Pegawai Icqs Padang Besar Disaring Tiada Positif



Pegawai bertugas di Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Padang Besar yang terdedah kepada penuntut Thailand yang dijangkiti Covid-19, telah melalui saringan dan tiada yang didapati positif setakat ini.

Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata pegawai imigresen di ICQS terdedah kepada enam pelajar Thailand itu yang pulang dari Arab Saudi ketika proses pemeriksaan dan mengecap pasport.


“Apabila (pelajar) sampai di Thailand, mereka menjalani ujian dan didapati positif dan ia dimaklumkan kepada kita (Malaysia).

Jadi pegawai imigresen terlibat ada terdedah kepada mereka dan mereka sebagai kontak rapat telah disaring. Setakat ini tidak ada yang positif tetapi kena patuh kepada 14 hari kuarantin kerana terdedah dengan kes positif,” katanya dalam sidang harian perkembangan Covid-19, di sini, semalam.

Dr Noor Hisham berkata penghantaran pulang pelajar Thailand menggunakan pintu masuk Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) adalah kerjasama yang dipersetujui antara Kerajaan Malaysia dan Thailand.


Dilaporkan semalam ICQS Padang Besar ditutup susulan enam pelajar Thailand yang masuk ke negara jiran itu menerusi pintu sempadan di Padang Besar disahkan positif Covid-19.

Seramai 34 orang petugas ICQS terdiri daripada kakitangan Jabatan Kastam Diraja Malaysia, Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) dan Jabatan Imigresen Malaysia sedang menjalani proses kuarantin di Institut Latihan Perindustrian (ILP) Kangar.

Mengenai penggunaan kit ujian pantas (RTK) antigen agak rendah setakat ini iaitu hanya 3,708 ujian, Dr Noor Hisham berkata penggunaan akan ditingkatkan dalam tempoh terdekat di klinik dan depot tahanan imigresen.

Beliau berkata 200,000 unit RTK antigen ditempah dan telah diagihkan kepada Sabah, Sarawak serta klinik dan turut dilaksanakan di KLIA dan KLIA2 yang memerlukan tempoh proses yang cepat dan kaedah ini mampu memberi keputusan ujian dalam masa 45 minit.

“Daripada segi keupayaan kita (Kementerian Kesihatan) menjalankan ujian telah dipertingkatkan. Jadi tempat jauh seperti pedalaman memerlukan kabinet biokeselamatan supaya kita boleh laksanakan ujian RTK antigen,” katanya.

Selain itu, beliau berkata menjalankan ujian melalui kaedah “Reverse Transcriptase-Polymerase Chain Reaction” (RT-PCR) juga adalah salah satu pilihan dengan kapasiti sekarang hampir 30,000 daripada 8,000 pada mulanya. ― Bernama

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.penangkini.com/2020/05/pegawai-icqs-padang-besar-disaring.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Icqs Padang Besar Terpaksa Ditutup Dan 34 Petugas Jalani Kuarantin Selepas 6 Warga Thailand Didapati Positif Covid 19

Icqs Padang Besar Terpaksa Ditutup Dan 34 Petugas Jalani Kuarantin Selepas 6 Warga Thailand Didapati Positif Covid 19

papar berkaitan - pada 27/5/2020 - jumlah : 474 hits
Kompleks Imigresen Kastam Kuarantin dan Keselamatan Padang Besar ditutup mulai hari ini berikutan enam warga Thailand yang melaluinya untuk kembali ke negara asal kelmarin disahkan positif COVID 19 Pengerusi Jawatankuasa Hubungan dan Kerjas...
Padangbesar 6 Pelajar Thailand Positif Covid19 Icqs Padang Besar Ditutup

Padangbesar 6 Pelajar Thailand Positif Covid19 Icqs Padang Besar Ditutup

papar berkaitan - pada 28/5/2020 - jumlah : 366 hits
Kompleks Imigresen Kastam Kuarantin dan Keselamatan Padang Besar ditutup sepenuhnya bermula hari ini selepas enam pelajar warga Thailand yang melaluinya disahkan positif COVID 19 Exco Hubungan dan Kerjasama Sempadan Negeri Ruzaini Rais berk...
Pegawai Positif Covid 19 Pm Muhyiddin Jalani Kuarantin 14 Hari Mulai Hari Ini

Pegawai Positif Covid 19 Pm Muhyiddin Jalani Kuarantin 14 Hari Mulai Hari Ini

papar berkaitan - pada 22/5/2020 - jumlah : 375 hits
KUALA LUMPUR Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin menjalani kuarantin di rumah selama 14 hari bermula petang ini Pejabat Perdana Menteri dalam satu kenyataan berkata salah seorang pegawai yang menghadiri mesyuarat pasca Kabinet di pejab...
Pm Dikuarantin Pegawai Hadir Mesyuarat Positif Covid 19

