Pbm Ditubuh Untuk Pastikan Azmin Dilantik Sebagai Tpm


SOROTAN PAGI

SEMALAM diumumkan barisan kepimpinan sebuah lagi parti baru, Parti Bangsa Malaysia (PBM) yang dikaitkan dengan bekas ahli Keadilan. Sebelum ini Ahli Parlimen Ampang Zuraida Kamaruddin disebut-sebut sebagai bakal memimpin parti ini. Tetapi tampaknya tidak jadi apabila ahli Parlimen Julau Larry Soon@Sug diumumkan sebagai presiden. Larry Sug ini juga adalah bekas ahli Keadilan dan pernah menjadi pengerusi Keadilan Sarawak. 
Manakala timbalan presiden I, Haliza Mohd Talha. Hampir 90% barisan kepimpinan diisi oleh bekas ahli Keadilan. Apa yang jelas parti yang dijenamakan semula daripada parti Pekerja Sarawak itu  menjadi wadah mengumpul bekas-bekas ahli Keadilan yang meninggalkan perjuangan reformasi.
Walaupun nama Zuraida dan Azmin Ali tidak disenaraikan dimana-mana jawatan dalam parti itu, tetapi hakikat mereka berdualah pemilik parti itu.  Yang menjadi roh dan jasadnya. 
Parti itu ditubuh atas kehendak naluri Azmin bukan sesiapa. Ia bertujuan untuk dijadikan alat atau wadah bagi memancu apa yang menjadi cita-cita agung Azmin dalam hidupnya selama ini untuk menjadi perdana menteri. Mungkin buat sementara mereka menyembunyikan diri dan meniup api menyalakan bara parti itu dari dalam, tetapi bila sampai ketika ia akan menjelma secara zahir juga. 
Keadaan itu sementara sahaja atau sebagai satu taktik untuk melihat reaksi seseorang terhadapnya. Sebab itu sejak awal-awal lagi sudah sudah membuat tebakan disebalik apa yang berlaku itu. Saya tidak mengira ia adalah kehendak Zuraida melainkan ia dijadikan alat atau abdi suruhan Azmin sahaja untuk kepentingannya. Kesetiaan Zuraida kepada Azmin mengatasi kesetiaan kepada presiden parti lamanya, Keadilan. 
Mungkin ramai orang tidak faham kenapa perlu ada PBM. Atau kenapa Azmin Ali perlu menubuhkan sebuah parti lain sedangkan beliau kini sudah menjadi ahli Bersatu. Apa yang boleh difahami berlakunya situasi itu kerana tentu ada sesuatu yang tidak menyenangkan sedang berlaku. Yang sudah pastinya Azmin dan kumpulan "muhajir" itu tidak selesa dengan apa yang berlaku, ia tidak memberi suasana kondusif buatnya untuk menapak ke kemuncak politiknya.  
Perlu difahami cita-cita Azmin adalah untuk menjadi perdana menteri, sama dengan apa dicita-citakan oleh bosnya sebelum ini Anwar Ibrahim. Apa yang dapat ditafsirkan dengan pewujudan parti itu menunjukkan Azmin sudah dapat mengira harapan dan kebergantungan angan-angan kepada Mahiaddin melalui Bersatu sudah pudar, sudah tidak ada harapan lagi. Serentak itu dengan tindakan Azmin itu, Bersatu kini sedang dalam keadaan retak yang menunggu belah sahaja. Nafas Bersatu tampaknya tidak berapa panjang?
Kepada para becak politik, apa perlu difahami dengan kewujudan PBM ialah perlu ditafsirkan maknawi politiknya tidak boleh dilihat selayar (lapis). Hal ini saya sudah tebak awal-awal lagi. Ia adalah merupakan agenda untuk mencapai cita-cita agung Azmin Ali. Cita-cita Azmin yang satu ini tidak dapat disembunyikan, bahawa beliau ingin menjadi perdana menteri. Sementara untuk mencapai itu langkah pertamanya haruslah menjadi timbalan perdana menteri. 
Azmin sudah kesekian lama mengidam jawatan itu. Ia bermula dan menjadi ghairah apabila PH memenangi pilihan raya umum ke-14. Pelantikan Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai TPM diera Mahathir Mohamad sangat melukakan dan mengecewakannya. Sejak itu beliau tidak pernah diam berusaha untuk meraih jawatan itu.
Malangnya angan-angan itu masih belum dicapai waktu ini. Mungkin ada yang menolak pandangan ini? Namun realiti ini tidak boleh ditolak dengan  memahami kenapa beliau sanggup khianat Anwar dan tinggal parti Keadilan. Sebabnya kerana kegagalan beliau untuk mendapat jawatan itu semasa dalam Keadilan. Itu sahaja puncanya.
