Pdrm Atm Banteras Anggota Pegawai Terlibat Dadah


KUALA LUMPUR, 2 MAC: Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) akan berganding bahu dalam melaksanakan pemeriksaan mengejut ke atas anggota kedua-dua agensi keselamatan itu yang disyaki terbabit dengan penyalahgunaan dadah.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador berkata anggota yang berpotensi terbabit dengan penyalahgunaan dadah akan dipantau termasuk pengawasan dari sudut tingkah laku bagi memastikan mereka bebas dadah.
Menurutnya, polis menerusi Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik dan ATM akan bekerjasama menjalankan pemeriksaan mengejut dan usaha itu akan digandakan bagi memastikan anggota bebas dadah.
“Menjadi tanggungjawab polis dan ATM ke atas keselamatan negara dan wajib bagi setiap anggota bersih daripada penyalahgunaan dadah. Tindakan perlu diambil bagi membersihkan nama dua pasukan keselamatan ini daripada terpalit dengan elemen salah iaitu dadah.
“Kalau dilihat dalam PDRM, lebih 300 anggota terlibat dengan dadah dan misi kami adalah memastikan anggota bebas dadah sepenuhnya kerana disiplin anggota adalah penting,” katanya pada sidang media selepas menerima kunjungan hormat Panglima ATM, Jeneral Tan Sri Affendi Buang di Bukit Aman di sini hari ini.
Kunjungan hormat yang merupakan acara tradisi itu diadakan bagi mengeratkan hubungan dua agensi keselamatan negara selain berbincang mengenai peranan masing-masing dalam menjalankan tugas.
Mengulas mengenai ancaman dadah dalam kalangan anggota ATM, Affendi berkata walaupun penglibatan anggota ATM dengan dadah adalah kecil namun pihaknya tetap memandang serius kerana ia melibatkan keselamatan negara.
“Usaha untuk menghapuskan penglibatan anggota dengan penyalahgunaan dadah dilakukan setiap masa, contohnya dengan melakukan ujian saringan urin dan tangkapan sentiasa dilaksanakan.
“Walaupun diberikan hukuman berat kepada sesiapa yang menyalahgunakan dadah tetapi perkara ini tidak dapat dihentikan seratus peratus…sentiasa ada anggota yang ingin mencuba disebabkan keadaan persekitaran yang berlaku,” kata Affendi.
Sementara itu, dalam perkembangan lain, Affendi berkata satu jawatankuasa khas akan ditubuhkan bagi meneliti semula ketetapan cara pemakaian uniform polis dan ATM bagi mengelakkan kekeliruan.
“Kami bukan mahu uniform ini sebagai eksklusif untuk ATM atau PDRM tapi perlu faham bahawa pemakaian uniform dan lencana untuk pengawai ada satu kelainan… Kami tidak mahu disalah tafsir,” katanya.
Jelasnya, hasil saranan jawatankuasa tersebut akan diserahkan kepada pihak berwajib selepas selesai kelak.
– BERNAMA

Free IPTV @5tr0kk +500 Channel


Tonton TV online secara percuma dari handfon atau android box anda!


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://ohsemput.blogspot.com/2020/03/pdrm-atm-banteras-anggota-pegawai.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Senarai Nama 10 Pegawai Kanan Pdrm Terlibat Dalam Pertukaran Jawatan

Senarai Nama 10 Pegawai Kanan Pdrm Terlibat Dalam Pertukaran Jawatan

papar berkaitan - pada 7/3/2020 - jumlah : 904 hits
Senarai Nama 10 Pegawai Kanan PDRM Terlibat Dalam Pertukaran Jawatan KUALA LUMPUR Ketua Urus Setia Ketua Polis Negara Bukit Aman Deputi Komisioner Datuk Ramli Mohamed Yoosuf antara 10 pegawai kanan Polis Diraja Malaysia yang terlibat dalam ...
Komisaris Garuda Indonesia Dorong Pegawai Wanita Duduki Jabatan Strategis

