Pastikan Terlebih Dahulu Wujudnya Titah Adendum Peguam



Kewujudan Titah Adendum yang dibuat oleh Yang di-Pertuan Agong ke-16 membabitkan tahanan di rumah kepada Datuk Seri Najib Razak perlu disahkan terlebih dahulu.
(Berita Harian) – Peguam kanan, Datuk M Reza Hassan, menegaskan bahawa adalah penting untuk memastikan kewujudan adendum berkenaan kerana ia membabitkan titah Yang di-Pertuan Agong.
Katanya, sekiranya wujud, pihak-pihak kemudian perlu memastikan bahawa adendum itu dikeluarkan oleh Yang di-Pertuan Agong.
“Jika ia adalah titah Yang di-Pertuan Agong, maka perintah itu perlu dipatuhi dan dilaksanakan.
“Harus diingat, bahawa keengganan mana-mana pihak mematuhi titah Yang di-Pertuan Agong boleh menjadi satu kesalahan yang boleh dikenakan hukuman,” katanya kepada BH, hari ini.
Sebelum ini, media melaporkan, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, disahkan sebagai ‘saksi kritikal’ yang menyokong dakwaan Najib mengenai kewujudan Titah Adendum atau tambahan Yang di-Pertuan Agong ke-16, supaya dia menghabiskan baki hukuman penjara dengan tahanan di rumah.
Timbalan Perdana Menteri itu, menyokong dakwaan berkenaan menerusi afidavit yang difailkan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 9 April lalu.
Ahmad Zahid yang juga merupakan Presiden UMNO mendakwa, beliau diberitahu mengenai kewujudan titah itu oleh Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz, dalam pertemuan di rumahnya di Country Heights, Kajang pada 30 Januari lalu.
Sementara itu, peguam, Kitson Foong berkata, Seksyen 43 Akta Penjara 1995(Akta 537) dan Peraturan 111 dalam Peraturan-Peraturan Penjara 2000 memperuntukkan seseorang boleh dikenakan tahanan rumah di bawah Program Pelepasan Banduan Secara Lesen (PBSL).
Katanya, bagaimanapun di bawah program PBSL banduan-banduan yang dibenarkan untuk menjalani tahanan rumah adalah membabitkan pesalah kesalahan kecil iaitu golongan yang dijatuhi hukuman penjara empat tahun dan ke bawah.
“Namun, kesalahan pertuduhan pengubahan wang haram atau pecah amanah membabitkan jutaan Ringgit, bukanlah satu kesalahan kecil.
“Oleh itu, sama ada Najib boleh dikenakan tahanan rumah adalah sesuatu yang belum pernah dilakukan, namun peruntukan itu ada dalam undang-undang,” katanya.
Kitson berkata, Seksyen 3 Akta Penjara turut menyatakan bahawa menteri juga mempunyai kuasa untuk mewartakan mana-mana rumah sebagai penjara.
Katanya, di bawah seksyen itu, menteri boleh, melalui pemberitahuan dalam Warta, mengisytiharkan mana-mana rumah, bangunan, kepungan atau tempat mana-mana bahagiannya, sebagai satu penjara bagi pemenjaraan atau penahanan orang dalam jagaan sah.
“Bagaimanapun, penggubalan Seksyen 3 adalah bertujuan untuk mengatasi masalah kesesakan dalam penjara dan bukan untuk menukar mana-mana rumah sebagai penjara bagi membolehkan seseorang menjalani tahanan di rumah,” katanya.
Najib, 70, memfailkan permohonan semakan kehakiman itu di Mahkamah Tinggi di sini pada 1 April lalu,
Bekas Perdana Menteri itu selaku pemohon menamakan Menteri Dalam Negeri; Komisioner Jeneral Penjara; Peguam Negara; Lembaga Pengampunan bagi Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya; Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM) (Undang-undang dan Reformasi Institusi); Ketua Pengarah Bahagian Hal Ehwal Undang-undang di JPM, dan Kerajaan Malaysia sebagai responden pertama hingga ketujuh.
Dalam notis permohonan itu, bekas Ahli Parlimen Pekan itu memohon perintah mandamus mengarahkan sama ada semua responden atau salah seorang daripada mereka menjawab dan mengesahkan kewujudan dekri tambahan bertarikh 29 Jan 2024.
Pemohon juga memohon perintah mandamus bahawa jika dekri tambahan itu wujud, semua atau satu daripada responden mesti menguatkuasakannya serta merta dengan memindahkannya dari Penjara Kajang ke kediamannya di Kuala Lumpur, untuk menjalani baki hukuman penjaranya di bawah tahanan di rumah.
Najib kini menjalani hukuman di Penjara Kajang sejak 23 Ogos 2022, selepas disabitkan kesalahan menyeleweng dana RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd.
 
