Paywave Memudahkan Pembayaran Di Kaunter


Paywave vs Pin?
Pernahkah anda mengalami situasi dimana juruwang bertanya kepada anda untuk menggunakan paywave ataupun pin ketika anda ingin membuat pembayaran di kaunter? Setahu anda, jika anda memilih untuk membayar menggunakan pin, anda perlu memasukkan nombor pin anda. Manakala jika anda mahu menggunakan paywave, juruwang hanya perlu ‘scan’ kad anda tanpa perlu pengesahan nombor pin.
Seiring dengan peredaran zaman teknologi, dunia perbankan juga turut tidak ketinggalan dalam memperkenalkan beberapa perubahan.
Jika dahulu anda mahu memindahkan wang dari akaun anda kepada akaun orang lain, anda perlu pergi ke bank bagi memindahkan duit secara manual.
Tetapi kini, transaksi pemindahan wang boleh dilakukan di hujung jari anda sahaja melalui perbankan atas talian.
Begitu juga pengenalan kepada kad elektronik yang dilihat memudahkan urusan transaksi dalam kehidupan seharian tanpa perlu membawa wang tunai.
Paywave ataupun pin? Yang mana satukah pilihan anda?
Persamaan bagi paywave dan pin ialah kedua-duanya mempercepatkan proses pembayaran jika dibandingkan dengan pembayaran secara tunai.
Maka, ini akan memudahkan proses pembayaran di kaunter sekiranya pelanggan sedang beratur panjang.
Jadi, pelanggan yang lain tidak perlu tertunggu-tunggu.
Jadi, antara paywave dan pin? Yang manakah anda pilih?
Berikut merupakan beberapa perbezaan bagi kedua-dua kemudahan ini.
⦁ Cara pengendalian
Jika anda menggunakan paywave, juruwang hanya perlu scan atau imbas kad anda atas reader sahaja.
Manakala sekiranya anda menggunakan pin, juruwang akan meminta anda untuk memasukkan nombor pin anda bagi pengesahan transaksi.
Jadi, ini boleh dilihat bahawa penggunaan paywave lebih cepat berbanding pin.
⦁ Had maksimum
Paywave hanya membenarkan had maksimum bagi transaksi adalah sehingga RM250.
Walaubagaimanapun, limit ini anda boleh membuat permintaan pada bank untuk menetapkan jumlah yang anda inginkan.
Manakala bagi penggunaan pin bagi kad debit, pengeluaran had maksimum bagi transaksi harian adalah RM5,000.
⦁ Jumlah barangan
Sekiranya anda membeli belah dengan kuantiti yang sedikit, maka paywave adalah sesuai sebagai pilihan untuk membuat transaksi pembayaran.
Tetapi anda disarankan untuk bayar menggunakan pin sekiranya anda membeli dengan jumlah yang banyak.
⦁ Akses
Bagi setiap transaksi yang menggunakan pin, anda perlu memasukkan nombor pin anda sebagai tanda persetujuan bagi transaksi yang dilakukan.
Ini bermakna anda mengawal pengeluaran anda dalam pengawasan anda. Jadi, anda tahu bila duit anda keluar.
Manakala bagi penggunaan pay wave, anda tidak boleh mengawal pengeluaran wang sekiranya anda menyerahkan kad anda kepada orang lain misalnya keluarga anda.
Sesiapa sahaja boleh ‘tap’ kad anda sekiranya mereka menggunakan kad tersebut dan transaksi pembelian diterima.
Selamat atau tidak paywave ni?
Benar, masih ada tanggapan yang negatif terhadap paywave mengenai isu keselamatan.
Bank Negara Malaysia menegaskan bahawa sistem paywave adalah selamat dan dilengkapi ciri-ciri keselamatan dimana ianya tidak boleh diklon atau digunakan untuk transaksi yang tidak disahkan pemegang kad sendiri.
Kad berteraskan teknologi transaksi tanpa sentuh, Paywave, tidak boleh dipalsukan kerana dilengkapi ciri keselamatan yang diperakui industri perbankan antarabangsa.
Misalnya, anda memberi kad kepunyaan anda kepada keluarga, anda akan mendapat notis bagi mengesahkan transaksi yang telah dilakukan oleh keluarga.
Jika anda mendapati bahawa terdapat transaksi pembayaran yang mencurigakan, anda boleh membuat laporan di bank berkenaan dan kad itu akan dibatalkan serta-merta manakala penggunaannya akan dijejaki.
Jadi, ia menafikan dakwaan bahawa pay wave memberi peluang kepada ancaman penyeluk saku elektronik.
Kesimpulan
Lebih daripada 3 juta transaksi tanpa sentuh setiap bulan direkodkan dalam kaji selidik yang dijalankan oleh Visa Inc.
Ini menunjukkan sistem pembayaran elektronik semakin berkembang sejak sedekad yang lalu kesan daripada pembangunan teknologi dalam industri perbankan dan perniagaan dalam talian.
Penggunaan sistem ini dilihat lebih selamat, mudah dan dapat dikesan transaksinya. Malah ia juga dapat mengurangkan kesilapan juruwang semasa membuat pembayaran.
Kini, pelbagai sektor dan industri menawarkan perkhidmatan sistem pembayaran elektronik seriring dengan keperluan pengguna.
Contohnya industri pengangkutan awam seperti RapidKL mula menerima pembayaran tanpa tunai ini. Malah pengguna turut digalakkan untuk menggunakan sistem ini bagi mengurangkan kesesakan dan memastikan kelancaran semasa waktu puncak.
Walaubagaimanapun, penggunaan sistem pembayaran elektronik ini dilihat belum diterima oleh semua sektor perniagaan terutamanya di kawasan luar bandar.
Sumber: https://www.mahersaham.com/paywave-2/
www.zukidin.com {Estd 2012}