Pm Dikuarantin Pegawai Hadir Mesyuarat Positif Covid 19

papar berkaitan - pada 23/5/2020 - jumlah : 242 hits
SHAH ALAM 22 MEI Perdana Menteri kini menjalani kuarantin mulai hari ini setelah salah seorang pegawai yang hadir ke mesyuarat pasca kabinet pada Rabu lalu disahkan positif Covid 19 Pejabat Perdana Menteri dalam kenyataan berkata Tan Sri Mu...
Pedagang Pembeli Positif Covid 19 Klaster Pasar Besar Kalteng Total 50 Orang

Pedagang Pembeli Positif Covid 19 Klaster Pasar Besar Kalteng Total 50 Orang

papar berkaitan - pada 5/6/2020 - jumlah : 232 hits
Dalam rangka mencegah penularan Covid 19 di kawasan Pasar Besar Palangka Raya saat ini Tim Gugus Tugas Percepatan Penangan Covid 19 kota setempat juga melakukan penataan terhadap sekitar 500 pedagang
Seorang Pegawai Bumn Dan Dokter Di Denpasar Positif Corona

Seorang Pegawai Bumn Dan Dokter Di Denpasar Positif Corona

papar berkaitan - pada 22/5/2020 - jumlah : 194 hits
Angka akumulatif kasus Covid 19 di Kota Denpasar sebanyak 75 Rinciannya adalah 54 sembuh 2 orang meninggal dunia dan 19 orang masih dalam perawatan
Tertular 40 Orang Klaster Pasar Besar Palangka Raya Positif Covid 19

Tertular 40 Orang Klaster Pasar Besar Palangka Raya Positif Covid 19

papar berkaitan - pada 2/6/2020 - jumlah : 309 hits
Guna menekan risiko penularan virus corona di Pasar Besar Gugus Tugas Percepatan Penanganan Covid 19 Kota Palangka Raya melakukan pengaturan pedagang dan lalu lintas kendaraan di kawasan pasar terbesar di Ibu Kota Provinsi Kalimantan Tengah...
Kasus Positif Covid 19 Tembus 20 Ribu Luhut Masih Batas Normal

Kasus Positif Covid 19 Tembus 20 Ribu Luhut Masih Batas Normal

papar berkaitan - pada 26/5/2020 - jumlah : 351 hits
JAKARTA Menteri Koordinator Bidang Kemaritiman dan Investasi Luhut Binsar Pandjaitan menilai jumlah kasus penderita positif corona di Indonesia yang mencapai 22 750 orang menurutnya masih dalam batas normal Sebagai informasi berdasarkan dat...
Update Covid 19 Di Jakarta 6 689 Orang Positif 1 678 Sembuh 508 Meninggal

Update Covid 19 Di Jakarta 6 689 Orang Positif 1 678 Sembuh 508 Meninggal

papar berkaitan - pada 26/5/2020 - jumlah : 307 hits
Terdapat 13 rumah sakit yang telah ditetapkan sebagai rujukan dalam penanganan pasien Covid 19 Dia menyatakan delapan dari 13 rumah sakit rujukan Covid 19 tersebut ditetapkan melalui surat keputusan dari Menteri Kesehatan
Send Unlimited Emails With 100 Delivery

Malaysia Airlines A330 300 Takes To The Skies In Manchester United Livery

Senarai Universiti Luar Negara Kampus Malaysia Bidang Perubatan

Terrazza Aperol In Milan Reopens With A Bold New Identity By Vudafieri Saverino Partners

Cara Buat Bayaran Semula Yayasan Bank Rakyat Secara Online Menggunakan Jompay

Timbul Dakwaan Zahnita Bagi Lelaki Masuk Rumah Suami Akui Terkejut Bila Ada Orang Lain Anak Anak Pun Mengeluh

Hp Elitebook 840 G5 Randomly Disconnecting From Wi Fi

Pelancaran Galeri Keratan Akhbar Muka Hadapan Di Pejabat Ppim Kaca Tv 17 04 2025


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


What The Jalur Gemilang Truly Means To Me

Don T Give Ex Army Cops Unrestricted Powers As Mrsm Wardens Says Criminologist

World S First Tri Fold The Huawei Mate Xt Ultimate Design Was Gifted For Official State Visit To Malaysia

Shandy Pagalla Aku Ikhlas Melepaskanmu Chord

Ipank Mutiara Chord

Planner Islamic 2025 The Wife Co