Pecat Menteri Bangkrap Idea A Fadhli Shaari


 

Kg Baru Cina tapak UNESCO, cadangan menteri bankrap idea
KUALA LUMPUR: Ketua Penerangan PAS Ahmad Fadhli Shaari menyifatkan cadangan menjadikan Kampung Baru Cina sebagai tapak UNESCO sebagai satu cadangan menteri yang bankrap idea.
Beliau menyatakan cadangan tersebut yang dikemukakan oleh Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming adalah sesuatu yang tidak perlu kerana hanya hanya akan mencetuskan polemik perpecahan antara kaum.
Menurut beliau yang juga merupakan Ahli Parlimen Pasir Mas, seharusnya Menteri KPKT yang mewakili rakyat Malaysia yang berbilang kaum perlu sedar bahawa terdapat lagi beberapa kawasan yang boleh dijadikan sebagai tapak UNESCO.
Kata beliau, kampung baru cina hanya wujud kurang dari 100 tahun jika dibandingkan dengan kawasan-kawasan lain yang ada dalam negara ini.
“Adakah ini satu usaha untuk mengiktiraf bukan bumiputera sebagai bumiputera secara beransur-ansur?” katanya.
Beliau menyatakan sekiranya Menteri KPKT melakukan sedemikian maka tindakan tersebut bukan sekadar diibaratkan bermain dengan api tetapi juga meningkatkan lagi sifat perkauman yang ada dalam negara ini.
Tambah beliau, menteri sebegini tidak seharusnya dikekalkan dalam negara ini yang sememangnya mempunyai berbilang bangsa dan agama.
“Kerajaan wajib memecat menteri seperti ini kerana keharmonian negara ini akan terus terganggu selagi menteri sebegini dikekalkan kecuali memang inilah cadangan yang mewakili kerajaan keseluruhannya,” ujarnya.
Beliau menggesa rakyat supaya tidak memandang remah mengenai isu ini kerana pembelaan rakyat bumiputera juga merupakan tanggungjawab kerajaan pada masa ini.
“Jika kerajaan sekarang ini masih tidak melakukan sedemikian maka rakyat patut berusaha menggantikan kerajaan yang tidak boleh lagi diletakkan harapan untuk membela Bumiputera ini,” tegasnya. – HARAKAHDAILY 8/2/2024 
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Pecat menteri bangkrap idea  - A.Fadhli Shaari
Lagi kes ini juga bakal ganggu-gugat masa depan Islam -Siti Zailah. 

Keputusan kes Nik Elin bakal ganggu-gugat masa depan Islam
KOTA BHARU: Susulan Mahkamah Persekutuan semalam yang memutuskan 16 kesalahan di bawah Enakmen Kanun Jenayah Syariah (1) Kelantan 2019 adalah batal dan tidak sah, telah meletakkan mahkamah berkenaan jauh lebih tinggi berbanding Mahkamah Syariah.
Ketua Dewan Muslimat PAS Kelantan, Dato’ Siti Zailah Mohd Yusoff berkata, keputusan berkenaan telah meletakkan Mahkamah Syariah lebih rendah berbanding Mahkamah Persekutuan, tanpa mengambil kira perkara berkaitan agama.
Menurutnya, kesan daripada keputusan itu akan mengganggu-gugat kedudukan Islam di negara ini pada masa depan.
“Apa yang kita bimbangkan, hasil keputusan ini bukan sahaja membolehkan undang-undang di Kelantan dicabar, tetapi seluruh undang-undang Islam di negeri lain  juga akan dicabar setelah kejayaan bermula di Kelantan.
“Jadi, mereka akan lebih berani setelah kejayaan tersebut dan golongan liberal ini akan lebih bermaharajalela seolah -olah mereka ada kuasa,” katanya ketika dihubungi HarakahDaily, hari ini.
Tambah beliau, apa yang perlu dilihat apabila sesuatu undang-undang atau syariah itu dibuat bukan hanya dari sudut undang-undang fizikal, sebaliknya bagaimana hikmahnya dan kesan jangka panjang terhadap umat Islam
“Kita bimbang suasana yang ada ini akan memberi impak kepada masyarakat Islam yang tidak segan silu lagi untuk melakukan perkara yang bercanggah dengan agama,” ujarnya.
Mahkamah Persekutuan, semalam  dalam keputusan majoriti 8-1 memutuskan 16 daripada 18 kesalahan di bawah Enakmen Kanun Jenayah Syariah (1) Kelantan 2019 adalah batal dan tidak sah.
Keputusan bersejarah itu disampaikan oleh Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat yang mengetuai panel sembilan anggota selepas membenarkan permohonan petisyen Nik Elin Zurina Nik Abdul Rashid dan anaknya, Tengku Yasmin Nastasha Tengku Abdul Rahman bagi mencabar isu perlembagaan untuk membatalkan 18 peruntukan kesalahan di bawah enakmen tersebut. – HARAKAHDAILY  10/2/2024
Akhirnya, di M'sia, hanya tinggal pemimpin-pemimpin ekstrem mentadbir negara seperti DAP-madani yang masih bodoh sombong, degil tak mahu mengikut perkembangan keadilan dan kemanusiaan sejagat.



