Pelaburan Emas Bank Islam Biga I


Pelaburan emas Bank Islam yang baru dengan nama Bank Islam Gold Account-i (BIGA-i) telah dilancarkan baru-baru ini pada 28 Oktober 2024 dengan maklumat seperti di poster berikut:-
Memandangkan harga emas terus meningkat, semakin ramai rakyat Malaysia beralih kepada pelaburan emas sebagai cara untuk melindungi kekayaan daripada inflasi dan ketidakstabilan ekonomi.
Salah satu cara popular untuk melabur emas adalah melalui akaun simpanan emas seperti akaun emas BIGA-i. Kenaikan harga emas mungkin lebih lambat berbanding instrumen pelaburan lain, jadi akaun emas BIGA-i sesuai untuk pelabur yang fokus kepada jangka panjang.
Di sini saya secara peribadi menyenaraikan beberapa kelebihan dan kekurangan BIGA-i, serta membandingkannya dengan platform alternatif akaun simpanan emas yang popular seperti Gold Accumulation Program (GAP) dari Public Gold, yang kini dianggap sebagai akaun emas paling pesat berkembang di Malaysia.
Apa itu Pelaburan Emas Bank Islam Gold Account-i (BIGA-i)? BIGA-i ialah akaun simpanan emas patuh syariah yang ditawarkan oleh Bank Islam Malaysia Berhad. Emas pelaburan yang disimpan ialah emas berketulenan 99.99% yang
telah disahkan oleh LBMA
Akaun ini membolehkan pelabur membeli dan menyimpan emas, tanpa perlu memegang emas fizikal. Pelabur hanya perlu memantau nilai emas melalui akaun BIGA-i mereka dan boleh menjual semula emas pada harga semasa pasaran.
Kelebihan Pelaburan Emas Bank Islam Gold Account-i (BIGA-i) 1. Akaun emas Patuh Syariah – akaun pelaburan emas Bank Islam BIGA-i direka khas untuk memenuhi kehendak syariah, sesuai untuk mereka yang ingin melabur secara Islamik.
2. Mudah Diakses – Akaun emas BIGA-i boleh diuruskan sepenuhnya secara dalam talian melalui aplikasi Bank Islam, menjadikannya mudah bagi pengguna untuk membeli atau menjual emas pada bila-bila masa.
3. Kos Simpanan Rendah – Akaun emas BIGA-i menawarkan harga emas spot yang lebih murah tanpa kos penyimpanan fizikal.
4. Pelaburan Minimum Rendah – Bagi mereka yang baru mula berjinak dalam pelaburan emas, BIGA-i membenarkan pelaburan awal serendah RM10 emas, menjadikannya lebih mudah diakses oleh pelbagai lapisan masyarakat.
Kekurangan Bank Islam Gold Account-i (BIGA-i) 1. Harga Beli & Jual yang Berbeza – Terdapat spread antara harga beli dan jual yang dikenakan oleh Bank Islam, yang boleh menjejaskan keuntungan apabila menjual emas.
2. Terdapat yuran dan caj perkhidmatan yang agak mahal – Jika disemak syarat dan peraturan yang dikeluarkan oleh Bank Islam, semua pelanggan akaun pelaburan emas Bank Islam BIGA-i dikenakan yuran dan caj perkhidmatan yang agak mahal!
Masih Ingat HelloGold? Kalau anda masih ingat suatu masa dahulu ada satu produk akaun emas HelloGold, yang pernah mendapat perhatian sebagai platform pelaburan emas digital yang murah dan mudah diakses, kini tidak lagi beroperasi di Malaysia.
Bila BIGA-i dilancarkan dengan belian emas serendah RM10, saya terus ingat HelloGold sebab HelloGold pun dulu dah mulakan simpan emas serendah RM10 tetapi tutup hanya beberapa bulan beroperasi!
Sebab itu sangat penting kita pilih platform jual beli emas yang lebih stabil seperti Public Gold.
Saya sendiri dah mulakan simpanan emas di Public Gold sejak akhir tahun 2014. Sehingga hari ini, semua emas yang saya beli saya dapat emasnya. Sama ada saya simpan sendiri atau saya simpan dalam akaun simpanan emas Gold Accumulation Program (GAP) di Public Gold.
Mengapa Gold Accumulation Program (GAP) Public Gold Terus Mendapat Sambutan? Public Gold telah lama dikenali sebagai syarikat emas yang mempunyai kredibiliti tinggi di Malaysia. Program GAP oleh Public Gold membolehkan pelanggan membeli dan menyimpan emas serendah 1 gram dengan kemudahan untuk menambah dan mengeluarkan emas fizikal bila-bila masa.
Setakat 29 Januari 2025 (semalam), pelanggan Public Gold telah mencecah 1.55 juta akaun emas!

