Patutlah Ada Yang Alah Dengan Bau Suami Mengidam Masa Mengandung Rupanya Hormon Jadi Penyebab


Rasa mengidam masa mengandung, datang tanpa dirancang. Bau badan suami pun rasa makin tak boleh hidu. Adakah ia spontan atau ada punca disebalik situasi sebegini?
SAMA KEADAANNYA KETIKA HAID Menurut Dr. Norintan Zainal Shah, Pakar Perbidanan & Sakit Puan Columbia Asia Seremban, sebahagian wanita hamil akan mengalami suatu keadaan di mana mengidam sesuatu jenis makanan ketika dalam tempoh kehamilan. Keadaan ini berlaku adalah disebabkan oleh perubahan hormon di dalam tubuh masing-masing.

Atas sebab perubahan hormon jugalah, ia menjadi punca mengapa sesetengah wanita mengidam makanan tertentu dan tidak pada wanita yang lain. Keadaan sebegini, sama seperti saat mengalami haid di mana anda menginginkan sesetengah jenis makanan disebabkan oleh pengaruh hormon yang dialami ketika itu.
PERUBAHAN HORMON Perubahan hormon di kalangan wanita hamil boleh memberi kesan terhadap deria rasa dan bau. Namun, sebab sebenarnya tiada siapa yang tahu dengan pasti.
Alahan semasa hamil seperti letih, pening, muntah dan lain-lain yang berlaku akibat perubahan hormon boleh menjadi penyebab mengapa anda mengidamkan sesuatu makanan yang boleh mengurangkan atau melegakan alahan.
Perlu difahami bahawa rasa mengidam bukanlah bererti seseorang wanita itu mengada-ada. Buang anggapan sebegini. Ketahuilah, kehamilan menjadikan kebanyakan wanita mahu mendapatkan lebih perhatian daripada suaminya. Namun, ada juga yang “alah” pada suami sendiri. Contohnya, ada wanita yang tidak tahan dengan bau badan suami masing-masing.

MENGIDAM BOLEH BERLAKU SEPANJANG HAMIL Sementara itu, perlu anda tahu bahawa kebiasaannya rasa mengidam boleh timbul sejurus selepas wanita tadi tidak lagi didatangi haid kerana hamil. Tidak kurang juga yang hanya mengalami rasa mengidam hanya apabila usia kehamilan mencecah lapan atau sembilan bulan. Penelitian umum mendapati bahawa keinginan untuk makan makanan tertentu berubah seiring dengan usia kehamilannya.
MUNGKIN MENGALAMI KEKURANGAN ZAT & VITAMIN Menurut Dr. Norintan, kebanyakan doktor percaya bahawa kekurangan zat makanan dan vitamin di dalam tubuh seseorang ibu hamil itu yang mencetuskan rasa mengidam. Sebagai contoh, mengidam makanan laut. Keadaan ini berlaku mungkin disebabkan oleh kekurangan kalsium dan sodium. Bagi anda yang mungkin mengidam kekacang dan bijirin pula, ia berkemungkinan besar berpunca daripada kekurangan magnesium di dalam tubuh.
Ada juga segelintir wanita hamil yang mengidam ais ataupun air batu. Keadaan ini dikenali sebagai pica. Ia sering kali dikaitkan dengan kekurangan zat besi.

