Peguam Jawab Pengerusi Spr Kuasa Tidak Sah



*BUZZE AZAM MENJAWAB KENYATAAN MEDIA PENGERUSI SPR*

Oleh Mohd Khairul Azam Bin Abdul Aziz

25 Januari 2019

(Jawapan saya dalam ‘CAPS LOCK‘ di perenggan tertentu)

KENYATAAN MEDIA SURUHANJAYA PILIHAN RAYA MALAYSIA (BIL.8/2019)

*FUNGSI DAN BIDANG KUASA SPR SAH DAN MENGIKUT PERLEMBAGAAN*

1. Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) ingin memberi penjelasan berhubung dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh beberapa pihak yang mempersoalkan kelayakan serta kedudukan (SPR) dalam menentukan proses-proses penjalanan pilihan raya terutama yang melibatkan Pilihan Raya Kecil (PRK) N.24 Semenyih disebabkan berlakunya kekosongan jawatan Ahli-Ahli Suruhanjaya dan masih belum diisi sehingga hari ini.

2.  SPR ingin menegaskan bahawa fungsinya buat masa ini yang hanya mempunyai Pengerusi sahaja tidak terjejas dari segi perundangan kerana segala tindakan yang dibuat telah mematuhi peruntukan Perlembagaan Persekutuan dan juga selaras serta mengikut nasihat perundangan daripada Jabatan Peguam Negara (AGC) pada 28 Disember 2018.

3. Untuk penjelasan lanjut, Perkara 114 (1) Perlembagaan Persekutuan hendaklah dibaca bersama dengan Perkara 114 (7). Secara ringkasnya kedua-dua peruntukan tersebut merumuskan bahawa  fungsi yang dilaksanakan oleh Pengerusi SPR adalah fungsi SPR dan ia wajar dijalankan secara kolektif sekiranya tidak berlaku kekosongan disebabkan oleh kehendak undang-undang. Memandangkan kekosongan enam anggota SPR buat masa ini merupakan kekosongan di bawah perundangan, maka Pengerusi SPR dalam keadaan sedemikian boleh melaksanakan fungsi-fungsi SPR.

Jawapan Buzze:

*PERKARA 114 (7) MENYATAKAN KALAU PENGERUSI SPR BERCUTI, SAKIT, TERENCAT AKAL ATAU CACAT, FUNGSI PENGERUSI SPR ITU AKAN DIPANGKU OLEH TIMBALAN PENGERUSI ATAU ANGGOTA SPR.*

*JADI SAYA TIDAK FAHAM APA RASIONAL ART HARUN SURUH BACA 114 (1) DENGAN 114 (7) UNTUK MENJUSTIFIKASIKAN HUJAH BELIAU BAHAWA KERJA PENGERUSI SPR ADALAH KERJA ANGGOTA SPR.*

*DI MANA RELEVANNYA KERANA 114 (7) ADALAH MENGENAI PEMANGKU JAWATAN PENGERUSI YANG TERENCAT AKAL DAN SEBAGAINYA, BUKAN MENYATAKAN TENTANG PENGERUSI BERCUTI MAKA BERMAKSUD SEMUA AHLIPUN DIANGGAP BERCUTI BERSAMA.*

*114 (7) JIKA DIBACA BERSAMA 114 (1) HANYA BERMAKSUD FUNGSI SPR TETAP BERJALAN SEPERTI BIASA WALAUPUN PENGERUSI SPR SEDANG BERCUTI.*

*ITU SAHAJA MAKSUDNYA.*

4. Perkara 114 (1) dan Perkara 114 (7) Perlembagaan Persekutuan ini juga harus dibaca bersama dengan Seksyen 33C Jadual ke-11 Perlembagaan Persekutuan yang dengan jelas menyatakan bahawa ketiadaan atau kekosongan sesuatu keanggotaan Suruhanjaya tidak akan menjejaskan keputusan yang dibuat pada masa itu.

Jawapan Buzze:

*SEKSYEN 33C JADUAL KE 11 PERLEMBAGAAN TIDAK BOLEH DIBACA BERSAMA DENGAN PERKARA 114 (1) DAN 114 (7) KERANA SEKSYEN 33C NI HANYA MERUJUK KEPADA MANA-MANA LEMBAGA, SURUHANJAYA, JAWATAN KUASA ATAU BADAN YANG DITUBUHKAN MELALUI AKTA SAHAJA.*

*CONTOHNYA LEMBAGA KENAF NEGARA, SURUHANJAYA SYARIKAT MALAYSIA, JAWATAN KUASA MENGKAJI KASUT DAN STOKIN HITAM DDAN SEBAGAINYA YANG KESEMUANYA DI TUBUHKAN DI BAWAH AKTA DAN AHLI-AHLINYA DILANTIK OLEH SEKADAR MENTERI.*