Berikut adalah beberapa sebab utama mengapa GAP Public Gold dianggap sebagai akaun emas paling pesat berkembang:
1. Kemudahan Emas Fizikal – Dalam GAP, pelanggan boleh mengeluarkan emas dalam bentuk fizikal sekiranya mereka ingin memegangnya sendiri dengan caj yang jauh lebih murah!
Caj premium Public Gold mulai 1 Disember 2022
2. Sistem Mudah dan Mesra Pengguna – Dengan GAP, pelanggan boleh menambah gram emas melalui transaksi dalam talian dan menikmati kemudahan pembelian yang lancar.
3. Kadar Beli dan Jual yang Kompetitif – Spread harga yang lebih kecil di GAP menjadikan pelaburan emas ini lebih menguntungkan untuk pelabur yang ingin membeli dan menjual dalam tempoh jangka panjang.
4. Kesinambungan & Kredibiliti – Public Gold telah berjaya membina keyakinan yang tinggi di kalangan pelanggan melalui rekod prestasi yang baik dalam memastikan keselamatan dan ketelusan emas yang disimpan dalam akaun GAP.
Pilihan Terbaik: Bank Islam Gold Account-i atau Public Gold GAP? Pilihan antara BIGA-i dan GAP bergantung kepada matlamat pelaburan emas anda. Jika anda lebih suka menyimpan dalam akaun emas di Bank Islam, BIGA-i adalah pilihan yang baik. Namun, bagi mereka yang ingin fleksibiliti untuk menyimpan emas fizikal dan ingin spread harga yang lebih kompetitif, mudah dan murah kos pengeluaran emas, stok banyak, tak cerewet, boleh jual balik walau pun resit hilang, GAP dari Public Gold mungkin lebih sesuai.
Tambahan pula, Public Gold telah melancarkan mesin Gold ATM bagi memudahkan seluruh lapisan masyarakat membuat pengeluaran emas fizikal di seluruh Malaysia. Sebanyak 200 unit mesin Gold ATM ini disasarkan untuk dikeluarkan sehingga akhir tahun 2025.
Saya juga ada kongsikan maklumat berkaitan lokasi Public Gold ATM di sini.
Anda minat nak mulakan simpanan emas pelaburan di Public Gold? Layari Panduan Step-By-Step Cara Bermula di sini.
Apa pendapat anda tentang pelaburan emas? Adakah anda lebih suka melabur melalui akaun emas di BIGA-i, atau akaun emas GAP? Kongsikan pengalaman atau pandangan anda di ruangan komen di bawah!
The post Pelaburan Emas Bank Islam – BIGA-i first appeared on Pelaburan Emas Tips Mudah Menabung dan Melabur Emas.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://pelaburanemas.org/pelaburan-emas-bank-islam-biga-i/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tiada Gerakan Besar Besaran Nak Murtadkan Umat Islam Seperti Didakwa Tak Pasti

Tiada Gerakan Besar Besaran Nak Murtadkan Umat Islam Seperti Didakwa Tak Pasti

papar berkaitan - pada 4/2/2025 - jumlah : 109 hits
Tiada gerakan besar besaran nak murtadkan umat Islam seperti didakwa Tak pasti jangan kongsi biarbetul delight ranges image ranges inline style ranges aggregated ranges ranges entity typename Hashtag isEntity Hashtag url https www facebook ...
Pas Cadang Kelas Pendidikan Islam Untuk Menteri Dap