Sekian.
Kesimpulan:
Terima kasih tuan-tuan pengundi. Tuan telah menggunakan tugas tuan sebaik-sebaiknya, bila menyokong perjuangan parti Islam/PN dan rakan-rakan. Umat Islam wajib mempertahankan agamaNya dengan menentang kezaliman pemerintah puak anti Islam.
Namun, hak orang bukan Islam di negara ini pun wajib dilindungi oleh kerajaan Islam yang memerintah. Sila lihat peraturan dan hukum 'Hak orang bukan Islam dalam negara Islam' yang sebenar. Lihat negeri Kelantan sebagai contoh awalnya. 
Terima kasih juga kepada kawan-kawan kita yang bukan dan belum Islam.
Sekian. Wassalam. 
Maaf zahir batin, dari rakan Islammu Ibnu Hasyim.

Siri kebangkitan 'damai' se dunia Israel/AS berakhir.. 
1. S'pura kutuk HAMAS. DAP,/PAP/S'pura/Israel sama?2. Doa rakyat K'tan-M'sia untuk Paleestin. & DAP/PAP ...3 .Kebangkitan 'damai' se dunia.. & burung unta soro...3. Kepada peminat filem, Gaza karya fiksyen?5. Ada kapal terkait Israel, serang! Ranapkan..6.Tel Aiv diserang HAMAS, Iran, Yaman & +++7. Israel kalah perang di Gaza. & kesan di M'sia..8. AS Tiba-Tiba 'Bela' Hamas, mengapa?9. Gencatan senjata, Israel/HAMAS awal kemenangan Is...10. Rahsia kekuatan HAMAS. & Misteri wanitanya..11. Ini, Mossad Israel, buru HAMAS hingga ke M'sia, ki...12. Ini, Abu Ubaidah jadi hujung tombak Al-Qassam HAMAS.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.ibnuhasyim.com/2024/02/pecat-menteri-bangkrap-idea-afadhli.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pemimpin Utama Bersatu Sering Muncul Di Pejabat Perdana Menteri

Pemimpin Utama Bersatu Sering Muncul Di Pejabat Perdana Menteri

papar berkaitan - pada 4/2/2024 - jumlah : 120 hits
Elill EaswaranPETALING JAYA Seorang pemimpin utama Bersatu baru baru ini sering kelihatan di Pejabat Perdana Menteri dipercayai melakukan rundingan demi survival beberapa pemimpin tertentu sehingga pilihan raya parti menurut sumber terdekat...
Kes Bekas Setpol Menteri 2 Saksi Didakwa Kerana Beri Keterangan Bercanggah

Kes Bekas Setpol Menteri 2 Saksi Didakwa Kerana Beri Keterangan Bercanggah

papar berkaitan - pada 3/2/2024 - jumlah : 189 hits
BernamaAhmad Hisham Mohd Tajuddin dan Zainudin Abdul Majid didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur atas tuduhan memberi keterangan bercanggah dalam perbicaraan kes rasuah bekas setiausaha politik kepada Mohamad Sabu KUALA LUMPUR Dua saksi u...
2 Didakwa Beri Keterangan Bercanggah Kes Bekas Setpol Menteri

