Patin Dah Tiada Perangi Ikan Bandaraya Musuh Hidupan Air Tawar


 
Ikan bandaraya atau ‘hypostomus plecostomus’ yang memakan hidupan dasar sungai adalah ‘musuh utama’ perlu dibanteras bagi memastikan ikan air tawar mempunyai generasi penerus.PETALING JAYA: Lima ratus ikan bandaraya dan seekor patin selepas enam jam tebar jala. Demikian hasil diperoleh seorang sukarelawan pemburu “ikan pemusnah” itu sekali gus menunjukkan betapa meruncing ancamannya terhadap ekosistem air tawar.
Berasal dari Amerika Tengah dan Amerika Selatan, ikan bandaraya atau “hypostomus plecostomus” yang memakan hidupan dasar sungai adalah “musuh utama” perlu dibanteras bagi memastikan ikan air tawar mempunyai generasi penerus.
Sukarelawan pemburu ikan bandaraya, Heidi Shafiq Haidzir, 37, berkata pasukannya yang melakukan kerja pembersihan sungai selama enam jam baru-baru ini berjaya menangkap lebih 500 spesies itu dan hanya seekor patin terkena jala yang ditebar.
Katanya, usaha pembersihan sungai perlu dilakukan bagi mengurangkan populasi ikan bandaraya sekali gus memastikan kesinambungan hidupan air tawar lain dan memelihara ekosistem.
Sukarelawan pemburu ikan bandaraya Heidi Shafiq Haidzir bersama pasukannya melakukan aktiviti mingguan menangkap spesies itu di sungai sekitar Lembah Klang.“Siapa duduk di kawasan Sungai Langat tahu sungai ini banyak ikan patin. Sepuluh tahun lalu saya pernah memancing di Sungai Langat, kalau pancing ‘confirm’ dapatlah (ikan patin).
“Tapi sekarang tebar jala…20 ikan bandaraya mungkin seekor saja ikan lain macam lampam atau tilapia. Patin dah tak ada, (selepas enam jam) petang baru dapat seekor patin…teruk macam ini,” katanya kepada FMT.
Syafiq berkata, keadaan itu turut menjejaskan sumber tangkapan orang ramai yang menjadikan sungai sebagai lubuk rezeki ikan air tawar sejak beberapa tahun lalu.
Sukarelawan pemburu ikan bandaraya menunjukkan hasil tangkapan susulan lambakan spesies itu yang boleh merosakkan habitat dan ekosistem sungai.Katanya, pemeliharaan ekosistem adalah tanggungjawab bersama dan setiap rakyat perlu mempunyai rasa sayang terhadap alam sekitar, sambil merujuk laporan Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) berkaitan ancaman kepupusan haiwan lain antaranya burung tiong mas, helang botak, badak sumbu dan seladang.
“Bila negara pesat membangun, kalau boleh alam sekitar pun maju…jangan ekonomi sahaja. Jadi pemeliharaan alam sekitar kena maju bersama kerana kesan itu tidak nampak sekarang.
Sukarelawan memasang pukat untuk menangkap ikan bandaraya di Sungai Kuyoh, Bukit Jalil.“Kita tidak mahu akan datang di mana anak-anak kita kenal binatang itu dalam gambar atau buku sahaja,” katanya.
Sementara itu, Timbalan Dekan Fakulti Kejuruteraan dan Sains Hayat Universiti Selangor (Unisel), Intan Faraha A Ghani, berkata ikan bandaraya boleh mengancam kepupusan spesies air tawar lain kerana kurang pemangsa dan memakan telur ikan tempatan.
Katanya, ketika ini terdapat dua genus (kumpulan) ikan bandaraya iaitu “hypostomus sp” dan “pterygoplichthys spp” yang mampu mengeluarkan sehingga 1,500 biji telur dan proses itu boleh berlaku beberapa kali dalam setahun.
Sukarelawan membawa pukat yang dipenuhi ikan bandaraya.“Dominasi ikan ini semakin meruncing. Jika pada awal 90-an dan 2000, hanya beberapa spesies dilaporkan di beberapa tempat tetapi kini lebih lima spesies ditemui di perairan air tawar terutama sungai sekitar Lembah Klang,” katanya.
Menurutnya, jika ikan bandaraya tidak “diperangi” ia akan menjejaskan sumber pendapatan nelayan darat sekali gus negara akan kehilangan pelbagai spesies asli antaranya kelah dan sebarau. - FMT


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com/2024/04/patin-dah-tiada-perangi-ikan-bandaraya.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Cara Hilangkan Hanyir Ikan Patin Masak Tempoyak

Cara Hilangkan Hanyir Ikan Patin Masak Tempoyak

papar berkaitan - pada 12/4/2024 - jumlah : 135 hits
Nak tahu tak bagaimana cara hilangkan hanyir ikan patin masak tempoyak Syawal ke 8 hari ini tekak dah tak ada selera nak makan daging rendang dan yang seangkatan dengannya Yang terbayang sayur manis rebung sambal belacan dan ikan gelama mas...
Hiburan Tak Ada Drama Air Mata Siri Hari Raya Celcomdigi Tampil Kelainan Bukan Macam Tipikal Iklan Raya