Komisaris Garuda Indonesia Dorong Pegawai Wanita Duduki Jabatan Strategis

papar berkaitan - pada 28/2/2020 - jumlah : 289 hits
Komisaris Independen PT Garuda Indonesia Tbk Yenny Wahid berharap tidak ada diskriminasi gender di Garuda Indonesia Dia ingin pegawai perempuan bisa menduduki jabatan strategis di Garuda Indonesia di masa mendatang
Wang Rm2 6 Bilion Derma Raja Arab Saudi Kepada Najib Pegawai Penyiasat Sprm

Wang Rm2 6 Bilion Derma Raja Arab Saudi Kepada Najib Pegawai Penyiasat Sprm

papar berkaitan - pada 28/2/2020 - jumlah : 452 hits
Saksi pembelaan kesembilan kes perbicaraan SRC International Sdn Bhd melibatkan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak memberitahu mahkamah sememangnya ada derma dari Raja Arab bernilai RM2 6 bilion Saksinya yang juga Pegawai Penyiasa...
Hukum Mati Tikam Pegawai

Hukum Mati Tikam Pegawai

papar berkaitan - pada 2/3/2020 - jumlah : 327 hits
BEIJING Mahkamah China menjatuhkan hukuman mati ke atas seorang lelaki kerana menikam dua orang pegawai di pusat pemeriksaan bagi mengawal penyebaran COVID 19 Virus berkenaan yang kini menjangkiti lebih 80 000 orang dan membunuh hampir 3 00...
Covid 19 Tikam Pegawai Kesihatan Bertugas Pemandu Van Dijatuhkan Hukuman Mati

Covid 19 Tikam Pegawai Kesihatan Bertugas Pemandu Van Dijatuhkan Hukuman Mati

papar berkaitan - pada 2/3/2020 - jumlah : 409 hits
SEORANG lelaki dijatuhkan hukuman mati oleh Mahkamah China semalam selepas terlibat dalam insiden menikam dua pegawai kesihatan sehingga terbunuh pada 6 Februari lalu Ketika hari kejadian lelaki berkenaan Ma Jianguo 23 sedang memandu mini v...
Pegawai Komuniti Pukul 2 Ekor Anjing Poodles Sampai Mati Di Depan Pemiliknya Untuk Halang Penularan Wabak Koronavirus

Pegawai Komuniti Pukul 2 Ekor Anjing Poodles Sampai Mati Di Depan Pemiliknya Untuk Halang Penularan Wabak Koronavirus

papar berkaitan - pada 25/2/2020 - jumlah : 340 hits
Seorang pegawai komuniti di China didakwa memukul dua ekor anjing Poodles dengan batang besi sehingga mati di depan pemiliknya dengan alasan mahu menghentikan penularan wabak koronavirus Dua ekor anjing malang itu dipukul sehingga mati di s...
Lirik Lagu Untuk Yang Bersamanya Mahalini

Austrian Avalanche Our 7 Favorite Custom Ktm Motorcycles

Sarapan Sa Pagi Ini Jumaat 19 Dec 2025

Penyakit Jantung Iskemia Terus Jadi Punca Utama Kematian Di Malaysia Selangor Catat Jumlah Tertinggi

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Pahang Jabatan Kastam Diraja Malaysia Pahang Perhebat Usaha Cegah Rasuah

Diskaun Tol 50 Hari Krismas 2025 Tarikh Waktu Pelaksanaan

Kejayaan Mihas Shanghai Jualan Melonjak Melebihi Jangkaan

Paper Cup Viral Kenapa Rekaan Simple Lebih Menarik Pelanggan


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Anugerah Rekod Nilam

Reset Hidup Untuk Tahun 2026 Cara Mulakan Semula Tanpa Tekanan

The Roi Of A Coffee

Fungsi Sleeve Paper Cup Dalam Industri Kafe F B

Kedudukan Akhir Futsal Lelaki Sukan Sea 2025 Sorotan Pencapaian Dan Keputusan

Tantangan Ekonomi Unik China Analisis Masalah Dan Implikasinya