Pastries Ala Paris Di Prima Saujana Kajang
Hi korang, kalini i nak share port cafe hipster ala ala macam macam kat Paris. Yela macam I tak pernas sampai Paris lagi. Mana tahu ada travel agency yang nak sponsor, mana tahu. Belah Europe ni memang tak penah sampai tapi negara Asia InsyaAllah boleh dikatakan hampir keseluruhan dah sampai.
So nak dapatkan feeling di Paris tu kena lah datang ke Aison Bakery Prima Saujana Kajang. Yang menarik kat sini adalah pelbagai jenis roti dan pastries di sediakan. Seperti Croissant, French Croissant and Almond Croissant as the star product, Duo Pain au Chocolate as a popular product, Pistachio Pain Suisse as something premium and different Black Olive & Beef Pain Suisse as a savoury option. Baca nama setiap jenis pastries pun sampai terbelit lidah. tapi yang pasti I suka sebab sedap sangat. Rasanya pengemas pastries dari France ni takkan bertukar pada roti putih lain. Sebab ia fresh dan dijaul dalam potongan sederhana.
Banyak sangat yang menarik sampai fening nak pilih, sedapnya esok nak pegi cari balik la pastries ni semua
Sourdough ni paling win, I suka walau makan saja ia lembut texture yang sesuai untuk makan bersama coffee latte. Pergh bayangkan saja dah mula terliur. Sedap tau, korang wajib cuba. Blue Cheese Sourdough pun sedap. Punya creative Chef Aison ni bawakan konsep dan citarasa barat yang memenuhi citarasa tekak orang melayu. Selain itu ada juga Focaccia Triple Cheese & Herbs Focaccia as a savoury option for any time of the day as a meal. Ice Croissant / Croffle, Oreo Croffle and Mango Ice Croissant adalah dessert paling popular kat sini
Sengaja I letak gambar besar besar sebab nak bagi korang tempting dan keen to mencari this pastries 😈
All day Croissant Breakfast. Yezza Croissant dia sangat sedap dan ada pelbagai perisa untuk dipilih. Ternyata sekali lagi I kagum dan bangga dengan Chef Aison yang terfikir untuk bawakan konsep pastries ala barat ini ke sini, yang mana semua golongan dapat menikmati rasa pastries ini, walaupun mereka tidak pernas sampai ke sana. termasuklah I ni. Korang WAJIB cuba Wild Mushroom Soup dia yang sangat sedap. Bukan ramuan biasa atau campuran tepung seperti kebiasaan sup cendawan. Wild mushroom yang disediakan Aison Bakery adalah asli cendawan yang dikisar dimasak sehingga menjadi sup yang nyaman untuk dinikmati dengan sourdough atau hirup begitu sahaja. Yang pasti korang takkan menyesal untuk berbelanja di Aison Bakery kerana rasa dan kepuasan adalah seiring serta affordable untuk dinikmati. Kalau korang nak tahu Wild Mushroom Soup macam ni hanya terdapat di cafe -cafe ternama dan semestinya harga jangan ditanya sure korang berfikir untuk berbelanja untuk semangkuk sup cendawan. tapi tidak untuk Wild Mushroom Soup dari Aison Bakery ini.French Onion Soup to be the all-time French favourite ni pertama kali I rasa dan sememangnya segar. Itu yang I katakan, Chef Aison sangat teliti dan bijak dalam kendalikan setiap menu untuk dipamerkan dan disediakan kepada pelanggan beliau, sehinggakan sup bawang pun boleh dijadikan menu yang mana ia sedap yer. Sangat edap sangat segar. Cicah pula dengan sourdough atau croinsant ternyata ia lengkap serasi dalam mulut
Ok untuk pengemar Pasta korang jangan ketinggalan untuk merasai keunikkan rasa Beef Bolognese Rigatoni. Sedap, rasa yang ringkas, segar gabungan rasa sos dan pasta membuatkan korang suap berkali kali tetap tak jemu. tau tau pinggan licin... Alhamdulillah. I memuji bukan sebab saja nak provoke atau saja-saja canang cerita. tapi ini adalah pengalaman ikhlas. Taknak compare engan mana mana pasta yang I penah rasa. tapi di Aison Bakery mempunyai keunikkan rasa yang hanta terdapat kedai premium dan mewah diluar sana. Pasta ke dua WAJIB korang cuba adalah Seafood Aglio Olio Linguine for seafood lovers yang mana pengemas makanan pedas. Korang kena try ni. Memang sedap terletak, serasi berdansa dalam mulut tekak. Aduh kalau dekat ni memang I lah orang pertama yang akan order setiap hari. Kenapa? Sebab ia suka spicy food dan jarang sekali kita nak jumpa pasta dimasak dengan citarasa pedas tekak orang Melayu. I mampu cakap ini sedap amat!!!
Untuk makluman korang Aison Bakery ni dah ada 3 outles tau yang mana terletak di:
1. CWM Roastery @ Mahkota Cheras2. Aison Bakery @ Seksen 9, Bandar Baru Bangi3. Aison bakery @ Prima Saujana, Kajang ( yang I duk potpet potpet nilah)
Paling penting ia adalah HALAL TOYYIBA tak perlu waswas sebab Chief baker of Aison Bakery adalah seorang muslim iaitu Encik Aison Bin Osman Wong. Beliau telah mempelajari serta berpengalaman luas selama 15 tahun tentang dunia kulinari ini sekian lama yang menjadikan pengalaman beliau sebagai inspirasi dalam penghasilan menu menu istimewa untuk Pastries. Tak hairan lah kalau mereka memiliki 69 jenis pastries untuk dinikmati. Juga terdapat Coffee, tea, dan juga minuman sejuk lain
Jadi kepada mereka yang berdekatan dengan Prima Saujana Kajang. Apa tunggu lagi. Esok atau bila bila je korang lapang jom singgah dan kongsikan pengalaman korang di Aison Bakery. Dan merasa amik lah satu dua gambar dan upload tag je @aisonbakery ok. Sharing is caring gitu
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.comelazhar.com/2023/09/pastries-ala-paris-di-prima-saujana.html