2 Didakwa Beri Keterangan Bercanggah Kes Bekas Setpol Menteri

papar berkaitan - pada 2/2/2024 - jumlah : 199 hits
Ahmad Hisham Mohd Tajuddin dan Zainudin Abdul Majid didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur atas tuduhan memberi keterangan bercanggah dalam perbicaraan kes rasuah bekas setiausaha politik kepada Mohamad Sabu KUALA LUMPUR Dua saksi utama pe...
Kanser Di Malaysia Mungkin Naik 2 Kali Ganda Jelang 2040 Menteri Kesihatan

Kanser Di Malaysia Mungkin Naik 2 Kali Ganda Jelang 2040 Menteri Kesihatan

papar berkaitan - pada 5/2/2024 - jumlah : 179 hits
Menteri Kesihatan YB Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad memaklumkan yang kejadian kanser di Malaysia mungkin naik 2 kali ganda menjelang 2040 dan kanser hati antara 5 kanser paling lazim di negara ini Kanser hati kanser 5 paling lazim di Malaysi...
Podcast Yang Bakar Menteri Ybm Malam Ini Akan Menampilkan Saudara Faiz Dari Rancangan Financial Faiz

Podcast Yang Bakar Menteri Ybm Malam Ini Akan Menampilkan Saudara Faiz Dari Rancangan Financial Faiz

papar berkaitan - pada 5/2/2024 - jumlah : 228 hits
JENUH DAH AJAK TIKTOKER PENAKUT PAPAGOMO KA PARPUKARI KA YB VIRAL LAGI TAK GUNA PUAD ZAKARSHI TAK KAN TAK MAHU DAH GELAR RAJA FORMULA LA BAGAI CUBA SAMBUT POTCAST DENGAN MENTERI RAFIZI KA HANG TAKUT JUGAM Usaha berterusan dari pejabat saya ...
Yang Di Pertuan Agong Terima Mengadap Perdana Menteri Sempena Mesyuarat Pra Kabinet

Yang Di Pertuan Agong Terima Mengadap Perdana Menteri Sempena Mesyuarat Pra Kabinet

papar berkaitan - pada 7/2/2024 - jumlah : 262 hits
YANG DI PERTUAN AGONG TERIMA MENGADAP PERDANA MENTERI SEMPENA MESYUARAT PRA KABINET KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di Pertuan Agong Sultan Ibrahim berkenan menerima mengadap YAB Dato Seri Anwar Ibrahim Perdana Menteri bersempena mesyuarat P...
Pm Menteri Kewangan Terbabit Akan Dipanggil Kes Spanco

Pm Menteri Kewangan Terbabit Akan Dipanggil Kes Spanco

papar berkaitan - pada 7/2/2024 - jumlah : 183 hits
HarapandailySuruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia akan memanggil semua yang terbabit dalam membuat keputusan penganugerahan kontrak perolehan syarikat membekal dan menguruskan kenderaan kerajaan Spanco Sdn Bhd sejak syarikat itu beroperasi...
How Malaysians Can Tactically Deal With Zakir Naik S Non Ban

Millennium Hotels And Resorts Marks Three Decades In Hospitality

Increment Finance On Flow A One Stop Platform For Trading Lending And Staking

Risiko Asteroid Hentam Bumi Meningkat Nasa

Tercekik Gula Gula 39 Gummy 39 Mata

Online Presence Is Critical For Business

68 Warganegara Asing Diusir Ntl Dilarang Masuk Malaysia

Sambal Tempe Kangkung Buat Pedas Lagi Sedap


echo '';
10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria

Siti Saleha Kahwin Ini Biodata Suami Barunya Joshua Fitton


Bufet Ramadan 2025 Warna Rasa Ramadan Buffet Di Royale Chulan Hotels Resorts

Singgah Makan Tengah Hari Di Restoran Beriani Salai Taman Melati Kuala Lumpur

Inovasi Teknologi Untuk Seragam Kerja Ramah Lingkungan

Raikan Kemeriahan Hari Raya Dengan Himpunan Unik Trio Carlo Rino

Lirik Lagu Aku Yang Dulu Daniesh Suffian

Noah Feat Ramengvrl Suara Dalam Kepala Chord