Pekemas Ppim Dedah Dalang Kartel Daging Wacanakini 18 05 2022


 

KUALA LUMPUR : Pertubuhan Kemasyarakatan Rakyat (PERKEMAS) dan Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) mendedahkan dalang disebalik isu pengedaran dan penyembelihan daging tidak patuh syariah dalam pasaran.
Presiden Pertubuhan Kemasyarakatan Rakyat (PERKEMAS) Faizan Mohd Nor mendedahkan ada pegawai atasan jabatan yang menjaga hal ehwal agama dipercayai terbabit dalam isu kartel ini berdasarkan bukti-bukti yang diperolehi pihaknya.
“Kami ada menjalankan siasatan dan mendapati rangkaian kartel pembekalan daging halal berpusat di Australia ke Malaysia oleh pihak yang sama.
“Saksi turut mendakwa pihak penyelia yang datang melawat ke pusat penyembelihan Thomas Food Industries Lobethal Australia (TFI) adalah dari Supreme Islamic Council of Halal Meat in Australian Inc (SICHMA) Australia bukan dari Malaysia, selepas bukti penyembelihan tak halal didedahkan.
“Malah saksi diugut diancam keselamatannya selepas pendedahan dibuat. Kenapa Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) tidak hantar auditor dari Malaysia? Kenapa hanya bergantung laporannya dari pihak yang disyaki membekalkan daging tidak halal ke negara ini? Kenapa tidak gantung sahaja SICHMA sementara siasatan selesai?” katanya pada sidang media di ibu negara di sini hari ini.
Baru- baru ini seorang saksi kepada perlakuan penyiksaan binatang oleh TFI diiktiraf JAKIM sebelum ia disembelih, mendakwa dia diugut, ditekan dan diberhentikan kerja selepas pendedahan itu.
JAKIM sebelum ini telah mengiktiraf SICHMA sebagai badan pensijilan halal luar negara yang memantau perlaksanaan TFI dalam menyembelih dan mengedar daging halal ke Malaysia.
Lelaki berbangsa Australia itu turut mendedahkan video miliknya yang menunjukkan keadaan pusat pengendalian penyembelihan yang tidak patuh syariat Islam dan ada binatang yang lemas dalam limpahan darah sebelum ia disembelih.
Beliau mendakwa pernah bertugas sebagai penyembelih di badan itu muncul di sidang media dengan memakai topeng muka.
Turut hadir pada sidang media itu, Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan yang turut yakin terdapat unsur-unsur jelas perlanggaran protokol penyembelihan sebagaimana telah digariskan oleh SOP halal JAKIM.
Terdahulu, JAKIM dan Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) menggantung kelulusan yang diberikan kepada loji sembelihan TFI Australia berkuat kuasa serta-merta.
Ketua Pengarah Jakim, Datuk Hakimah Mohd Yusoff dan Ketua Pengarah JPV, Datuk Dr Mohd Norlizam Mohd Noor dalam satu kenyataan bersama berkata, penggantungan itu berkuat kuasa sehingga satu hasil siasatan menyeluruh diperolehi.
Kenyataan itu berkata, ia susulan kes dakwaan pelanggaran prosedur penyembelihan halal oleh loji sembelihan itu bagi mengeksport daging halal ke Malaysia.


Artikel oleh: WacanaKini
PEKEMAS, PPIM DEDAH DALANG KARTEL DAGING

https://www.wacanakini.com/2022/05/perkemas-ppim-dedah-dalang-kartel-daging/


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://ppim4u.blogspot.com/2022/06/pekemas-ppim-dedah-dalang-kartel-daging.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kartel Penyebab Krisis Kelaparan Melanda Negara Sidang Media Ppim 07 06 2022

Kartel Penyebab Krisis Kelaparan Melanda Negara Sidang Media Ppim 07 06 2022

papar berkaitan - pada 8/6/2022 - jumlah : 236 hits
Untuk puluhan tahun makanan ternakan terutama ayam diimport daripada luar negara Puluhan tahun juga pengguna diberikan alasan harga ayam naik disebabkan jagung import bahan makanan ayam naik Walaupun ini merupakan perkara tidak masuk akal t...
Program Survey Keberkesanan Agensi Kerajaan Sidang Media Ppim 24 05 2022