Hiburan Tak Ada Drama Air Mata Siri Hari Raya Celcomdigi Tampil Kelainan Bukan Macam Tipikal Iklan Raya

papar berkaitan - pada 9/4/2024 - jumlah : 243 hits
Asal iklan raya je nak sedih asal sedih je raya Kliselah iklan raya macam ni predictable sangat Tahun ni CelcomDigi antara jenama yang berjaya keluar dari sterotaip video raya melalui Siri Hari Raya Bukalah Hati yang menerokai keindahan ert...
3 Cedera Kereta Terjunam Tali Air

3 Cedera Kereta Terjunam Tali Air

papar berkaitan - pada 10/4/2024 - jumlah : 131 hits
Semua mangsa dikeluarkan orang awam dan anggota bomba memberi bantuan asas hayat kepada seorang daripada mangsa lelaki yang kritikal ALOR SETAR Tiga cedera selepas kereta dinaiki mereka terjunam ke dalam tali air di Kampung Gunung Sali Ketu...
Dikatakan Hampir 6 000 Pengguna Di Kuala Krai Alami Gangguan Bekalan Air

Dikatakan Hampir 6 000 Pengguna Di Kuala Krai Alami Gangguan Bekalan Air

papar berkaitan - pada 10/4/2024 - jumlah : 258 hits
KUALA KRAI Persiapan Aidilfitri hampir 6 000 pengguna melibatkan kira kira 11 buah kampung di sekitar Kuala Krai terjejas ekoran gangguan bekalan air berikutan paip pecah di hadapan Maktab Rendah Sains Mara Kuala Krai hari ini Pengguna Hisy...
Tak Bilang Saat Buang Air Kecil Gunawan Ditinggal Rombongan Mudik

Tak Bilang Saat Buang Air Kecil Gunawan Ditinggal Rombongan Mudik

papar berkaitan - pada 9/4/2024 - jumlah : 172 hits
Beruntung rombongan tersebut akhirnya berkenan untuk kembali dan menjemput Gunawan di Pos Polisi
Aksb Sedia 39 Lori Tangki Bekal Air Pada Musim Aidilfitri

Aksb Sedia 39 Lori Tangki Bekal Air Pada Musim Aidilfitri

papar berkaitan - pada 8/4/2024 - jumlah : 130 hits
AKSB mengambil pelbagai langkah dalam pelan kesiapsiagaannya untuk menjamin kelangsungan bekalan air di Kelantan sepanjang musim Aidilfitri PETALING JAYA Air Kelantan Sdn Bhd akan menyediakan 39 buah lori tangki termasuk 27 lori kontrak unt...
Krisis Air Kedah Berterusan Nak Tambah Lorikah Bilik Gerakankah Pusat Aduankah

Krisis Air Kedah Berterusan Nak Tambah Lorikah Bilik Gerakankah Pusat Aduankah

papar berkaitan - pada 8/4/2024 - jumlah : 122 hits
HarapandailySeorang pengguna TikTok Shaiful Hazizy di Tanjung Dawai mempersoalkan kebersediaan kerajaan negeri Kedah pimpinan Pas dalam menghadapi krisis air yang bakal timbul menjelang sambutan Aidilfitri Saya duduk di tepi paip ayaq Bagi ...
Selangor Hit By Poor Air Quality

Selangor Hit By Poor Air Quality

papar berkaitan - pada 10/4/2024 - jumlah : 169 hits
Blurry vision Kuala Lumpur s iconic buildings can hardly be seen through the haze LOW LAY PHON The StarPETALING JAYA Despite the poor air quality that has affected parts of Selangor experts say there is a likelihood of clearer skies this Ha...
Malaysia Heritage Studio Harga Tiket Acara Pesta Muda Mudi

Selangor Lepaskan Umarbek Kembali Ke Uzbekistan

Penutup Tahun 2024 Chess Checkmate Catur Game

Kes Fishing Resort Pengajaran Kepada Pemilik Homestay

Jadi Mangsa Scammer Itulah Senang Sangat Terpengaruh Abby Abadi

Mufti Perlis Sebat Kesalahan Khalwat Di Khalayak Pilihan Penguasa Semata

Flooding Of Kepong Road Upsets Motorists

Hiburan Tidak Akan Berhenti Bersalin Anak Anak Itu Akan Meneruskan Jihad


echo '';
One In A Million 2024 Cara Undi Peserta Episod Mingguan Akhir 40 Keputusan Markah Musim 4 Di Tangan Penonton Saksikan Calpis Soda OIAM Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton

Kenapa Sambutan Krismas Disebut Sebagai Hari Natal

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Wanita Milik Kaiden Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya


Christmas From The Manger To The Margins

Walimatul Urus Majlis Bertaut Kaseh Uzair Izzati

Rancangan Perangkap Suami Makan Diri

Road To Upkk 2024

Gloomy Tanjung Tembeling

Pas Youth Dap Shouldn T Politicise Our Criticism Of Xmas Celebration