Pasti Terengganu Diiktiraf Malaysia Book Of Records Cipta Rekod Pertandingan Mewarna


Pasti Terengganu diiktiraf Malaysia Book of Records, cipta rekod pertandingan mewarna. Pusat Asuhan Tunas Islam (Pasti) Terengganu mencipta sejarah tersendiri apabila seramai 14,865 murid menyertai pertandingan mewarna sempena sambutan Hari Kebangsaan 2024 baru-baru ini diiktiraf Malaysia Book of Records (MBOR).
Pasti Terengganu Diiktiraf Malaysia Book of Records, Cipta Rekod Pertandingan Mewarna Exco Kebajikan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Perpaduan Nasional Negeri, Maliaman Kassim berkata, pengiktirafan itu diumumkan sempena Perasmian Penutup Program Warna Warni Semarak Merdeka (Acara-Acara Sambutan Sempena Hari Kebangsaan) Peringkat Negeri Terengganu Darul Iman 2024 di dataran jambatan angkat.
Antara murid yang menyertai pertandingan mewarna sempena sambutan Hari Kebangsaan 2024 di Pasti Al-Ihsan, Manir, Kuala Terengganu. Foto Facebook Pasti Al-Ihsan Menurutnya, pertandingan mewarna itu diadakan bagi menterjemahkan erti kemerdekaan sekali gus menyemai perasaan kasih dan cintakan tanah air dalam kalangan murid.
“Kita bersyukur dan berbangga kerana usaha ini membuahkan hasil apabila Pasti Terengganu diiktiraf MBOR dengan rekod peserta paling ramai menyertai pertandingan mewarna sempena sambutan Hari Kebangsaan tahun ini.
“Kita harap pertandingan mewarna yang dianjurkan ini dapat menyerlahkan lagi bakat serta menyemarak semangat kemerdekaan dalam kalangan anak-anak kita,” katanya.
Berdasarkan rekod, seramai 14,865 murid Pasti Terengganu menyertai pertandingan mewarna diadakan di seluruh cawangan Pasti pada 28 Ogos lalu.
Antara Pasti terlibat ialah Pasti kawasan Besut dengan seramai 1,218 peserta, Setiu (1,206), Kuala Nerus (1,884), Kuala Terengganu (1,914), Marang (2,750), Hulu Terengganu (1,133), Dungun (2,021) dan Kemaman (2,739).
Jelas Maliaman, program tersebut juga bertujuan merapatkan hubungan antara murid dan guru serta memberi impak positif dalam perkembangan pendidikan awal kanak-kanak.
“Lebih membanggakan program itu turut dimeriahkan dengan kehadiran ibu bapa dan tenaga pengajar Pasti yang memberi sokongan penuh untuk acara bersejarah itu.
Murid dari Pasti Izzul Islam, Kelulut, Marang tekun mewarna dalam pertandingan diadakan sempena sambutan Hari Kebangsaan 2024. Foto Facebook Pasti Izzul Islam “Terima kasih diucapkan kepada semua yang terbabit dalam penganjuran acara ini termasuk pengusaha, ibu bapa, guru dan anak-anak,” katanya.
Beliau berkata, aktiviti seumpama itu dapat membantu menggilap bakat dan keyakinan yang tinggi dalam kalangan peserta bermula ketika usia paling muda.
“Tugas ini bukan mudah sebab itu kita kagum dengan guru-guru Pasti yang dapat melaksanakan tugas dan tanggungjawab dengan baik.
“Apabila anak-anak ini besar kelak, mereka akan menjadi insan yang berbakat dan membesar dalam keupayaan mereka sendiri,” ujarnya.
Sumber: Sinar Harian 
Baca artikel lain juga: Baru 4 Tahun, Ambil Masa 15 Minit Namakan 147 Negara Melalui Bendera. Pecah Rekod MBOR!
Burnout Jaga Anak Sendirian, Suami Tempat Wany Hasrita Mengadu!
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) sekarang!
Dapatkan lebih ilmu keibubapaan di Tik Tok Pa&Ma @pama.my
The post Pasti Terengganu Diiktiraf Malaysia Book of Records, Cipta Rekod Pertandingan Mewarna appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/pasti-terengganu-diiktiraf-malaysia-book-of-records-cipta-rekod-pertandingan-mewarna/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Honor Magic V3 Cipta Rekod Baru Berdiri Teguh Atas Puncak Rumah Kad Permainan Tertinggi Di Dunia

Honor Magic V3 Cipta Rekod Baru Berdiri Teguh Atas Puncak Rumah Kad Permainan Tertinggi Di Dunia

papar berkaitan - pada 27/8/2024 - jumlah : 320 hits
HONOR Magic V3 telah mencatatkan namanya ke dalam buku Rekod Dunia Guinness selepas berjaya berdiri teguh di atas susunan rumah kad permainan tertinggi di dunia Cabaran itu dilakukan dengan kolaborasi bersama Bryan Berg pemegang Rekod Dunia...
Lg Malaysia Donates Air Purifiers Worth Rm 200 000 To Hospitals In Johor And Klang Valley

