Pau2019 Lebih Terbuka Sesi Perbahasan Secara Langsung Shamsul Anuar




Ketua Penerangan UMNO Malaysia Datuk Dr. Shamsul Anuar Nasarah memaklumkan sesi perbahasan Perhimpunan Agung UMNO 2019 (PAU) akan dibuat secara langsung yang akan dapat diikuti oleh orang ramai.
Sehubungan itu beliau memohon agar pihak media membuat laporan yang tepat sepanjang berlangsungnya persidangan kerana ini amat penting untuk rakyat di luar sana mengikuti apa yang dihidangkan dalam PAU kali ini.
“UMNO sangat memerlukan rakan media dalam usaha membuat liputan seadil mungkin dalam PAU kali ini. Oleh itu saya mohon sangat bagi pihak UMNO Malaysia untuk mendapat kerjasama pihak media agar buat laporan supaya rakyat di luar sana mendapat perkembangan yang betul berkaitan PAU.
“Saya harap media akan buat laporan tepat… Siaran secara langsung ini membuktikan bahawa UMNO hari ini lebih terbuka dalam mendepani rakyat dan kita mahu rakyat menilai kita kerana kita tahu bahawa rakyat bijak, cerdik dan boleh membuat penilaian. Kita tak mahu menjadi seperti parti lain yang tertutup kerana tak mahu rakyat lihat apa yang berlaku,” ujar beliau ketika berucap selepas merasmikan Laman Media bersempena dengan PAU 2019.
Dalam ucapannya Dr Shamsul Anuar turut menyatakan bahawa UMNO adalah sebuah parti paling demokratik dalam negara ini.
“UMNO mempunyai sistem yang teratur tersusun dan kemas. Kita dapat melaksanakan mesyuarat di semua lebih daripada 23 ribu cawangan mengikut tertib sebagaimana yang termaktub dalam Pendaftar Pertubuhan. Mesyuarat di 191 bahagian juga berjalan dengan baik dan sempurna, begitu juga diperingkat sayap parti.
“Kalau bandingkan dengan parti lain termasuklah parti yang dipimpin oleh Perdana Menteri sendiri, ia tidak ada keupayaan untuk melaksanakan mesyuarat di peringkat cawangan dan bahagian. Ini menunjukkan UMNO walaupun diserang hebat dan hilang kuasa pada 2018 tapi parti ini tetap utuh dan kukuh malah dalam tempoh terakhir ini kita mendapat permintaan yang ramai terutama generasi muda untuk menyertai UMNO,” jelas beliau.
Tambahnya, tidak kurang daripada 50 acara bakal dilaksanakan di PAU 2019 dan antara yang menarik adalah buat kali pertamanya UMNO akan menandatangani perjanjian penulisan ensiklopedia.
“Bermula pada akhir tahun ini Penerangan UMNO Malaysia akan mendokumenkan dalam bentuk ensiklopedia sejarah perjuangan UMNO daripada awal hingga kini dan kita akan masukkan semua perkara termasuk apa yang dilaksanakan oleh kerajaan (ketika dipimpin oleh BN) termasuk polisi, dasar kerajaan yang kebanyakan ideanya datang daripada perhimpunan ini.
“Contohnya… bagaimana Tabung Haji diwujudkan dan idea ini datang daripada PAU. Begitu juga bagaimana banyak polisi lain yang dibincang dalam dewan bertuah ini dan ia dilaksanakan sebagai dasar kerajaan.
“Semua perkara ini akan didokumen untuk tatapan rakyat bagi memastikan segala sejarah dan data-data penting tepat, tidak boleh diputar-belit oleh mana-mana pihak untuk kita tunjukkan inilah sumbangan UMNO/BN kepada rakyat dan kepada negara.
“Rakyat akan didedahkan dengan sumbangan UMNO yang nikmatnya dinikmati oleh rakyat semua kaum dan bangsa. Penulisan ini akan diketuai oleh Prof. Datuk Dr Ramlah Adam bersama beberapa pakar lain yang telah ditentukan,” jelas beliau lagi.
PAU 2019 bakal bermula pada 4 sehingga 7 Disember ini. – UMNO ONLINE





Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2019/12/04/pau2019-lebih-terbuka-sesi-perbahasan-secara-langsung-shamsul-anuar/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Umno Bn Fokus Bina Kekuatan Kabinet Kerajaan Ph Urusan Mereka Dr Shamsul Anuar

Umno Bn Fokus Bina Kekuatan Kabinet Kerajaan Ph Urusan Mereka Dr Shamsul Anuar

papar berkaitan - pada 24/11/2019 - jumlah : 364 hits
Sama ada Perdana Menteri mahu membuat rombakan atau tidak barisan Kabinet Kerajaan Pakatan Harapan itu terpulanglah kepada beliau kerana tiada keperluan untuk mencampuri urusan dan hak PM tegas Ketua Penerangan UMNO Malaysia Datuk Dr Shamsu...
3 Kebiasan Ini Bisa Merubah Kehidupan Kamu Menjadi Lebih Baik

