkin kebanyakan kita sekurang-kurangnya pernah melabur dalam salah satu instrumen diatas contohnya Amanah Saham Bumiputra atau Tabung Haji, Emas dan Hartanah.
Anggaran Kadar Keuntungan:
i. Deposit Tetap (Fix Deposit) - 3 - 5% tahunanii. ASB/ Tabung Haji - 5 - 8% tahunaniii. Emas/ Hartanah - 10 - 18% tahunaniv. Unit Trust - 15 - 25%v. Saham/Bitcoin - 40%vi. Forex - 70%
Jika kita ni jenis yang nak pelaburan yang tenang dan selamat bolehlah pilih pelaburan i, ii dan iii. Jika jenis suka mengkaji dan melihat chart maka bolehlah melabur dalam pelaburan v dan vi. Cuma admin cadangkan elakkan la pelaburan forex sebab pelaburan ini tidak patuh shariah dan tiada lesen dari Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.
Admin pun baru berjinak-jinak dengan pelaburan saham, sejak covid melanda Malaysia ni. Banyak peluang yang boleh kita dapat dengan pelaburan saham ni. Lately, banyak iklan-iklan berkenaan pelaburan saham yang mungkin kita kedengaran " Tak Hensem Xpe Janji Kaya" hahaha... pelaburan dengan RM10 anda boleh melabur dan untung...Kadang2 nak tergelak pun ada, tidak semudah itu untuk mendapat keuntungan yang di sebut-sebutkan.
Perlu laburkan duit pada ilmu, masa dan tenaga yang banyak dalam untuk memahami saham itu sendiri dan yang penting pelaburan saham ini tak semua orang boleh renangi dan tempuhi disebabkan saham itu satu mainan psikologi manusia. Perkataan terciduk, puncak bahagia, puncak kasih, puncak kayangan amat biasa dikalangan pelabur saham. Cuma perlu diingat walaupun dalam keadaan kerugian duit anda tidak akan lebur selagi anda tidak menjual saham tersebut dan syarikat tersebut masih tersenarai di Bursa Malaysia.
Sampai disini dahulu coretan admin. Mungkin lepas ni banyak entri admin berkisar dengan pelaburan saham. Mungkin lepas ni entri Psikologi Dalam Bersaham.
Assalamualaikum dan Selamat Hari Raya Aidilfitri 1442/2021
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://catatansebuahrumah.blogspot.com/2021/05/pelaburan-peluang-pendapatan-berlipat.html