*BERBEZA DENGAN SPR, IA TIDAK DITUBUH DI BAWAH AKTA. SPR DITUBUH DI BAWAH PERKARA 114 (1) PERLEMBAGAAN DAN LANTIKANNYA DIBUAT OLEH YDPA SELEPAS PERKENAN MAJLIS RAJA-RAJA.*

*NAMPAK TAK BEZANYA? TINGGINYA ‘MAQAM’ SPR BERBANDING LEMBAGA GETAH MALAYSIA.*

*KESIMPULANNYA SEKSYEN 33C BERKENAAN TIDAK TERPAKAI KEPADA SPR, WAHAI ART HARUN.*

5. Pandangan undang-undang tersebut juga telah dirujuk di dalam kes antara Peguam Negara Dan Nurul Izzah binti Anwar dan 10 lagi (Rayuan Sivil No.W-01(1M)-19-01/2017) yang mana Hakim Mahkamah Rayuan telah memutuskan bahawa adalah menjadi niat perundangan bahawa SPR dibolehkan untuk wujud dan berfungsi secara SAH walaupun dalam keadaan di mana kurang daripada tujuh Ahli Suruhanjaya dan dalam keadaaan di mana berlakunya kekosongan. Dengan ini kuasa dan prosiding SPR secara sahnya tidak terkesan dengan apa-apa bilangan kekosongan yang BERLAKU.

Jawapan Buzze:

*SAYA AKUR DENGAN KEPUTUSAN MAHKAMAH RAYUAN INI TETAPI KEPUTUSAN DI ATAS HANYA RELEVAN DIPAKAI JIKA DALAM KEADAAN SPR KEKURANGAN AHLI.*

*MASALAHNYA SPR YANG DIPENGERUSIKAN OLEH ART HARUN INI LANGSUNG TIADA SEORANGPUN AHLI. JADI SEBAGAI PENGERUSI, BELIAU MEMPENGERUSIKAN MESYUARAT DENGAN SIAPA?*

*TIDAK LAIN, ART HARUN MEMPENGERUSIKAN MESYUARAT SPR YANG DIHADIRI ART HARUN DAN ART HARUN MENCADANGKAN DAN DISOKONG ART HARUN DAN ITULAH KEPUTUSAN SPR.*

*KAN KELAKAR MESYUARAT SEBEGITU?*

*LONE RANGER BUKAN NAMANYA MESYUARAT.*

*ITU NAMANYA MEMUASKAN NAFSU SENDIRIAN.*

*JADI KES YANG DIPETIK ART HARUN TIDAK TERPAKAI DALAM KES ART HARUN SEBAGAI PENGERUSI KEPADA TIADA AHLI*

6. Berdasarkan kepada peruntukan Perlembagaan Persekutuan dan nas perundangan yang dinyatakan adalah ditegaskan bahawa Pengerusi SPR masih boleh berfungsi seperti mana dalam keadaan sekarang iaitu sekiranya hanya tinggal Pengerusi seorang sahaja dan segala keputusan yang dibuat adalah sah dan dibenarkan oleh Perlembagaan Persekutuan.

Sekian dan terima kasih.

AZHAR AZIZAN HARUN @ ART HARUN

Pengerusi

Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR)

Tarikh : 18 Januari 2019 / 12 Jamadil Awal 1440H




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://celahgelegar.blogspot.com/2019/01/peguam-jawab-pengerusi-spr-kuasa-tidak.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+celahgelegarblogspotcom+%28CELAH+GELEGAR%29

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kuasa Spr Terhad Kerana Sistem Keadilan Negara Pengerusi

Kuasa Spr Terhad Kerana Sistem Keadilan Negara Pengerusi

papar berkaitan - pada 23/1/2019 - jumlah : 234 hits
Astro Awani Azhar Azizan Harun ketika melawat pusat Pengundian Awal Pilihan Raya Kecil Parlimen Cameron Highlands di Balai Polis Brincang 22 Jan 2019 fotoBERNAMA TANAH RATA Seperti harimau tak bertaring begitulah bidang kuasa Suruhanjaya Pi...
Peguam Negara Jawab Isu Tribunal Spr

Peguam Negara Jawab Isu Tribunal Spr

papar berkaitan - pada 1/2/2019 - jumlah : 242 hits
Peguam Negara Tommy Thomas bercakap pada Program IDEAS LSEASM The status of institutional Reformasi selepas 100 hari di Ballroom Royal Selangor Club Kuala Lumpur foto AFFAN FAUZI KUALA LUMPUR Tribunal mempunyai mandat untuk menyiasat sama s...
Prk Cameron Highland Berlaku Pelanggaran Peraturan Tapi Pengerusi Spr Bersih Penguatkuasa Tutup Mata

