Pejuang Pahang Intai Parlimen Maran Konflik Politik Ruang Terbuka Rakyat Buat Perubahan




MARAN - Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) dijangka akan meletakkan calon mereka di kerusi parlimen Maran, pada Pilihan Raya Umum Ke-15 ini.
Menurut sumber Pejuang Pahang, parlimen itu dilihat berpotensi untuk diberi saingan sengit berdasarkan kepada kemelut politik yang melanda sekarang ini.
"Umum mengetahui UMNO Maran kini berpecah dua, satu kumpulan yang menyokong kerajaan (Keluarga Malaysia, dulu Perikatan Nasional) dan satu lagi kumpulan yang menyokong Presiden parti dan Muafakat  Nasional (MN).
"Perpecahan berbula sejak pemilihan pucuk pimpinan parti bahagian itu beberapa tahun lalu. Ia berikutan penyandangnya Ahli Parlimen Maran iaitu Datuk Sri Haji Ismail Muttalib tewas kepada Datuk Sri Shahaniza Shamsuddin, Exco Kerajaan Negeri Pahang yang juga merupakan ADUN Kuala Sentul. Tambah menarik, isteri Ismail pula menang bagi jawatan Ketua Wanita.
"Kemelut berpanjangan ini semakin panas apabila Ismail secara terbuka menyatakan sokongan kepada mantan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin sebelum ini sedangkan Shahaniza dengan lantang menolak kepimpinan Presiden Bersatu itu. Malah, kecewa dengan keputusan Ismail yang tidak akur dengan keputusan pucuk pimpinan parti," kata sumber tersebut.
Maka itulah katanya, PRU-15 ini amat getir kiranya UMNO Maran tidak menghantar nama Ismail sebagai calon. Pemilihan calon sudah pasti akan dibuat oleh Ketua Bahagian iaitu Shahaniza dan diserahkan kepada Pengerusi UMNO Negeri iaitu Menteri Besar Pahang, Datuk Sri Wan Rosdy Wan Ismail. Berdasarkan kepada hubungan erat Shahaniza dengan MB Pahang, maka dijangka beliau pasti akan mencalonkan pemimpin lain untuk bertanding di kerusi Parlimen Maran pada PRU-15 ini nanti.
"Jika ini berlaku, Ismail tidak akan dipilih dan memungkin beliau bertanding atas tiket PN sekiranya masih berminat untuk mempertahankan kerusi tersebut. Penyokong UMNO Maran pasti keliru anda senario ini berlaku dan mereka akan memilih calon lain yang lebih sesuai untuk menjadi wakil rakyat. 
"Bukan sahaja ahli UMNO akar umbi keliru, malah ahli PAS juga pasti kebingungan. Siapa yang akan mereka sokong? Muafakat Nasional (MN) atau Perikatan Nasional (PN)?. Tapi, berdasarkan perkembangan semasa, nampak jelas PAS akan menyokong Muhyiddin (PN). Ahli akar umbi akhirnya terpaksa akur dengan 'wala' pucuk pimpinan tertinggi parti itu.
"Lantaran melihat konflik politik ini, maka Pejuang berhasrat untuk menghantar calon berwibawa untuk menjadi pilihan rakyat. Buat masa ini, parti itu sedang memilih dan menyenarai pendek calon anak tempatan (parlimen Maran) untuk diketengahkan. Orang lama (saluran satu) pasti masih tergambar wajah Presiden Pejuang, Tun Dr Mahathir kerana poster dan kain rentang wajah mantan Perdana Menteri itu sudah bermain difikiran rakyat sejak sekian lama (ketika beliau Presiden UMNO) lagi. Maka, tiada masalah untuk menarik sokongan orang lama terutamanya dari kalangan peneroka Felda sebenarnya." tambah sumber itu lagi.
Difahamkan, beberapa orang aktivis Pahang telah menyatakan hasrat untuk bersama Pejuang pada PRU-15 ini. Jika ia berlaku, pasti pertembungan sengit dapat disaksikan di parlimen Maran dan beberapa kerusi parlimen panas yang lain. Tambahan pula, rakyat kini sudah  muak dengan mainan orang politik terutamanya dalam isu lompat parti dan khianat kepada keputusan pucuk pimpinan parti. 
Ditambah lagi dengan pengundi muda yang berusia 18 tahun, jika mereka dibenarkan menyertai PRU-15 ini maka sudah pasti satu perubahan besar dapat disaksikan. Rakyat tidak mahu lagi melihat calon dari kalangan parti popular, yang tidak berani bersuara walau pun atas perkara kebenaran. Apakah, mereka akan mengundi calon yang terdiri daripada kalangan aktivis alam sekitar dan masyarakat pada kali ini. #PDO
http://www.pahangdaily.blogspot.com

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://pahangdaily.blogspot.com/2021/09/pejuang-pahang-intai-parlimen-maran.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed:+blogspot/LWFdy+(Pahang+Daily+Online)

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Parlimen Ahmad Maslan Cadang Gubal Akta Dana Politik

Parlimen Ahmad Maslan Cadang Gubal Akta Dana Politik

papar berkaitan - pada 30/9/2021 - jumlah : 310 hits
Ahli Parlimen Pontian Datuk Seri Ahmad Maslan mencadangkan kerajaan untuk mewujudkan Akta Dana Politik dengan segara kerana menyifatkan dirinya menjadi sendiri menjadi mangsa SUBSCRIBE now Astro Awani https www youtube com c astroawani sub ...
Amalan Politik Inklusif Demi Kebaikan Rakyat Annuar