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.zukidin.com/2021/02/paywave-memudahkan-pembayaran-di-kaunter.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Polis Akan Lancar Aplikasi Untuk Memudahkan Pembayaran Saman Dalam Sebulan Dua Lagi

Polis Akan Lancar Aplikasi Untuk Memudahkan Pembayaran Saman Dalam Sebulan Dua Lagi

papar berkaitan - pada 1/2/2021 - jumlah : 174 hits
Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Bukit Aman kini berkongsi mengatakan kini pihak polis dalam peringkat fasa akhir untuk pembangunan aplikasi membayar saman secara atas talian khusus untuk orang ramai Sekiranya semua berja...
Pm Kwsp Akan Buat Pembayaran Pendahuluan Sehingga Rm1 000 Bagi Permohonan Kemudahan I Sinar Kategori 2

Pm Kwsp Akan Buat Pembayaran Pendahuluan Sehingga Rm1 000 Bagi Permohonan Kemudahan I Sinar Kategori 2

papar berkaitan - pada 18/1/2021 - jumlah : 343 hits
370 total views 370 views today Kumpulan Wang Simpanan Pekerja akan membuat pembayaran pendahuluan bermula 26 Januari ini kata Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam sidang media hari ini Katanya pendahuluan itu bagi menambahbaik ke...
Pembayaran Bpn 2 0 Fasa Kedua Akan Dibayar Mengikut Jenis Bank Ini Status Bayaran Mengikut Jenis Bank Yang Anda Daftar

Pembayaran Bpn 2 0 Fasa Kedua Akan Dibayar Mengikut Jenis Bank Ini Status Bayaran Mengikut Jenis Bank Yang Anda Daftar

papar berkaitan - pada 22/1/2021 - jumlah : 694 hits
PUTRAJAYA Bayaran fasa kedua Bantuan Prihatin Nasional kepada 11 06 juta penerima telah dibuat bermula 21 Januari ini
Ppz Maiwp Buka Semula 10 Kaunter Sepanjang Ramadan

Ppz Maiwp Buka Semula 10 Kaunter Sepanjang Ramadan

papar berkaitan - pada 4/2/2021 - jumlah : 204 hits
Sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan semua kaunter PPZ MAIWP telah bermula operasi dari 1 Ramadan bagi memberi kemudahan kepada pembayar yang kurang mahir menggunakan platform digital atau secara dalam talian Antara sepuluh kaunter ...
Semua Kaunter Perkhidmatan Awam Di Seluruh Pahang Ditangguh Bermula 2 Februari

