Peguam Negara Bertindak Di Bawah Telunjuk Politik


NAZMAN CHE IBERAHIM





PEMUDA PAS Negeri Kelantan menunggu dengan penuh kehairanan sebutan kes saman Kerajaan Pusat terhadap Kerajaan Negeri Kelantan dalam isu 'Tanah Adat' Orang Asli Suku Temiar pada Selasa, 22 Januari 2019 ini. Dengan menamakan Kerajaan Negeri Kelantan, Pengarah Tanah dan Galian Negeri Kelantan, Pengarah Jabatan Perhutanan Negeri Kelantan serta lima entiti swasta sebagai defendan dalam kes ini, Peguam Negara (AG), Tommy Thomas melakukan perkara yang amat pelik.

Dalam kenyataannya Jumaat lalu, AG menyebut antara lain tindakan saman itu adalah bagi memenuhi manifesto pilihan raya PH sebelum ini. Apa yang cuba dimaksudkan oleh Tommy? Secara ringkas dapat difahami ia membawa makna bahawa tindakan ini adalah bersifat politik semata-mata. Sedangkan beliau sepatutnya tidak boleh kelihatan cenderung kepada mana-mana parti politik. Alang-alang melakukan perkara janggal sebegini, eloklah AG turut menyaman Kerajaan Persekutuan kerana puluhan lagi manifesto yang ditaburkan sebelum PRU14 masih gagal ditunaikan oleh Kerajaan PH

Tommy sebagai AG sudah pasti teramat arif dalam memahami Perlembagaan Persekutuan, tetapi nampaknya tidak menghormati konsep Federalisma malahan kelihatan terburu-buru. Secara fundamentalnya hal berkaitan tanah adalah di bawah kuasa negeri, ia tidak perlu diperdebatkan. Malahan pula, di Kelantan atau mana-mana negeri di Semenanjung Malaysia, tidak wujud Tanah Adat seperti yang dijadikan premis dan asas pendakwaannya. Berkali-kali dalam kenyataan AG disebut berkaitan Tanah Adat namun persoalannya adalah wujudkah Tanah Adat di Kelantan

Atau merujuk pada adat apa? Adat siapa? Di Kelantan tidak wujud tanah adat untuk Orang Asli, tidak pernah ada dalam Undang-undang Tanah Kelantan dan tidak pernah diwartakan. Hampir semua tanah di Kelantan merupakan Rizab Melayu berdasar Enakmen Rizab Melayu 1930 dan ia lebih awal wujud berbanding Akta Orang Asli 1954

Menyebut mengenai kemusnahan alam, hakisan, pencemaran dan kononnya kemusnahan ekologi dan landskap hutan, tidakkah AG menyedari bahawa dalam proses kelulusan dan juga pengoperasian kawasan pembalakan, laporan EIA daripada Jabatan Alam Sekitar (JAS) serta laporan daripada JPS berjalan seiring dengan sebarang keputusan Kerajaan Negeri dan juga Jabatan Perhutanan Negeri? Ini bermakna sekiranya operator dan syarikat swasta ada melakukan apa-apa kesalahan, maka Kerajaan Negeri secara langsung boleh menamatkan dan menarik balik lesen mereka

Maka tiada keperluan untuk menyabitkan perkara berkaitan kemusnahan alam sekitar dan sebagainya dalam isu saman ini. Ataupun sepatutnya Tommy harus menamakan juga JAS dan JPS Kelantan sebagai defendan kesembilan dan kesepuluh dalam saman pelik beliau kelmarin? Justeru rakyat Kelantan hanya melihat isu saman ini sebagai wayang sahaja kerana masih banyak perkara yang boleh dilakukan oleh Kerajaan PH sekiranya mereka benar benar ikhlas mahu membela Orang Asli

AG seharusnya boleh menggubal undang-undang baharu, ataupun juga menambah baik sedia ada bagi membela nasib Orang Asli di negara kita. Ini lebih logik untuk dilaksanakan selepas lebih 9 bulan PH menguasai Putrajaya. Tindakan saman ini hanyalah satu jalan pintas ( short cut ) yang dilihat dangkal dan tergesa- gesa. Sudah pasti perkara ini menjadi manifestasi kepada kegagalannya dalam menjalankan tugas. Malahan boleh sahaja dikatakan Menteri Kabinet PH itu sendiri gagal dalam membela Orang Asli dan melakukan tindakan yang didasari oleh keinginan serta dendam politik semata-mata tanpa ada perancangan jangka masa panjang

Begitu juga apabila disebut AG bahawa Kerajaan Negeri tidak berunding dengan Orang Asli suku Temiar di Pos Simpor berkaitan rancangan pembangunan dan pembalakan di situ, maka persoalannya adalah dengan siapa kerajaan harus berunding? Adakah dengan NGO Jaringan yang selama ini cukup aktif melakukan sekatan ( blockade ) bagi menghalang hasil hutan Kelantan dibawa keluar? Sebelum PRU tempoh hari, Jaringan ini adalah sebuah pertubuhan haram yang tidak berdaftar. Jadi adakah Kerajaan Negeri sebelum meluluskan apa-apa konsesi sebelum daripada ini harus berunding dengan sebuah pertubuhan haram