Beliau sudah membaca kedudukannya dalam Keadilan menyukarkan apabila Anwar kembali aktif dan memimpin parti. Maka beliau harus mencari jalan keluar. Jalan keluar ialah dengan bersekongkol dengan Mahiaddin. Tindakan itu tidak salah sebagai seorang politis yang perlu mempunyai cita-cita besar. Cita-cita besar bagi orang politik adalah minyak yang menghidupkan engen politiknya.
Orang politik seperti seorang pemburu. Jika dalam hutan itu sudah dipastikan tidak ada haiwan diburu, maka si pemburu perlu berpindah ke belukar atau belantara lain demi mencapai apa diidam-idamkan. Nah, begitu juga dengan Azmin dalam memburu jawatan timbalan perdana menteri itu. Bila dia sudah membaca di situ menyukarkannya maka beliau perlu keluar. Apa kena ingat Azmin seorang yang setakat ini jarang gagal. 
Bersatu adalah belantara untuk Azmin memburu apa diidamkannya. Kesanggupan Azmin menukar parti ini sesuatu yang menarik dan sangat signifikan. Ia tentu sudah ada perjanjian awal dengan Mahiaddin untuk keuntungan. Kalau tidak ada perjanjian itu, tidak semudah itu untuk Azmin menukar belantara pemburuan. Azmin boleh diibarat sebagai ceti dalam politik yang memberi pinjaman wang tetapi kena membayarnya dengan bunga berlipat ganda.  
Apabila beliau membuat kolaborasi dengan Mahiaddin tentu ada persefahaman dan janji intim. Janji itu pastinya untuk jawatan timbalan perdana menteri. Namun malang, jawatan itu tidak dapat dipenuhi oleh Mahiaddin kerana faktor dan senario yang tidak memudahkan Mahiaddin memenuhi kehendak Azmin itu. Dan untuk sementara waktu Azmin boleh bersabar dengan hanya dilantik sebagai menteri kanan, yang menunjukkan Azmin adalah candidate TPM oleh Mahiaddin. 
Bagaimana pun, hati Azmin terkedu dan luka dengan perkembangan seterusnya. Apabila Mahiaddin meletak jawatan dan jawatan PM diisi oleh Ismail Sabri Yaakob, jawatan yang diidam-idamkkan itu juga tidak sampai kepadanya apabila Ismail Sabri tidak melantik jawatan TPM. Maka sekali lagi Azmin kempunan usahkan gagal menajdi PM, untuk memegang jawatan TPM pun belum tercapai.
Keadaan inilah menyebabkan Azmin yang akal politiknya panjang mula berfikir sesuatu untuk memastikan beliau tidak akan terus terapong-apong dengan cita-citanya itu. Beliau perlu memastikan jawatan itu menjadi haknya jua. Caranya bagaimana, cara ialah dengan mendesak Mahiaddin agar mengusahakan jawatan itu untuk dirinya. Azmin akan menjadikan Mahiaddin sebagai borak untuk terbang ke kerusi TPM. 
Penubuhkan PBM itu adalah strategi Azmin untuk capai cita-citanya. Azmin akan gunakan PBM untuk mendesak dan menjadikan Mahiaddin tidak senang duduk selagi jawatan TPM tidak diserahkan kepada Azmin. Azmin mahu menyusahkan Mahiaddin agar mendesak Ismail Sabri meklantiknya sebagai TPM. Itu yang dikehendaki dan itulah tujuannya penubuhan PBM. Azmin kini sedang menuntut janji dengan Mahiaddin. 
Dan dalam hal ini Mahiaddin perlu menurut atau pun memberi perhatian terhadap apa dikehendaki Azmin itu. Bagi Mahiaddin ini kerja berat untuknya. Dalam kata lain perwujudan PBM itu sebagai satu kata dua untuknya dan menentukan hubungan dan kerjasama dengan Azmin. Sekiranya dia gagal meletakkan Azmin di kerusi TPM ia akan mengancam kedudukan dan masa depan Bersatu itu sendiri. Kekuatan dan tali hayat Bersatu ditangan Azmin. Mahiaddin harus melunasi janji dengan Azmin dengan adanya PBM itu. 
Kesimpulannya penubuhan PBM bukan apa-apa melainkan sebagai alat bagi memastikan Azmin dilantik sebagai TPM. PBM meletakkan Mahiaddin dalam tugas berat sekarang ini. Dengan mengira itulah tujuan PBM ditubuhkan menjadi pendesak untuk kepentingan peribadi Azmin ia tidak mempunyai masa depan dan matlamat yang jelas. Ia akan mengsia-siakan hidup orang politik yang menjadi ahli parti itu. [wm.kl.7:58 am 09/01/2022]