The post ‘Pastikan terlebih dahulu wujudnya Titah Adendum’ – peguam appeared first on Malaysia Today.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.malaysia-today.net/2024/04/18/pastikan-terlebih-dahulu-wujudnya-titah-adendum-peguam/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Titah Adendum Tengku Zafrul Enggan Dedah Kesilapan Afidavit Difailkan Zahid

Titah Adendum Tengku Zafrul Enggan Dedah Kesilapan Afidavit Difailkan Zahid

papar berkaitan - pada 20/4/2024 - jumlah : 239 hits
Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz enggan mendedahkan kesilapan fakta yang terkandung dalam afidavit difailkan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkaitan Titah Adendum dalam kes pengampunan Datuk Seri Najib Ra...
Mereka Bodoh Tak Tahu Titah Adendum Muhyiddin

Mereka Bodoh Tak Tahu Titah Adendum Muhyiddin

papar berkaitan - pada 22/4/2024 - jumlah : 238 hits
Kerajaan perlu bertanggungjawab kerana ingkar dengan Titah Adendum pengampunan diraja oleh Yang di Pertuan Agong ke 16 berhubung kebenaran Datuk Seri Najib Razak menjalani baki hukuman penjara dengan tahanan di rumah Presiden Bersatu Tan Sr...
Pmx Tegaskan Titah Adendum Tidak Sah Sebab Tak Diputus Dalam Mesyuarat Lembaga Pengampunan

Pmx Tegaskan Titah Adendum Tidak Sah Sebab Tak Diputus Dalam Mesyuarat Lembaga Pengampunan

papar berkaitan - pada 22/4/2024 - jumlah : 123 hits
Meneliti kenyataan PMX sebagaimana dilaporkan Berita Harian apa yang dapat disimpulkan ialah sebarang keputusan mengenai titah adendum oleh Agong ke 16 berhubung tahanan rumah kepada Najib Razak hanya dianggap sah jika ia diputuskan oleh me...
Titah Agong Beri Tahanan Rumah Kepada Najib Ini Pendapat Peguam

Titah Agong Beri Tahanan Rumah Kepada Najib Ini Pendapat Peguam

papar berkaitan - pada 20/4/2024 - jumlah : 163 hits
Peguam melahirkan kebimbangan terhadap dakwaan Najib Razak mengenai titah tambahan diraja supaya dia menghabiskan baki hukuman penjara dengan menjalani tahanan rumah Bercakap kepada Malaysiakini pengamal undang undang mempersoalkan apakah p...
Kes Najib Titah Adendum Bidang Kuasa Agong Pm Ambil Sikap Berkecuali

Kes Najib Titah Adendum Bidang Kuasa Agong Pm Ambil Sikap Berkecuali

papar berkaitan - pada 20/4/2024 - jumlah : 147 hits
Oleh Abdullah Zaid Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan tidak mahu terlibat dengan perbincangan berkaitan Titah Adendum atau tambahan oleh Yang di Pertuan Agong berkenaan tahanan di rumah terhadap bekas PM Najib Razak Ahli Pa...
Peguam Enggan Jawab Persoalan Bagaimana Boleh Mewakili Warga Israel Didakwa

Peguam Enggan Jawab Persoalan Bagaimana Boleh Mewakili Warga Israel Didakwa

papar berkaitan - pada 13/4/2024 - jumlah : 382 hits
Ahmad Johari Mohd Aliajohari bh com myKUALA LUMPUR Peguam yang mewakili Avitan Shalom lelaki Israel yang didakwa berkaitan pemerdagangan senjata api dan pemilikan peluru enggan menjawab persoalan bagaimana beliau boleh mewakili tertuduh Peg...
Muhyiddin Anwar Bodoh Jika Tak Tahu Titah Addendum Pengampunan Najib

Muhyiddin Anwar Bodoh Jika Tak Tahu Titah Addendum Pengampunan Najib

papar berkaitan - pada 22/4/2024 - jumlah : 258 hits
malaysiakini comDiterbitkan Apr 21 2024 9 02 PMPengerusi PN Muhyiddin Yassin membidas Perdana Menteri Anwar Ibrahim selepas dia enggan mengulas berhubung dakwaan kewujudan titah addendum agar Najib Razak menghabiskan hukuman penjara menerus...
Titah Addendum Kenyataan Dan Pendirian Anwar Didorong Pemegang Saham Terbesar Pakatan Harapan

Titah Addendum Kenyataan Dan Pendirian Anwar Didorong Pemegang Saham Terbesar Pakatan Harapan

papar berkaitan - pada 25/4/2024 - jumlah : 226 hits
Isu Titah DiRaja yang diketepikan dan cuba disembunyikan oleh Kerajaan dan kini menjadi bualan seluruh negara masih hangat untuk terus dibincangkan Pada isu besar ini dua sahabat baik dan sekaligus pemegang jawatan didalam Kerajaan yang sam...
Beli Rumah Lebih Jimat Dengan Kempen Hartanah Bumiputera Matrix

Natural Gas Fuel Not A Hazard

How Car Centric Planning Is Killing Malaysians

Khutbah Jumat Jumadil Awal Tangis Ibnu Rawahah Jelang Perang Mu Tah

Tattoos Raised And Itchy

Bersatu Man Demands Dnb Exit Strategy For U Mobile

15 Playful Midcentury Kids Room Ideas For A Retro Vibe

Tattoos Portland Maine


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3

Biodata Terkini Reshmonu Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Hey Waley

Gegar Vaganza 2024 GV 11 Hadiah Tiket Peserta Juri Format Pemarkahan Dan Segala Info Tonton Live Di Astro Ria Dan Sooka

6 Janji Donald Trump Kalau Dia Naik Jadi Presiden Semula


Kelas Tauhid Bersama Sofea

Flexibility In Business Operations

Semua Ni Sebab Chagee

Takwim Persekolahan Sesi 2025 2026

Buat Sendiri Roti Arab Lembut Gebu Sekali Hadap Boleh Habis 3 Keping

Sihir Ep1