Adakah AG tahu bahawa Jabatan Perhutanan Kelantan sekian lama telah melantik sehingga 30 Renjer Hutan yang terdiri daripada Orang Asli bagi membantu pihak Kerajaan Negeri menguruskan hutan di sini? Dan tahukah AG bahawa Kelantan adalah antara negeri yang terbanyak memberikan geran milik tanah kepada keluarga Orang Asli? Di negeri ini juga seluas lebih 2,000 ekar tanah sudah diwartakan untuk penempatan Orang Asli dan 3,000 ekar lagi sedang dalam proses perwartaan sehingga tahun lalu. Malahan sejak 2016, terdapat sebanyak 54 permohonan yang dibuat dan tujuh daripadanya telah diluluskan manakala bakinya masih di dalam proses peringkat penilaian

Semua kawasan yang telah dan akan diwartakan itu adalah ditentukan oleh Jabatan Kemajuan Orang Asli (Jakoa) yang menjadi badan rasmi yang ditubuh dan dilantik oleh Kerajaan Pusat sendiri untuk bertindak sebagai penghubung kepada Orang Asli di negara ini. Adakah masih dikatakan Kelantan tidak berunding dengan wakil Orang Asli? Satu lagi kesungguhan Kerajaan Negeri dalam menjaga kebajikan Orang Asli termasuklah memelihara alam, apabila pada bulan September lalu seluas 92,697 hektar telah diluluskan untuk pewartaan Kawasan Hutan Tadahan Air yang baharu bagi negeri ini

Keluasan itu meliputi seluas 11,121 hektar kawasan orang asli di Pos Belatim dan Dakoh Gua Musang. Keseluruhan Kawasan Hutan Tadahan Air di Kelantan adalah seluas 128,595 hektar dan 20.97 peratus adalah dari Hutan Simpan Kekal (HSK)

Rakyat negeri ini masih ingat pada 10 Ogos tahun lalu, apabila 200 orang asli bertemu dengan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang kemudiannya berjanji akan berbincang dengan Kerajaan Kelantan untuk mencari penyelesaian terhadap isu tanah mereka. Kami tertanya tanya adakah 'berbincang' yang disebut oleh Tun itu difahami oleh AG sebagai tindakan saman? Saman itu suatu bentuk perbincangan yang matang

Atau sebenarnya PH terpaksa menyaman Kelantan atas isu Orang Asli ini semata-mata mahu merancakkan kempen PRK Cameron Highland yang mana jumlah undi Orang Asli di sana amat signifikan. Adakah DAP di Cameron sedang tersepit dengan sokongan oleh Orang Asli yang kurang memberansangkan

Tommy wajar meletakkan jawatan sebagai AG. Saman ke atas Kelantan ini menjadi tanda aras yang jelas kepada kegagalan beliau dalam menguruskan aspek perundangan negara. Malahan dengan skandal jogetnya itu juga, rakyat terbanyak sudahpun terhakis keyakinan kepada Tommy. Mengikut Warta Kerajaan Bertarikh 25 Jun 2009 (Kod Etika Hakim 2009) ada disebut, 

“Seseorang hakim tidak boleh:-(c)     memberikan atau membenarkan orang lain memberikan gambaran kepada mana-mana orang bahawa mereka berada dalam kedudukan yang istimewa untuk mempengaruhinya”.

Ini amat wajar kerana dalam video jogetnya itu jelas terpapar dan kelihatan seorang peguam wanita yang sering berada di sekatan sekatan ( blockade ) haram yang dibina oleh Orang Asli Jaringan termasuklah menjadi peguam bela kepada kumpulan ini dalam saman saman pemula ke atas Kerajaan Negeri sebelum daripada ini. Ini 100 peratus bersalahan dengan etika seorang hakim. Encik Tommy, sila letak jawatan

"Terus Mara"
NAZMAN CHE IBERAHIM
Ketua Penerangan , Dewan Pemuda PAS Negeri Kelantan 

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2019/01/peguam-negara-bertindak-di-bawah.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Jijik Perlakuan Sosial Menteri Ketua Hakim Serta Peguam Negara Berjoget Di Majlis Makan Malam

Jijik Perlakuan Sosial Menteri Ketua Hakim Serta Peguam Negara Berjoget Di Majlis Makan Malam

papar berkaitan - pada 19/1/2019 - jumlah : 730 hits
Sebuah klip video yang memaparkan pegawai pegawai tertinggi badan perundangan negara menari dalam satu majlis makan malam tular dalam media sosial sejak semalam sehingga mencetuskan perdebatan hangat Video berdurasi seminit 37 saat dipercay...
Video Menari Peguam Negara Dan Ketua Hakim Negara Didesak Letak Jawatan