MENGIDAM BUKAN MAKANAN PERLU DIELAKKAN Kebanyakan wanita hamil diketahui umum suka mengidam makanan-makanan tertentu. Namun, tidak kurang juga ada yang mengidam sumber bukan makanan. Contohnya seperti mengidam bau minyak tanah, petrol, bahan pewangi dan yang seumpama dengannya. Jika ini berlaku kepada diri anda, ia tidak dapat dikaitkan dengan kekurangan apa –apa jenis zat makanan.
Masalah mengidam sesuatu yang bukan daripada sumber makanan sememangnya amat sukar difahami. Sehingga kini, tidak ada penjelasan dari sudut sains untuk kes-kes sebegini. Apa-apa pun, sekiranya anda mengidam sesuatu yang membahayakan kesihatan diri dan kandungan seperti terlalu ingin menghisap cerut atau merokok, ia semestinya perlu dielakkan.
TAK SARAPAN MENGIDAM JADI LEBIH TERUK Dalam pada itu, ada cara lain untuk menangani keinginan memakan sesuatu yang tidak sihat. Ia dapat dilakukan dengan mengambil sarapan setiap hari. Hal ini kerana amalan tidak bersarapan boleh membuatkan rasa mengidam itu menjadi lebih teruk. Selain daripada itu, anda juga digalakkan untuk lebih kerap melakukan senaman yang selamat untuk ibu hamil. Paling penting, pastikan anda mengamalkan diet yang sihat dan makanan yang diambil setiap hari adalah pelbagai.
ELAKKAN MENGIDAM BAHAN BERBAHAYA
Mengidam ketika hamil mungkin boleh dikaitkan dengan kekurangan zat di dalam badan. Namun, kenyataan ini tidak berlandaskan kepada mana-mana kajian yang boleh menjelaskan masalah mengidam ini dengan sepenuhnya. Secara amnya, mengidam tidak membahayakan wanita hamil dan anak di dalam kandungannya. Namun, bagi anda yang mungkin mengidam bahan-bahan berbahaya seperti rokok, perlu berhenti daripada meneruskan keinginan tersebut.
CUBA ELAKKAN SAJIAN TINGGI GULA  Adalah penting untuk anda memahami bahawakepentingan amalan pemakanan yang baik. Ia perlu dititikberatkan bagi membolehkan anda mendapatkan cahaya mata yang sihat. Dalam pada itu, jika anda mengidamkan makanan yang tidak berkhasiat seperti terlalu inginkan gula-gula sedangkan pada masa yang sama, anda sebenarnya sedang mengalami gestational diabetes ketika hamil, disarankan agar anda menahan diridaripada terlalu kerap mengambil gula-gula yang diidamkan.
Tindakan sebegini penting bagi membolehkan anda mengawal tahap glukosa dalam darah. Sekiranya anda tidak berbuat demikian, tahap kencing manis pasti tidak dapat dikawal dengan baik, seterusnya boleh menyebabkan bayi menjadi besar (macrosomia). Paling membimbangkan keadaan ini boleh membawa kepada komplikasi ketika melahirkan anak kelak.
The post Patutlah Ada Yang Alah Dengan Bau Suami & Mengidam Masa Mengandung, Rupanya Hormon Jadi Penyebab appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/patutlah-ada-yang-alah-dengan-bau-suami-mengidam-masa-mengandung-rupa-rupanya-ini-penyebabnya/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Good Gir Ayra Tak Nangis Masa Kena Cucuk Rupanya Ini Yang Suami Ummi Nazeera Buat

Good Gir Ayra Tak Nangis Masa Kena Cucuk Rupanya Ini Yang Suami Ummi Nazeera Buat

papar berkaitan - pada 13/3/2019 - jumlah : 185 hits
Ketika mendapatkan suntikan vaksin bayi dan kanak kanak selalunya akan menangis Mungkin sebab terkejut Tapi lain pula dengan anak Ummi Nazeera ini Rupanya ada tips yang dikongsikan Ayra Aneesah yang kini berusia 7 bulan mengambil vaksin pne...
Isteri Mengidam Nasi Lemak Airasia Suami Gigih Twit Airasia Tanya Mana Nak Cari Lihat Jawapan Balas Airasia Bikin Gamat