Amalan Politik Inklusif Demi Kebaikan Rakyat Annuar

papar berkaitan - pada 19/9/2021 - jumlah : 356 hits
BH ONLINE Menteri Komunikasi dan Multimedia Tan Sri Annuar Musa bersiaran dalam sesi perbincangan menerusi platform Twitter Spaces anjuran Pertubuhan Berita Nasional Malaysia dari pejabatnya di Putrajaya malam tadi Sesi yang diberi nama Ber...
Dewan Rakyat Kecoh Isu Sekatan Masuk Bangunan Parlimen

Dewan Rakyat Kecoh Isu Sekatan Masuk Bangunan Parlimen

papar berkaitan - pada 14/9/2021 - jumlah : 423 hits
Dewan Rakyat kecoh isu sekatan masuk bangunan Parlimen Hari kedua sidang Parlimen hari ini kecoh dengan pertikaian berhubung sekatan yang dibuat kerajaan terhadap Ahli Parlimen sehingga mencetuskan himpunan dan perarakan wakil rakyat dari D...
Orang Ramai Beranggapan Dewan Rakyat Dibelenggu Politik Rasuah Individu Memperkaya Diri Kata Ku Li

Orang Ramai Beranggapan Dewan Rakyat Dibelenggu Politik Rasuah Individu Memperkaya Diri Kata Ku Li

papar berkaitan - pada 22/9/2021 - jumlah : 338 hits
Veteran Umno Tengku Razaleigh Hamzah menggesa Ahli Parlimen berikhtiar menghapuskan ulat ulat rasuah politik yang mengerumuni Dewan Rakyat demi membela maruah institusi itu PETALING JAYA Orang ramai kini beranggapan Dewan Rakyat dimanipulas...
Star Intai Parlimen Sepanggar

Star Intai Parlimen Sepanggar

papar berkaitan - pada 19/9/2021 - jumlah : 344 hits
Guan Dee berucap sempena majlis perasmian STAR bahagian Karambunai di Kampung Lentuong di Telipok hari ini Kota Kinabalu STAR mensasarkan Sepanggar sebagai salah satu daripada sembilan kawasan Parlimen yang ingin ditandinginya dalam pilihan...
Parlimen Terus Panas Tiada Tolak Ansur Dari Ph Demi Menyuarakan Hak Rakyat

Parlimen Terus Panas Tiada Tolak Ansur Dari Ph Demi Menyuarakan Hak Rakyat

papar berkaitan - pada 22/9/2021 - jumlah : 254 hits
Syabas PH Meskipun MOU telah ditandatangani oleh PH dengan kerajaan namun semenjak bermulanya persidangan Parlimen minggu lepas sehingga hari ini MP MP dari PH terus lantang mengkritik kerajaan termasuk dari Ketua Pembangkang Pagi ini mente...
Rmk 12 Perlu Utamakan Rakyat Bukan Projek Mega

Rmk 12 Perlu Utamakan Rakyat Bukan Projek Mega

papar berkaitan - pada 29/9/2021 - jumlah : 308 hits
Pembentangan Rancangan malaysia ke 12 yang tidak terlalu fokus kepada rakyat marhaen dan mengekalkan pertumbuhan projek mega di tegur oleh Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia Ahli Parlimen Datuk Seri Anwar Ibrahim menyarankan agar projek me...
2 Billion Siapkan Buku Rmk12 Mesti Pakai Kertas Emas Ni Sungguh Dilaknat Sesiapa Yang Mencuri Duit Rakyat Lagi

2 Billion Siapkan Buku Rmk12 Mesti Pakai Kertas Emas Ni Sungguh Dilaknat Sesiapa Yang Mencuri Duit Rakyat Lagi

papar berkaitan - pada 29/9/2021 - jumlah : 307 hits
Anwar persoal belanja RM2 bilion siapkan buku RMK12 September 28 2021 Kepakaran mengurus ekonomi negara perlu dicari dalam kalangan warganegara Malaysia yang ternyata lebih memahami keadaan negara kata Anwar Ibrahim KUALA LUMPUR Ketua Pemba...
Ultimate Recipe For Beef Cheeks In Pressure Cooker

Hari Terbuka Tvet Yrms Ilkbs 2025 Memperkasa Belia Melalui Kemahiran Dan Peluang

Hiburan Move On Lah Tak Akan Berkawan Dah Tular Video Bekas Suami Makan Bersama Pelakon Wanita Puteri Zarith Bersuara

Pesta Rona Kata Di Bank Negara Malaysia Museum And Art Gallery

Cuktech Perkenal Keperluan Pengecasan Pintar Untuk Setiap Peranti Moden

Score Massive Savings On Your Tech Wishlist Because The Huawei 11 11 Grand Sale Is Here

Situs Pkv Games Menyediakan Pengalaman Bermain Yang Tak Terlupakan

Kerajaan Diseru Untuk Menaikkan Gaji Penterjemah Mahkamah Bagi Mengatasi Kekurangan Mereka


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Kejayaan Arsitektur Dan Warisan Budaya Di Paw Singa Sigiriya

Senarai Pemain Skuad Harimau Malaysia Untuk Pertandingan Terkini

Belum Terlewat Untuk Fam Kembali Ke Pangkal Jalan

From Romans Learn Shipbuilding From Malays To Flying Malays Top 10 Mockeries Levelled At Prof Sambal Belacan

Maritim Malaysia Aktifkan Operasi Carilamat Mangsa Bot Karam Di Perairan Langkawi

4 Hari Test Drive Hyundai Tucson Hybrid Ini Perkara Luar Biasa Berlaku Kat Aku