Pasar Tani Dengkil
Assalamualaikum
Salam Ahad buat semua.
Pagi ni LM sempat lari sekejap ke pasar tani, Dengkil. Pakji nak mencari lemang.
Seperti biasa kami sangat jarang beli sayur di pasar tani kerana sekarang ni dah mula kira dan bandingkan harga. Di pasar borong atau pasaraya SriTernak harga lebih rendah sayur nya. Perut ramai, kena jimat la kan..
Meriah pasar tani ni. Ada jual daging segar juga.
Pakji suka beli lemang di sini. Elok lemak, tak berkerak
Pelbagai makanan ada di jual. Pandai pilih kedai kira beruntung la dapat yang sedap. Zaman sekarang ni tak macam dulu. Dulu kalau nampak makcik makcik jual confirm sedap kuih. Zaman ni jangan buat pasal. Silap peraturan jadi membazir. Nak telan tak boleh makan, nak buang rasa berdosa. Orang Muda ramai join resepi pjj sebab tu kuih muih orang muda tidak kalah tentang rasa.
Kedai ni sedap. Nasi kerabu dan nasi ayam dia sedap dan murah. Kuih muih dia pun sedap.
Nasi kerabu +1/2 telur asin+1 solok lada+ayam kunyit pakaj banyak carrot dan kacang panjang(2 bungkus) Nasi ayam ( 2 bungkus) Spaghetti oglio (1 bungkus) Lopes rm3(6ketul)Pulut serunding rm1(2ketul)-sedap gilerKuih kole kacangrm1(2 ketul). Total rm39
Ni nasi kerabu dan nasi ayam dia.
Gerai Buah pun banyak. Kiwi rm10-10biji
Gerai ikan ayam pun banyak.
Ikan kering, rempah ratus, pakaian bundle dan baru semua ada.
Kipas kecil dan pelbagai benda yang korang selalu beli kat shopee tu semua ada. Malas LM nak belek takut terbeli benda tak sepatutnya. Hehe
Memang jenis LM akan beli apa yang kita target Je. Ikan ayam semua tak beli pun. Cari makanan terus balik. Dah terkena beberapa minggu lepas beli pucuk paku rm9 satu ikat. Beli sebelum ni rm5 saja di pasar borong. Tak boleh la harga jauh sangat, taubat la nak beli lagi, bila tau mahal. Sejenis dah ambik baru tanya harga. Tu silap nya haritu. Kalau tanya dulu tak pegang okey lagi. Dah pegang, bayar Je lah walau terkejut mahal sungguh. Ada beberapa kedai jual sayuran kampung. Kena survey dulu jika nak beli
Kuasa membeli semakin menurun. Ada duit, ada logik akal kita buat kira kira dan perbandingan. Kalau rugi, jangan la beli. Kan?
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://lydiamiza.blogspot.com/2023/10/pasar-tani-dengkil.html