3 Kebiasan Ini Bisa Merubah Kehidupan Kamu Menjadi Lebih Baik

papar berkaitan - pada 23/11/2019 - jumlah : 360 hits
Mungkin kamu m rasa bahwa disaat muda kamu harus hidup d ngan tidak m nyia nyiakan s gala yang kamu dapatkan kamu b ranggapan bahwa di k hidupan muda ini kamu harus m lakukan hal apapun untuk m nikmati k hidupan kamu Namun apakah kamu tahu ...
Pemandu Mabuk Cadang Penalti Lebih Berat

Pemandu Mabuk Cadang Penalti Lebih Berat

papar berkaitan - pada 23/11/2019 - jumlah : 475 hits
DR MOHD MAZRI YAHYA MUTAKHIR ini kita selalu diberitakan tentang kes kemalangan disebabkan pemandu mabuk Lebih menyayat hati lagi bila mana yang cedera teruk dan mati adalah mangsa yang tidak bersalah dilanggar dan dirempuh oleh pemandu pem...
Golkar Dinilai Akan Lebih Maju Jika Ketum Tak Rangkap Jabatan

Golkar Dinilai Akan Lebih Maju Jika Ketum Tak Rangkap Jabatan

papar berkaitan - pada 23/11/2019 - jumlah : 218 hits
Partai Golkar akan lebih berkembang dan maju jika ketua umumnya fokus dan tidak rangkap jabatan di pemerintahan Sebagai partai besar Golkar harus diurus dengan serius
5 Cara Meningkatkan Kualitas Udara Di Dalam Rumah Menjadi Lebih Sehat

5 Cara Meningkatkan Kualitas Udara Di Dalam Rumah Menjadi Lebih Sehat

papar berkaitan - pada 23/11/2019 - jumlah : 230 hits
Untuk menghindari buruknya kualitas udara di luar rumah berlindung di dalam rumah bisa jadi suatu jalan keluar Sayangnya kurangnya sirkulasi udara di dalam rumah bisa jadi penyebab buruknya kualitas udara di rumah
Tokoh Senior Golkar Idealnya Ketum Partai Harus Lebih Suci Dari Pejabat

Tokoh Senior Golkar Idealnya Ketum Partai Harus Lebih Suci Dari Pejabat

papar berkaitan - pada 23/11/2019 - jumlah : 188 hits
Tokoh senior Partai Golkar Andi Mattalatta menuturkan ketua umum Partai Golkar harus lebih suci daripada pejabat semisal Bupati Gubernur hingga Presiden Alasannya ketum parpol memiliki peranan penting
Saat Waktu Bergerak Lebih Cepat Dari Biasanya

Saat Waktu Bergerak Lebih Cepat Dari Biasanya

papar berkaitan - pada 23/11/2019 - jumlah : 318 hits
Di antara tanda kiamat sebagaimana diungkapkan oleh Nabi Muhammad adalah bahwa waktu dapat bergerak lebih cepat sehingga setahun seperti sebulan sebulan seperti seminggu seminggu seperti sehari sehari seperti sejam dan sejam seperti jumlah ...
Pernah Masak Guna Beras Basmathi Tapi Tak Menjadi Ini 6 Tips Mudah Untuk Nasi Lebih Lembut

Pernah Masak Guna Beras Basmathi Tapi Tak Menjadi Ini 6 Tips Mudah Untuk Nasi Lebih Lembut

papar berkaitan - pada 24/11/2019 - jumlah : 461 hits
Kebiasaanya kita jarang menggunakan beras basmathi dalam kehidupan harian kita Mungkin harganya yang sedikit mahal berbanding dengan beras biasa Beras basmathi ini kebiasaanya digunakan dalam hidangan tertentu sahaja Bagi memastikan beras y...
Sarawak And Malaysia Can T Afford Escalating O G Disputes

Isu Papan Tanda Aneh Dan Pelik Menteri Wilayah Masih Diam

Coffee Is For Closers The Motivational Phrase From Quot Glengarry Glen Ross

Hopes Of The Chinese For Pn

Leveraging Zero Click Searches

Orbit Labels The Parent S Choice For Safe And Sanitary Feeding

Ibu Bapa Elak Pilih Kasih Dengan Anak Anak

Mara Beli Hartanah Terlebih Nilai Di Uk Australia Meskipun Ditolak Mof


echo '';
Resepi Salad Sayur Rangup dan Berkhasiat

Memahami Fasa Renjatan Elektrik Yang Selamat dan Berbahaya Untuk Manusia

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Tips Hartanah Pocket Calculator Cara Mengumpul Deposit Untuk Beli Rumah

Drama Lara Kasih Lakonan Fikry Ibrahim Chacha Maembong

Rose Number One Girl Chord

Cinnamon Rolls Klasik Kini Dengan Lotus Biscoff Dan Set Minuman Terbaharu Dari Cinnabon

Creating A Cozy Farmhouse Look Timeless Decor Tips

Will Artificial Intelligence Disappoint