Prk Cameron Highland Berlaku Pelanggaran Peraturan Tapi Pengerusi Spr Bersih Penguatkuasa Tutup Mata

papar berkaitan - pada 16/1/2019 - jumlah : 409 hits
Kuasa Memerintah Pakatan Harapan Menghalalkan Pelanggaran Peraturan Calon Pakatan Harapan Di PRK Cameron HughlandDalam kempen PRK Cameron Highland beberapa pelanggaran peraturan yang jelas telah di lakukan oleh sama ada oleh M Manogaran cal...
Peguam Bekas Anggota Spr Cadang Saman Ag

Peguam Bekas Anggota Spr Cadang Saman Ag

papar berkaitan - pada 28/1/2019 - jumlah : 200 hits
Kata Khairul Azam persidangan tribunal itu tidak perlu diteruskan memandangkan mereka telah menghantar surat perletakan jawatan sekitar November lalu
Tribunal Siasat Spr Peguam Negara Perlu Jelaskan Adakah Pru14 Akan Dibatalkan

Tribunal Siasat Spr Peguam Negara Perlu Jelaskan Adakah Pru14 Akan Dibatalkan

papar berkaitan - pada 30/1/2019 - jumlah : 326 hits
BENARKAH keputusan Pilihan Raya Umum Ke 14 berkemungkinan dibatalkan Ini persoalan popular setelah dibangkitkan peguam Mohd Khairul Azam Abdul Aziz selepas prosiding Tribunal Berhubung Suruhanjaya Pilihan Raya semalam Rakaman video sidang a...
Bersih Saran Spr Diberi Kuasa Mendenda

Bersih Saran Spr Diberi Kuasa Mendenda

papar berkaitan - pada 31/1/2019 - jumlah : 203 hits
Ia dirasakan perlu oleh pertubuhan pendesak pembaharuan pilihan raya itu bagi menangani kes kes kesalahan kecil
Komen Peguam Negara Terhadap Bekas Anggota Spr Tidak Hormat Tribunal Kata Peguam

Komen Peguam Negara Terhadap Bekas Anggota Spr Tidak Hormat Tribunal Kata Peguam

papar berkaitan - pada 1/2/2019 - jumlah : 191 hits
V AnbalaganFMTFebruary 1 2019 Peguam Negara Tommy Thomas ditempelak berhubung kenyataannya nbsp terhadap 6 bekas pesuruhjaya SPR yang disiasat kerana dakwaan salah laku PETALING JAYA Seorang peguam mempersoalkan peguam negara berhubung keny...
Pengerusi Spr Sedia Letak Jawatan Hancing Viral

Pengerusi Spr Sedia Letak Jawatan Hancing Viral

papar berkaitan - pada 25/1/2019 - jumlah : 274 hits
KUALA LUMPUR Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya Azhar Azizan bersedia meletakkan jawatan Menurutnya tindakan itu boleh dilakukan sekiranya majoriti rakyat Malaysia tidak setuju dengannya dan SPR sekarang Tolong beritahu ahli parlimen di kaw...
Demand Kekayaan Anak Mahkamah Putus Ibu Tak Layak Terima Harta Mendiang Goo Hara

Gsk Sokong Kepentingan Imunisasi Dewasa Dalam Kalangan Rakyat Malaysia

Pm Anwar Meets With Indonesia S Finance Minister For Discussions In Riyadh

Syok Sendiri Demi Kepuasan

Nga Kor Ming S Influence In Dap On The Rise

Gear Up For Standard 1 Registration

Senarai Cawangan Atm Bank Islam Di Seluruh Negeri Kelantan

Irma Hasmie Enggan Komen Status Perkahwinan Apa Yang Penting Allah Jaga Hati Fikiran Kami



Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Racun Rihanna Slot Samarinda TV3

5 Adaptasi Permainan Video ke TV dan Filem Paling Berjaya Setakat Ini

10 Fakta Biodata Erysha Emyra Pelakon Drama Berepisod Aku Bukan Ustazah TV3 Cinta Untuk Sekali Lagi Astro Ria

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Leha Leya Lawa Tonton

Info Dan Sinopsis Restu Drama Melayu Berepisod Platform Online iQIYI Malaysia


Lunch Merangkap Dinner Di Nefa Station Ipoh Perak

Dapatkan Ganjaran Besar Apabila Anda Prapesanan Samsung Ai Tv 2024 Hari Ini

Sprm Tahan Menteri Besar Perlis

Powering Progress How Ev Charging Stations Are Shaping The Transportation Landscape

M A Due Diligence Don T Settle For Smoke And Mirrors Get A Quality Of Earnings Assessment

Tiada Petanda Salah Tinggalkan Anfield