Pejabat Pak Reza Sudah Siap Di Alor Setar Dedah Sanusi



(Berita Harian) – Menteri Besar, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor mendedahkan beliau mengetahui di mana lokasi pejabat pelabur Indonesia dikenali sebagai ‘Reza Khalid’ yang dikatakan berminat melombong bahan unsur nadir bumi (REE) di Kedah.
Beliau berkata, Reza Khalid ada membuat permohonan di satu tapak kawasan REE di Kedah bagi melakukan aktiviti itu, namun tidak dapat dilaksanakan kerana tidak memenuhi syarat termasuk kelulusan Laporan Impak Alam Sekitar (EIA).
“Tentang REE (adalah) pertembungan kuasa besar Amerika Syarikat (AS) dan China untuk menguasai tanah kita, saya sedar benda ini lama, saya ingat mereka tahu. Bos kamu bawa taikun besar mohon (tapak melombong), pejabat dia pun sudah siap di Alor Setar, esok kita akan tangkap gambar pejabat Pak Reza.
“Kawan ini (Reza) sudah proses mohon elok cuma EIA tak dapat, tak boleh jalan (aktiviti melombong) lagi, petak (tapak tanah) dia tanda masih dara tak tersentuh, bukan petak (tapak tanah REE) yang dicuri, yang curi Cina Malaysia nama Ho Chung Meng, bukan So Loi Fat (warga China).
“Kawan tu hutang helikopter banyak, saya dah kata kempen naik kereta sudah la, kamu pergi kempen naik helikopter siapa suruh? Helikopter bukan percuma, sewa satu jam RM30,000 ke RM40,000 maka tentu ada balasan. Balasan apa? Yang tengah buat sekarang ini lah, rebut nak kawasan (REE) kita,” katanya.
Beliau berkata demikian pada Ceramah Perikatan Nasional (PN) Best di Dataran Darulaman, di sini malam tadi.
Muhammad Sanusi yang juga Ketua Pengarah Pilihan Raya PN turut mendakwa, kerajaan Pusat cuba campur tangan dalam mengawal kegiatan melombong REE di Kedah kerana mengetahui negeri itu mempunyai rizab simpanan bahan mineral berkenaan dalam jumlah yang banyak.
Katanya, beliau tidak akan membenarkan sama sekali kerajaan Persekutuan bertindak sedemikian kerana bahan mineral itu kini menjadi sumber kekayaan baharu Kedah yang hasilnya harus dinikmati semua rakyat negeri itu.
“Ada cadangan juga kerajaan Persekutuan ambil alih hal REE ini, bayar royalti macam petroleum (kepada negeri). Mana boleh, ini (REE) negeri punya. Taubat saya tak akan bagi, kalau PN perintah Pusat sekalipun, saya tak akan bagi kerana ini hak negeri.
“Negeri ini kuasa tak banyak, kuasa agama di bawah Tuanku Sultan, kuasa tanah yang kita boleh kutip cukai, kuasa ke atas air juga sudah tidak ada apabila diambil alih Persekutuan melalui Suruhanjaya Pengurusan Air Negara (SPAN) dan Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim.
“Hendak ambil juga REE memang tak boleh, memang berperanglah. Mereka buat kacau bilau sehingga satu dasar dibuat Persekutuan semua REE serah pada Pusat, saya tak akan biar, saya akan londeh (dedahkan) lagi,” katanya.
Muhammad Sanusi pada ceramahnya di Pekan Naka malam kelmarin, mendakwa Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan seorang warga Indonesia pernah datang ke Kedah untuk meninjau tapak lombong unsur nadir bumi (REE) sebelum Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) lalu.
Beliau berkata, warga Indonesia yang dikenali sebagai ‘Reza Khalid’ itu dikatakan menjadi pelabur yang berminat mengusahakan aktiviti melombong REE di Kedah.
Bagaimanapun, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail mendakwa Muhammad Sanusi ‘merapu’ apabila mendakwa Anwar dan Reza Khalid memohon tanah bagi melombong REE di Kedah.
 