Video Menari Peguam Negara Dan Ketua Hakim Negara Didesak Letak Jawatan

papar berkaitan - pada 19/1/2019 - jumlah : 427 hits
Pergaulan bebas Peguam Negara Ketua Hakim Negara bercanggah profesionalisme sebagai pemegang amanah guaman dan kehakimanIkatan Muslimin Malaysia sebuah pertubuhan Islam dan Melayu sederhana mendesak Peguam Negara Tommy Thomas dan Ketua Haki...
Majlis Tari Menari Ketua Hakim Negara Peguam Negara Dan Menteri Undang2 Dituntut Bersikap Jujur Serta Ikhlas

Majlis Tari Menari Ketua Hakim Negara Peguam Negara Dan Menteri Undang2 Dituntut Bersikap Jujur Serta Ikhlas

papar berkaitan - pada 20/1/2019 - jumlah : 442 hits
1 Tidak saya sangka dalam kesibukan dan kepenatan urusan kerja yang memerlukan saya berulang alik dari Lembah Kelang ke Pulau Pinang setiap minggu semasa kini boleh memberi PERSEPSI kepada segolongan pihak berkenaan seolah olah saya sengaja...
Nik Nazmi Tegur Hakim Peguam Negara Menari Sakan Hancing Viral

Nik Nazmi Tegur Hakim Peguam Negara Menari Sakan Hancing Viral

papar berkaitan - pada 20/1/2019 - jumlah : 347 hits
ADA JUGA PEMIMPIN KERAJAAN YANG ADA OTAK Terang lagi bersuluh video peguam hakim dan pemimpin menari yang tular mengundang situasi kurang senang rakyat terutamanya Ini soal Integriti Kalaulah hal begini dianggap tiada apa yang perlu dirisau...
Menari Tak Akan Buat Ketua Hakim Negara Peguam Negara Tak Profesional Penganjur

Menari Tak Akan Buat Ketua Hakim Negara Peguam Negara Tak Profesional Penganjur

papar berkaitan - pada 20/1/2019 - jumlah : 357 hits
KUALA LUMPUR Pertubuhan Undang Undang Sabah mempertahankan tindakan beberapa personaliti kehakiman dan perundangan negara yang menari di pentas program anjuran mereka semalam SLS berkata demikian hari ini sebagai merujuk klip video yang mem...
Ingatkan Netralitas Jelang Pemilu Jokowi Tegaskan Politik Tni Adalah Politik Negara

Ingatkan Netralitas Jelang Pemilu Jokowi Tegaskan Politik Tni Adalah Politik Negara

papar berkaitan - pada 29/1/2019 - jumlah : 261 hits
Presiden Joko Widodo meminta TNI Polri tetap menjaga netralitas di Pemilu 2019 Menurut dia politik TNI adalah politik negara sehingga netralitas kedua institusi itu sangat diperlukan untuk kelancaran Pemilu
Orang Asli Peguam Negara Bincang Saman Kelantan Sejak Tahun Lepas

Orang Asli Peguam Negara Bincang Saman Kelantan Sejak Tahun Lepas

papar berkaitan - pada 19/1/2019 - jumlah : 344 hits
January 19 2019 6 18 PMPETALING JAYA Gerakan Orang Asli Kelantan hari ini menepis dakwaan mengaitkan tindakan Putrajaya menyaman kerajaan Kelantan demi Orang Asli mempunyai kaitan dengan pilihan raya kecil Cameron Highlands menyifatkan ia t...
Peguam Negara Menari Dengan Menteri Beri Penjelasan Atau Letak Jawatan

Peguam Negara Menari Dengan Menteri Beri Penjelasan Atau Letak Jawatan

papar berkaitan - pada 19/1/2019 - jumlah : 284 hits
PETALING JAYA Peguam bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mencabar Tan Sri Mohamed Apandi Ali meletak jawatan jika tidak dapat memberi penjelasan munasabah terhadap tindakannya menari bersama beberapa menteri di khalayak ramai Hani...
Tribunal Siasat Spr Peguam Negara Perlu Jelaskan Adakah Pru14 Akan Dibatalkan

Tribunal Siasat Spr Peguam Negara Perlu Jelaskan Adakah Pru14 Akan Dibatalkan

papar berkaitan - pada 30/1/2019 - jumlah : 366 hits
BENARKAH keputusan Pilihan Raya Umum Ke 14 berkemungkinan dibatalkan Ini persoalan popular setelah dibangkitkan peguam Mohd Khairul Azam Abdul Aziz selepas prosiding Tribunal Berhubung Suruhanjaya Pilihan Raya semalam Rakaman video sidang a...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Airport Berpenunggu

Panduan Lengkap Untuk Reka Bentuk Kotak Pembungkusan Makanan Yang Menarik

10 Tips Pilih Pam Tayar Kereta Tekanan Angin Tayar Kereta Yang Sesuai

Catatan Hari Terakhir Trip Ke Kuching

Resepi Udang Khamped Padu Mudah Sedap Dan Confirm Licin Pinggan

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities