Pekebun Buah Buahan Turut Terjejas Teruk Dek Covid 19


Ng Xiang Yi





Para pekebun dan pemborong buah-buahan turut merasai keperitan di bawah perintah kawalan pergerakan (PKP) apabila terpaksa membuang beratus-ratus tan bahan itu disebabkan rantaian bekalan yang terganggu

Pengerusi Persatuan Pekebun Buah-buahan Selangor dan Kuala Lumpur, Jeffrey Choong, berkata lebih daripada 10,000 tan buah-buahan dibuang di Lembah Kelang semenjak PKP dikuatkuasakan.

Menurutnya, hasil pengeluaran pekebun pula hanya 50 peratus berbanding dengan waktu biasa walaupun bekalan makanan adalah sebahagian daripada perkhidmatan keperluan (essential service) mengikut Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Katanya, hal itu berlaku kerana pekebun keliru ekoran peraturan dan syarat yang tidak jelas pada peringkat awal dulu.

Justeru, kata Choong, ramai pemandu lori tidak berani beroperasi dan banyak pasar yang tutup.

"Walaupun kerajaan sudah menjelaskan situasi dan memberi jaminan bahawa pekebun dan petani masih dibenarkan berfungsi, namun hasil pengeluaran telah turun secara mendadak," katanya.

“Banyak hasil tanaman pekebun tersekat secara tiba-tiba apabila PKP dilaksana. Maka kita terpaksa membuang hasil itu kerana ia memang tidak dapat disimpan lama,” tambahnya.

Nak buah tapi tiada di pasaran
Biasanya, jelas Choong, buah-buahan mampu bertahan selama seminggu atau lebih - sehingga tiga minggu - sekiranya dapat disimpan dalam peti ais.

Namun katanya disebabkan ruang penyimpanan yang terhad, tidak semuanya buah-buahan tersebut dapat disimpan dengan cara sedemikian.

Tambahnya, industri pertanian turut bergantung kepada pembekalan baja, racun, kilang pemprosesan, dan bengkel membaik pulih kenderaan.

Bagaimanapun, katanya sektor sampingan itu terpaksa berhenti beroperasi di bawah PKP, sekali gus memberi kesan negatif secara tidak langsung terhadap pembekalan buah-buahan.

“Ramai pengguna yang ingin membeli buah, tapi di pasaran tiada bekalan.
Semuanya disebabkan arahan atasan tidak sampai ke bawah, dan cara pelaksaan yang bermasalah apabila sesuatu polisi dikenakan.

“Saya sendiri juga rugi berpuluh ribu ringgit, tapi masih kena bekerja, kami tak mahu orang ramai tak dapat makan buah,” tambahnya.
Menurut Choong, tidak semua pekebun berani tampil untuk mengadu masalah mereka kepada persatuan kerana bimbang terhadap penguatkuasaan kerajaan.

“Ada antara mereka takut, tak berani bagitahu berapa rugi yang ditanggung. Oleh itu, maklumat yang kami ada pun lengkap," katanya.

Dia juga percaya kerugian yang dialami - kerana terpaksa membuang buah-buahan - tidak terhad dalam kalangan pekebun di Selangor dan Kuala Lumpur saja sebaliknya turut melibatkan negeri lain.

Jumlah jualan masih terhad
Bagi memperbaiki masalah rantaian bekalan, Choong memberitahu, persatuannya menghantar surat kepada Kementerian Pertanian dan Industri Makanan serta Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (Fama) untuk mencari jalan penyelesaian.

Bagaimanapun, katanya tiada maklum balas diterima setakat ini.

“Kami semua - termasuk petani dan pekebun - sedia untuk duduk berbincang dan mencari cara penyelesaian. Kalau boleh jumpa pun (sebab ancaman Covid-19) kami boleh buat mesyuarat secara dalam talian.

"Isu ini sangat serius, macam mana kami nak bersabar?" keluhnya.
Buat masa ini, katanya, bagi mengatasi kekangan itu sesetengah pemborong ada membuat penjualan melalui media sosial namun ia masih terbatas kerana jumlah yang dapat dijual terhad.

Sementara itu, pengusaha yang bekerjasama dengan Choong, Erik Ong, berkata dia bersama kawan-kawannya sedang berusaha melancarkan laman sosial “e-petani” bagi membantu petani dan pekebun di Lembah Klang mempromosi hasil tanaman masing-masing secara dalam talian.

Peniaga dari Taman Tun Dr Ismail itu juga menjelaskan terdapat sekurang-kurangnya 20 pekebun dan petani akan membekalkan hasil tanaman mereka untuk laman sesawang itu dan tempahan akan dibuat melalui perkhidmatan Grab bagi mengelakan kontak rapat antara manusia

“Harganya pasti jauh lebih rendah dari pasaran kerana tujuan utama kami adalah untuk melariskan produk tanaman dan mengelakkan pembaziran

“Sekiranya hasil jualan mencapai sasaran, kami akan membekalkan sayur dan buah-buahan percuma kepada petugas barisan hadapan seperti jururawat, doktor dan anggota polis,” katanya.

Terdahulu, Malaysiakini melaporkan kebanyakan petani dan pekebun meluahkan rasa kecewa kerana terpaksa membuang hasil tanaman mereka akibat peraturan PKP yang mengehadkan operasi pasar raya dan pergerakan orang ramai.

Malah, ada petani mendakwa mereka terpaksa membuang beberapa tan sayur dan bisnes pula merudum sehingga 30 peratus.

Sebelum ini, Pengarah Strategi PKR Sim Tze Tzin mendakwa terdapat kes pembuangan hasil pertanian di Johor dan Cameron Highlands dalam tempoh PKP.

Beliau turut menyeru kerajaan supaya mengambil langkah drastik nagi mengatasi kerugian yang dihadapi oleh petani sepanjang tempoh PKP.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Mazlan Lazim pula meminta pekerja khususnya di sektor pertanian supaya lebih bersabar sepanjang tempoh PKP.

Jelasnya, pihak berkuasa hanya menggesa pekerja sektor pertanian untuk mengurangkan tenaga kerja bukan menghalang untuk berniaga.



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2020/03/pekebun-buah-buahan-turut-terjejas.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Askar Israel Teruk Terjejas Covic 19

Askar Israel Teruk Terjejas Covic 19

papar berkaitan - pada 22/3/2020 - jumlah : 222 hits
Malek HusseinMaariv akhbar Israel pada 19 Mac 2020 melaporkan 5 639 askar Israel kini dikuarantin kerana dibimbangi telah dijangkiti COVID 19 Setakat ini daripada 529 kes COVID 19 yang disahkan di Israel 433 kes atau 81 9 adalah dari kalang...
Tut Pokok Buah Buahan

Tut Pokok Buah Buahan

papar berkaitan - pada 21/3/2020 - jumlah : 521 hits
Selain penggunaan media tanah kokopeat dan lain2 sebagai media tut air juga boleh digunakan sebagai media untuk tut pokok buah buahan Kaedah yang ringkas dan senang dibuat Menggunakan 1 pisau2 plastik3 air4 tali pengikatRanting atau dahan d...
Turut Jadi Frontliner Dr Sheikh Muszaphar Luah Rasa Syukur Isteri Negatif Covid 19

Turut Jadi Frontliner Dr Sheikh Muszaphar Luah Rasa Syukur Isteri Negatif Covid 19

papar berkaitan - pada 30/3/2020 - jumlah : 182 hits
Umum mengetahui bahawa negara kita pada ketika ini sedang diuji dengan penularan Covid 19 sehingga kerajaan mengambil keputusan untuk menguatkuasakan Perintah Kawalan Pergerakan Bagi membendung rantaian penularan virus itu petugas barisan h...
Amerika Kini Negara Paling Teruk Dilanda Wabak Covid 19 Catat Lebih 100 000 Kes Positif

Amerika Kini Negara Paling Teruk Dilanda Wabak Covid 19 Catat Lebih 100 000 Kes Positif

papar berkaitan - pada 29/3/2020 - jumlah : 365 hits
Washington 28 Mac Menurut data terkini Amerika Syarikat telah mencatatkan lebih 104 142 kes COVID 19 setakat ini Angka kes menjadikan AS sebagai negara paling teruk terkesan akibat COVID 19 selepas Itali Sepanyol dan China Semalam sahaja se...
Dakwa Situasi Covid 19 Teruk Rakyat Malaysia Serang Ahli Politik Taiwan

Dakwa Situasi Covid 19 Teruk Rakyat Malaysia Serang Ahli Politik Taiwan

papar berkaitan - pada 29/3/2020 - jumlah : 358 hits
Gara gara memfitnah Malaysia dalam menangani wabak koronavirus baharu ahli politik Taiwan Li Zheng Hao menerima serangan bertali arus daripada rakyat Malaysia Menariknya kecaman di laman rasmi Facebook Zheng Hao itu termasuk daripada rakyat...
Penjelasan Kenapa Pesakit Kencing Manis Darah Tinggi Berisiko Dapat Covid 19 Lebih Teruk

Penjelasan Kenapa Pesakit Kencing Manis Darah Tinggi Berisiko Dapat Covid 19 Lebih Teruk

papar berkaitan - pada 2/4/2020 - jumlah : 440 hits
Doktor Latif Saad menjawab persoalan ini sebagaimana yang dikongsikan laman Facebook TheDiagnosa Doktor Ini Jelaskan Kenapa Pesakit Kencing Manis Darah Tinggi Berisiko Dapat Covid 19 Lebih Teruk Kita sedia maklum pesakit kencing manis dan d...
Hiburan Man Raja Lawak Hulur Sumbangan Rm50k Bantu Individu Terjejas Akibat Covid 19

Hiburan Man Raja Lawak Hulur Sumbangan Rm50k Bantu Individu Terjejas Akibat Covid 19

papar berkaitan - pada 1/4/2020 - jumlah : 345 hits
Dikala segelintir artis merasa sedih pendapatan mereka terjejas kerana krisis COVID 19 dan meminta bantuan khas kerajaan pelawak Man Raja Lawak pula melakukan tampil menghulurkan bantuan bagi meringankan beban orang ramai Man dengan seikhla...
Rakyat Bawahan Terjejas Teruk Bukan Satu Rekaan Segerakan Bantuan Prihatin

Rakyat Bawahan Terjejas Teruk Bukan Satu Rekaan Segerakan Bantuan Prihatin

papar berkaitan - pada 30/3/2020 - jumlah : 471 hits
Zylan Moha KUALA LUMPUR Lagi pemimpin UMNO menggesa kerajaan mempercepatkan bantuan bantuan di dalam Pakej PRIHATIN sebagaimana yang telah dibentangkan oleh Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin Jumaat lalu Merujuk kepada status bekas Pe...
Covid 19 Ap Kuala Nerus Bantu Pengusaha Bot Penambang Terjejas

Covid 19 Ap Kuala Nerus Bantu Pengusaha Bot Penambang Terjejas

papar berkaitan - pada 30/3/2020 - jumlah : 279 hits
Oleh Nizam at TakiriKUALA NERUS 29 Mac Pengusaha Bot Penambang Seberang Takir yang terjejas akibat tidak dibenarkan beroperasi rentetan Perintah Kawalan Pergerakan dikuatkuasakan pada 18 Mac 2020 mendapat perhatian Ahli Parlimen Kuala Nerus...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3


Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut