Pdrm Sedia Beri Senjata Api


KUALA LUMPUR: Jika dahulu kumpulan gengster sering dikaitkan dengan judi haram atau pelacuran namun kebe­lakangan ini mereka dikesan meng­ubah kegiatan dengan beralih kepada penyeludupan rokok dan arak di pelabuhan-pelabuhan utama.
Malah, situasi ber­ubah susulan pelaksanaan Pe­rintah Kawalan Pergerakan (PKP), Pe­rin­tah Kawalan Pergerakan Ber­syarat (PKPB) dan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) akibat ancaman Covid-19 sehingga menyebabkan ba­nyak aktiviti terhenti.
Modus operandi sindiket ini menyasarkan pelabuhan-pelabuhan utama yang sibuk kerana lokasi itu menerima ba­nyak kemasukan kontena hingga berlaku penyelewengan konon ‘terlepas pandang’ barangan seludup melalui mesin pengimbas sedia ada.
Perkara itu disahkan Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador kepada Utusan Malaysia semalam sambil meng­akui sedia maklum senario ter­sebut, namun tiada laporan di­terima.
Lebih teruk lagi, kegiatan seludup itu semakin membimbangkan kerana ada sin­diket dengan be­­rani­nya mengancam keselamatan pegawai-pegawai penguat kuasa demi ‘menghalal­kan’ kegiatan mereka.
Tidak cukup dengan itu, ada sebahagian penguat kuasa yang ‘tamak’ hingga sanggup bersekongkol dengan memberi laluan selamat untuk membawa kontena berisi rokok dan arak seludup keluar dari pelabuhan berkenaan.
Difahamkan, ada kontena yang berjaya dibawa keluar oleh sindiket, kemudiannya ‘dirompak’ oleh kumpulan gengster yang lain namun tiada laporan polis dibuat memandangkan kontena berisi bara­ngan seludup.
Kata Abdul Hamid, dalam pertemuan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dengan Jabatan Kastam Diraja Malaysia baru-baru ini mereka ada membincangkan beberapa isu di pelabuhan termasuk kesedia­an PDRM memberi kerjasama dari sudut keperluan senjata api.
“Kita ada dengar ramai pegawai penguat kuasa di pelabuhan diugut dan digertak oleh gengster sehingga ada antara­nya diacukan senjata api. Mungkin pegawai-pegawai tersebut takut dan tidak tampil lapor kepada kita.
“Kita mohon mana-mana pi­hak yang terancam tampil membuat laporan polis. Jangan takut kerana maklumat mereka tidak akan didedahkan selain PDRM sedia beri pihak Kastam senjata api jika diperlukan,” katanya.
Tegas Abdul Hamid, beliau sama sekali tidak akan bagi muka pada mana-mana gengster dan memberi amaran akan me­nahan sesiapa sahaja jika didapati terlibat dalam jenayah berke­naan.
Beliau turut mendedahkan tiga pegawai kanannya yang bertugas di Semenanjung sudah berada dalam ‘radar’ perhatiannya kerana mereka disyaki terlibat dalam ‘memudahkan urusan penyeludupan’ di pelabuhan.
Turut berada dalam senarai ‘radar’ tersebut termasuk seorang kenamaan (VIP) berpangkat Datuk Seri. Bagaimanapun Abdul Hamid enggan mengulas lanjut penglibatan VIP tersebut.
“Saya sudah cukup beri ama­ran kepada semua pegawai dan anggota PDRM jangan terlibat dan bersekongkol dengan mana-mana kumpulan gengster tetapi masih ada lagi yang tamak hingga sanggup menjadi ‘balaci’ kepada sindiket-sindiket ini.
“Saya nasihatkan VIP terbabit segera hentikan aktivitinya,” katanya
utusan
The post PDRM sedia beri senjata api appeared first on My KMU NeT.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2020/08/08/pdrm-sedia-beri-senjata-api/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Sop Rela Guna Senjata Api Akan Diperhalusi

Sop Rela Guna Senjata Api Akan Diperhalusi

papar berkaitan - pada 25/7/2020 - jumlah : 358 hits
SOP Rela guna senjata api akan diperhalusi Dikemas kini 21 minit yang lalu Diterbitkan pada 25 Jul 2020 3 43PM
Miliki Senjata Api Rakitan Pemesan Sabu Di Ntb Terancam Hukuman Mati

Miliki Senjata Api Rakitan Pemesan Sabu Di Ntb Terancam Hukuman Mati

papar berkaitan - pada 3/8/2020 - jumlah : 203 hits
MK alias Gemok pemesan dua kilogram sabu dari Medan Sumatera Utara terancam hukuman mati terkait kepemilikan senjata api rakitan mirip revolver yang dilengkapi butiran peluru aktif
50 Kali Beraksi Dengan Senjata Api Pencuri Motor Ini Ditangkap Polisi

50 Kali Beraksi Dengan Senjata Api Pencuri Motor Ini Ditangkap Polisi

papar berkaitan - pada 4/8/2020 - jumlah : 337 hits
Jajaran Subdit Resmob Direktorat Reserse Kriminal Umum Polda Metro Jaya menangkap seorang pelaku pencurian dengan pemberatan kendaraan sepeda motor Pelaku yang ditangkap pada 23 Juli 2020 tersebut diketahui atas nama inisial P alias O
Sinki Tersumbat Selesai Dengan Soda Kuda Api

Sinki Tersumbat Selesai Dengan Soda Kuda Api

papar berkaitan - pada 10/8/2020 - jumlah : 674 hits
Masalah sinki tersumbat selesai dengan Soda Kuda Api Assalamualaikum dan Hai Selamat kembali bertugas pada yang dah mula bekerja hari ni Lama cuti Tahun Baru Cina kan rasa macam nak cuti lama lagi Huhu Cuti cuti ni mesti ramai family datang...
Terbakar Api Cemburu Pria Di Bali Tusuk Kekasih Hingga Tewas

Terbakar Api Cemburu Pria Di Bali Tusuk Kekasih Hingga Tewas

papar berkaitan - pada 11/8/2020 - jumlah : 315 hits
Oki P Mila alias Yanus dengan tega menghabisi nyawa kekasihnya sendiri bernama Elsabet Adji di kamar indekos Jalan Wayan Gentuh Gang V Nomor 11 Dalung Kecamatan Kuta Utara Kabupaten Badung Bali Senin sekitar pukul 12 30 WITA Motif Pelaku me...
Warga Geruduk Kafe Di Garut Gara Gara Gelar Pesta Kembang Api

Warga Geruduk Kafe Di Garut Gara Gara Gelar Pesta Kembang Api

papar berkaitan - pada 10/8/2020 - jumlah : 293 hits
Ratusan warga Kecamatan Tarogong Kidul Kabupaten Garut Minggu malam menggeruduk sebuah kafe yang ada di kawasan Jalan Cimanuk Kecamatan Tarogong Kidul Kabupaten Garut Di sana mereka membubarkan kegiatan pesta kembang api yang digelar oleh p...
Ketam Masak Lemak Cili Api Suami Untuk Isteri Mengidam

Ketam Masak Lemak Cili Api Suami Untuk Isteri Mengidam

papar berkaitan - pada 9/8/2020 - jumlah : 389 hits
Assalamualaikum dan Salam Alam Maya Kembali menulis nak ulang tayang balik semasa Si Isteri mengidamkan Ketam Di sebabkan menjadi weekend husband sama sama merantau jauh dari kampung halaman Nak mintak Ma Mak masak pun jauh Maka dengan berk...
Letupan Mungkin Berpunca Dari Percikan Api Kimpalan

Letupan Mungkin Berpunca Dari Percikan Api Kimpalan

papar berkaitan - pada 6/8/2020 - jumlah : 278 hits
Beirut Letupan yang berlaku di bandar ini dikatakan berpunca daripada percikan api hasil aktiviti mengimpal pintu gudang Mirror melaporkan berdasarkan laporan stesen televisyen Lubnan LBCI siasatan awal mendapati letupan itu berlaku selepas...
4 Hektare Lahan Dekat Tol Palindra Terbakar Tiupan Angin Buat Api Cepat Menjalar

4 Hektare Lahan Dekat Tol Palindra Terbakar Tiupan Angin Buat Api Cepat Menjalar

papar berkaitan - pada 11/8/2020 - jumlah : 236 hits
Lahan yang terbakar diketahui tak berproduksi alias terlantar Tim masih menelusuri pemilik lahan untuk mengetahui penyebab kebakaran
Sydney Sweeney 2024 Pantyhose Queen Part Two

Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration

The West Isn T Dying But It S Working On It

Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids

Fort Kemar Pusat Operasi Di Tengah Belantara

Lepas Misi Selawat Ruhainies Sertai Majlis Agama Uai

Have A Relaxing Day With Friends Over Lunch Or Dinner


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Kulit Tampak Berseri Selepas Rawatan Pico Plus Laser Di Mbh Medispa Flagship Boutique Johor Bahru

Divulgue Para At 200 Milh Es De Emails Boom De Vendas

Memahami Hukum Transaksi Forex Dan Kripto Menurut Fatwa Mui

Beli Antibiotik Dalam Online

Bercuti Ke Thailand

The Future Of Nutrient Analysis In Cannabis Cultivation