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.malaysia-today.net/2023/08/03/pejabat-pak-reza-sudah-siap-di-alor-setar-dedah-sanusi/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Prn Dari Jeneri Ke Alor Setar Usaha Anwar Lawan Gelombang Sanusi Di Kedah

Prn Dari Jeneri Ke Alor Setar Usaha Anwar Lawan Gelombang Sanusi Di Kedah

papar berkaitan - pada 6/8/2023 - jumlah : 315 hits
Isabelle Leong Raveena NagotraTidak jauh dari perlawanan bola sepak persahabatan yang disertai Muhammad Sanusi Md Nor di Stadium Darul Aman di Alor Setar Pengerusi PH Anwar Ibrahim berusaha meraih sokongan bagi melawan menteri besar sementa...
From Kl To Alor Setar Anwar Seeks To Upend Sanusi Wave In Kedah Blitz

From Kl To Alor Setar Anwar Seeks To Upend Sanusi Wave In Kedah Blitz

papar berkaitan - pada 5/8/2023 - jumlah : 487 hits
STATE POLLS While Muhammad Sanusi Md Nor suffered a 2 3 defeat in a friendly football match at the Darul Aman stadium in Alor Setar last night just 6 5km away Prime Minister Anwar Ibrahim was whipping up support to turn the tide against the...
Sanusi Pembohong Saifuddin Dedah Gambar Lawatan Sanusi Ke Tapak Ree

Sanusi Pembohong Saifuddin Dedah Gambar Lawatan Sanusi Ke Tapak Ree

papar berkaitan - pada 3/8/2023 - jumlah : 326 hits
Saifuddin dedah gambar lawatan Sanusi ke tapak REEoleh 03 Ogos 2023 03 46pmMasa membaca 3 minitSaifuddin Nasution menunjukkan gambar lawatan tapak di Hutan Simpan Bukit Enggang oleh Muhammad Sanusi pada 19 Februari lalu KUBANG PASU Menteri ...
Dedah Lah Sanusi Kita Harap Pendedahan Itu Tak Ada Sesiapa Kena Cekup

Dedah Lah Sanusi Kita Harap Pendedahan Itu Tak Ada Sesiapa Kena Cekup

papar berkaitan - pada 29/7/2023 - jumlah : 184 hits
Sanusi ugut nak dedahkan semua kerja jahat kalau ditahan Bermakna Sanusi tahu la ada kerja jahat Kan Bukan itu bererti Sanusi bersubahat simpan maklumat berkenaan jenayah Tak salah ke begitu Harap Sanusi dedahkan walau tak dipakaikan baju o...
Salahuddin Ayub Alami Pendarahan Otak Menjalani Pembedahan Di Hsb Alor Setar

Salahuddin Ayub Alami Pendarahan Otak Menjalani Pembedahan Di Hsb Alor Setar

papar berkaitan - pada 22/7/2023 - jumlah : 283 hits
KUALA LUMPUR Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Datuk Seri Salahuddin Ayub telah disahkan mengalami pendarahan otak oleh doktor pakar kata Setiausaha Akhbar Menteri Nur Syakirin Husnal Menerusi kenyataan pagi ini beliau ber...
Gesaan Malaysia Kepada Kesepaduan Asean Elak Kesan Buruk Tarif As Pm Anwar

1mdb Witness Protection Chief Rebuffs Najib S Subpoena

1mdb Withdraws Suit Against Singaporean Woman In Rosmah S Luxury Goods Case

Importance Of Wills A Comprehensive Guide By Lawyers

Hr Ministry Miti To Gather Data On Firms Workers Affected By Pipeline Fire

Raya Di Teratak Kecil Nieyl

Bab 4 April 2025

Gildcoustic Feat Staso Prasetyo Bapak Chord


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Konsep Panduan Mencari Idea Perniagaan Yang Dapat Menjadikan Hidup Anda Berbaloi

Bayi Lelaki Lima Bulan Meninggal Dunia Di Taska Punca Kematian Disiasat

N 16 Bas Kafe Sekinchan Makcik Melayan Budak Gen Z

7 Resepi Ikan Yang Patut Korang Cuba

Buasir Otak Tv Bila Introvert Pergi Beraya Be Like

Energy Efficient Shredders That Don T Compromise On Cutting Force