Lg Malaysia Donates Air Purifiers Worth Rm 200 000 To Hospitals In Johor And Klang Valley

papar berkaitan - pada 1/9/2024 - jumlah : 225 hits
LG Malaysia takes action to provide cleaner air and protect healthcare workers and patients In its continuous effort to create Life s Good for all LG Electronics Malaysia leading home appliances and consumer electronics brand has stepped fo...
My Token Set To Usher In The Future As Malaysia S Premier Blockchain And Web3 Event

My Token Set To Usher In The Future As Malaysia S Premier Blockchain And Web3 Event

papar berkaitan - pada 1/9/2024 - jumlah : 682 hits
The inaugural MY Token event scheduled for September 14 to 15 is set to redefine the blockchain and Web3 landscape in Malaysia Poised to become the premier blockchain related event in Asia and beyond this landmark event will convene a globa...
Celcomdigi And Huawei Malaysia To Elevate Network Productivity With An Ai Driven 5g Network

Celcomdigi And Huawei Malaysia To Elevate Network Productivity With An Ai Driven 5g Network

papar berkaitan - pada 1/9/2024 - jumlah : 264 hits
CelcomDigi s CEO Datuk Idham Nawawi and Huawei Malaysia s CEO Mr Simon Sun formalising the collaboration between CelcomDigi and Huawei Malaysia CelcomDigi s CEO Datuk Idham Nawawi and Huawei Malaysia s CEO Mr Simon Sun formalising the colla...
Meraikan Merdeka Rakyat Malaysia Bersatu Menyokong Perniagaan Tempatan

Meraikan Merdeka Rakyat Malaysia Bersatu Menyokong Perniagaan Tempatan

papar berkaitan - pada 1/9/2024 - jumlah : 466 hits
Meraikan Merdeka Rakyat Malaysia Bersatu Menyokong Perniagaan Tempatan98 Percaya Kuasa Membeli Lokal untuk Memperkasakan Komuniti Kurang Bernasib BaikKajian Shopee Sayangi Malaysia Jom Rai Lokal 2024 mendedahkan suatu trend rakyat Malaysia ...
Kenapa Betik Buah Kebangsaan Malaysia

Kenapa Betik Buah Kebangsaan Malaysia

papar berkaitan - pada 1/9/2024 - jumlah : 298 hits
dipilih sebagai buah kebangsaan kerana ia adalah lambang iklim tropika dan kepelbagaian biodiversiti Malaysia dan juga buah yang popular dalam masakan dan perubatan Melayu
Run For Their Money Unequal Constituency Development Funds In Malaysia

Run For Their Money Unequal Constituency Development Funds In Malaysia

papar berkaitan - pada 2/9/2024 - jumlah : 203 hits
There is a human tendency to lash back after politicians emerge to become the victors and as such deny funds to opponents in the same way they themselves were denied financially In reality this is not strategic since PH BN also occupies the...
Why Choose Foundation In Science Courses In Malaysia A Pathway To Academic And Career Success

Why Choose Foundation In Science Courses In Malaysia A Pathway To Academic And Career Success

papar berkaitan - pada 2/9/2024 - jumlah : 425 hits
Choosing the right academic path is crucial for students who want to build a career in science offers a solid grounding in essential scientific principles and prepares students for higher education in various scientific fields With a struct...
Malaysia S Independence Day A Look Back And A Look Forward

Malaysia S Independence Day A Look Back And A Look Forward

papar berkaitan - pada 2/9/2024 - jumlah : 327 hits
Google Doodle Happy Independence Day Malaysia Today as we celebrate our 67th year of freedom I can t help but feel a wave of gratitude and pride wash over me It s a time to reflect on our journey as a nation and to look forward to the excit...
Berang Tin Minuman Keras Hilang Anak Tamatkan Riwayat Bapa

Tak Cukup Duit Deposit Ini Cara Beli Rumah Pertama Anda Tanpa Beban Besar

The 1928 Banana Massacre When White Gold Met State Violence

Riena Diana Dah Pilih Nama Islam Untuk Keith Foo

Kemaskini Mengenai Pasaran Saham As Pada 4 Julai

Artis Malaysia Dikurniakan Semua Anak Perempuan

Kenali Kanser Tiroid Simptom Rawatan Dan Harapan Sembuh Yang Ramai Tak Tahu

Jangan Takut Kepada Kegagalan Jangan Diragut Kebahagiaan Orang


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Six9game 16 May Six9game Top 27 By Kazuko

Bar4game 9 Bar4game Top 46 By Gabriela

Sambal Ubi Kentang Dan Ikan Bilis Dan Bab Langkah Kecemasan

Melawat Kebun

Undang Undang Rimba Tarik Kereta Sinar Harian 05 07 2025

Bot Karam Di Belawai 5 Lagi Mangsa Ditemui Hari Ini