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://msomelayu.blogspot.com/2022/01/pbm-ditubuh-untuk-pastikan-azmin.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tak Mungkin Orang Yang Ada Skandal Dilantik Sebagai Tpm Hamzah Dan Azmin Dijangka Melobi Jawatan Tpm

Tak Mungkin Orang Yang Ada Skandal Dilantik Sebagai Tpm Hamzah Dan Azmin Dijangka Melobi Jawatan Tpm

papar berkaitan - pada 5/1/2022 - jumlah : 169 hits
Rombakan Jemaah Menteri Hamzah atau Azmin mungkin dilantik TPM minggu depan January 4 2022 Rombakan itu masih dalam proses tawar menawar bagi menentukan siapa dikekalkan digantikan atau digugurkan menurut laporan media PETALING JAYA Ismail ...
Rombakan Jemaah Menteri Hamzah Atau Azmin Mungkin Dilantik Tpm Minggu Depan

Rombakan Jemaah Menteri Hamzah Atau Azmin Mungkin Dilantik Tpm Minggu Depan

papar berkaitan - pada 4/1/2022 - jumlah : 175 hits
Rombakan itu masih dalam proses tawar menawar bagi menentukan siapa dikekalkan digantikan atau digugurkan menurut laporan media PETALING JAYA Ismail Sabri Yaakob dijangka mengumumkan rombakan Jemaah Menteri minggu depan termasuk pelantikan ...
Saya Tak Ada Kekuatan Dulu Lee Junho Kongsi Sebab Terus Perkenalkan Diri Sebagai Junho 2pm

Saya Tak Ada Kekuatan Dulu Lee Junho Kongsi Sebab Terus Perkenalkan Diri Sebagai Junho 2pm

papar berkaitan - pada 8/1/2022 - jumlah : 230 hits
Merupakan antara idola yang dikenali ramai dahulu Lee Jun ho terus mengembangkan bakatnya dalam dunia lakonan kini Bahkan persembahan hebat yang ditunjukkan dalam The Red Sleeve terus membuktikan bahawa lelaki itu bakal menjadi pelakon rebu...
Andrew Garfield Terbuka Untuk Kembali Sebagai Spider Man

