Pasar Terapung Jps Perlis


AHAD | 30.01.2022
Sambung cerita di Perlis. Dari Pusat Eko Pelancongan Gua Kelam, kami ke View Point Wang Kelian, hajatnya nak mengulang makan Char Kuey Teow dan minum Cafe Latte yang sedap tu. Tapi tak ada rezeki, datang dah petang penjual pun dah habis jualan.
Tak tahu nak ke mana, nak balik ke PP masih awal lagi. Lepas tu saya teringat pasal Pasar Terapung di Perlis ni. Terus buka aplikasi Google Maps dan buat carian ‘Pasar Terapung Perlis’. Ok, masih buka. Jom kita pergi!
Kami tiba di Kompleks JPS Perlis sekitar pukul 3.40 petang. Cuaca panas terik

Beginilah rupa dan suasana Pasar Terapung, Perlis. Terdapat sebuah tasik yang menempatkan bot-bot jualan. Pengunjung agak ramai, tapi tak sesak

Sudut yang cantik untuk pengunjung berfoto

Kami berjalan dari satu bot ke satu bot, melihat-lihat makanan yang dijual. Tak banyak bot jualan, tak sampai 10 buah bot pun. Dan nampaknya tak ada yang menarik untuk kami beli. Bot yang ramai pembeli, bot menjual aiskrim. Panas terik begini, memang sedap makan aiskrim

Dah sampai sini, tak kan tak membeli pulak. Beli jugaklah Pulut Ayam Thai dan Somtam, dua jenis makanan yang belum pernah kami berdua makan

Di bahagian hujung kawasan ni, terdapat sebuah khemah besar untuk kita duduk makan dan terdapat gerai jualan air di bahagian tepi khemah. Tapi penuh pulak, tak dapat nak duduk sambil makan makanan yang dibeli tadi

Selain aktiviti jual beli di bot, pengunjung boleh juga berjalan-jalan ke bahagian tengah tasik. Terdapat semacam pulau kecil dan ada Mini Zoo di situ. Sesuailah untuk kanak-kanak. Bayaran RM2 dikenakan untuk ke pulau. Selain tu pengunjung juga boleh memancing, mendayung sampan dan berkayak dengan bayaran tertentu

Pada pendapat saya, secara keseluruhannya Pasar Terapung JPS Perlis ni menarik kerana keunikan konsep jualan di atas bot. Cuma kalau boleh tambah jumlah bot jualan, itu akan lebih menarik. Tempat ini juga cantik untuk berfoto

Kalau ada ke Perlis, cubalah ke Pasar Terapung ni. Ambil pengalaman, sambil tu kita bantu merancakkan sektor pelancongan domestik. Nak parkir pun mudah, ada ruang parkir yang luas disediakan di hadapan kompleks JPS

———————————————————————————————-PASAR TERAPUNG JPS PERLISKompleks JPS Perlis,Pengkalan Asam,Kangar, Perlis

Waktu operasi : Sabtu dan Ahad9 pagi - 8 malam



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://ujieothman.blogspot.com/2022/03/pasar-terapung-jps-perlis.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Anak Loh Memberontak Enggan Kembali Bersama Loh Mufti Perlis

Anak Loh Memberontak Enggan Kembali Bersama Loh Mufti Perlis

papar berkaitan - pada 21/2/2022 - jumlah : 214 hits
Anak Loh memberontak enggan kembali bersama Loh Mufti Perlis Percubaan Loh Siew Hong membatalkan pengislaman anak anaknya menjadi kebimbangan utama Mufti Perlis Mohd Asri Zainul Abidin Peguam Loh semalam berkata penukaran agama anak anak it...
The Heartless Perlis Heat

The Heartless Perlis Heat

papar berkaitan - pada 21/2/2022 - jumlah : 182 hits
Already we have two sets of laws in the country civil and shariah and divisive issues have erupted in recent years because of this Heat continues to be generated by the clash now and then between the two sets of laws especially in cases inv...
Court S Decision Expected Says Perlis Mufti

Court S Decision Expected Says Perlis Mufti

papar berkaitan - pada 21/2/2022 - jumlah : 210 hits
Asri Zainul Abidin is not surprised by the High Court s decision to approve Loh Siew Hong s habeas corpus application to regain custody of her three children PETALING JAYA Perlis mufti Asri Zainul Abidin said he was not surprised by the Hig...
Makan Tengahari Nasi Campur Di Warung Caen Selera Kampung Dan Tomyam Padang Besar Perlis