Isteri Mengidam Nasi Lemak Airasia Suami Gigih Twit Airasia Tanya Mana Nak Cari Lihat Jawapan Balas Airasia Bikin Gamat

papar berkaitan - pada 22/3/2019 - jumlah : 560 hits
Wanita hamil ada macam macam ragamnya Antara ragam paling suami suami kat luar sana kena tahan ialah nafsu mengidam mereka yang macam macam Nak makan itu ini kesian pulak kan Baru baru ni viral di Twitter kisah seorang suami gigih mencari n...
Informasi Kita Akan Panggil Guan Eng Bila Tiba Masa Kpn

Informasi Kita Akan Panggil Guan Eng Bila Tiba Masa Kpn

papar berkaitan - pada 12/3/2019 - jumlah : 250 hits
POLIS sudah membuka kertas siasatan berhubung kenyataan Menteri Kewangan Lim Guan Eng mengenai kerjasama UMNO dan PAS yang didakwa berunsur hasutan Ketua Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata siasatan sudah bermula sejak minggu la...
2 Tahun Pakai Murad City Skin Age Defence Broad Spectrum Spf 50 Pa Masa Untuk Restock

2 Tahun Pakai Murad City Skin Age Defence Broad Spectrum Spf 50 Pa Masa Untuk Restock

papar berkaitan - pada 11/3/2019 - jumlah : 380 hits
2 TAHUN PAKAI MURAD CITY SKIN AGE DEFENCE BROAD SPECTRUM SPF 50 PA MASA UNTUK RESTOCK Entri pertama mummy untuk MURAD CITY SKIN AGE DEFENCE BROAD SPECTRUM SPF 50 PA mummy pernah tulis pada tahun 2017 Masa tu dalam pantang baby Daim Bila dap...
Jangan Buang Masa Kalau Tiada Rupa Datang Ujibakat Selebriti Popular Ini Selar Kenyataan Merepek Penerbit Popular

Jangan Buang Masa Kalau Tiada Rupa Datang Ujibakat Selebriti Popular Ini Selar Kenyataan Merepek Penerbit Popular

papar berkaitan - pada 11/3/2019 - jumlah : 475 hits
Penerbit popular Datuk A Aida menerusi Harian Metro semalam memberi komen mengenai sesi ujibakat pelakon yang sedang berlangsung Dakwanya kebanyakan peserta yang hadir tiada pakej lengkap dari segi rupa untuk melayakkan mereka ke peringkat ...
Belajar Iqra Baca Al Quran Untuk Baby Mawar Rashid Ambil Kesempatan Mulakan Kelas Mengaji Masa Hamil

Belajar Iqra Baca Al Quran Untuk Baby Mawar Rashid Ambil Kesempatan Mulakan Kelas Mengaji Masa Hamil

papar berkaitan - pada 12/3/2019 - jumlah : 412 hits
Mempelajari dan melancarkan bacaan Al Quran sangat elok Apa yang dilakukan Mawar ini wajar dilakukan semua Mawar Rashid mempelajari Iqra untuk membantu kefasihan bacaan dan dalam masa yang sama memperdengarkan ayat ayat suci kepada si kecil...
Polis Uk Akan Pulangkan Anak Dalam Masa 72 Jam Jika Tiada Bukti Namun Anak Masih Ditahan Sehingga Sebutan Kes

Polis Uk Akan Pulangkan Anak Dalam Masa 72 Jam Jika Tiada Bukti Namun Anak Masih Ditahan Sehingga Sebutan Kes

papar berkaitan - pada 12/3/2019 - jumlah : 644 hits
Viral baru baru ini kes melibatkan rakyat Malaysia di United Kingdom Hanya beberapa jam sebelum pulang ke Malaysia rumah mereka telah diserbu oleh Polis United Kingdom atas pertuduhan pulang ke Malaysia untuk sunatkan anak kedua Yushaira Ke...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids

Fort Kemar Pusat Operasi Di Tengah Belantara

10 Laluan Penerbangan Antarabangsa Tersibuk Di Dunia Bagi Tahun 2024

Prosedur Pengesahan Lafaz Cerai

Duna Dara Asam Maram Chord