Patutlah Mat Sabu Sound Ahli Amanah


 
Patutlah tiba-tiba Presiden AMANAH, Datuk Seri Mohamad Sabu mengingatkan ahlinya supaya memberi tumpuan memenangkan calon Kerajaan Perpaduan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) bulan depan dan bukan memikirkan siapa yang bakal menggantikan tempat Allahyarham Datuk Seri Salahuddin Ayub sebagai menteri.
"Jangan memikirkan dahulu siapa yang akan menggantikan tempat Almarhum Datuk Seri Salahuddin Ayub,.
"Selepas ini barulah kita akan membincangkan dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkaitan pengganti kepemimpinan yang sudah pergi,"
"Jangan kita dilaga-lagakan oleh pihak lain dalam isu ini. Pihak kepemimpinan AMANAH sendiri akan menguruskan sebaik-baiknya hal berkait pengganti dan masa depan parti mengikut aturan serta amalan kebiasaan parti," katanya lapor Berita Harian.
Memang ada sebenarnya beberapa individu dari AMANAH yang sedang melobi untuk mengisi kekosongan jawatan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Almarhum Datuk Seri Salahuddin Ayub yang telah meninggal dunia di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), Alor Setar Ahad lalu.
Bacalah..
SHAH ALAM - Biarpun masih berduka dengan kehilangan sahabat seperjuangan dalam parti, dua Ahli Parlimen Parti Amanah Negara (Amanah) sedia mengisi kekosongan jawatan ditinggalkan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Allahyarham Datuk Seri Salahuddin Ayub, jika diberi mandat oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Ahli Parlimen Hulu Langat, Mohd Sany Hamzan berkata, beliau dan kesemua ahli Amanah masih bersedih di atas pemergian Timbalan Presiden Amanah itu yang diibaratkan sebagai seorang abang, sahabat, pemimpin dan guru kepada mereka.
Bagaimanapun, keperluan untuk meneruskan legasi kepimpinan Allahyarham di kementerian kritikal itu amat mendesak pada saat rakyat mendambakan pelbagai usaha kerajaan yang melibatkan harga barang dan kos sara hidup.
“Sekiranya ia merupakan mandat daripada parti dan mendapat restu Perdana Menteri, saya bersedia memikul tanggungjawab itu walaupun portfolio kementerian itu sangat berat dan tidak mudah dilaksanakan,” katanya kepada Sinar Premium pada Selasa.
Mohd Sany menambah, sesiapa sahaja yang bakal menggalas tanggungjawab di dalam Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) perlu berdepan cabaran dan tekanan dalam meneruskan kesinambungan legasi dan kecemerlangan ditinggalkan Allahyarham.
“Seperti sedia maklum, Salahuddin sudah membawa KPDN ke tahap yang sangat tinggi dengan beberapa Insiatif Rahmah sudah menampakkan keberkesanan di mata rakyat.
“Sesiapa sahaja yang memikul amanah tersebut pasti akan menanggung bebanan berat kerana beliau mempunyai komitmen kerja sangat tinggi, tekun dan rajin,” jelasnya.
Menjawab spekulasi nama beliau kini antara disebut-sebut sebagai pengganti Salahuddin, Mohd Sany menjelaskan komitmen, azam dan kesungguhan untuk melaksanakan program gerak kerja membantu rakyat merupakan indikator penting bagi menentukan sama ada seseorang itu layak menjadi menteri atau sebaliknya.
“Setakat ini, saya tidak tahu mengenai khabar angin itu. Namun dengan pengalaman dua penggal sebagai wakil rakyat, Insya-ALLAH saya mampu menggalas tanggungjawab berat itu.
“Ada juga mereka yang pertama kali menjadi ahli Parlimen terus diberi peluang menjadi menteri atau timbalan menteri. Yang penting adalah kemahuan kita untuk bekerja bagi memastikan kelangsungan kehidupan masyarakat dibela sebaik mungkin,” katanya.
Selain Mohd Sany, antara nama lain disebut-sebut menggantikan Allahyarham Salahuddin ialah Naib Presiden Amanah, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof; Pengerusi Amanah Johor, Aminolhuda Hassan dan Ahli Parlimen Kuala Selangor, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad.
Allahyarham Salahuddin yang juga merupakan Ahli Parlimen Pulai, Johor selama dua penggal itu meninggal dunia di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), Kedah pada Ahad akibat pendarahan otak.
Dalam pada itu, Aminolhuda yang juga Ahli Parlimen Sri Gading memberi jaminan beliau tidak akan mensia-siakan kepercayaan yang diberikan oleh Perdana Menteri sekiranya dipilih sebagai Menteri KPDN.
“Saya masih bersedih atas kehilangan sahabat yang sama-sama berjuang di dalam parti. Biarpun begitu, saya akan meneruskan hasrat murni yang telah diasaskan oleh Allahyarham sekiranya diberi kepercayaan dan mandat daripada Perdana Menteri.
“Saya akan memastikan perjuangan Allahyarham dalam membantu golongan berpendapatan rendah (B40) dan miskin tegar di Malaysia menangani isu kos sara hidup yang semakin meningkat akan terus dilaksanakan,” katanya.
Aminolhuda yang turut memperjuangkan Program Payung Rahmah bersama Salahuddin berkata, program itu adalah kesinambungan utama yang akan diteruskan biarpun tunjang utamanya telah tiada.
“Jika dilihat dari segi perancangan awal sehingga ke hari ini, sepatutnya Inisiatif Rahmah bukan sahaja melibatkan makanan bahkan dirancang untuk dikembangkan kepada aspek penawaran insurans, bank dan tambang kapal terbang.
"Oleh itu, program ini harus diteruskan dan selaku pimpinan dalam parti Amanah, saya selalu mengambil maklum tentang perkembangannya,” ujarnya - SH
Hmm.. nampak sangat gelojoh dan gila jawatan..