Semua Kaunter Perkhidmatan Awam Di Seluruh Pahang Ditangguh Bermula 2 Februari

papar berkaitan - pada 2/2/2021 - jumlah : 236 hits
Untuk makluman kepada rakyat Pahang Kerajaan Negeri melalui Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Pahang mengumumkan dimana semua kaunter perkhidmatan awam di Pahang ditangguh buat sementara bermula 2 Februari hingga 14 Februari 2021 Pengu...
Jadual Pembukaan Kaunter Bpr 2021 Di Cawangan Pusat Khidmat Hasil Lhdnm

Jadual Pembukaan Kaunter Bpr 2021 Di Cawangan Pusat Khidmat Hasil Lhdnm

papar berkaitan - pada 2/2/2021 - jumlah : 367 hits
JADUAL PEMBUKAAN KAUNTER BPR 2021 DI CAWANGAN PUSAT KHIDMAT HASIL LHDNM Kepada pemohon yang ingin ke kuanter LHDNM untuk urusan BPR sila rujuk JADUAL PEMBUKAAN KAUNTER BPR 2021 DI CAWANGAN PUSAT KHIDMAT HASIL LHDNM Nota Kaunter BPR tidak di...
Cara Membaca Jadual Tarikh Pembayaran I Sinar Kwsp

Cara Membaca Jadual Tarikh Pembayaran I Sinar Kwsp

papar berkaitan - pada 29/1/2021 - jumlah : 853 hits
CARA MEMBACA JADUAL TARIKH PEMBAYARAN i SINAR KWSP Ramai yang ada jadual pembayaran i Sinar namun tidak tahu bagaimanakah CARA MEMBACA JADUAL TARIKH PEMBAYARAN i SINAR Jadi kami akan kongsikan kepada anda ilmu yang sangat berguna ini CARA M...
Hargai Pengasuh Yang Baik Mereka Insan Yang Memudahkan Urusan Hidup Kita Rezeki Yang Sangat Besar

Hargai Pengasuh Yang Baik Mereka Insan Yang Memudahkan Urusan Hidup Kita Rezeki Yang Sangat Besar

papar berkaitan - pada 22/1/2021 - jumlah : 304 hits
Berat mata memandang berat lagi bahu memikul Itulah perasaan bila kita membaca atau mendengar berita anak anak kecil yang menjadi mangsa pengasuh Bagaimana perasaan ibu bapa itu Dan jika anak itu masih hidup bagaimana dia membesar dengan tr...
Wifi Percuma Ditawarkan Di Tujuh Lokasi Lembah Pantai Untuk Memudahkan Pdpr

Wifi Percuma Ditawarkan Di Tujuh Lokasi Lembah Pantai Untuk Memudahkan Pdpr

papar berkaitan - pada 1/2/2021 - jumlah : 136 hits
Pelbagai inisiatif dimulakan oleh wakil rakyat seluruh negara bagi mengurangkan jurang digital yang jelas kelihatan sejak PKP 2 0 berkua kuasa hampir sebulan lalu Di Negeri Sembilan Digital Rembau diperkenalkan oleh Khairy KJ di Parlimen Le...
Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Kawal Alergik Bila Alahan

Indah Delvia Tacilak Di Nan Rami Chord

Raih Gigi Putih Alami Dengan 7 Bahan Sederhana Ini

7 Tanda Kerusakan Otak Yang Kerap Dianggap Remeh

5 Rahasia Mata Sehat Yang Direkomendasikan Pakar Mata

Presiden Pas Kupas Isu Syria Balah Mazhab Gangguan Seksual Um

Do Our Infamous Bali Bombers Deserve A Second Chance At Life


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


What To Expect From A Consultation With A Premier Data Analytics Company

Isteri Nekad Bakar Suami Kaki Judi

Kelantan Pengedar Dadah Menyamar Jadi Pegawai Risik Tentera

Seronoknya Kalau Ada Kebun Durian Sendiri

Rajab Keutamaan Amalan Tanggal Berapa 2025

Masya Allah Ribuan Tentera As Masuk Islam Ini Kunci Hamas