Program Survey Keberkesanan Agensi Kerajaan Sidang Media Ppim 24 05 2022

papar berkaitan - pada 25/5/2022 - jumlah : 231 hits
Persatuan Pengguna Islam Malaysia akan mengadakan satu Program Survey bagi mendapatkan pandangan orang awam terhadap beberapa perkara atau isu semasa berkenaan keberkesanan agensi kerajaan Program ini bertujuan untuk meningkatkan kesedaran ...
Perjanjian Gpt Jangan Serah Negara Kepada Global Elite Gesa Ppim Malakat Tribune 19 05 2022

Perjanjian Gpt Jangan Serah Negara Kepada Global Elite Gesa Ppim Malakat Tribune 19 05 2022

papar berkaitan - pada 31/5/2022 - jumlah : 213 hits
PUTRAJAYA Persatuan Pengguna Islam Malaysia menyerahkan memorandum bantahan terhadap Perjanjian Pandemik Antarabangsa yang dicadangkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia di bangunan Kementerian Kesihatan hari ini Menurut Presiden PPIM Datuk ...
Loji Sembelihan Tfi Australia Jakim Panggil Ppim Bantu Kesan Saksi Berita Rtm 17 05 2022

Loji Sembelihan Tfi Australia Jakim Panggil Ppim Bantu Kesan Saksi Berita Rtm 17 05 2022

papar berkaitan - pada 1/6/2022 - jumlah : 215 hits
PUTRAJAYA 17 Mei Jabatan Kemajuan Islam Malaysia meminta Persatuan Pengguna Islam Malaysia tampil membantu siasatan berkaitan dakwaan loji sembelihan Thomas Foods International Lobethal Australia tidak mematuhi keperluan standard dan prosed...
Pastikan Harga Makanan Asas Terkawal Kenyataan Media Ppim 23 05 2022

Pastikan Harga Makanan Asas Terkawal Kenyataan Media Ppim 23 05 2022

papar berkaitan - pada 24/5/2022 - jumlah : 231 hits
Persatuan Pengguna Islam Malaysia menyambut baik langkah kerajaan dalam menangani krisis harga makanan di negara ini Susulan pengumuman kerajaan menghentikan eksport ayam sebanyak 3 6 juta ekor sebulan bermula 1 Jun nanti PPIM berharap bany...
New World Order Ppim Desak Pihak Berkuasa Agama Nyatakan Pendirian Malaysia Gazette 17 05 2022

New World Order Ppim Desak Pihak Berkuasa Agama Nyatakan Pendirian Malaysia Gazette 17 05 2022

papar berkaitan - pada 1/6/2022 - jumlah : 270 hits
KUALA LUMPUR Persatuan Pengguna Islam Malaysia mahu pihak berkuasa agama Islam negara ini menyatakan pendirian mereka berkenaan New World Order Ketua Aktivis PPIM Datuk Nadzim Johan mempersoalkan tindakan serta langkah yang diambil Jabatan ...
Loji Digantung Jakim Hanya Bekal 18 Peratus Bekalan Daging Malaysia Berita Harian 18 05 2022

Loji Digantung Jakim Hanya Bekal 18 Peratus Bekalan Daging Malaysia Berita Harian 18 05 2022

papar berkaitan - pada 1/6/2022 - jumlah : 214 hits
KUALA LUMPUR Malaysia hanya bergantung sebanyak 18 peratus bekalan daging import dari loji sembelihan Thomas Foods International Lobethal Australia yang didakwa berlaku pelanggaran prosedur operasi standard keselamatan makanan kebersihan da...
Carsome Unveils Official Fam Fleet

Why Western Australia S North West Should Be Your Next Travel Destination

Maximize Your Space Converting Your Garage Into A Work Storage Hub

Sidang Kemuncak Asean Ke 46

Rina Pusza Feat Hendra Didan Persidangan Arafah Chord

Quantum Batteries The Future Of Ultra Fast Sustainable Energy Storage

Tanda Parental Burnout Ibu Ayah Pun Perlukan Rehat

Is 65 The New 40 Rethinking Retirement In Malaysia Strategy For Success Or Disaster


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Kenapa Tidak Bekerja Dari Rumah

Packaging Pastry Eksklusif Tingkatkan Daya Tarikan Produk Anda

Rasulullah Saw Contoh Teladan Baik Sepanjang Zaman

Resipi Ikan Siakap Stim Sedap Macam Kedai Siam Langsung Tak Hanyir

Resipi Kek Minyak Kukus Yang Lembut Gebu Buat Pun Senang

Pemilihan Pkr 2025 Nurul Izzah Mendahului 3000 Undi