Pbsnt Akan Kaji Kekalahan Memalukan Tfc


KUALA TERENGGANU – Persatuan Bolasepak Negeri Terengganu (PBSNT) akan melakukan bedah siasat terhadap kekalahan memalukan Terengganu FC (TFC) kepada Petaling Jaya City FC (PJ City) pada aksi Liga Super, semalam.
Presidennya, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar, berkata bedah siasat itu penting bagi mengenal pasti punca kemerosotan prestasi pemain TFC sehingga skuad penyu itu tewas 3-5 di tangan pendatang baharu Liga Super itu di gelanggang sendiri.
“Saya rasa semua pihak kecewa dengan prestasi TFC malam tadi (semalam). Tetapi kita akan tengok balik apa sebenarnya berlaku sehingga perlawanan berakhir begitu teruk sekali.
“Daripada kita hampir menang pada awalnya, di saat-saat akhir kita boleh kalah pula. Kita akan tengok balik secara keseluruhan.
“Kita tidak ragu-ragu tentang keupayaan jurulatih kita, tetapi kita akan tengok balik di mana kelemahan strategi dan apakah perkara yang menyumbang kepada kekalahan itu, kita ambil serius,” katanya selepas mempengerusikan mesyuarat mingguan EXCO di Wisma Darul Iman di sini, hari ini.

Ahmad Samsuri yang juga Menteri Besar Terengganu berkata, beliau maklum prestasi setiap pemain ada ada turun dan naik, tetapi mereka perlu mencari jalan keluar untuk meminimumkan kekalahan.
“Macam pasaran saham juga ada turun naik, begitu juga prestasi pemain. Ini juga berlaku pada pasukan hebat di luar negara malah kelab terkemuka dalam Liga Perdana Inggeris sekali pun.
“Cuma kita harap proses turun naik (prestasi) itu tidaklah begitu besar. Kita faham ada hari prestasi pemain kurang menyerlah, yang penting kita cari jalan untuk meminimumkan kekalahan dalam perlawanan,” katanya.
Beliau berkata, pihaknya juga sering berbincang dengan jurulatih setiap kali pertemuan dan prestasi buruk TFC semalam harus diambil serius oleh pihak pengurusan.
Dalam aksi Liga Super di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, di sini, semalam, TFC mendahului 3-0 pada babak pertama perlawanan namun skuad The Pheonix tidak luntur semangat apabila bangkit bertenaga pada babak kedua sebelum mencatat kemenangan 5-3.
Kekalahan tidak dijangka itu menyebabkan lebih 200 peminat setia TFC berkumpul di luar pintu masuk utama stadium sejurus tamat perlawanan sebagai tanda protes berikutan prestasi memalukan pemain.
Peminat tegar skuad Penyu itu turut berkumpul dengan melaungkan kata-kata ‘pedas’ termasuk meminta pihak pengurusan PBSNT melakukan rombakan terhadap pemain termasuk awang import kerana gagal mempamerkan aksi terbaik.


Sumber: kulihatlangitbiru.com

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.terengganu11.com/2019/05/pbsnt-akan-kaji-kekalahan-memalukan-tfc.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Piala Fa Kekalahan Besar Tfc Memalukan Ahmad Said

Piala Fa Kekalahan Besar Tfc Memalukan Ahmad Said

papar berkaitan - pada 12/5/2019 - jumlah : 282 hits
KUALA TERENGGANU Kegagalan Terengganu FC layak ke semi final Piala FA ekoran kekalahan besar 4 0 kepada Pahang malam tadi turut menarik perhatian bekas Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Said Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri y...
Pru Mengejut Umno Masih Lagi Terkejut Kekalahan Pru 14

Pru Mengejut Umno Masih Lagi Terkejut Kekalahan Pru 14

papar berkaitan - pada 18/5/2019 - jumlah : 648 hits
IPOH Kenyataan pemimpin UMNO bahawa kemungkinan Pilihan Raya Umum Ke 15 diadakan secara mengejut menunjukkan parti itu masih terkejut dengan kekalahan dalam PRU 14 Ketua Angkatan Bersatu Anak Muda Parti Pribumi Bersatu Malaysia Syed Saddiq ...
People Power Siasat Menolak Kekalahan