Pas Cadang Kelas Pendidikan Islam Untuk Menteri Dap

papar berkaitan - pada 4/2/2025 - jumlah : 107 hits
harakahdaily comFebruary 4 2025Menggunakan dana akan dikutip DAP Pulau PinangKUALA LUMPUR Ketua Penerangan PAS Ustaz Ahmad Fadhli Shaari mencadangkan supaya diadakan kelas pendidikan Islam asas untuk pemimpin pemimpin DAP khususnya kalangan...
Hantu Memang Suka Kacau Ummat Islam Dan Orang Baik Sebab Tu Kena Hindar Hantu

Hantu Memang Suka Kacau Ummat Islam Dan Orang Baik Sebab Tu Kena Hindar Hantu

papar berkaitan - pada 4/2/2025 - jumlah : 107 hits
Zaman ni sampah pun pandai berkata kata Ini contoh Telur murah ni ada di mana mana Aku pergi NSK ada berlambak Cuma di harganya lebih murah bertujuan untuk Imbas kembali zaman jadi PM Harga telur Bukan setakat tinggi malahan nak Nak tengok ...
Cina Gerakan Pn Krtik Cina Dap Kerana Cina Dap Ph Enggan Mempersoal Kedudukan Istimewa Bumiputera Melayu Islam

Cina Gerakan Pn Krtik Cina Dap Kerana Cina Dap Ph Enggan Mempersoal Kedudukan Istimewa Bumiputera Melayu Islam

papar berkaitan - pada 4/2/2025 - jumlah : 130 hits
Adrian Lim Oh Tong Keong Timbalan Presiden Gerakan mengkritik Menteri menteri Cina DAP kerana tidak mempersoal kedudukan istimewa orang Melayu Islam Eh Tak pertikai kedudukan istimewa Bumiputera Melayu Islam pun salah ke Seperti MCA saya ti...
Fitnah Besar Pas Terhadap Citra Baik Agama Islam

Fitnah Besar Pas Terhadap Citra Baik Agama Islam

papar berkaitan - pada 31/1/2025 - jumlah : 124 hits
Ridzuan Abu BakarRidzwan Abu Bakar PSU Amanah Nasional Salah satu daripada makna fitnah di dalam Al Quran adalah menserupakan kebenaran dengan kebatilan atau dengan makna yang lebih mudah difahami adalah menjadikan yang batil itu sebagai ha...
Hukum Halal Dan Haram Dalam Islam Apa Yang Perlu Anda Ketahui

Hukum Halal Dan Haram Dalam Islam Apa Yang Perlu Anda Ketahui

papar berkaitan - pada 5/2/2025 - jumlah : 230 hits
Dalam ajaran Islam konsep halal dan haram sangat penting kerana ia berkaitan dengan kehidupan harian umat Muslim Halal bermaksud sesuatu yang dibenarkan atau diizinkan oleh syariat Islam manakala haram merujuk kepada perkara yang dilarang d...
4 Lagi Pegawai Bank Ditahan

4 Lagi Pegawai Bank Ditahan

papar berkaitan - pada 18/1/2025 - jumlah : 122 hits
Muhaamad Hafis Nawawimhafis mediaprima com myKuala Lumpur Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia menahan empat lagi pegawai bank semalam bagi membantu siasatan selepas RM700 juta pinjaman diluluskan kepada penjawat awam membabitkan kegiatan...
Ai Tools For Monitoring Terrorist Threats

Mortgage Your House Understanding The Meaning And Implications

Terima Kasih Pak Lah Perdana Menteri Malaysia Ke 5 Bapa Pembangunan Modal Insan Negara

Iconic Photo Of Pak Lah Mother Worth A Million Votes

Kitchen Design Creating A Functional And Beautiful Space

Maruah Negara Diperleceh Isu Bendera Malaysia Maszlee Gesa Tindakan Tegas

User Acquisition And Retention

Navigating The Legal Landscape Lawyers In Washington D C


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Ww Koleksi Pokok Bunga Orkid

Indahnya Syawal Pantun Hari Raya Menyemarakkan Suasana Aidilfitri

Dividen Bank Rakyat 2024 17

Salam Aidil Fitri Buat Pembaca Blog Cik Matahariku

Level Up Your Style The Coolest Geek Nerd Shirts At Geeksoutfit

Parcel Akak Suria Amanda Pak Zain