Pekebun Mahu Kerajaan Atasi Masalah Dalam Industi Sawit Sebelum Cadang Tanaman Alternatif


Indusrti sawit telah menyumbang kepada ekonomi negara dan rakyat sejak sekian lama.
PETALING JAYA: Peneroka Felda tidak bersetuju dengan saranan kerajaan supaya pekebun mengehadkan peluasan tanaman kelapa sawit, sebaliknya menambah pendapatan mereka dengan menanam tananam alternatif lain.
Peneroka Felda Jengka 23, Pahang, Roslan Md Isa berkata, cadangan itu sangat mengecewakan kerana percaya kelapa sawit sangat berbudi kepada warga peneroka dan kerajaan sepatutnya memberi tumpuan kepada usaha mengatasi masalah dalam industri sawit itu sendiri sebelum mencadangkan supaya pekebun mengambil inisiatif baru untuk menambah pendapatan.
“Kelapa sawit sangat membantu pertumbuhan ekonomi negara sejak sekian lama, sehingga Felda menjadi konglomerat yang ternama. Sepatutnya kerajaan selesaikan harga lantai kelapa sawit supaya nasib peneroka dan pekebun lebih terbela,” katanya kepada FMT.
Semalam, Menteri Industri Utama, Teresa Kok berkata, kerajaan berhasrat untuk melihat pekebun mempunyai lebih daripada satu tanaman sebagai punca pendapatan bagi melawan sentimen anti kelapa sawit di Eropah.
Beliau antara lain menggesa pekebun menanam buluh bagi menambah pendapatan bagi menghadapi kesan negatif sentimen itu ke atas eksport minyak sawit negara ke pasaran dunia, selain memfokuskan kepada tanaman kelapa sawit.
Teresa berkata, buluh, nanas dan kelapa adalah antara cadangan tanaman alternatif kepada pekebun yang hanya bergantung pada tanaman kelapa sawit sebagai sumber pendapatan.
Peneroka, Roslan Md Isa berkata, kerajaan perlu selesaikan isu harga lantai kelapa sawit suoaya nasib pekebun lebih terbela.
Roslan berkata, cadangan Teresa supaya pekebun menanam buluh bagi menambah sumber pendapatan seolah-olah mempermainkan peneroka dan pekebun kelapa sawit, selain tidak membantu mengatasi masalah semasa yang dihadapi oleh golongan itu.
“Ramai (peneroka) beranggapan cadangan itu mengarut,” katanya.
Seorang lagi peneroka dari Felda Jengka 6 di Pahang, Mohamad Razali Ithnain berkata, cadangan itu menampakkan ketidakyakinan kerajaan terhadap pekebun serta peranan dan sumbangan industri minyak sawit selama ini.
Beliau berkata, sejak sekian lama kelapa sawit merupakan hasil komoditi utama negara sehingga Malaysia muncul sebagai salah satu negara pengeluar utama minyak sawit dunia.
Beliau berkata, Thailand adalah jauh lebih membangun dalam industri buluh dan sekiranya cadangan itu mahu diikuti, Malaysia hanya mengambil risiko yang tidak perlu dengan menjadi pesaing kepada negara itu dalam keadaan pekebun bukan sahaja berhadapan masalah semasa, tetapi juga tidak bersedia untuk memasuki satu industri baru.
“Kita tidak seharusnya mengambil risiko untuk menjadi pesaing kepada Thailand yang sudah jauh ke depan dalam industri buluh,” katanya.
Razali berkata, Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) telah menghasilkan banyak penyelidikan tentang tanaman integrasi sawit seperti getah, pisang, nanas, kacang tanah, jagung dan tembikai.
Beliau berkata, tanaman lain itu dilihat sebagai alternatif yang lebih meyakinkan dibandingkan dengan buluh.
Beliau juga berkata, minyak sawit adalah bahan sokongan kepada petroleum dan pengganti kepada minyak sayuran lain, justeru kerajaan seharusnya mengambil daya usaha mempelbagaikan pengunaannya, bukan mengambil jalan mudah menukar tanaman komoditi itu dengan tanaman yang tidak pasti kesesuaiannya.
“Harga tidak menentu komoditi sawit adalah disebabkan faktor persaingan dengan minyak sayuran lain, maka kerajaan melalui MPOB dan badan berkaitan seharusnya mempertingkatkan usaha untuk mempelbagaikan penggunaan minyak sawit dalam negara,” katanya.
Presiden Persatuan Buluh Malaysia, Ahmad Mazlan Othman berkata, dalam keadaan sedia ada cadangan kerajaan itu agak sukar dilaksanakan kerana tanaman buluh di negara ini tidak terurus.
Beliau berkata, kebanyakan tanaman buluh berada jauh di dalam hutan dan sukar untuk dikumpul.
“Perlu belanja besar untuk bawa keluar. Selain itu ia tidak diurus dan dikawal penanamannya. Ada yang bengkok dan ada yang tebal menjadikannya tidak sesuai untuk digunakan dalam industri seperti pembinaan misalnya, kata beliau.
Bagaimanapun kata beliau, sekiranya kerajaan benar-benar serius, tanaman buluh boleh dikembangkan sebagai tanaman ladang yang diselia dan dibangunkan sebaiknya.
FMT


