Paynet Perkukuh Aliran Bakat Industri Kewangan Negara Melalui Kohort Kedua Graduan Mahir Teknologi Awan
PayNet Perkukuh Aliran Bakat Industri Kewangan Negara Melalui Kohort Kedua Graduan Mahir Teknologi Awan
KUALA LUMPUR, 10 Disember 2025 – Payments Network Malaysia Sdn Bhd (PayNet) hari ini meraikan graduasi 50 pelajar Program Akar Powered by AWS re/Start, satu program pembangunan kemahiran digital yang mencerminkan pencapaian penting dalam usaha PayNet melahirkan tenaga kerja celik digital untuk memenuhi keperluan industri perkhidmatan kewangan Malaysia.
Program Akar, yang dilaksanakan melalul World Education Placement Services Sdn. Bhd. (WEPS), merupakan inisiatif pembangunan bakat nasional pertama oleh PayNet yang bertujuan untuk merapatkan jurang kemahiran digital di Malaysia.
Program ini melatih pemimpin masa hadapan dengan kemahiran teknologi awan bertaraf global bagi memenuhi keperluan industri perkhidmatan kewangan negara.
Program ini juga menyediakan para peserta dengan kemahiran teknologi awan dan pembayaran digital secara percuma, sekaligus memenuhi permintaan bakat yang semakin meningkat dalam sektor kewangan.
Inisiatif ini sejajar dengan komitmen negara dalam memperkasa pembangunan bakat digital, sebagaimana dinyatakan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim bahawa pasaran global kini memerlukan tenaga kerja muda yang menguasai kemahiran teknologi dan digital yang melebihi silibus konvensional.
“Masa depan industri bergantung kepada bakat yang berkemahiran tinggi dan bersedia menghadapi era digital. Melalui Program Akar, PayNet melahirkan bakat baharu dengan kemahiran praktikal, pengalaman industri secara langsung dan keyakinan untuk berdaya saing dalam dunia teknologi yang sedang melalui transformasi pesat,” kata Puan Shafenaz Farouk, Ketua Pegawai Sumber Manusia PayNet.
BACA: Malaysia Umum Pemenang Anugerah Flagship Medical Tourism Hospital Buat Julung Kalinya, Pacu Daya Saing Ekonomi Di Peringkat Global
Program ini melibatkan 100 peserta pada peringkat awal dengan 50 daripadanya dipilih sebagai kohort perintis di Asia Pacific University of Technology & Innovation (APU).
Institusi kewangan seperti Bank Negara, Maybank, Public Bank, CIMB dan Bank Islam turut menunjukkan minat untuk menawarkan peluang latihan industri kepada graduan Akar untuk memperluas penerimaan dan sokongan industri terhadap program ini.
Sebagai peneraju program, PayNet memainkan peranan penting dalam merangka kurikulum untuk memastikan kemahiran yang diajar memenuhi keperluan sektor kewangan negara.
AWS pula menyokong inisiatif ini melalui penyediaan sumber latihan, teknologi awan, dan kepakaran teknikal.
Para peserta menjalani latihan intensif selama 14 minggu yang merangkumi kemahiran asas pengkomputeran awan dan pembayaran digital, termasuk latihan fizikal selama dua hari dalam program pembangunan berasaskan nilal.
Para graduan telah dianugerahkan Sijil Penyertaan AWS re/Start, Sijil AWS Cloud Practitioner, Sijil Pembayaran Digital, serta Sijil Tamat Latihan Program Values-Driven Enrichment, yang melengkapkan mereka untuk memasuki pasaran kerja.
“Kemahiran teknologi awan kini menjadi asas kepada cara institusi kewangan beroperasi, berinovasi dan berkembang serta menjadi tulang belakang kepada transformasi Malaysia yang dipacu Al.
PayNet telah mengambil langkah proaktif dalam transformasi ini dengan membentuk pembangunan bakat yang bukan sahaja mahir dalam teknologi awan tetapi juga bersedia untuk menghadapi era kecerdasan buatan (Al).
BACA: WCE Raih Pengiktirafan Tertinggi Di MPRA Awards 2025
Melalui Program Akar Powered by AWS re/Start, peserta memperoleh kemahiran praktikal yang membolehkan mereka menyumbang kepada ekosistem perkhidmatan kewangan; daripada pembayaran digital moden hinggalah aplikasi Al yang semakin berkembang.
AWS berbangga dapat mengukuhkan kerjasama dengan PayNet dan akan terus menyokong pertumbuhan tenaga kerja Malaysia yang berkemahiran tinggi bagi mempercepatkan aspirasi negara dalarn kewangan digital dan inovasi Al yang bertanggungjawab,” kata Hussein Mohd Ali, Pengurus Negara AWS Malaysia.
Program Akar powered by AWS re/Start bukan sekadar inisiatif latihan, tetapi sebuah landasan yang membuka peluang kepada generasi muda Malaysia. Di WEPS, kami berbesar hati dapat bekerjasama dengan PayNet dan AWS untuk membimbing pelajar yang melangkah ke dunia pekerjaan dengan kemahiran yang relevan, menerima permintaan tinggi dan bersedia menghadapi masa hadapan.
Malaysia sudah memiliki bakat luar biasa, apa yang diperlukan adalah landasan yang tepat. Program Akar menyediakan landasan tersebut dan kami merasa bangga dapat bersama-sama dalam melaksanakan Inisiatif ini,” ujar Mughilen Rathakrishnan, Ketua Pegawai Eksekutif WEPS.
“Dengan Kohort 2 menunjukkan pencapaian yang memberangsangkan, PayNet terus. membina momentum yang kukuh dan kekal komited dalam membimbing bakat baharu untuk memenuhi keperluan ekosistem yang lebih menyeluruh.
Melalui kerjasama berterusan dengan rakan industri merentasi sektor kewangan, kami memastikan Program Akar sentiasa selaras dengan keperluan industri serta berperanan merapatkan jurang bakat yang kritikal,” ujar Shafenaz.
Di peringkat global, program AWS re/Start kini dijalankan di lebih 60 negara, dengan 98 peratus graduan mendapat peluang temu duga pekerjaan. Program ini adalah sebahagian daripada usaha AWS untuk melatih lebih 31 juta pelajar di lebih 200 negara dan wilayah melalui program latihan percumanya.
Untuk maklumat lanjut mengenai Program Akar sila layari https://www.paynet.my/beyond-payments/community-Impact/paynet-akar.html
BACA: Mohd Amirul Rizal Dilantik Sebagai Ketua Pengarah Tourism Malaysia
The post PayNet Perkukuh Aliran Bakat Industri Kewangan Negara Melalui Kohort Kedua Graduan Mahir Teknologi Awan appeared first on Siakap Keli.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://siakapkeli.my/2025/12/10/paynet-perkukuh-aliran-bakat-industri-kewangan-negara-melalui-kohort-kedua-graduan-mahir-teknologi-awan/