People Power Siasat Menolak Kekalahan

papar berkaitan - pada 22/5/2019 - jumlah : 214 hits
Berikut ini Kajian IKHTIYAR MENGGAGALKAN MAKAR Keputusan Bahtsul Masail Kebangsaan Pengurus Wilayah Nahdlatul Ulama Jawa Timur tentang Hukum Menolak Hasil Pemilu dengan Dalih Kedaulatan Rakyat SK 209 PW A II L V 2019 A Deskripsi Masalah Esk...
Pemerintah Akan Bentuk Tim Hukum Nasional Kaji Ucapan Dan Pemikiran Tokoh

Pemerintah Akan Bentuk Tim Hukum Nasional Kaji Ucapan Dan Pemikiran Tokoh

papar berkaitan - pada 6/5/2019 - jumlah : 246 hits
Pemerintah akan Bentuk Tim Hukum Nasional Kaji Ucapan dan Pemikiran Tokoh Dia menegaskan tim ini berisi para hukum tata negara kemudian akademisi dan para ahli Dirinya menuturkan sudah membicarakan ini juga dengan para ahli yang telah diund...
Kekalahan Lalu Bawa Hikmah Bagaimana Negara Diuruskan Dengan Baik Oleh Bn Raof

Kekalahan Lalu Bawa Hikmah Bagaimana Negara Diuruskan Dengan Baik Oleh Bn Raof

papar berkaitan - pada 4/5/2019 - jumlah : 269 hits
JASIN 4 April 8211 Pengerusi Badan Perhuhungan UMNO Melaka Datuk Ab Rauf Yusoh berkata bulan Mei pelbagai ulang tahun diraikan termasuklah sambutan ulang tahun UMNO dan pada masa yang sama ianya adalah ulang tahun pertama musibah melanda ne...
Fdi Tertinggi Dalam Sejarah Penipuan Bulan Ramadhan Yang Memalukan

Fdi Tertinggi Dalam Sejarah Penipuan Bulan Ramadhan Yang Memalukan

papar berkaitan - pada 19/5/2019 - jumlah : 277 hits
FDI tertinggi dalam sejarah lapor BERNAMA Skill kewayangan Menteri Kewayangan kita level up lagi hari ini Hari ini dia puji sendiri apabila dia mengumumkan bahawa pelaburan asing ke Malaysia telah capai tahap paling tinggi pada suku pertama...
Pemain Tfc Masih Hebat Walaupun Ketiadaan Irfan

Pemain Tfc Masih Hebat Walaupun Ketiadaan Irfan

papar berkaitan - pada 18/5/2019 - jumlah : 430 hits
KETIADAAN Irfan Bakti Abu Salim tidak akan menjejaskan tumpuan pemain Terengganu FC untuk mengutip tiga mata penuh apabila berdepan Felda United dalam saingan Liga Super di Stadium Tun Razak Jengka malam esok Jaminan itu diberikan penolong ...
Tfc Ii Pincang Tanpa Akanni Sunday

Tfc Ii Pincang Tanpa Akanni Sunday

papar berkaitan - pada 20/5/2019 - jumlah : 207 hits
PENGENDALI Terengganu FC ll Tengku Hazman Raja Hassan gusar kerana jentera serangan TFC ll masih tumpul dan bergantung sepenuhnya kepada pemain import 8220 Saya akui ketiadaan Akanni Sunday yang digantung satu perlawanan kerana me
3 Pemain Tfc Ii Dicadang Serap Ke Terengganu Fc

3 Pemain Tfc Ii Dicadang Serap Ke Terengganu Fc

papar berkaitan - pada 22/5/2019 - jumlah : 275 hits
KUALA TERENGGANU Pengendali Terengganu FC II Tengku Hazman Raja Hassan menyifatkan sekurang kurangnya tiga pemain yang berada dalam skuadnya berpotensi untuk diserap dalam pasukanTerengganu FC Katanya mereka adalah Hasan Basri Ahmad Ridzuan...
Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

Ditch The Cubicle Your Home Office Guide

Kemalangan Di Lebuh Raya Utara Selatan Enam Mangsa Maut

Semak Bantuan Barang Dapur 2025

Scammer Di Facebook

Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Major Projects Will Make Sarawak An Asian Economic Force Says Premier

Final Call The Huawei Service Giving Season Ends On 31 December 2024


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Kawal Alergik Bila Alahan

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Indah Delvia Tacilak Di Nan Rami Chord

Libur Nataru Di Indonesia Kapan Saja

Floating Market Melaka Tarikan Lokasi Waktu Operasi

Kain Anduh Saiz Kegunaan Dan Jenis Balutan