Makan Tengahari Nasi Campur Di Warung Caen Selera Kampung Dan Tomyam Padang Besar Perlis

papar berkaitan - pada 26/2/2022 - jumlah : 506 hits
Warung Caen Selera kampung dan TomyamWarung Caen Selera Kampung dan Tomyam ni terletak di Padang besar Perlis Warung ni warung untuk korang makan tengahari Ada pelbagai jenis masakan yang korang boleh try Walaupun gerai ni tak besar mana pu...
Starbucks Opens Its First Store In Perlis Malaysia

Starbucks Opens Its First Store In Perlis Malaysia

papar berkaitan - pada 3/3/2022 - jumlah : 320 hits
The iconic coffee brand now reaches all states and federal territories in the market Partners of Starbucks Malaysia celebrating a successful store opening with Yang Teramat Mulia Dato Seri DiRaja Tunku Shazuddin Ariff Ibni Al Aminul Karim S...
Lokasi Wajib Singgah Di Perlis

Lokasi Wajib Singgah Di Perlis

papar berkaitan - pada 1/3/2022 - jumlah : 530 hits
Lokasi Wajib Singgah Di Perlis Dalam list DH memang nak melawat banyak tempat kat Perlis ni tapi tau memang tak akan tercapai sebab kalau cuti pendek dan banyak menyinggah rumah adik beradik dan sedara mara memang harus la jawabnya Perlis n...
Kenyataan Mufti Perlis Rapuh Kata Hanipa Berkait Pengislaman 3 Anak Loh

Kenyataan Mufti Perlis Rapuh Kata Hanipa Berkait Pengislaman 3 Anak Loh

papar berkaitan - pada 20/2/2022 - jumlah : 183 hits
Melihat daripada perspektif perundangan Mahkamah Persekutuan memutuskan pertukaran agama secara sebelah pihak bagi anak di bawah umur adalah tidak sah menurut Mohamed Hanipa Maidin PETALING JAYA Kenyataan Mufti Perlis Mohd Asri Zainul Abidi...
Gua Kelam 1 Perlis

Gua Kelam 1 Perlis

papar berkaitan - pada 19/2/2022 - jumlah : 289 hits
Sambung kisah di Perlis Lebih tepat di Dari kita perlu melalui Gua Kelam 1 untuk kembali ke bahagian hadapan Untuk masuk ke Gua Kelam 1 tiada bayaran tambahan dikenakan Kiranya dengan bayaran masuk sebanyak RM2 ke pusat eko pelancongan ini ...
Pahang Dan Perlis Sudah Meletup Letupkah Pembangunan Nya

Pahang Dan Perlis Sudah Meletup Letupkah Pembangunan Nya

papar berkaitan - pada 16/2/2022 - jumlah : 240 hits
Kehadiran Najib ke Istana Johor dengan membawa keluar cerita Johor akan membangun pesat jika umno diberi peluang sangat lucu dan aneh Apakah erti pembangunan kepada mereka Projek Bawa masuk pelabur tanpa syarat Berjuta peluang pekerjaan Ata...
Kisah Pokok Tumbang Depan Rumah

Single Use Plastic Bags Banned In Forest Reserves National Parks

Send Unlimited Emails With 100 Delivery

Hp Elitebook 840 G5 Randomly Disconnecting From Wi Fi

Malaysia Airlines A330 300 Takes To The Skies In Manchester United Livery

Cara Buat Bayaran Semula Yayasan Bank Rakyat Secara Online Menggunakan Jompay

Senarai Universiti Luar Negara Kampus Malaysia Bidang Perubatan

Pelancaran Galeri Keratan Akhbar Muka Hadapan Di Pejabat Ppim Kaca Tv 17 04 2025


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Shandy Pagalla Aku Ikhlas Melepaskanmu Chord

Ipank Mutiara Chord

Planner Islamic 2025 The Wife Co

Mcmc Selesai Siasat Kwong Wah Sin Chew Isu Jalur Gemilang

Hiburan Marissa Tuduh Reka Cerita Tak Benar Abby Abadi Hilang Sabar Nasib Takde Video Atau Gambar Kalau Ada

Pmx Selamat Sampai