Peach Strudel One Of Top Menu Must Try At Kenny Hills Bakers Bukit Tunku
Salam to all readers,
| Peach Strudel One of Top Menu Must Try at Kenny Hills Bakers, Bukit Tunku | Ikutkan aku jarang pergi cafe melainkan kalau orang mengajak. Abang dan kakak ipar aku rajinlah foodhunting dekat cafe sambil menikmati pastry, boleh dikatakan setiap hujung minggu ada je lepas satu cafe ke cafe dia pergi. Nak dijadikan cerita seminggu sebelum aku naik gunung dekat Pahang, minggu tu aku pergi Kenny Hills Bakers. Bakery ini cukup glamours, aku pernah pergi sekali tu pun outlet dekat TTDI, dan punyalah ramai orang waktu tu, dan kiteorang tak tahu apa sedap tibai je order haritu. Jadi kalini, moksu aku ajak pergi outlet dekat Bukit Tunku.
Cantik persekitaran outlet Kenny Hills Bakers, Bukit Tunku ini, deretan kedainya ada juga cafe-cafe lain juga. Mujur kiteorang dalam seawal jam 11.00am lebih macam tu, beratur pun tak panjang sangat. Kiteorang pun hanya datang berdua senanglah dapat tempat. Outlet Kenny Hills Bakers, Bukit Tunku ini kira lebih selesa dan luas compare area TTDI. Bagi akulah. Aku pantang dipelawa kalau moksu aku ajak makan, sebab dia suka bawa tempat makan sedap-sedap. Aku nak pergi lambatt lagi.
Jom tengok makanan apa yang kiteorang makan haritu, macam biasalah kalau datang cafe je menu yang aku order sudah semestinya Spaghetti. Spaghetti dekat sini boleh tahan sedap. Biasa aku dengan moksu aku suka makan dekat Upstairs, Subang Jaya sana. Sana dia punya Spaghetti memang sedap, baik bolognese, carbonara, semua sedap pendek cerita.
Yang ini paling famous dekat Kenny Hills Bakers iaitu Peach Strudel. Ualls kena try kalau datang sini. Dia punya hidangan cukup menarik, ditambah pula rasanya memang cukup padu. Ia tidak begitu rapuh pun, elok je potong, digabung pula dengan cheese tu dan peach. Rasanya tidak muak pun. Kesinambungan kedua-dua gabungan ini memang cukup rasa. Aku boleh bagi 5/5. Moksu aku cakap ini memang one of top menu dekat Kenny Hills. Bila aku google pun memang betul. Patutlah ramai orang berkerumun datang cafe ini
Ini pula Croissant inti sardin. Boleh tahan sedap juga, rasanya tidak terlalu muak. Croissantnya pun cantik terbentuk dan tidak terlalu rapuh. Disebabkan kami kekenyangan makan sweet potato dan spaghetti. Alih-alih lebihnya aku yang tapau bawa balik rumah
Ini bagi aku paling sedap juga dekat Kenny Hills Bakers iaitu Sweet potato. Awal haritu yang aku pergi dengan Oyah dekat outlet TTDI, kiteorang main order entah apa benda tak ingat aku. Yang penting kurang sedap menu kiteorang pilih. Moksu aku dia lagi advances, dah tahu apa yang sedap dekat sini, jadi dialah order. Sepanjang keluar dengan dia, tempat makan dia bawa memang mostly sedap, jaranglah xsedap melainkan service lembab. Tapi harini kiteorang turun Lisette's Empire Subang, tapi tak ada hidangan yang kiteorang nak makan.
Muka gembiralah, sebab Aireen dah ada orang jaga. Jadi, dia boleh kesana kemari. Tunggu besar sikit, Aireen bolehlah join trip makan, sebelum tu kena join hiking dulu. Ada berani?
Ikutkan banyak lagi menu yang ditawarkan Kenny Hills Bakers, Bukit Tunku ini. Antaranya ada kek, cheese tart, donut, pie, pizza, dan macam-macam lagi. Disebabkan kiteorang datang berdua je, makan yang mana nak rasa. Biasa akulah yang tukang habiskan makanan. Moksu aku beria nak pergi makan, walhal dia makan sikit je. Yang gemoknya aku sorang
Out Kenny Hills Bakers, Bukit Tunku ini recommended sangatlah kalau korang nak meet up dengan kawan-kawan, meeting dengan client (weekdays), foodhunting. Sebab makanan dekat sini memang sedap, paling penting korang kena try dia punya Peach Strudel dekat sini, rasanya tak mengecewakan. Malah korang akan datang semata nak repeat lagi. Kenny Hills Bakers ini dah banyak outlet. Outlet yang aku pergi ini dekat Bukit Tunku. Cantik dan selesa tempatnya, staff pun cepat je buat kerja.
Kalau nak datang bawa 1 family dengan anak kecik, better datang awal pagi, tengahari orang ramai. Kesian tengok mak-mak yang dukung anak beratur. Kalau datang nak relax sambil menikmati hidangan datang awal pagi okay. Baik datang sensorang pun banyak syok.
Kenny Hills Bakers, Bukit TunkuAlamat: Lot B-2, Taman Tunku, Off, Jln Langgak Tunku, Bukit Tunku, 50480 Kuala LumpurOperasi: Setiap hari (Jam 8.00am-10.00pm)Rate: 4.9/5
Tunggu apa lagi, bolehlah plan ke sini nanti k! Enjoy your food!
Thank you for reading guys!
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.missazwarsyuhada.com/2022/11/peach-strudel-one-of-top-menu-must-try.html