Andrew Garfield Terbuka Untuk Kembali Sebagai Spider Man

papar berkaitan - pada 10/1/2022 - jumlah : 256 hits
Sudah lebih tiga minggu sejak debut pawagam Spider Man No Way Home dan lebih satu billion peminat Marvel telah menyaksikan kepulangan Tobey Maguire dan Andrew Garfield yang dinantikan ke Spider Verse Selepas berkali kali menafikan kepulanga...
Individu Tuduh Naeun April Sebagai Pembuli Mohon Maaf Akui Reka Cerita

Individu Tuduh Naeun April Sebagai Pembuli Mohon Maaf Akui Reka Cerita

papar berkaitan - pada 7/1/2022 - jumlah : 233 hits
Akhirnya ada juga kemas kini terbaru mengenai dakwaan bahawa Na eun APRIL merupakan seorang pembuli di sekolah Baru baru ini DSP Media mengeluarkan kenyataan rasmi mengenai siasatan yang dilakukan mengenai tuduhan berkenaan Jelas agensi itu...
Azalina Persoal Muhyiddin Lantik Azam Baki Sebagai Pengarah Sprm

Azalina Persoal Muhyiddin Lantik Azam Baki Sebagai Pengarah Sprm

papar berkaitan - pada 10/1/2022 - jumlah : 203 hits
January 10 2022 Ahli Parlimen Pengerang Datuk Seri Azalina Othman Said membangkitkan soalan sama ada pemeriksaan menyeluruh sudah dibuat terhadap Tan Sri Azam Baki sebelum dilantik sebagai Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Mal...
Agnez Mo Gunakan Amplop Putih Biasa Sebagai Dompet Biar Lebih Praktis

Agnez Mo Gunakan Amplop Putih Biasa Sebagai Dompet Biar Lebih Praktis

papar berkaitan - pada 7/1/2022 - jumlah : 202 hits
Amplop putih kayak gitu memang lebih gampang buat dimasukin ke dalam tas Nggak makan banyak tempat praktis banget
John Cena Cerita Pengalamannya Sebagai Peacemaker Kepada Budak Sekolah Dalam Trailer Red Band Terbaru

John Cena Cerita Pengalamannya Sebagai Peacemaker Kepada Budak Sekolah Dalam Trailer Red Band Terbaru

papar berkaitan - pada 10/1/2022 - jumlah : 257 hits
Akhirnya tiba masanya untuk berhadapan dengan Peacemaker seorang yang hipokrit ego mementingkan diri sendiri dan bersemangat yang percaya dalam mencapai keamanan dalam apa jua keadaan Peacemaker yang dibintangi oleh John Cena sebagai watak ...
We Didn T Force Staff To Attend Xmas Do Says Ministry

No Projects No Kemasukan Rm400k Linked To Kuamut Rep

Lirik Lagu Suara Hati Repvblik

Criminal Lawyer Defends Public Whipping Of Man Convicted Of Khalwat

When How Where Rm450k Linked To Tanjung Batu Rep

Johor Umno Rep Wants Organisers Prosecuted Over Chinese Flag Fiasco

Restoran Teppan Maru Take Menyediakan Hidangan Autentik Osaka Jepun Chef Takeshi Wada

Cash And Bank Transfer Rm360k Linked To Tempasuk Rep


echo '';
One In A Million 2024 Cara Undi Peserta Episod Mingguan Akhir 40 Keputusan Markah Musim 4 Di Tangan Penonton Saksikan Calpis Soda OIAM Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton

Kenapa Sambutan Krismas Disebut Sebagai Hari Natal

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Wanita Milik Kaiden Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya


View Point Wang Kelian

8 Manfaat Kepada Orang Yang Suka Makan Pedas

An Extensive Guide To Understanding Fixed Deposits In Malaysia

Perbandingan Gambar Banjir Bah Kuning Dengan Situasi Terkini Di Kelantan

Resipi Tiramisu Guna Keju Mascarpone Yang Lagi Enak

Surah Al Kahfi Terjemahan