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.anaksungaiderhaka.com/2023/07/patutlah-bang-mat-sabu-sound-ahli-amanah.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Saya Nampak Rakyat Kelantan Nak Buat Perubahan Mat Sabu

Saya Nampak Rakyat Kelantan Nak Buat Perubahan Mat Sabu

papar berkaitan - pada 25/7/2023 - jumlah : 194 hits
Tanda tanda akan berlaku perubahan politik di Kelantan pada Pilihan Raya Negeri kali ini agak jelas berbanding beberapa siri pilihanraya lalu Hal itu dinyatakan oleh Presiden Amanah Datuk Seri Mohamad Sabu dalam sidang media mengumumkan cal...
Salahuddin Worked Tirelessly To Keep Prices Down Says Mat Sabu

Salahuddin Worked Tirelessly To Keep Prices Down Says Mat Sabu

papar berkaitan - pada 24/7/2023 - jumlah : 218 hits
The Amanah president also says his deputy was synonymous with the concept of Rahmah Domestic trade and cost of living minister Salahuddin Ayub has been described as an active minister who worked tirelessly to ensure there was no sharp rise ...
Ahli Lembaga Pengarah Beri Amaran Kepada Terengganu Fc

Ahli Lembaga Pengarah Beri Amaran Kepada Terengganu Fc

papar berkaitan - pada 21/7/2023 - jumlah : 365 hits
KuaIa Terengganu Mutu permainan Terengganu FC yang semakin merudum daIam saingan Liga MaIaysia muIa mendapat perhatian ahIi Lembaga Pengarah Persatuan BoIasepak Negeri Terengganu Sejak awaI musim skuad kendaIian TomisIav Steinbruckner diIih...
Untuk Penyokong Pn Dan Ahli Pas

Untuk Penyokong Pn Dan Ahli Pas

papar berkaitan - pada 22/7/2023 - jumlah : 189 hits
1 DS Anwar tak pernah kata PAS parti ajaran sesat Tapi hat kata mcm tu sudah berdampingan dgn PAS 2 DS Anwar tak pernah kata tragedi berdarah Memali semuanya mati katak Tapi hat kata mcm tu sudah semeja dgn PAS 3 DS Anwar tidak pernah menye...
Siapa Anwar Nak Ajar Ahli Umno Undi Siapa Dalam Prn Kata Akar Umbi

Siapa Anwar Nak Ajar Ahli Umno Undi Siapa Dalam Prn Kata Akar Umbi

papar berkaitan - pada 20/7/2023 - jumlah : 154 hits
agendaily com20 07 2023Anwar atas pentas UMNO bersama anak muridnya Zahid semasa Perhimpunan Agung UMNO 2023 Foto kredit Astro AwaniGesaan Datuk Seri Anwar Ibrahim kepada ahli UMNO supaya tidak mengundi Perikatan Nasional menimbulkan kecama...
Ahli Parlimen Didapati Bersalah Dilarang Jadi Calon Pilihanraya Seumur Hidup

Ahli Parlimen Didapati Bersalah Dilarang Jadi Calon Pilihanraya Seumur Hidup

papar berkaitan - pada 20/7/2023 - jumlah : 144 hits
Ahli Parlimen didapati bersalah dilarang jadi calon pilihanraya seumur hidup Mahkamah memutuskan pada Khamis untuk melarang Ahli Parlimen Palang Pracharath Pareena Kraikupt daripada politik seumur hidup Berhubung penggunaan tanah di hutan s...
Makan Steamboat Dapat Henna Free

15 Kafe Di Johor Bahru Instagrammble Muslim Friendly

Suspek Buruan Kes Samun Toreh Dicekup

A Botched Shot

Antara Projek Pungguk Rindu Bulan Tilapia M Sia Pro Hamas

Sarawak And Malaysia Can T Afford Escalating O G Disputes

Isu Calon Perdana Menteri Kembali Menjadi Tegang Di Kalangan Pemimpin Pn

Worldcoin Dan Ai


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3


Resepi Spaghetti Seafood Marinara

Drama Skuad X Lakonan Imran Aqil Yusof Hashim

Enjoy The Rhythm Of Life A Nature Inspired Residence In Hefei China

Hopes Of The Chinese For Pn

Mara Beli Hartanah Terlebih Nilai Di Uk Australia Meskipun Ditolak Mof

Ikut Sop Tampal Lubang Jalan Dalam Tempoh 24 Jam Kkr Seru Syarikat Konsesi