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2019/03/04/pekebun-mahu-kerajaan-atasi-masalah-dalam-industi-sawit-sebelum-cadang-tanaman-alternatif/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pekebun Kecil Perlu Cari Tanaman Alternatif Selain Sawit Menteri

Pekebun Kecil Perlu Cari Tanaman Alternatif Selain Sawit Menteri

papar berkaitan - pada 2/3/2019 - jumlah : 481 hits
Pekebun kecil dan syarikat perladangan di negara ini disaran mencuba menanam tanaman lain yang mempunyai prospek pasaran yang lebih baik bagi menggantikan kelapa sawit yang kini berhadapan dengan masalah ketidaktentuan harga berikutan tekan...
Tanaman Alternatif Ganti Sawit

Tanaman Alternatif Ganti Sawit

papar berkaitan - pada 23/2/2019 - jumlah : 302 hits
Kerajaan perlu mempergiat usaha untuk mencari tanaman alternatif yang boleh dikomersialkan untuk tempoh jangka panjang bagi menggantikan getah dan kelapa sawit Ketidakstabilan harga kedua dua komoditi itu telah menjejaskan kehidupan para pe...
Ph Gagal Tunai Janji Sebab Menanggung Masalah Kerajaan Terdahulu

Ph Gagal Tunai Janji Sebab Menanggung Masalah Kerajaan Terdahulu

papar berkaitan - pada 23/2/2019 - jumlah : 284 hits
HULU LANGAT Pakatan Harapan tidak lagi berani menabur janji kepada rakyat kerana takut tidak dapat ditunaikan Presiden Pakatan Harapan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata ini kerana pembangkang tidak menyedari bahawa terpaksa menang...
Kerajaan Cadang Caj Tol Digantikan Dengan Caj Kesesakan

Kerajaan Cadang Caj Tol Digantikan Dengan Caj Kesesakan

papar berkaitan - pada 24/2/2019 - jumlah : 319 hits
Akhirnya semalam kerajaan telah mengumumkan kaedah terbaru mereka bagi pemansuhan beberapa tol di 4 lebuh raya iaitu Lebuhraya Damansara Puchong Sistem Penyuraian Trafik KL Barat Lebuhraya Shah Alam dan Terowong SMART Walaupun caj tol diman...
Kereta Terbang Apa Masalah Kerajaan Ph

Kereta Terbang Apa Masalah Kerajaan Ph

papar berkaitan - pada 27/2/2019 - jumlah : 497 hits
oleh Ab Jalil Backer Apa masalah kerajaan baharu Mereka tiada idea baru dan tidak mencipta peluang ekonomi yang baru Jadi semua menteri sedang berfikir bagaimana hendak membunuh usahawan sedia ada terutamanya orang Melayu untuk diganti deng...
Lpp Sedia Bantu Pekebun Tanam Buluh Ganti Kelapa Sawit

Lpp Sedia Bantu Pekebun Tanam Buluh Ganti Kelapa Sawit

papar berkaitan - pada 4/3/2019 - jumlah : 1181 hits
KUALA LUMPUR Lembaga Pertubuhan Peladang sedia memberikan kepakaran untuk tanaman alternatif kepada sawit terutama di kawasan Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan dan Felcra Berhad Pengerusinya Datuk Mazlan Aliman berkata Felda mempunyai riza...
Cadang Felda Ambil Semula Tanah 320 000 Hektar Daripada Fgv Kerajaan Sedia Timbang Cadangan Anak

Cadang Felda Ambil Semula Tanah 320 000 Hektar Daripada Fgv Kerajaan Sedia Timbang Cadangan Anak

papar berkaitan - pada 8/3/2019 - jumlah : 238 hits
Foto oleh TMICadangan Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan agar Felda mengambil semula pajakan aset tanah seluas 320 000 hektar daripada FGV Holdings Berhad akan dipertimbangkan oleh kerajaan persekutuan Menteri Hal Ehwal Ekonomi Azmin ...
3 Cara Atasi Masalah Gusi Berdarah Cepat Dan Elakkan Dari Berulang

3 Cara Atasi Masalah Gusi Berdarah Cepat Dan Elakkan Dari Berulang

papar berkaitan - pada 20/2/2019 - jumlah : 379 hits
Stress dengan masalah gusi berdarah Lagi stress bila tiap tiap kali berus gigi mesti berdarah Nak tau cara atasi masalah gusi berdarah
Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


10 Tips Pilih Pam Tayar Kereta Tekanan Angin Tayar Kereta Yang Sesuai

Catatan Hari Terakhir Trip Ke Kuching

Resepi Udang Khamped Padu Mudah Sedap Dan Confirm Licin Pinggan

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Skill Up Steam Curator

Dua Sahabat Makan Ikan Mentah Minum Air Laut Sepanjang Hanyut